7 TIPS MENGURUSKAN ANAK-ANAK RAMAI DI TEMPAT AWAM.



Ada orang yang tak sanggup nak keluar rumah bawak anak ramai2 ni.
Especially masa umur 1-4 tahun. Umur ni memang diorang tengah ligat sangat n nak explore semua benda sekeliling diorang.
So kat sini saya nak share, macam mana saya handle anak2 yang ramai ni keluar.
Even ke pasar malam yang ramai orang tu pun kami bawak diorang semua.


1. Biasakan mereka di tempat public sejak mereka kecil lagi.

- Masa anak sorang, gagah lagi nak bawak anak kemana pun kita pergi, kan. Tapi bila dah masuk 2-3-4-5 orang anak, kita mula lah kirim barang dapur kat suami je. Mak2 lebih rela duduk rumah jaga anak2 dari kene kejar anak2 kat public.
- apa saya buat adalah, biarpun berapa banyak anak sekali pun, tiap kali beranak baru, saya dan suami pasti akan bawak diorang semua bila keluar. Walaupun cuma nak pegi pasar malam atau beli barang dapur saja.


2. Ajar anak2 pimpin tangan.

- ni untuk keselamatan. Make sure kita pimpin tangan anak2.. Kalau anak 4, masing2 pimpin 2 orang anak. Kalau anak tak nak pimpin, saya guna kuasa paksa, kene pimpin jugak. Kalau pial telinga boleh buat dia dengar cakap, saya pial je. Itu lebih baik dari menangis tak berlagu kalau tiba2 anak hilang dari pandangan kita. Kalau anak lebih dari 4? Tak cukup tangan nak pimpin?


3. Guna alat bantuan seperti stroller/buggy dan baby carrier.

- Masa anak sorang dulu, saya selesa guna stroller. Suami tolak stroller, saya boleh peluk tangan suami..☺️ Atau tolak troli.. Tapi bila anak dah jadi 3 dan 4, saya mula gunakan baby carrier. Sangat mudah untuk saya bergerak n pimpin anak2 yang lain. Ada jugak saya guna tendem stroller. Tapi faham2 je lah.. Bila dia rasa dia dah besar, tak nak dah duduk stroller.. 😄


4. Elakkan pergi tempat yang ramai orang sangat.

- ni kalau boleh lah.. Bila nak shopping, pegi waktu dan tempat yang orang tak ramai. Kalau nak beli barang dapur tu, kami kadang2 tak tunggu pun hari minggu. Hari minggu confirm ramai orang. Tambah2 kalau minggu tu baru dapat gaji. Kami biasa pergi waktu malam lepas maghrib masa weekdays. Ataupun time orang belum gaji lagi, next week baru nak gaji.. 😋


5. Kalau suami/isteri nak shopping barang sendiri, bagi peluang pada partner kita shopping dengan senang hati.

- maksudnya, kalau kata saya nak cari baju ke, handbeg ke, kasut ke, tudung ke, suami akan jaga anak2 yang 4 tu. Suami bagi peluang pada saya untuk pilih barang dengan senang hati. Macam tu jugak sebaliknya. Kalau suami nak pilih kasut ke, saya akan layan anak2 try kasut2 yang ada tanpa ganggu papa diorang pilih kasut. Kalau partner kita lama sangat pilih barang, bertabah lah... Haha.. Kalau rasa tak cukup tabah, tunggu je dalam kereta.. Confirm anak2 tak boleh nak lari sana sini.. 😋


6. Bawak bekal makanan, minuman, buku dan mainan.

- kalau saya nak beli barang dapur, saya akan pilih dulu biskut yang anak2 nak. So, bila diorang dah happy sebab dapat barang yang diorang, boleh lah kita pilih barang dengan senang hati. Tapi jangan pulak ajar makan time tu jugak.. Ajar lah diorang sabar n ajar kene bayar dulu sebelum makan.
Kalau kakak2 yang dah besar ni, kadang2 saya belikan dulu buku yang diorang nak. So, diorang akan ralit baca buku masa saya n suami pilih barang. Yang baby2 ni biasanya saya belikan makanan atau mainan.


