Selangkah ke Alam Remaja.

Omg. Kakak putri dah nak masuk alam remaja. 😱

Tanda2 dah ada.
Tetiba je putri sangat rajin tolong mama masak.
Kalau tak bagi masak, confirm merajuk masam muka dengan mama.

Pernah satu hari, putri merajuk sebab mama tak pergi kedai runcit lepas ambil putri balik ngaji.
Sampai rumah, monyok je muka.

As usual, mama terus masuk dapur nak masak. Kakak datang dapur dengan muka bercahaya nak tolong mama masak.
Then mama kata, okey.
Terus kakak happy bukan kepalang. πŸ˜„πŸ˜„
Tak de merajuk dah..

Serius kakak suka tolong mama masak. Task 1st yang mama bagi, pecahkan telur n masukkan telur dalam kuali. Yang tu kakak dah tere dah.

Now, kakak diberi tugas potong bawang, cili, daun sup dll. Kiranya, mama dah start bagi kakak guna pisau sebenar. Walaupun mata pedih masa potong bawang, kakak tak give up pun. Kakak tetap nak tolong mama masak.

Sesekali, mama bagi jugak kakak masukkan bahan2 masak dalam kuali or periuk. Sebab dapur kita agak tinggi, so agak bahaya untuk kakak. Tu pun selalu jugak masam muka bila mama tak bagi masukkan bahan2 masak.

Seingat mama, masa mama umur macam kakak, tak terlintas pun nak tolong nenek masak. Ke nenek tak kasi tolong? πŸ˜‹ Tapi ni dah kakak request, siap pakej merajuk kalau mama tak kasi, so mama kasi lah jugak tolong mama. Bukan apa, mama fikir, kalau mama tak train sekarang, asyik refuse je permintaan kakak, nanti lama2 kakak tak mo tolong mama dah. 

Kakak suka memasak ni, boleh lah tolong papa bukak kedai makan nanti. Si natrah boleh jaga cashier sebab natrah tu mata blink blink suka kumpul duit...haha
Nailah n Fauzan boleh in charge amik order... πŸ˜‰

Dan sekarang ni, kakak kuat merajuk. Sikit2 nak merajuk. Bila merajuk, masuk bilik opah kunci pintu. Mama tak pujuk pun. Kakak dah keluar bilik, baru mama pujuk. Kakak dah nak masuk fasa alam remaja.. Fuhh...lagi mencabar mama nak menjaga anak dara ni. Dalam hati ni sentiasa risau dengan pendedahan media yang meluas ni. Allah...semoga Engkau sentiasa bimbing kami ke jalan yang di redhai oleh Mu dan dilindungi dari kemaksiatan.. Aamiin....



love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Bawa Diri ke Pulau Pangkor.

korang nak tahu satu rahsia?
selama 25 tahun kakbee menginap kat ipoh peghok ni, kakbee tak pernah pun pergi Pulau Pangkor..
haha..
tu yang peghak sikit tu...

alkisahnya begini.
kakbee bagi cadangan kat habibi nak balik melaka sempena raya haji. cuti sekolah panjang. kakbee pun cuba lah nasib, kot2 habibi setuju. maklumle..8 tahun kawin, tak pernah sekali pun kakbee meraikan aidil adha..
kakbee redha....gitu..

(macam mana kakbee dah boleh redha habibi kuat bekerja? nanti kakbee cerita lain naa....😊)

percubaan nasib kakbee, 'menghantar usul' untuk balik melaka, tak diterima.
okey..kakbee redha lagi..

