Tuesday, September 01, 2026

Fauzan! Kemas bilik....

pak long nak datang!

yey!! abang aku merangkap pak long anak2 aku nak datang rumah. last abang aku berkunjung rumah aku, seingat aku lah, abang aku nak gi langkawi dengan wife dia. tu la kot... aku ni pun dah banyak memory lost.. adoii..

siapa2 je yang akan berkunjung ke rumah aku, aku akan bagi tidur kat bilik boboiboy. kalau lebih 1 family, family seterus nya tidur bilik gegirl. lebih lagi, tidur bilik opah kat bawah. kalau lebih lagi, terpaksa lah tidur ruang tamu.. hehe.. tapi belum ada lagi yang tidur ruang tamu. anak2 aku yang kene tidur ruang tamu adalah...

so, aku pun suruh lah fauzan dan fathan kemas bilik diorang. lepas diorang kemas bilik tu, diorang pun datang bilik aku nak buat laporan.

"mama..zan dah kemas bilik. mama tengok lah...zan rasa macam bilik pameran je..."
dia punya excited dia dah kemas bilik.

okey lah mama pi tengok walaupun waktu tu mama tengah malas2 dengan pak hang.. kacau daun betui.


kome tengok lah video tu.
anak2 patung dia susun elok2 situ.
buku2, dia susun tak nampak tajuk.
lego yang Han dah rekabentuk, dia susun kat meja.
kad2 boboiboy deme susun kat meja.
itu lah definisi KEMAS bagi deme.
patut pun fauzan rasa macam bilik pameran sebab dia nak pamerkan barang2 dia kat bilik dia.
aku puji je lah time tu untuk appreciate usaha deme kemas bilik. 😀

tapi pastu, kakak2 dia tolong kemaskan semula semua.. 😊
pak long datang nak tidur je zan oii.. 
aku pun tak sempat nak bawak keluar jenjalan.
maghrib tu abang aku sampai. malam makan homecook. pastu deme pun nak berehat.
esoknya lepas breakfast deme dah nak gerak balik.
sat je... tapi alhamdulillah.. aku happy sangat abang aku n kak ipar aku sudi bermalam kat rumah aku..
kakak pun happy. 
"dah lama tak de orang datang rumah kita...." kata dia.

anyway, ni aku belanja gambar keluarga aku dan keluarga abang aku.
taken sebelum abang aku pulang...


--------------
❤ LIFE, ❤ SHAKLEE! 
 ðŸ“£ klik untuk order shaklee. 👇👇👇
daftar ahli untuk dapat potongan harga 10%-20% untuk setiap produk.












Monday, August 24, 2026

Berapa Yuran Sekolah Taayah Untuk Tingkatan Satu.

Jabatan Agama Islam Perak (bahagian pendidikan) dah keluarkan borang kemasukkan sekolah agama di bawah kerajaan negeri perak antaranya Sekolah Raja Perempuan Taayah dan Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh.

Ni aku share posting dari fb Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak ye..

Sunday, August 23, 2026

Mak Tak Nak Mengalah!

kakak aku balik rumah mak ayah aku minggu ni.
tetiba aku teringat momen kakak aku n family, adik bongsu aku dan isteri, mak dan ayah aku datang rumah aku hari tu.
aku bawak deme pegi concubine lane. 
aku selalu ajak abg pegi sana. sebab sana tu ala-ala 'pasar seni'. tempat seni2 art2 handmade barang tu semua. aku suka lah nak tengok n ambil2 gambar tu sume kan...
tapi abg tak bawak pun. huhu.. 
bila family aku datang ni, akak aku ajak, baru lah aku dapat pergi.. horey! 💃

tengah jalan2 kat lorong tu, hujan turun. pastu kitorang berteduh kat satu kedai hiasan ni. mak aku jumpa kerongsang comey gila. dah la bunga matahari favourite aku. siap ada lebah bergoyang2 kat kerongsang tu. yang paling sadis, kerongsang tu ada 1 je. aku bodek2 mak aku, bagi lah aku. mak aku berkeras ye..."TAK BOLEH. MAK YANG JUMPA DULU!"

uwaaa... mak dah tak pedulikan perasaan anak mak dah.. yela.. bertahun2 mak pendam rasa dengan perangai macam-macam anak mak ni kan. mak dah tak nak mengalah dah kan.. haha


so aku cuma dapat ambil gambar kerongsang tu dan simpan buat kenangan je lah.. 😆

terima kasih semua sudi menjenguk kami kat sini..
next year datang lagi ye....