7. Kalau pergi melancong, macam mana pulak?

- setakat ni kami banyak jalan2 dalam malaysia je. Pernah sekali ke Thailand.
Masa anak2 belum sekolah lagi, kami tak jalan2 masa cuti sekolah. Sebab confirm ramai orang kat mana2 pun. Mujur jugak saya buat bisnes sendiri secara online. So saya tak terikat dengan siapa2 untuk apply cuti. Suami lah yang kene amik cuti. Tapi bila anak2 dah sekolah, kami tak de pilihan selain pilih masa cuti sekolah. But still kami akan pilih weekdays, bukan weekend. Sama macam masa kami pergi Thailand hari tu, kami naik kereta sendiri. Kami pergi masa cuti sekolah tapi weekdays. Alhamdulillah.. Smooth je perjalanan especially masa kat border tu. Walaupun ramai orang, tak lah jammed sangat.


Begitulah caranya kami handle anak2 ramai bila keluar di tempat public. Sungguhpun anak saya ramai perempuan, diorang ni boleh tahan jugak tak reti nak dok diam.
Saya tak pilih gajet untuk diamkan diorang kat tempat awam walaupun cara tu sangat efektif.
Biarpun mulut ni bising tegah itu ini, still jugak tak serik2 nak bawak diorang semua keluar sama2.. 😊

love, 

 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 

whatsapp 016.595.2771
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Pengalaman Menyusukan Anak Ketika Hamil.

"Nak tanya, akak pernah bf baby masa mengandung kan?". 
… 

Ni soalan femes ni untuk kakbee. 
Jawapannya, ya! Masa mengandungkan dan melahirkan Fauzan, Nailah belum cukup 2 tahun. 
"Ada apa2 masalah tak?". 
... 
Alhamdulillah tak ada pendarahan atau apa2 masalah lain masa pregnant. 
Bacaan hb pun okey. 
Cuma, ada sikit rasa sakit tiap kali menyusukan Nailah. 
Itu normal sebab badan kita tengah bersiap sedia untuk terima baby baru dalam rahim. 
So, apa yang buat kakbee tekad nak terus menyusukan Nailah walaupun rasa sakit? 
... 
Sebab mindset kakbee dah set, kakbee nak menyusukan dia secara direct selama 2 tahun. 
Kalau di kira, masa Fauzan lahir nanti pun Nailah masih belum cukup 2 tahun. 
Kalau kakbee ikutkan rasa sakit tu, memang rasa nak stop kan je Nailah. 
Tapi kakbee fikir, kalau Nailah stop menyusu sekarang, 
boleh ke dia sambung menyusu balik bila Fauzan lahir? 
Sebab tu lah kakbee tetap bagi Nailah menyusu walaupun sakit. 
So bila Fauzan lahir, Nailah masih boleh dapatkan hak dia sampai cukup 2 tahun. 😊
Tapi tu lah.. Mental kene kuat. 
Selain dari sakit kat situ, akan ada jugak cakap2 orang yang boleh patahkan keinginan kita. 
Iye kan je tapi tetaplah dengan pendirian kita. 
Dan lagi, of course kene pastikan kita cukup makan n nutrisi. 
Bagi kakbee, penting kita ambil suplemen untuk bagi nutrisi yang secukupnya buat diri sendiri, baby dalam rahim n baby yang tengah menyusu. 
Apapun, ibu2 kene kuat semangat untuk jayakan misi menyusukan anak hingga 2 tahun! 💪🏼💪🏼💪🏼

Nak dapatkan Set Menyusu Shaklee, klik SINI

#baizurabahar #EddyZura

#workingathomemama
#usahawanShaklee
#onlineEntrepreneur
#whatsapp0165952771


..
love, 
 Baizura bahar 
Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Review Pusat Servis Honda, Delima Kinta, Taiping.

Kami memang suka servis kat Delima Kinta walaupun jauh nak pergi.
sebab kereta tu pun beli kat sini.

sebelum ni, pusat servis nya sama dengan show room nya.
tempat agak sempit dan tak banyak kereta boleh servis dalam satu masa.
but still kami suka servis kat sini.

semalam, appointment untuk servis kereta.
sampai kat sana, katanya dah pindah tempat baru.
sejak bila pindah, tak tahu lah..
dekat je..100m je dari show room tu.

putris macam biasa, banyak tanya.
contoh soalan..
kita nak pegi mana?
bukan ke papa kata nak pegi honda?
kenapa kita lalu sini?
ada sekali tu,kakak banyak sangat tanya, sampai dia sendiri sedar diri n tetiba dia cakap,
"kakak memang macam ni..kakak suka tanya.."
emm...tau pun..hehe..