Lepas tu, lain kalinya, habibi bagitahu yang dia nak ambil cuti pada sekian2 hari. 2 hari je..jom kita pergi mana2, tapi yang dekat2 je lah...
emm... nak pujuk kakbee gamaknya..hihi... tak pe.. kakbee redha.. 😊
kakbee pun pikiaq punya pikiaq... eh jom lah pi pangkoq.. kakbee pun tak pernah pi pangkoq.. habibi pun teruslah traveloka!

maka...tersadailah kami di pulau pangkoq... hihi..
amboi...syiok dia naa...

kakbee lama dah menyimpan rasa nak mandi laut.
antara mandi sungai, laut n swimming pool, kakbee suka lagi mandi laut. Rasa lapang je..permandangan luas terbentang. Memang rasa lepas semua stress.

time ni habibi turun laut dulu n monitor kekakaks main laut. Kakbee dok kat pantai, keje amik gambar je le..

ehh...jom lah enjoy the photosss..😊




sampai di jeti lumut around jam 2. tiket dewasa rm14. tiket kanak2 rm5. kanak-kanak umur 7 tahun ke atas baru kene tiket. tiket naik harga dah kot. kawan kakbee kata rm10..emm..ada dua jeti nak ke pangkor.
jeti lumut n jeti marina.
harga tiket sama je cuma masa perjalanan je yang beza. kakbee naik dari jeti lumut, lebih kurang 45 minit jugak masa perjalanan.

budak baju merah n purple tu memang tak le tengok camera. haruslah kakbee jadi jurufoto mereka.


sebelum naik feri, haruslah wefie dulu. ni pun paksa habibi ni amik gambar titew tau.. kalau tak kene paksa, tak de langsung gambar titew dalam fon beliau... πŸ˜†

merasa lah kekanak2 ni naik feri.. ada gambar dalam feri tapi kakbee sorang je yang senyum sorang2. orang lain sibuk hal memasing..haha..maleh lah nak upload.

pastu, sampai kat jeti pangkor, kami naik van pink ke tempat penginapan Ombak Inn Chalet. Adalah dalam 15 minit perjalanan. RM16. Dekat dengan pantai chalet tu. Kami pilih family room. Biasa2 je size nye sebab under budget. πŸ˜‹πŸ˜‰ Banyak nyamuk. sian Fauzan, kepala botak nya asyik kene attact.. hihi..
Tapi, suasana luar chalet tu menarik.





Petang tu, lepas solat asar, kami pun bersiap2 nak terjun laut! yey!!!.
kekanaks belum merasa lagi mandi laut. Dulu masa putri umur 3 tahun kot, pernah mandi laut. tapi dia tak ingat..
so dia agak excited la.. tapi natrah takut sikit..



anak soleh ni di larang masuk laut..hehe.. kalau ikut hati kakbee, memang nak join sama. tapi sebab nak kene jaga beg, wallet, tefon n camera. so, layan anak soleh main pasir je..





slumber je depa ni main kat panas terik. mentang2 lah tak sun burn..haihh..jeles mama tau.. lelagi budak baju merah tu.. steady je kulit dia, tak gelap pun... mama gak lah yang kene berusaha consume The Radiant 4 Set untuk kembalikan keserian wajah..ahaks! πŸ˜‹



waktu ni, ada budak laki lain yang datang dekat fauzan. lepas tu, dia menjauhkan diri bila fauzan kacau dia main pasir. budak laki tu lari dekat dengan bot tu. fauzan ikut n kacau dia main pasir. pastu, budak laki tu geram n tolak fauzan. apa lagi.. melalak lah fauzan... 😊




last2, habibi bawak gak fauzan mandi laut. bila fauzan dah basah tu, kakbee pun apa lagi, terjun lah sama. tak tertahan lah weii... bukan selalu dapat datang ni.. 😊
bila dah basah tu, tak de dah lah amik2 gambar...




dah nak maghrib, baru lah sedar diri. dapat gak la tengok sunset yang Subhanallah sangat cantik.

malam kami tak kemana2 pun. hujan gerimis kat luar. makan dalam bilik je. and kebetulan malam tu ada final bola sepak sukan sea KL 2017. Malaysia vs Thailand.
tapi kalau keluar, syok gak. banyak kedai makan,stall makanan n kedai cenderahati kat sepanjang jalan tepi pantai tu. 

Esoknya siap2 nak balik dah..Breakfast dulu kat chalet..




