7 TIPS MENGURUSKAN ANAK-ANAK RAMAI DI TEMPAT AWAM.



Ada orang yang tak sanggup nak keluar rumah bawak anak ramai2 ni.
Especially masa umur 1-4 tahun. Umur ni memang diorang tengah ligat sangat n nak explore semua benda sekeliling diorang.
So kat sini saya nak share, macam mana saya handle anak2 yang ramai ni keluar.
Even ke pasar malam yang ramai orang tu pun kami bawak diorang semua.


1. Biasakan mereka di tempat public sejak mereka kecil lagi.

- Masa anak sorang, gagah lagi nak bawak anak kemana pun kita pergi, kan. Tapi bila dah masuk 2-3-4-5 orang anak, kita mula lah kirim barang dapur kat suami je. Mak2 lebih rela duduk rumah jaga anak2 dari kene kejar anak2 kat public.
- apa saya buat adalah, biarpun berapa banyak anak sekali pun, tiap kali beranak baru, saya dan suami pasti akan bawak diorang semua bila keluar. Walaupun cuma nak pegi pasar malam atau beli barang dapur saja.


2. Ajar anak2 pimpin tangan.

- ni untuk keselamatan. Make sure kita pimpin tangan anak2.. Kalau anak 4, masing2 pimpin 2 orang anak. Kalau anak tak nak pimpin, saya guna kuasa paksa, kene pimpin jugak. Kalau pial telinga boleh buat dia dengar cakap, saya pial je. Itu lebih baik dari menangis tak berlagu kalau tiba2 anak hilang dari pandangan kita. Kalau anak lebih dari 4? Tak cukup tangan nak pimpin?


3. Guna alat bantuan seperti stroller/buggy dan baby carrier.

- Masa anak sorang dulu, saya selesa guna stroller. Suami tolak stroller, saya boleh peluk tangan suami..☺️ Atau tolak troli.. Tapi bila anak dah jadi 3 dan 4, saya mula gunakan baby carrier. Sangat mudah untuk saya bergerak n pimpin anak2 yang lain. Ada jugak saya guna tendem stroller. Tapi faham2 je lah.. Bila dia rasa dia dah besar, tak nak dah duduk stroller.. ðŸ˜„


4. Elakkan pergi tempat yang ramai orang sangat.

- ni kalau boleh lah.. Bila nak shopping, pegi waktu dan tempat yang orang tak ramai. Kalau nak beli barang dapur tu, kami kadang2 tak tunggu pun hari minggu. Hari minggu confirm ramai orang. Tambah2 kalau minggu tu baru dapat gaji. Kami biasa pergi waktu malam lepas maghrib masa weekdays. Ataupun time orang belum gaji lagi, next week baru nak gaji.. ðŸ˜‹


5. Kalau suami/isteri nak shopping barang sendiri, bagi peluang pada partner kita shopping dengan senang hati.

- maksudnya, kalau kata saya nak cari baju ke, handbeg ke, kasut ke, tudung ke, suami akan jaga anak2 yang 4 tu. Suami bagi peluang pada saya untuk pilih barang dengan senang hati. Macam tu jugak sebaliknya. Kalau suami nak pilih kasut ke, saya akan layan anak2 try kasut2 yang ada tanpa ganggu papa diorang pilih kasut. Kalau partner kita lama sangat pilih barang, bertabah lah... Haha.. Kalau rasa tak cukup tabah, tunggu je dalam kereta.. Confirm anak2 tak boleh nak lari sana sini.. ðŸ˜‹


6. Bawak bekal makanan, minuman, buku dan mainan.

- kalau saya nak beli barang dapur, saya akan pilih dulu biskut yang anak2 nak. So, bila diorang dah happy sebab dapat barang yang diorang, boleh lah kita pilih barang dengan senang hati. Tapi jangan pulak ajar makan time tu jugak.. Ajar lah diorang sabar n ajar kene bayar dulu sebelum makan.
Kalau kakak2 yang dah besar ni, kadang2 saya belikan dulu buku yang diorang nak. So, diorang akan ralit baca buku masa saya n suami pilih barang. Yang baby2 ni biasanya saya belikan makanan atau mainan.


7. Kalau pergi melancong, macam mana pulak?

- setakat ni kami banyak jalan2 dalam malaysia je. Pernah sekali ke Thailand.
Masa anak2 belum sekolah lagi, kami tak jalan2 masa cuti sekolah. Sebab confirm ramai orang kat mana2 pun. Mujur jugak saya buat bisnes sendiri secara online. So saya tak terikat dengan siapa2 untuk apply cuti. Suami lah yang kene amik cuti. Tapi bila anak2 dah sekolah, kami tak de pilihan selain pilih masa cuti sekolah. But still kami akan pilih weekdays, bukan weekend. Sama macam masa kami pergi Thailand hari tu, kami naik kereta sendiri. Kami pergi masa cuti sekolah tapi weekdays. Alhamdulillah.. Smooth je perjalanan especially masa kat border tu. Walaupun ramai orang, tak lah jammed sangat.


Begitulah caranya kami handle anak2 ramai bila keluar di tempat public. Sungguhpun anak saya ramai perempuan, diorang ni boleh tahan jugak tak reti nak dok diam.
Saya tak pilih gajet untuk diamkan diorang kat tempat awam walaupun cara tu sangat efektif.
Biarpun mulut ni bising tegah itu ini, still jugak tak serik2 nak bawak diorang semua keluar sama2.. ðŸ˜Š

love, 

 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 

whatsapp 016.595.2771
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.