so nak cerita, pusat servis yang baru ni sangat besar n sangat banyak kereta boleh servis dalam satu masa.
asalnya suami nak servis kat Jalan Kuala Kangsar, tapi dah full..next week pun tak available jugak.
Kat delima kinta je yang available.
tu yang gigih tu pegi sini.

lepas tu, waiting area nya pun lebih besar n lebih banyak seats.
sesuai sangat untuk kami yang selalu pergi satu family tiap kali nak servis kereta.
cuma, tak ada kids area.
tak tahu lah kakbee kalau ada kat tingkat atas.
oh ye...siap ada surau kat tingkat atas.

dan yang paling penting sekali, kenapa suami selalu angkut kami semua pi servis kereta,
ada makanan n minuman percuma kat sini..hihi..
kalau datang pagi, ada nasi lemak n kuih.
so tadi, selamat lah breakfast kami kat sini.
nasi lemak sorang satu bungkus dan karipap anak2 makan sampai muak...haha..
sampai kan kami di pandang serong oleh masyarakat setempat..hihi..
dah la lepak dekat dengan pantry..
memang senang amat putris nak ambil makanan n drink sendiri..
ish.ish... macam mama tak bagi diorang makan je tau...

servis kali ni pun agak cepat.
selalu lambat siap.
kalau start jam 10.30 pagi tu, kadang tu sampai kul 1 lebih baru siap.
tapi kat tempat baru ni, alhamdulillah..lebih cepat siap.
jam 12 gitu dah siap dah...

tu lah serba sikit review tentang pusat servis honda kat delima kinta taiping.
next servis bulan 12 pulak. 

gambar2 kami kat sini.
lupa pulak nak ambil gambar pusat servis tu..hehe..


Lepak dekat dengan pantry. Jemuh melayan diorang nak makan.

Drink percuma. Berapa kali tambah entah..

Belakang tu tempat servis yang sangat luas n banyak kereta boleh servis dalam 1 masa.

Boring menunggu, diorang buat macam rumah sendiri. Emm..


 .






.


love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Julai..Bulan bersejarah buat kakbee.

Alhamdulillah untuk hari semalam. 😊
Kami keluar seawal jam 9.30 pagi, menuju ke Taiping untuk servis kereta.
Then ke Penang untuk urusan penghijrahan kami.
Jam 11.30 malam baru sampai ke MyHome.

Travel di hari closing memang mencabar.
Dengan bateri kong nya di saat2 kritikal nak wasap2 anak bisnes n customers nya..
tapi Alhamdulillah..berjaya jugak charge fon sekejap n survive lepas maghrib tu sampai balik rumah. 😊

kakbee, as usual, sukar nak tolak pelawaan suami bila ajak buat sesuatu.
tahun lepas, hari closing suami ajak pi Genting.
saja jalan2..
seghiau nak jalan2 sambil closing sebenarnya..
sebab time ni selalu nya sibuk nak wasap2 anak bisnes n customer.
memasing suka buat order last minit.. 😅

tapi sebab bisnes shaklee ni sangat2 flexible..
kat mana2 pun boleh buat bisnes asalkan ada line internet, kakbee on je kemana pun suami nak bawa.. 😊

i just tak nak kecewa kan dia..
sebab kakbee tak suka bila orang kecewa kan kakbee..bila orang menolak permintaan kakbee..
kakbee tak suka perasaan tu..
so..kakbee tak nak buat orang macam tu...

sebenarnya nak cerita yang, bulan Julai ni will be bulan bersejarah buat kakbee.
kakbee sangat neves nak menanti detik itu.
dan kakbee akan sangat busy untuk siap2 kan semuanya..
nanti lah kakbee cerita apa benda nya...
bila tiba masa nya nanti...
bila kakbee dah bersedia nak semua orang tahu..
doakan semua urusan kakbee dan keluarga dipermudahkan ya...

okey la..
waktu ni jam dah pukul 12.49 malam.
semua dah tidur.
kepenatan.
penang - ipoh..jauh jugak..
semoga mimpi yang indah2 ya... 😊





love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Sinopsis Incredibles 2.