Fauzan dah menonong ke depan. Nailah panggil ajak tengok kolam kecik tu.. Comey je budak dua orang ni. Tapi kalau dedua meragam, dedua tak comey. πŸ˜‹


ni nak balik dah. Bila dah check out, owner chalet akan panggilkan van pink datang ambil untuk bawak ke jeti.
sampai jeti pangkor, terus je kami naik feri. tak jenjalan pun pulau. tu maksudnya, macam kene datang lagi je... πŸ˜„


bye bye pangkor...

sekian saja trip yang sangat pendek.. apapun, kakbee syukur sangat Allah beri kesempatan ni. Bukan tak boleh nak holiday lama2. Habibi masih terikat bekerja dengan orang. Cuti terhad, kan.. Kene lah budget2 cuti nya. Bila habibi dah kerja sendiri nanti, insyaAllah kita akan pergi lebih jauh lagi... 😊😊


love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Offer Ice Bucket Sehingga 7 September 2017.

Di satu petang yang hening...
sedang kakbee, habibi dan anak2 lepak santai depan television, habibi tanya kakbee..

"nak tak ais krim ni?" sambil hulurkan henfon kat kakbee.

"mana?! mana?!" kekanaks yang duduk berhimpit2 antara kakbee dan habibi yang sibuk amik henfon habibi dulu. πŸ‘¨πŸ‘§πŸ‘§πŸ‘§πŸ‘ΆπŸ‘© <-- gini lah lebih kurang kedudukan kitorang.

sibuk je kekanaks ni.. πŸ˜‹

"nak! nak! adik nak!!"
"kakak pun nak!!"
"baby pun nak!!"
"uhh..uhhh..." - fauzan pun nak letteww..

selepas melepasi 4 inspections, baru lah henfon sampai ke tangan kakbee.


emm..kakbee tatau nak jawab apa.

"nak ke?" habibi tanya lagi..
"beli je lah..budak2 dah nampak tu..kang dok tanya2 pulak."

lalu...habibi pun beli.

lepas asar, 
semua bersiap2 nak ke aeon klebang. 
seronok kekanaks ni dapat jenjalan. 
kakbee sejak beberapa minggu lepas, (lebih spesifik sejak habibi masakkan breakfast nasi lemak di hari cuti,) 
kakbee jadi malas dah nak keluar. 
Pakai selebet je. tambah2 aeon tu dekat bebeno dari rumah. 
Rasa macam pi kedai runcit kat shoplot depan tu je..hehe..

Dah nama pun kekanaks, kan..Of course suka makan aiskrim. Berebut pilih nak aiskrim mana. Tu pun nasib baik ada 3 pilihan je. Kalau tak, mau rambang mata kekanaks ni. Last2 kami pilih yang ni.


Besaq jug dia baq hang...
Katanya untuk 4 orang. 
Tapi staff sana bagi kami 6 pinggan n sudu. Bila staff tu tengok kami ni macam terkial2 je tak reti nak makan, staff tu pun bagitau, kene kacau dulu..
kalau akak nak tanya apa2, panggil je kami tau... nice sangat diorang... πŸ˜ŠπŸ‘πŸ‘

tapi sebelum kacau, kakbee bagi dulu aiskrim tu kat kekanak2. Then baru kacau. Bila dah kacau, diorang dah tak nak makan pulak... Sudahnya, mamapapa le kene habis kan... 😒 penuh perut dengan air..



Akhir kata, okey lah..not bad.. Ada 3 tempat je offer ni tau... 


So kalau nak grab, offer ni sampai 7 September je ye..


eh..lupa nak bagitahu mana nak dapat offer ni. offer ni ada kat apps FAVE. 



Nanti kalau dah beli, korang pergi ke ice bucket, bagitahu nak guna voucher yang korang dah beli ni. Masa nak kene bayar tu nanti, akan kene swipe kat fon. Ala...korang tunjuk je kat staff sana, insyaAllah diorang bantu punya..

Selamat ber ice bucket! 😊



love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info