--------------
❤ LIFE, ❤ SHAKLEE! 
 ðŸ“£ klik untuk order shaklee. 👇👇👇
daftar ahli untuk dapat potongan harga 10%-20% untuk setiap produk.




Friday, August 21, 2026

Sakit Lutut Semakin Kurang

Masa aku pantang dulu, aku berurut dengan sorang makcik ni. Sedap dia urut. Dia siap promot minyak kuat dia. Tapi minyak ni untuk perempuan je tau.

Dia cerita, ada sorang isteri ni beli. Lepas tu, isteri ni cakap, husband dia nak jugak. Sebab husband dia rasa isteri dia best.. haha
"Tapi makcik tak bagi husband dia beli dan guna. Sebab bahaya kalau suami terlebih kuat. Isteri yang kuat tak pe.." begitu lah makcik ni mengakhiri cerita dia. Tapi aku tak beli pun.. haha..
kira aku tak berjaya lah di pengaruhi makcik ni untuk beli produk dia. sebab aku dah ada produk kuat kegemaran aku sendiri time tu. :)

Lepas dah beberapa bulan aku bersalin tu, aku sakit kat betis. Aku pun pegi rumah dia nak berurut. Masa tu dia ajar aku sikit ilmu urut.

Dia kata, ada urat tersimpul ni. -istilah biasa tukang urut kan.. pastu dia pun urut2. aku sakit tempat lain tau. tapi dia urut kat tempat lain yang bila dia sentuh tu baru aku rasa sakit. kiranya, kalau tak kene urut part tu, tak sakit pun. 

Tu yang dia ajar, bila urut tu, cari tampat yang macam ada bonjol sikit. kat situ lah urat yang tersimpul tu. tapi effect sakit kat tempat lain. lebih kurang gitu lah dia ajar aku.

lepas dia urut tu, aku tak lah terus okey. tapi aku urut sendiri kat tempat yang dia urut tu. dan slowly sakit tu beransur2 hilang.. alhamdulillah..

dan sejak tu, kalau aku rasa sakit2 kat mana2, aku akan cari saluran darah/urat yang ada bonjol sikit dan urut kat situ slow2. aku urut kat diri sendiri je.. kalau kat orang lain, aku rasa aku pun tak reti nak cari urat yang berbonjol tu. yela.. aku bukan pakar pun.

actually, sebelum aku sakit lutut ni, aku sakit satu kaki tau. kaki kanan. tidak lah aku terfikir nak cari benjolan urat. cuma baru2 ni aku urut sendiri sambil mencari2 dan akhirnya aku jumpa. dalam keadaan biasa, tak sakit pun kat situ. memang area lutut je yang sakit. tapi bila aku sentuh n urut, sakit wei..

dan 2 hari aku slow2 urut part tu sambil2 aku duduk. sakit kaki aku dah kurang sakit.. alhamdulillah...
selain tu kan aku ikhtiar dengan Omega Guard shaklee ni. omega ni bantu lancarkan aliran darah dan pecahkan darah beku juga.

aku bukan apa...aku ni keje hantar n ambil anak sekolah naik kereta. kaki yang sakit pulak kaki kanan. kome boleh relate tak apa yang aku risau kan.. emm...

Selain tu, kandungan omega 3 yang rendah dalam tubuh berisiko untuk otak, mata dan jantung yang tidak sihat.
Manakala kandungan omega 3 yang tinggi dalam tubuh adalah sangat bagus untuk kesihatan menyeluruh.



--------------
❤ LIFE, ❤ SHAKLEE! 
 ðŸ“£ klik untuk order shaklee. 👇👇👇
daftar ahli untuk dapat potongan harga 10%-20% untuk setiap produk.


