Review Nurse di Klinik Kesihatan Chemor.

Hari Jumaat tu, zura ada check up. Check up iucd sebab ada sikit problem tapi insyaAllah tak memudaratkan kot setakat ni.
Ni kali kedua zura masukkan iucd. Pernah zura cerita pengalaman zura first time guna iucd kat sini >>  Pengalaman Menggunakan IUCD
Lepas 2 tahun guna, doktor check kedudukan nya dah bergerak. So doktor suggest untuk keluarkan dan guna implanon. Zura okey je walaupun dalam hati takut nak guna implanon.

Bila dah nak dekat tarikh appointment, tetiba zura decide tak nak amik implanon. Hehe.. Nak pakai iucd balik. Zura call nurse, bagitau yang zura tak nak lah guna implanon. Mujur lah nurse okey je melayani karenah mama-lawa-anak-ramai ni. 😄

Nurse suggest guna dulu cucuk depo sementara nak buat appointment baru untuk iucd. okey lah nurse. Saya follow cakap nurse sebab nurse baik n sabar je layan permintaan saya. Baik tau nurse Klinik Kesihatan Chemor. 
Actually bukan dengan zura je, tapi dengan anak2 zura jugak.
Dalam ramai2 anak zura ni, dua anak yang terakhir yang zura buat check up kat KK Chemor. Fauzan dan Fathan. Anak yang lain semua kat KK Jelapang sebab time tu duduk kat Meru.
Kebetulan, both fauzan n fathan ni ada sikit isu sepanjang tumbesaran diorang ni. Masa fauzan dulu, dia lambat cakap. Yang fathan pulak, berat dia kat borderline je.
Anak2 lain, alhamdulillah perkembangan diorang okey. So bila lepas 2 tahun, zura tak follow dah check up seterusnya.
Tapi sebab 2 dua orang anak soleh ni ada isu sikit, nurse pun memang follow up betul2. Boleh kata, 'kejar' diorang ni lah.
Satu benda yang zura suka yang KK amalkan adalah, 1 nurse 1 family. So, ibu n nurse ni dah jadi kenal n rapat. Pernah sekali tu, ada nurse ni siap share masalah rumah tangga dia kat zura. Hihi.. Kita ni dengar je lah kan.
Ni nak cerita, betapa concern nya nurse pada Fathan, sebab nak make sure tumbesaran fathan okey ikut peringkat umur dia.
actually banyak kali zura skip appointment fathan lepas dia dua tahun. haha..
satu, sebab malas lah. terus terang rasa malas nya nak pergi. nak kene tunggu lama.
dua, anak2 sekolah. katalah appointment pagi. tahu je lah KK macam mana kan. Bukan terus dapat turn kita. Kadang dah datang awal, tapi pukul 10-11 baru panggil. Pukul 10.30 zura nak kene amik anak balik sekolah agama. Nak kene keluar lari keluar kejap, pastu datang balik in case nama tak panggil lagi. and most of the time, dah nak 10.30 tu lah sikit lagi no nak kene panggil. stress aku. haha.
pernah sekali tu zura tunggu jugak no panggil, sebab memang biasa no naik around pukul 10.30 tu, pastu dah terlambat ambil anak2 balik sekolah. pukul 11 baru sampai sekolah, dah tinggal diorang berdua je. mujurlah time tu kakak n adik sama sesi pagi, ada lah teman.
tu yang jadi tak pergi KK. 😆
Pernah sekali tu, balik dari ambil nailah balik sekolah agama, ada kereta depan rumah. "eh siapa pulak ni?"
rupanya, nurse KK Chemor datang, nak set appointment baru untuk fathan. dah la time zura tak datang appointment tu, zura tak call pun nurse. hihi..
nurse kata, kebetulan ada ibu baru lepas bersalin kat taman zura. tu yang dia datang sekali tu. siap bawak buku fathan untuk catat tarikh. 
Yang terbaru ni, sepatutnya appointment fathan bulan 7 kalau tak silap. Time tu tengah panas pasal virus delta baru yang mudah sangat menjangkiti. terus cakap kat suami, tak berani pulak nak pergi KK. Time tu memang banyak berkurung kat rumah je. Lagipun, check up fathan ni just nak pantau berat dia je. so tak pergi.
tup tup nurse call. tukar tarikh appointment bulan 8. okey lah..
sampai tarikh appointment, zura lupa. betul2 terlupa. kecoh anak2 pdpr kat rumah. kalut je tiap hari. 
pastu nurse call petang tu jugak. petang tarikh appointment tu. tukar lagi tarikh. bulan 9. nurse bagi tarikh lain. then zura cakap, saya ada appointment 24hb, which is hari jumaat. kalau ikutkan, jumaat tu appointment untuk perancang keluarga je. tapi nurse kata okey lah. datang sekali.
okey lah.. kali ni tak boleh lupa dah. haha.
maka, berduet lah kami check up kali ni. 😊
pengedar shaklee chemor, baizura bahar, vitally vitamin

