Putra Fauzan Positif Covid

Anak soleh ku tewas jua.

Bismillah..
Jumaat hari last sekolah, balik tu zura ambil dia, dia mengadu sakit kepala n lenguh kaki.

Zura suruh baring n rehat. Then zura hantar nailah n ambil kakak2 balik sekolah. Dia tak ikut.

Sampai rumah, dia rengek2 dah. Zura check dahi, panas!

Minta dia buat saliva test, tak nak. Dah lewat petang baru buat.

Time tu zura tengok result 1 line je. Esok nya zura tengok sekali lagi, eh lagi satu line samar2 lah.

Okey lah. Memang dah expect sebenarnya. And terima dengan redha.

Dari jumaah tu dah isolate dia kat bilik dia.

So sabtu tu dah kira confirm dia positif, papa set up computer kat bilik dia.

Happy lah dia dapat main game n tengok youtube sampai malam. 😄

Ye.. Siapa kuarantin memang dapat kelebihan itu kat rumah ni..hehe..

Yelah.. Nak bagi happy tak boring.

Demam dah kurang hari ini. Tapi bangun tidur tadi dia mengadu sakit tekak.

Lepas mandi dia kata dah tak sakit. Zura minta dia kumur dengan listerine.

Buat masa ni zura just bagi dia ubat demam n hero kiddo saja.

Herbal blend untuk massage kalau sakit kaki n sakit kepala.

And kumur dengan listerine.

Tengok esok isnin macam mana. Kalau masih demam n batuk, bawak lah pergi kk nanti.

Semoga fauzan n kawan2 cepat sembuhnya.

Elok lah cuti sekolah baru nak kuarantin kan..😄
InsyaAllah sempat sihat nak masuk sekolah 6 tahun nanti. 💪🏼💪🏼💪🏼

Biiznillah...


Dia susun elok2 air, ubat n vitamin dia.


Record dari hari Jumaat.

Seronok lah dapat conquer computer sorang2 dari pagi sampai malam. 



Fadhilat Surah At-Taubah Ayat 128 - 129.

•Amalkan ayat ini selepas solat fardhu, InsyaAllah dipermudahkan baginya segala urusan duniawi dan ukhrawi, serta dimatikan dalam keadaan husnul khatimah dan terpelihara ia daripada gangguan jin dan manusia.


لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ 
﴿ ١٢٨ ﴾ 

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (128)
At-Tawbah, Ayah 128

فَإِن تَوَلَّوۡا۟ فَقُلۡ حَسۡبِیَ ٱللَّهُ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَلَیۡهِ تَوَكَّلۡتُۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِیمِ
 ﴿ ١٢٩ ﴾ 

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (129)
At-Tawbah, Ayah 129

Fadhilat Surah At-Taubah Ayat 128Fadhilat Surah At-Taubah Ayat 129



Macam mana zura cipta masa berkualiti dengan insan kesayangan zura.

Alhamdulillah..
hujung minggu yang lepas dapat lagi spend time dengan anak2.
kali ni kami decide untuk keluar pada awal pagi ahad pulak instead of keluar malam2.

last week kami pergi pasar karat. lama tak pergi sana.
banyak dah gerai2 bundle kat sana.
tapi, keterujaan zura of course kat part yang jual2 barang antik.
alahai.. geram je rasa.
tapi, buat masa ni, tak de lah nak bazir duit beli yang bukan2.

pastu, pergi makan kat kosiswa. tepi sungai.
lama dah tak pergi situ.
best environment situ sebab kawasan lapang, terbuka n kelilingnya kehijauan.
zura tak ambil gambar sebab tertinggal fon.

alhamdulillah..
itu lah nikmat yang Allah beri.
keluarga sentiasa bersama zura.

kadang2 kita rasa kita tak ada kualiti masa dengan family kita.
tapi sebenarnya, kualiti masa dengan family kita itu, kita yang kita kene cipta sendiri.
even 10 minit pun, kalau kita dapat tumpu 100% masa itu untuk family kita, untuk pasangan dan anak2 kita, lalu kita bersyukur dengan 10 minit itu, itu lah kualiti masa yang sangat2 berharga buat diri kita n family kita..

sebab tu zura suka capture moment2 dengan insan2 kesayangan zura. sebab setiap masa zura rasa adalah masa berkualiti untuk insan2 kesayangan zura.

gitu lah kehidupan yang fana ini.

untuk weekend yang baru ni, of course zura ada ambil baaaaaaanyak gambar.
hehe.. kitorang pegi padang polo. dah biasa dah pergi situ tapi kali ni lepak kat port lain.
and yang sebenarnya, inilah first time zura explore betul2 padang polo itu.
tahu ada tasik tapi tak sangka kat area tasik tu sangat cantik dan sangat mendamaikan.


so here compilasi video dan gambar baru2 ni.. 




❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin | bydura
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Resepi Mufin Coklat Beryl's Gourmet.

hi n assalamualaikum!
lama zura tak share zura masak2.
zura memang masak hari2 tapi dah kurang rajin masak sejak suami kerja kat penang.
bila tinggal dengan anak2 je, zura masak cincai2 je.
bila suami balik, zura masak sama2 suami. so segan sikit nak ambil2 gambar ni. 

tapi semalam, ter rajin pulak nak buat video Mufin Coklat guna tepung segera Beryl's Gourmet.

zura memang suka beli tepung segera untuk buat kek, mufin, dan yang sewaktu dengan nya.
pernah zura share yang zura buat cheese kek guna tepung segera ni.

biasanya zura beli brand Nona Dr. Detker. Tapi kali ni, jumpa brand Beryl's Gourmet pulak. Nak pulak rasa sedap ke tak rasa dia.

so, here the video...

yang bestnya guna tepung segera ni, kita just perlu add beberapa lagi bahan saja untuk siapkan nya.
so untuk Mufin Coklat Beryl's Gourmet ni, bahan2 dia adalah:

1. Tepung Muffin Beryl's Gourmet.
2. 95ml air.
3. 2 biji telur.
4. 100g butter.

Kacau semua sekali untuk beberapa minit. Then ready untuk di bakar.

