BAYI TERSEDAK SUSU APA PERLU DILAKUKAN.

Tersedak susu boleh menyebabkan kematian. Biasanya ia dikaitkan dengan cara ibu memberikan susu dengan teknik yang salah dan juga membiarkan bayi itu menyusu sendiri tanpa dipantau oleh orang yang sedang menjaganya.


Bagaimana ianya boleh berlaku?
Bayi dibawah 6 bulan selalunya akan disendawakan dahulu sebelum dibaringkan semula. Apabila bayi tidak sendawa, boleh terjadi susu yang baru diminum itu dimuntahkan dan ditelan semula lalu memasuki salur pernafahan dan menyebabkan bayi tersedak.

Sekiranya bantuan segera tidak diberi kepada bayi yang sedang tersedak ini, ianya boleh membuatkan bayi tersebut lemas dan berisiko untuk mati. Risiko kematian ini akan lebih meningkat sekiranya bayi anda sedang selsema dan batuk.

Ketahui tanda-tanda awal bayi anda sedang tersedak.

✓ bayi sukar bernafas
✓ bayi kelihatan gelisah
✓ warna kulit bayi kelihatan pucat atau kebiruan
✓ kulit bayi terasa sejuk

Jika anda mendapati tanda-tanda di atas, berkemungkinan bayi anda tersedak susu. Apa perlu dilakukan?

1. Segeralah pangku bayi anda, letakkan di atas lengan anda dengan menghalakan kepalanya kebawah.

2. Tepuk di antara tulang belikat, tetapi jangan sekuat tepukan bagi seorang bayi.

3. Ulang tepuk sehingga bahan yang menyebabkan bayi tersedak itu keluar.

4. Jika bayi sudah tidak sedarkan diri, mulakan CPR sekiranya anda tahu dan terlatih melakukan CPR atau hubungi talian kecemasan 999.

5. Jangan sekali-kali menggunakan tujahan abdomen.
...

Bagaimanapun, sebagai ibu atau pengasuh, berusaha lah untuk mengelakkan bayi tersedak susu ini terjadi. Kerana ianya boleh membawa maut kepada bayi yang tidak mampu lakukan apa-apa sendiri.

...

Langkah-langkah mengatasi bayi tersedak susu.

Sebagai ibubapa ataupun penjaga bayi, sewajarnya mengambil kira langkah2 pencegahan ini kerana mencegah itu sesungguhnya lebih baik dari mengubati. Jadi disini saya kongsikan 5 langkah-langkah mengatasi bayi tersedak susu.

1. Elakkan memberi susu dalam keadaan bayi baring terlentang. 

Posisi ini menyukarkan bayi untuk menelan dan boleh meningkatkan risiko bayi tersedak. Susu yang diminum boleh masuk ke dalam saluran pernafasan dan ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, telinga dan bayi juga boleh lemas.

2. Elakkan meninggalkan bayi menyusu sendiri.

Keadaan ini sering terjadi terutama apabila bayi diberikan susu menggunakan botol susu. Ibu atau pengasuh sering membiarkan bayi menyusu sendiri dan ibu atau pengasuh tersebut meninggakan bayi sendirian untuk melakukan kerja lain. Bayi sepatutnya dipantau ketika mereka menyusu sehingga selesai menyusu.

3. Elakkan menggunakan bantal atau kain untuk menyokong botol bayi.

Seperti yang saya tulis dalam poin ke 2, ibu atau pengasuh bayi seharusnya memegang botol susu ketika memberikan susu kepada bayi. Jika botol itu disokong dengan menggunakan kain atau bantal, keadaan ini meningkatkan risiko bayi tersedak susu dan boleh menyebabkan susu masuk ke saluran pernafasan. Bayi boleh lemas dan sekiranya tiada orang dewasa yang berada bersama bayi tersebut, boleh menyebabkan kematian.

4. Elakkan bayi tertidur ketika menyusu.

Sekiranya bayi tertidur ketika menyusu, keadaan ini boleh menyebabkan bayi tersedak susu kerana susu yang masih mengalir itu tidak di telan. Apabila bayi tersedar, kemungkinan susu yang terkumpul banyak itu boleh melemaskan mereka. Sekiranya bayi tertidur, segeralah keluarkan puting botol susu tersebut.

5. Sendawakan bayi selepas bayi menyusu.

Selepas bayi selesai menyusu, seeloknya bangunkan bayi dan tepuk atau gosoklah belakang badan bayi untuk sendawakan mereka.




Banyak kes kematian bayi disebabkan bayi tersedak susu yang kita dapat tahu melalui media. Semoga perkongsian ini dapat bantu mengelakkan hal ini terjadi kepada bayi kita dan menjadi panduan buat ibu-ibu terutamanya ibu-ibu yang pertama kali menimang cahaya mata. 


..........
❤, LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - 📣 untuk order dan pertanyaan, 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

KENAPA PERLU KOLAGEN? 7 SEBAB ANDA PERLU KOLAGEN.

NO 1: KESIHATAN KULIT

Sebab pertama kenapa perlu kolagen ini pastinya ramai yang tahu. Kolagen sangat bagus untuk anda yang inginkan kulit cantik, tegang, anjal dan lembut. Ia dapat membantu meningkatkan keanjalan kulit dengan menghasilkan sel-sel kulit yang baru.