zura masuk dulu. tengah zura jumpa doktor tu, nurse cakap dengan zura.
"baizura.. nanti masuk bilik 3 ye."
wahh.. zura pakai mask kot. pun nurse kenal. fathan pun pakai mask. kagum zura. hihi..
lepas zura selesai, terus lah masuk bilik 3. Fathan pulak check up.
pengedar shaklee chemor, baizura bahar, vitally vitamin
tak sempat breakfast. makan biskut dulu.

alhamdulillah ada perkembangan. berat dia naik 1kg je dalam beberapa bulan. tapi since tinggi dia pun tak naik banyak, so BMI dia okey. tu pun border line je. alhamdulillah.. tak de lah kene follow up ke doktor n department lain.
pastu, nurse check2 tarikh nak buat appointment untuk fathan. nurse kata, bagi tarikh sama mak lah.. hihi.. means, hari jumaat juga so tak ramai orang sangat. yey!!!
alhamdulillah... tq Allah. tq nurse kerana memahami diri ini. 😊
Dari experience zura check up kat Klinik Kesihatan Chemor ni selama 6 tahun, dari pregnantkan fauzan, melahirkan, pregnant kan fathan, melahirkan n fathan membesar, nurse2 dan doktor2 layan baik semuanya. Alhamdulillah..
diorang memang sangat concernkan kita n nak jaga kita betul2. kalau nurse atau doktor marah tu, bukan saja2 nak marah tau. tapi diorang risau apa2 jadi kat kita.
dan lagi satu zura percaya, kalau kita boleh bertolak ansur dengan orang, senangkan kerja orang, lembut dengan orang, insyaAllah yang datang pada kita pun yang baik2 semuanya. 
alhamdulillah...😊
dah selesai. tunggu papa datang jemput balik.





Pengalaman Suami Isteri Dapat Vaksin Pfizer.

Pagi tu, zura kejut suami bangun subuh.
"Abang tak larat lah.."

Cepat2 zura rasa dahi suami. Demam!

Terus bangun, turun bawah ke dapur untuk ambil air kosong dan panadol. Terus minta suami makan.
...

Jari Fathan Tersepit Auto Gate

Petang tu zura baru lepas bye bye suami balik ke penang. fathan macam biasa akan lambat2 nak masuk rumah. zura dah ke pintu dulu untuk tutup gate guna remote yang ada kat pintu. fathan pulak rutin dia, dia akan pegang gate masa gate tutup.

zura tak tengokkan dia sebab dah tau dia selalu pegang part gate yang mana. dan zura sangat yakin tangan dia tak tersepit gate.

tengah zura nak bukak kasut nak masuk rumah, tiba2 fathan menjerit kuat.. aduh! aduh! aduh!
jeritan dia macam tak nangis n macam nangis. zura toleh kat dia, zura tengok jari2 dia dah sepit kat gate.

jari anak tersepit auto gate

Selalu dia pegang kat tangan zura tu masa gate tengah tutup. Dua-dua side. Tapi dah Allah kata nak kene sepit, tersepit lah 8 jari dia kat gate tu. Imagine lah betapa rapatnya gate tu lepas tu tersepit jari2 halus dia. Position jari2 dia macam dia nak bukak gate tu. Kuku bertemu kuku.