Thursday, August 20, 2026

Selamat Ulangtahun Mak!

Semalam, bersamaan 19 ogos, adalah birthday mak aku.
Tiap tahun pun akan disambut kecil kecilan bersama family kat rumah.
Akan ada kek, satu makanan sedap, air sedap dan jajan2.

Tradisi ni sejak aku kecik2 lagi. 
Masa aku kecik2, ayah dan mak lah mastermind untuk siapkan birthday celebration anak2 setiap tahun.
Bila kitorang adik beradik dah besar, mana yang ada dekat dengan mak ayah pulak yang arrange kan.

Tetiba aku terfikir, kalau masa kitorang kecik2 dulu ayah yang pergi beli kek untuk kitorang, time birthday ayah dulu ada ke kek? mak aku maybe akan masak sedap2. tapi kek? ayah beli sendiri ke? hehe... tak ingat pulak aku part tu.. yang aku ingat, aku selalu nak mak aku buatkan kek birthday aku. dan signature mak aku adalah kek marble! nanti aku share resepi mak aku... ooh... untuk ayah aku pun mak aku yang buatkan kot...

so tahun ni, mak celebrate birthday dengan ayah, pit, noni, husna, hanan, haraz, yan dan liza.


yey..mak dapat bunga dan hadiah!

aku tak bagi pun mak hadiah.. hehe

tahun ni umur mak aku dah 71. 
alhamdulillah masih sihat dan kuat. sesekali ikut ayah pergi jogging. ayah jogging dah 3 round, mak briskwalk baru seround.

since aku sakit lutut bebaru ni, aku tetiba teringat bila ek mak start sakit lutut?
mak aku penah mengadu sakit lutut n kebas2 tangan. seingat aku masa tu aku dah start niaga shaklee.
maksudnya, tidak lah mak aku se'muda' aku dah sakit lutut..hahadoii.
aku ada cerita pasal sakit lutut kat SINI.


Untuk mak yang tercinta...

Dihari ulangtahun mak ini, 
adik doakan semoga Allah akan terus panjangkan usia mak dengan rahmat dan kasih sayang Nya,
kesihatan yang baik, 
mood yang sentiasa tenang dan happy, 
dan sentiasa rasa disayangi.
Hanya doa yang adik dapat titipkan buat mak selalu.
Adik sayang mak infinity.. 💕


anyway, 
item promo bulan ni sangat sesuai untuk 
kita hadiahkan kat parent kita tau. 
kalau kome berminat, klik je link kat bawah ye... 👇

--------------
❤ LIFE, ❤ SHAKLEE! 
 ðŸ“£ klik untuk order shaklee. 👇👇👇
daftar ahli untuk dapat potongan harga 10%-20% untuk setiap produk.


Wednesday, August 19, 2026

Ni Port Fauzan

ni port fauzan bila makan.
dia akan duduk kat bawah sambil riba pinggan dan menyandar kat kerusi tu.
ni jugak port dia baring2 lepas balik sekolah pagi.

hari tu, dia balik sekolah, baring2 kat port dia, lepas tu tertidur. bila dah nak kene pergi sekolah agama, aku pun kejut lah dia. dia macam biasa, terkejut. blur blur..

pastu aku suruh dia makan nasi sebab dia tak makan lagi.
dia pun pergi ke meja makan, mundar mandir then pergi balik kat port dia, duduk bawah.
aku biar jap dalam 2-3 minit.

pastu aku tanya dia, "zan buat apa?"
dia jawab dengan confident, "makan!" sambil tangan dia suap ke mulut.
"mana pinggan?" pinggan tak de weii.. dia buat gaya suap je weii.. haha
dia tengok riba dia dengan muka blur blur, pastu dia jawab, "eh... ha ah laaa...."

hahadoi.. zan zan..
kesian jugak kan.. baru je nak tidur, dah kene kejut.
kan dah mamai2 dia ingat dia dah ceduk nasi. 😉



--------------
❤ LIFE, ❤ SHAKLEE! 
 ðŸ“£ klik untuk order shaklee. 👇👇👇
daftar ahli untuk dapat potongan harga 10%-20% untuk setiap produk.