Sebelum tu, panaskan oven dengan suhu 180℃.
Selepas masukkan bancuhan ke dalam kertas mufin, boleh lah bakar selama 20-30 minit.

Dan ini lah hasilnya mufin yang dah siap!


personally, zura rasa sangat sedap coklat dia.
dalam tepung ni dah siap ada coklat cip dia. dan coklat cip dia agak besar n rasa coklat dia sangat coklat! 😄

jangan lupa untuk nikmat nya dengan Elderberry Tea Shaklee. 😍

Peristiwa Penting di Bulan Rejab.

Bulan Rejab merupakan bulan ketujuh dalam tahun Hijrah dan memiliki keutamaan yang penting dalam Islam. 

Salah satu daripada keistimewaan bulan Rejab ialah bulan ini merupakan salah satu daripada bulan Haram dalam Islam. Bulan Haram bermaksud bulan Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan Rejab. 

Bulan ini sangat dihormati dalam agama Nabi Ibrahim A.S dan orang Arab amat memuliakan bulan ini dengan tidak dibenarkan untuk berperang dalam bulan ini. 

Sekalipun kehidupan Masyarakat Arab dipenuhi dengan kebodohan dalam penyembahan berhala, mereka sangat memuliakan bulan haram. Mereka juga melarang sama sekali daripada berperang dalam bulan tersebut. 

Apabila Islam datang, Islam masih lagi memuliakan bulan Haram dengan diberikan pahala yang besar bagi orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat, tetapi Islam memansuhkan peperangan dalam bulan ini.

Peristiwa bulan Rejab

Banyak peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah antaranya:

(1) Peristiwa Isra’ Mikraj.

Peristiwa agung 27 Rejab iaitu Baginda Rasulullah S.A.W telah diperjalankan oleh Allah dari Makkah ke Baitul Maqdis di waktu malam dan ketika itu juga sekali lagi dibelahnya dada Baginda Rasul S.A.W. Kemudian diangkatnya Baginda Rasul ke langit bertemu Allah, dan Allah telah memerintahkan kewajipan ibadah solat 5 waktu kepada umat Baginda Rasul.

(2) Penghijrahan pertama ke Habsyah.

Akibat ditekan oleh Musyrikin Makkah, para Sahabat mengadu kepada Baginda Rasulullah S.A.W, lalu Baginda Rasul menyarankan umat Islam berhijrah buat kali pertama ke Wilayah Habsyah walaupun Raja Habsyah ketika itu bukanlah seorang Muslim, namun Raja Habsyah seorang yang baik dan menjamin keselamatan orang Islam.

(3) Peperangan Tabuk.

Berlaku pada tahun 9 Hijrah, dan tiada pertempuran apabila tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan serta kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi sebarang kesukaran, menempuh musim panas, terik, serta lokasi Tabuk yang sangat jauh (di antara Hijjaz dan Syam).

(4) Imam Syafie meninggal dunia.

Beliau merupakan salah seorang dari empat imam mazhab besar dalam dunia feqah dan pengasas kepada Mazhab Syafie. Beliau berasal dari Gaza dan dilahirkan juga pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan tahun pemergian Imam Abu Hanifah.

(5) Pembebasan kedua Baitul Maqdis.

Tentera Islam yang dipimpin oleh Solahuddin Al-Ayubi telah Berjaya menawan kembali Baitul Maqdis kali kedua (583 Hijrah) menewaskan tentera Salib yang menjajah kawasan tersebut selepas pembukaan pertama oleh Saidina Umar Al-Khattab R.A.

Amalan sunnah di bulan Rejab


Terdapat beberapa amalan sunat yang dituntut untuk diperbanyakkan pada bulan Rejab ini, iaitu 
  • menghidupkan dengan Qiamullail seperti solat sunnah, membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, berselawat ke atas Nabi S.A.W, dan berdoa.
  • Manakala siang hari bulan Rejab pula dituntut untuk berpuasa dan bersedekah. 
Pada asasnya semua amalan ini boleh dihidupkan di sepanjang bulan Rejab sebagai persediaan untuk menjalani Bulan Ramadhan.

Kesimpulannya, seseorang Muslim boleh memilih untuk beramal mengikut kemampuan mereka masing-masing dengan mengusahakan semaksimum mungkin amal ibadah bagi mendapatkan keberkatan serta keredhaan dari Allah S.W.T dibulan Rejab ini.

Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi S.A.W apabila memasuki bulan Rejab, maka Baginda mengatakan: 

” “اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

“Ya Allah, berkatilah kami di Rejab dan Syaaban dan berkatilah kami di bulan Ramadan).”

(Al-Bazzar, al-Tabrani, dan al-Bayhaqi)



Sebagai hamba Allah yang taat dan sebagai persediaan untuk menuju kepada bulan Ramadan yang bakal tiba, maka wajar bulan ini dihidupkan dengan amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Wallahu A’lam.

Sumber : harakahdaily.net