Lama tak tengok wayang.
Last tengok cerita Inside Out kalau tak silap..
Baru2 ni suami bawak tengok wayang dengan 2 baby kakbee.
Dua-dua dah pernah masuk wayang.
Masa tu Nailah dah layan katun tapi tak reti dok diam.
Fauzan pulak masih baby2, belum pandai jalan, so kakbee biar dia merayap kat kapet bila dia start boring. 

So kali ni, Fauzan dah pandai tengok katun, okey lah..kita bawak.. :)
kita belikan popcorn sesiap..
movie baru start 15 minit, popcorn dah habis..pastu bising nak popcorn lagi..haha..

Awal cerita ada  part lawan2, so okey lah..terpesona baby dua orang ni tengok..
lepas tu, part cakap2 banyak, mula la memasing buat hal..

"mommy..mommy kata nak tengok wayang..baby nak tengok wayang.." baby request..
Ya Allah..ni tengah tengok wayang la ni baby oii... 😂

bila ada balik part lawan2, memasing tekun menonton..hehe..

overall, ceritanya best.. ada action, ada lawak.. orang besar yang kakbee dengar ketawa besar..haha

so, sikit sinopsis tentang cerita ni..

Cerita ni bermula dengan aksi family superhero ni nak selamatkan dunia dari orang jahat. Orang jahat ni naik satu kenderaan ni macam mesin gerudi. Diorang rompak bank. Pengakhiran nya, orang jahat terlepas, pastu tinggalkan mesin gerudi tu jalan sendiri while diorang berjaya selamatkan diri dengan kenderaan lain. Pastu, family superhero ni pun usaha nak berhentikan mesin gerudi tu. Mesin gerudi tu sempat berhenti ngam2 nak langgar bangunan kerajaan (macam biasalah..) 

Tapi, superheros ni tak di iktiraf pun kehebatan diorang. Malah ditangkap sebab buat banyak kerosakkan harta benda. Diorang tak dipenjara tapi kene stay tempat lain selama 2 minggu. 

Pastu, ada company ni tengah usaha nak superhero di iktiraf balik. Dia pun panggil lah Helen the Elastic Girl untuk kerja dengan diorang. Suami dia,Bob, rasa tercabar sebab diorang tak panggil dia. Tapi dia redha... Helen terima job tu. So, Bob kene lah jaga anak2 diorang.

Part ni kakbee paling suka sebab masa ni baru lah Bob tahu betapa sukar nya nak handle anak2. Since diorang ada baby, Jack Jack, si Bob ni sampai tak cukup tidur, kepala ting tong.. Rupa-rupa nya, Jack Jack ada kuasa super power jugak. Bukan 1 kuasa je, tapi 17 kuasa!

Dipendekkan cerita, Helen berjaya buat superhero diterima semula oleh masyarakat dan diiktiraf oleh orang atasan. Bila company tu dah success capai misi diorang, as usual lah, ada orang dalam yang jahat. Dia tak suka superhero ni di iktiraf so dia perangkap Helen, Bob n kawan diorang, Frozone untuk buat masyarakat tak suka superhero. 

Siapa akhirnya yang tolong Helen, Bob n Frozone? haa...kene lah pi tonton..hehe...

So far okey lah cerita ni..seronok..enjoy.. ada pengajaran untuk bapak2 bahawasanya tak mudah nak uruskan anak2..tu yang penting..haha..

Muat dua baby ni duduk satu kerusi. Jimat satu tiket.. hihi


Sekian review cerita ni. Dah jadi mak mak ni, kalau tengok wayang, mesti cari cerita katun... 😂
kalau nak tengok cerita romantik kat wayang berduet dengan suami, better tengok kat rumah je..lagi selesa..hihi..

..
love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

5 TIPS BEKERJAYA DARI RUMAH KETIKA BERPANTANG.








🌻 Tips no 1. - Siapkan diri sendiri dulu.

Bangun awal. Mandi. Makan. Bertungku. Pakai bengkung. Pakai stokin dan pakai segala yang ibu berpantang perlu pakai. Kalau dah siap semua, baby masih tidur, boleh lah selit2 masa untuk online kejap.. check wasap..post status..dll... Makan lagi ke..haha.. makan sangat penting untuk ibu dalam pantang tau sebab nak jaga production susu ibu. kurus no 2. abis pantang nanti boleh kurus. 😊



🌻 Tips no 2. - Siap kan baby..