Ya Allah. berlari zura ke gate, nak bukak gate. Lepas tu lari balik ke pintu untuk bukak gate guna remote. 8 jari fathan dah tersepit gate. Ya Allah.. sakitnya dia.. menjerit n nangis2 dia. 😭

cepat2 zura bawak masuk rumah. kesiannya anak mama...

papa baru je gerak balik. tak sampai 15 minit pun lagi papa gerak. mama tak tahu nak buat apa. terus call papa walaupun tahu papa tak boleh angkat sebab papa atas moto. mama mesej je sambil kepala ligat apa nak buat ni.

Ni right after tersepit. Bengkak-bengkak hujung jari2 dia. 4 jari kiri kanan.


satu benda yang terlintas kat kepala n zura seram sangat nak sebut. takut sangat kalau jari2 dia tak berfungsi dan.... ya Allah. tak nak sebut. sedih n marah kat diri sendiri. macam mana boleh cuai. 😭

zura baringkan dia. minta kakak ambil ais. tekap2 ais kat hujung2 jari dia. sambil dia nangis2 sakit sakit.

zura teringat yang semalam dia ada request nak vivix. dia ambil sendiri vivix dalam peti ais. minta zura bukakkan. tapi zura mengelat. tak nak dia makan. 

tapi lepas jari dia tersepit ni, terus zura ambil vivix n bagi dia makan dengan niat ikhtiar moga aliran darah dia okey kat hujung2 jari tu. 

sambil tu zura tak berhenti tekap2 jari2 dia kat ice pack tu. sesekali dia mengelak. yela.. sejuk. sampai dia tertidur. tak sampai 10 minit macam tu, dia tertidur. bila dah tidur tu, lagi lah susah nak tekap jari dia kat ais tu. dia asyik mengelak je..

sudahnya zura cakap kat kakak, dia tak nak letak jari kat ais. mama tak tahu nak buat apa ni. kene bawak jugak pergi klinik. terus siap2 and angkat dia pergi klinik. dia terus tidur.

alhamdulillah klinik masih bukak lagi. waktu tu dah pukul 6 lebih. dan patient masih ramai. Klinik Sri Klebang. suka pergi klinik ni. doktor2 dia sangat baik n ada 'human touch'. rasa doktor care sangat.

sampai turn fathan, zura cerita kat doktor apa yang jadi. respon doktor, 'ala.. kesiannya dia..'
doktor check jari, so far aliran darah dia okey sebab tak nampak jari membiru. just lebam n ada kesan2 darah sikit2. doktor just concern pasal tulang dia. so doktor minta pergi hospital untuk buat xray. doktor bagi referral letter. 

dalam hati ni dah gelisah dah. nak kene tinggalkan 4 orang anak yang lain. walaupun dah besar2, still risau. so balik tu, cepat2 masak dinner untuk diorang. minta tolong kakak2 siapkan beg fathan n suapkan dia makan sementara zura nak solat n bersiap. lepas maghrib, terus pergi Hospital Raja Permaisuri Bainun.

suasana kat emergency sama macam dulu. ye dulu pernah pergi emergency sebab natrah jatuh katil masa umur kurang 3 bulan. esoknya dia muntah, tu yang terus bawak ke emergency tu. 
ada zura cerita kat sini >> Natrah Admit 1 Hari.

and as aspected, memang lama nak tunggu turn kat emergency. zura daftar around 8.45 malam macam tu. hampir pukul 10 malam baru kene panggil. tu pun ada sorang lelaki yang sepatutnya turn dia sebelum fathan dah balik dulu sebab lama gila kot dia tunggu.

