rahsia di sebalik air sejuk dan ais...



eddy (bukan nama sebenar) seorang lelaki yang kurus dan tinggi...
kekurusannya sesuai dengan ketinggiannye yang tinggi itu...

ketika dia berusia 25 tahun (kot), dia mendirikan rumah tangga bersama dengan zura(bukan nama sebenar)...
makan di rumah menjadi rutin mereka suami isteri sejak berkahwin...
oleh kerana si suami tidak gemar makan di luar (walaupun isteri dia masak tak berapa sedap...)
dia tetap mahu makan masakan isteri dia...
si isteri dengan gigih menyediakan makanan untuk suami walupun penat bekerja di siang hari...

tiap2 malam, eddy makan 2 pinggan nasi...
dan di iringi dengan air-sejuk-yang-best2 selepas makan...
isteri dia juga turut minum air-sejuk-yang-best2 itu lepas makan,
tapi tak la pulak makan nasi sampai 2 pinggan...

dipendekkan cerita,eddy mula ketihatan besar!
kerana dia tinggi, kegemukan dia menampakkan dia besar...
tapi perut dia tetap tidak boroi...
eddy mula berasa risau dan mahu lakukan sesuatu...

langkah pertama yang eddy ambil adalah
pada bulan puasa yang pertama mereka suami isteri lalui bersama,
eddy mula mengurangkan nasi ketika makan malam...
bukan saje dia makan satu pinggan nasi, malah nasi yang sepinggan tu pun, seciput je...
bukan dia tak berselera lagi dengan masakan isterinye,
tapi disebabkan penat menjalani ibadah pada bulan puasa,
selera makan dia menjadi kurang...
jadinya, selepas bulan puasa pun, dia cuba untuk teruskan cara pemakanan ketika bulan puasa itu...

selain eddy telah mengurangkan jumlah nasi ketika makan,
dia juga tidak lagi minum air-sejuk-yang-best2 selepas makan...
program 'tidak-minum-air-sejuk-yang-best2-selepas-makan' turut disertai oleh isterinye...
kerana isterinye tidak perlu lagi sediakan air-sejuk-yang-best2 itu untuk suaminya...
secara tidak langsung, program itu telah di amalkan di rumah mereka oleh seisi keluarga...
impaknya,
 si eddy ni telah berjaya mencapai bentuk badan seperti muda remaja dulu...
buktinya, seluar2 ketika dia berpacaran dengan isteri dia, kembali muat!
selain itu, dia juga bole pakai seluar pendek (bukan boxer ye) di dalam seluar slack yang di beli saat2 zaman kegemukan dia...
bukan sahaja bole pakai 2 lapis seluar, siap ade lebih2 lagi....

hal ini turut disedari isterinye...
(hal yang di maksudkan adalah, air sejuk + ais juga adalah punca kegemukan)...
apa yang berlaku pada isteri si eddy ini adalah,
selepas dia melahirkan anak kedua,
dia mengikuti program berpantang dengan baik sekali...
tidak seperti program berpantang untuk kali pertama...
mungkin dia sudah rasa biasa berpantang dan bole melawan gelora jiwa yang mahu minum air sejuk2 sahaja...
selepas abis program berpantang juga dia tidak berapa minum air sejuk2...
dan dia rasakan, bentuk badan dia cepat ramping dari lepas beranak anak pertama dulu...hehe..

sehingga lah pada satu hari,
entah syaitan nirrojim mana yang merasuk,
dia asyik mahu minum air sejuk dan ais sahaja...
kalau di tempat keje, dia tapau nasi sekali tapau air ais yang best2...
tak cukup kat tempat keje, kat rumah pulak dia minum air kosong sejuk...
(sebab di rumah dah tak buat stok ais batu, tak dapat la dia minum ais...mujur ada stok air sejuk..)
dek kerana alpa dengan keasyikan minum ais,
dia mula rasa badan dia kembali kembang...
lalu, dengan kesedaran sivik yang masih ada, 
dia memulakan semula program 'tidak-minum-air-sejuk-yang-best2-selepas-makan'...
untuk dia saja sebab suami dia memang disiplin pada program tersebut sejak program itu mula diperkenalkan di rumah mereka...
perlahan2, si isteri mula rasa ramping (sikit) semula...

kini, tiap kali si isteri menghantar si suami pegi kerja di pintu rumah,
terdetik di hati nya...
"alahai...kurusnye suami aku...suami orang lain semua 'sihat', berselera makan isteri masak sedap....tapi suami aku macam tak lalu makan je..... ;p
aku jugak yang masih kembangan...kene la kurus jugak demi menjadi pasangan yang ideal, sama kurus, sama cantik, sama padan....;p "

sekian lah kisah suami isteri yang bernama eddy dan zura (bukan nama sebenar...)

sebagai penutup,
air sejuk dan ais tidak langsung memberi kebaikan pada tubuh badan kita malah bole menepukan lemak2 yang ada...
sebab itu lemak2 anda tidak dapat di bakar walaupun anda ada keluarkan peluh atau berlari-lari anak di dalam rumah...

lelaki yang sudah berkahwin tetapi tetap maintain kurus tak bererti dia tak bahagia dengan rumah tangganya.... ;p


0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.