Bila baby dah bangun, kene lah layan beliau. Bagi mandi, bagi susu, dodoi2..nanti tidur lah semula beliau..hihi.. Just enjoy momen2 bersama beliau. Kebanyakkan baby dalam pantang ni, lebih banyak tidur dari bangun. So, bila beliau dah tidur semula tu, haa...apa lagi, sambung lah online... Tak pun sambung makan...hihi.. Zura kalau baby tidur, zura utama kan makan dulu... 😊
Pastu, kalau baby jenis nak berdukung aje, macam mana?



🌻 Tips no 3. - Guna alat bantuan seperti rocker/bouncer.

Bila baby nangis, jangan terus dukung. Biar dia nangis pun tak pa. Menangis ni actually dapat bantu baby 'bukak' paru2 dia. Tapi janganlah biarkan lama sangat. Just nak biasakan baby supaya be indipendent..haha.. kecik2 dah kene jadi budak indi.. 😊 Zura suka guna rocker. So, lepas menyusukan baby dan sendawakan, kalau beliau tak tidur, dodoikan guna rocker. Tangan boleh buat kerja guna fon atau laptop while kaki boleh goyangkan rocker. Dalam pantang zura tak masukkan dalam buai lagi..
tangan pegang fon, kaki buai rocker and baby pun layan perasaan.

wrap the baby. persediaan selepas berpantang in case baby nangis2. sebab ngam2 abis pantang, zura kene buat semua kerja sendiri.




🌻 Tips no 4. - Guna alat bantuan seperti pacifier (puting).

Ada yang tak suka, ada yang suka guna. Zura personally, okey je guna. Tak risau gigi baby tak elok ke apa sebab kita bukan nak guna sampai besar. Anak2 zura paling lama sampai 8 bulan je gitu. Sebab baby dalam pantang ni kadang nak menyonyot je. Takkan nak bagi dia bergayut susu ibu je kan. Kalau korang jenis susu banyak, muak baby nanti. So, pacifier ni kiranya untuk 'diam'kan baby.. 😊

🌻 Tips no 5. - Makan malam sebelum maghrib.

Mak zura paling straight masa pantang adalah bab makan. Makan kene on time. Perut tak boleh kosong, tak boleh masuk angin. Sebab, kalau badan kita masuk angin, boleh efek susu ibu. Mak zura beranggapan, kalau kita lambat makan atau biar perut kosong lama, stok susu kita tu stok 'makanan' yang lama. Tak fresh untuk baby. Tu yang baby boleh kembung perut. Bila baby kembung perut, baby meragam, haa...kita jugak yang tak boleh nak buat apa.. So penting jaga makan kita. Zura tak tahu lah kebenarannya secara saintifik. Tapi maybe ye sebab everytime zura minum air panas, teruk panas tek...haha..

so.. sebelum maghrib tu, make sure kita dah setel uruskan diri sendiri. mandi, bertungku, berbengkung, siapkan baby... zura selalu makan time maghrib. lepas maghrib tu setel dah semua.. boleh duduk mengadap kerja lagi.. 
supper jangan lupa ambil. biskut kering cicah hot choc pun dah heaven sangat dah..😊.. tapi zura supper simple je selalu. Choc + ESP.. kenyang.. baby pun tumpang kenyang, tidur lena sepanjang malam sebab perut kenyang,kan.. Baby bangun nak menyusu je. Zura pun dapat rehat n cukup tidur. Esok pagi segar je bangun tidur... 😊



-
Basically, gitu lah rutin zura sepanjang berpantang. Memang zura tak payah buat kerja rumah langsung..😊 so, memang dapat fokus dengan baby n bisnes. Zura start berbisnes online di rumah masa pregnantkan anak ke 3. Sebelum tu zura masih bekerja makan gaji. So, bila zura dah bisnes sendiri, zura ada lagi 2 anak yang kene jaga sebenarnya. Memang kacau jugak diorang ni. Tu next zura share.. Tips bisnes dari rumah bersama anak2 kecil. 😊

okey...
tq mommies sebab sudi luang masa baca sharing zura. 
Just enjoy the momen dengan baby bila baby bangun nak menyusu. Stop kerja n layan baby.. yang penting, setelkan diri sendiri awal2 supaya kita boleh fokus pada kerja n baby je nanti. 😊

klik share kalau mommies rasa ianya bermanfaat untuk mommies lain.. 
thank you so muchie.. 😊



love, 
 baizura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 
 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Youth


Rangkaian produk youth  ini direka untuk menghasilkan keputusan yang menakjubkan. Diformulasi dengan bahan-bahan aktif anti penuaan dalam setiap rangkaian produk ini, Youth memberikan manfaat bersifat rawatan dalam regimen ini.