Time ni kat emergency. Tengah tunggu turn nak jumpa doktor. 



fathan macam mana? dia happy dapat ikut mama keluar. hehe
tangan dia terbukak je tak berani pegang apa2. tapi mulut dia maintain banyak cakap. kat hospital yang sunyi tak banyak bunyi tu pun, boleh dengar suara dia je dok cakap2.

and dia aktif je macam biasa. bila dah terlalu lama kene tunggu tu, dia mulalah nak merayap sana sini. jenuh nak control. dah la kat hospital. tengah pendamik covid 19 pulak tu. pergerakkan kita terbatas kan.

pendekkan cerita, lepas dah xray tu, kami tunggu lah doktor kat luar bilik doktor untuk di review. tak lama lepas tu, doktor keluar bilik n cakap dengan zura. 

"saya tengok tulang dia okey tak de apa2."

pastu lama doktor diam. doktor macam tengah susun ayat nak bagitau sesuatu yang boleh buat zura terkejut ke apa ke tak tahu lah.

pastu doktor sambung, "cuma risau jari dia membengkak. mak kene pantau lah kat rumah tengok jari2 dia."

okey. part tu pun memang yang paaaaaling merisaukan zura.

lepas tu doktor minta fathan gerakkan jari2 dia. sebab dia masih tak gerakkan tangan dia. terbukak je.

doktor bagi pen n kertas minta dia lukis. "han tak nak yukis.." kata dia.

zura ajak dia main osom dengan doktor. sebab dia pandai dah main osom n suka buat batu. 
"han tak nak otom..." kata dia.

zura minta fathan main2 makan ais krim sebab dia suka action2 pegang kon aiskrim n jilat2 aiskrim sambil slurppp sedapnya. "han tak nak aikim.." kata dia.

hahaha.. dan dan lah tak nak aiskrim. kalau tidak asyik minta je..

so doktor kata, tak pe lah. pantau je kat rumah. n doktor bagi ubat tahan sakit.

actually time tu zura perasan yang fathan dah start pegang sana sini dengan jari2 dia. masa tunggu kat farmasi pun, dia dah mula melasak panjat2 kerusi guna jari2 dia. dia tak 'perasan' kot yang jari2 dia sepatutnya sakit. zura memang saja biar dia pegang sana sini. dah kurang rasa sakit agaknya tu dia dah start pegang sana sini.

Time ni kat farmasi. Tengok jari2 dia, dia dah start pegang2 benda. Lega dah rasa time ni.



selesai ambil ubat, malam dah makin lewat. hampir 12 malam dah. jalan pun lengang je nampak nya. kalau bukan sebab covid, biasanya malam2 pun masih ada je kereta, kan. 

masuk kereta, cepat2 kunci pintu kereta. zura memang seram nak drive sorang2 malam2. ni yang teman pun budak kecik, seram jugak lah. tengah setting itu ini kat kereta, fathan buat osom. dia try nak buat batu tak boleh. pastu dia cakap, "mama... haa nengok ni, han tak yoyeh..." dia nak bagitau yang tangan dia tak boleh genggam nak buat batu. haha. sempat lagi. 😂

akhirnya, pukul 12 lebih sikit, kami selamat sampai rumah. alhamdulillah.. anak2 yang lain macam biasa kecoh bukan main. meghumbun kat fathan nak tengok jari2 dia.

Dah sampai rumah. Cari mainan jap sebelum naik bilik tidur.



Allah permudahkan semuanya. alhamdulillah. 
malam yang panjang buat kami. sebelum naik bilik untuk tidur, zura ambil beberapa vitamin untuk badan dapat rehat secukupnya time tidur.

ostematrix untuk 'urut2' badan.
resV untuk dapat deep sleep.
herb lax untuk bersihkan usus dari toksin.
vitamin c untuk kurangkan simptom resdung - bersin pagi2 - and untuk kulit sihat juga.

zura harap sangat tak de apa2 yang serius kat jari jemari fathan. so far seminggu lepas kejadian, jari2 dia semakin baik. tak de lebam pun. alhamdulillah sangat ya Allah.


pengajaran buat zura: Jangan sambil lewa jaga anak2. Ye walaupun apa yang jadi tu dah memang takdir Allah, tapi tetap kene berjaga-jaga. Kalau benda dah jadi, menyesal pun tak guna dah.