Tingkatkan keserian dengan Radiance C+E. Ianya adalah produk rawatan intensif khas yang menyediakan anti-penuaan tambahan dengan kebaikan, termasuk pengurangan garis halus dan kedutan, penambaikkan tekstur kulit, mencerahkan bintik hitam, untuk lebih muda berseri.

Mulakan hari ini!










love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee? whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

YOUTH - Revolusi Baru Produk Penjagaan Kulit Shaklee.

BAGAIMANA JIKA ANDA BOLEH KELIHATAN LEBIH MUDA,JELITA?

Hari ni kakbee teruja sangat nak cerita tentang rangkaian produk penjagaan kulit yang Shaklee akan mula pasarkan pada Mac 2018 ini.

Penjagaan kulit muka ni diberi nama YOUTH. Sesuai dengan trademark nya, Kekal Muda, Jelita.

Rangkaian penjagaan kulit Youth direka untuk memastikan supaya sel-sel kulit anda sentiasa kelihatan muda dan menambah baik kesihatan kulit anda secara dramatik. Malah dijamin mampu mengubah usia kulit anda untuk kembali muda.

Apa yang membezakan Youth dengan skin care lain di pasaran?

Selain daripada Youth ni dihasilkan secara klinikal dan diuji selama 8 tahun sebelum ianya dipasarkan, Youth juga:
➤100% vegan
➤Hipoalergenik
➤Non-Comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori)
➤Diuji oleh ahli dermatologi
➤Diuji oleh ahli oftalmologi

Bagaimana Shaklee dapat pastikan bahawa anda akan dapat kulit lebih muda selepas memakainya?


Youth dihasilkan secara klinikal oleh pakar kulit bertaraf dunia. Setiap individu yang telah menggunakan Youth akan menjalani Indeks Usia Ukur (Skin Age Index) untuk mengukur tanda-tanda penuaan kulit dengan data klinikal yang berasaskan fakta.

Skin Age Index ni akan mengukur tanda-tanda berikut:
➤Kedutan Kulit
➤Saiz Pori
➤Tona Kulit
➤Keanjalan
➤Tekstur Kulit
➤Hiperpigmentasi
➤Seri Kulit
➤Kekenduran

Hasil dari keputusan Skin Age Index yang kami dapati, 
➤100% wanita telah dibuktikan secara klinikal memiliki kulit yang kelihatan lebih muda.
➤2/3 daripada wanita telah mengubah usia kulit mereka kepada sedekad lebih muda.

Wow kan!...result di atas ni berdasarkan wanita-wanita di US yang telah menggunakan rangkaian skin care Youth selama 1 - 2 bulan. Shaklee bukan sebarang claim tau..individu2 yang menggunakan Youth ni telah jalani Skin Age Index sebelum dan selepas guna Youth.

KUASA BOTANIKAL MENJADIKAN YOUTH SELAMAT UNTUK KULIT ANDA.


Tahukah anda, setiap satu rangkaian produk Youth menggunakan 100% vegan dengan lapan paten dan paten-diproses kerana ianya diformulasikan secara spesifik untuk menangani pelbagai faktor penuaan.
Faktor-faktor penuaan ni sama ada ianya disebabkan oleh cara hidup anda, kerosakan persekitaran atau penuaan semulajadi.

Jom kita check 5 bahan utama rangkaian produk Youth.

MUSCADINE GRAPE
dapat melindungi dan memperbaiki DNA sel dan dalam masa yang sama dapat menghalang kerosakan kolagen dan elastin kulit.

LOTUS JAPANICUS
mengaktifkan protein yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. Ia juga dihasilkan bersama Schisandra Chinensis Fruit Extract yang dapat bekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.

APPLE STEM CELL EXTRACT
kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract dapat mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit supaya kulit kelihatan lebih muda. Ia juga membantu dalam mengekalkan dan memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda lebih berseri dan lembut dengan lebih lama.

SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT
herba ini digunakan secara tradisional di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegalatan kulit. Ianya dirumuskan semua untuk semua jenis kulit kerana Schisandra Chinensis Fruit Extract dapat menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.

VITAL REPAIR COMPLEX
dapat memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.



Kunci untuk mendapat kulit yang cantik, kelihatan-muda adalah dengan mempercepatkan proses pembaharuan sel kulit dengan kadar lebih cepat.

Kulit yang muda je dapat bertindak macam tu dengan mudah dan dapat menghasilkan kolagen dan elastin yang kulit kita perlukan untuk lebih lembut, gebu dan berseri-seri.

Tetapi, semakin usia kita meningkat, keserian tu semulajadinya semakin pudar. Proses pembaharuan sel kita pun jadi semakin perlahan serta kolagen dan elastin semakin kurang dihasilkan.

Sebab tu lah jika anda sedang meningkat usia, tetapi masih mahukan kulit wajah yang sihat, berseri-seri dan kelihatan muda, Youth ini dapat bantu tangani penuaan di permukaan kulit serta bertindak keatas sel-sel kulit anda hingga ke tahap DNA.

Youth bukan sahaja melindungi dan menambahbaik sel kulit anda, tetapi Youth juga menyokong fungsi penting sel yang dapat memulihkan keremajaan dan seri wajah kulit anda. 😊

..


Available on March. 
Ready untuk be-youth-tiful dengan Youth. 😍😍


.
love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Mengidam Asam Pedas Ikan Pari

Petang jumaat yang lalu, kakbee call mak.

"mak tengah buat apa?"

"tengah makan."

"ai..lambatnya makan.. Mak masak lauk apa?"

"lauk asam pedas ikan parang.."

Gulp..terus kakbee telan air liur..sedap nye asam pedas mak.
Sedap nya..
Nak masak gak lah asam pedas.

Jujur kakbee jarang masak asam pedas kat rumah sendiri. Habibi okey je makan.
Pernah gak masak dulu tapi pakai perencah segera.
Tak trille langsung. Masuk perencah, masuk ikan, masuk air, dah siap.. 😄

So kali ni, kakbee nak buat sendiri lah..
Original resepi orang Melaka punya..
Emm... 😊

Habibi balik kerja malam tu, terus kakbee serbu.

"Abang.. Jom pi pasar malam cari ikan pari. Esok nak masak asam pedas ikan pari lah.. Sayang teringin la pulak nak makan asam pedas."

Okey.. Habibi on je.. Tapi tak sempat pergi pasar malam, kami cari kat aeon. Ikan pari dah siap potong n pack, harga agak mahal.

"Takpe.. Esok kita pegi pasar, suruh putri jaga adik2.."

Hoyehh.
 Dalam hati dah berbunga2 riang sebab dapat dating dengan suami sendiri.. 💃

Esoknya, kami pun memulakan misi mencari ikan pari.

Pergi pasar yang dekat dengan taman, tak ada.
Pergi kedai runcit yang macam pasar, tak ada.
Pergi econsave, belum bukak.
Pergi pasar chemor,  pun tak ada..
Last2 pi econsave balik, haa.. Berlambak ikan pari.. 😄

Begitu gigih kami mencari ikan pari tau..
Kami pergi naik moto di kala hujan renyai2 membasahi bumi.
Bila moto gerak, eh lenjun gak lah kakbee..

Tapi layan je lah kan.. Lama tak layan hujan atas motor dengan habibi..

Hand in hand in rain gitu.. 😄



Masa nak lintas jalan, habibi cakap,
"u run i run..." auwww..terasa macam belum ada anak gitu.. 😄

And now, baru kakbee faham macam mana perasaan seorang suami yang tabah mencari makanan yang si isteri mengidam.

Selama ni kakbee tak de mengidam yang susah2 gini..
Oppss... 🙊

Kakbee just teringin nak makan je. Sebab mak dah sebut tu kan. Lama pulak tu tak makan. Selalunya bila balik melaka baru dapat makan.

Kakbee mengidam ke tak, belum confirm lagi. Nanti kalau dah confirm pi scan ada janin, insyaAllah kakbee buat PC..
Bajet siti nuthaliza ke kakbee oii... 😆😆

Nanti kakbee share resepi asam pedas melaka, k.. 😊
..


Promosi Januari 2018:
Omega Guard beli 3 dapat 5% diskaun!
Ketahui adakah anda perlukan Omega?
Klik SINI.
Ketahui bagaimana Omega dapat bantu melegakan batuk?
Klik SINI.
..
love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info