NO 2: SISTEM PENCERNAAN YANG SIHAT

Anda mungkin tak percaya dengan sebab kedua ini. Kenapa perlu ambil kolagen secara konsisten adalah kerana kolagen dapat bantu sistem pencernaan. Kolagen membantu menyembuhkan saluran pencernaan anda yang luka akibat sembelit atau buasir dengan cepat, dan juga membantu badan anda memperbaiki lapisan lendir di salur pencernaan. Oleh itu, jika anda sering mengalami sembelit, pastikan anda ambil suplemen kolagen setiap hari. Dan jika anda ingin selesaikan masalah sembelit, saya sarankan anda untuk ambil Herb Lax atau Alfalfa.

NO 3: PENGURANGAN BERAT BADAN

Sebab ketiga kenapa perlu kolagen ini pasti menggembirakan kaum wanita. Wanita dan kurus memang tak dapat dipisahkan. Kajian menunjukkan bahawa jika anda mengambil kolagen ketika sarapan pagi, anda boleh menurunkan berat badan dengan ketara. Bagaimana ianya berlaku? Ini kerana kolagen adalah protein. Jika kita ambil protein pada waktu pagi, ianya membantu kita rasa kenyang lebih lama. Selain itu, ianya juga membantu tubuh membina otot yang lebih mantap.

NO 4: KESIHATAN SENDI DAN TULANG

Kajian mendapati pesakit osteoarthitis mengalami kelegaan sakit sendi dan tulang setelah mengambil 10g kolagen tulen setiap hari. Ya..kolagen sangat penting dalam memudahkan pergerakkan sendi kita kerana kolagen ini bertindak seperti 'kusyen' pada sendi. Sekiranya 'kusyen' kita tebal dan empuk, pastinya kita selesa untuk duduk atau baring. Jika 'kusyen' kita tipis, sudah tentu badan kita akan rasa tidak selesa dan sakit-sakit apabila duduk di atasnya. Begitu jugalah jika kolagen di sendi-sendi kita semakin berkurang, bermaksud sendi kita akan berasa tidak selesa ketika melakukan apa-apa pergerakkan. Oleh itu, pastikan anda mengambil kolagen setiap hari terutama anda yang sangat aktif bersukan kerana anda banyakkan menggunakan sendi.

NO 5: MENINGKATKAN KADAR METABOLISMA

Jika anda dapat pastikan tahap pengeluaran kolagen yang betul dalam tubuh anda, kadar metabolisme anda akan meningkat. Hasilnya, tubuh anda akan membakar lebih banyak lemak. Dan pastinya tubuh anda akan rasa lebih 'ringan' dan anda pasti lebih produktif. 

NO 6: MENGUATKAN KUKU, GIGI DAN RAMBUT

Sama seperti kulit, kolagen sebagai sumber protein juga dapat membantu menguatkan kuku, menguatkan gigi dan rambut anda serta mencantikkannya. Anda pasti ingin memiliki kulit, kuku, gigi dan rambut yang cantik,bukan? Pastikan anda ambil kolagen setiap hari. 😊

NO 7: BAIK UNTUK KESIHATAN HATI

Pelbagai cara sebenarnya untuk jaga kesihatan hati anda. Dan salah satu darinya adalah dengan mengambil suplemen kolagen. Pengurangan kolagen yang berlaku apabila umur kita mencapai 25 tahun boleh mengakibatkan dinding arteri menjadi lemah. Apabila dinding arteri lemah, anda berisiko untuk mendapat Aterosklerosis iaitu keadaan dimana saluran darah yang mengangkut nutrien dan oksigen dari jantung anda ke seluruh badan anda menjadi kaku dan tebal. Kolagen yang bersifat menganjalkan ini dapat bantu melindungi arteri anda dari Aterosklerosis yang boleh merosakkan fungsi hati anda.

...
Umum tahu yang kolagen untuk cantik sahaja. Tapi sebenarnya tubuh badan kita sangat-sangat perlukan ia untuk kesihatan menyeluruh. So, lepas dah tahu 7 sebab kenapa perlu kolagen ni, adakah anda masih nak abaikan pengambilan kolagen anda? 
Jika anda berminat untuk cuba Collagen Plus Powder Shaklee, boleh segera hubungi saya ya! 😊
Pastinya offer yang menarik untuk anda pada bulan ini!



❤, LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - 📣 untuk order dan pertanyaan, 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Kisah Anak Speech Delay disebabkan Tongue Tied

Anak soleh zura, Fauzan di kesan speech delay masa check up 2 tahun. Selalunya, lepas dari 2 tahun, zura tak bawak dah anak2 check up sebab perkembangan diorang normal. Tapi fauzan, kene teruskan check up disebabkan speech delay dia.

Tarikh yang sepatutnya zura bawak dia check up tu, zura tak bawak. Sebab waktu tu kami menginap sementara kat Melaka. Lepas tu, mak dia ni malas nak follow up kat sana. hehe.

Bila balik semula ke Ipoh, buat temujanji lain, dan kene lah follow up ke pakar ENT dan pakar kanak-kanak. Syukur alhamdulillah nurse tetap terima nak teruskan check up dan layan baik walaupun zura tak follow arahan nurse suruh sambung check up kat Melaka. 

Fauzan dah jumpa pakar ENT dan dah buat operation tongue tied lebih kurang sebulan yang lepas. Papa dia yang bawak dia ke hospital sebab zura kene hantar dan ambil kakak2 sekolah. Sedih tengok gambar papa dia hantar kat zura, dia tengah baring dengan pakai baju hospital nya. 

Tengah layan sedih2 tu sambil wasap2 papa dia, papa dia bagitau setel dah operation tu. Aik...kejap nya. Terus tak sedih dah. Hehe.. yela.. kita risau kan dia. First time anak nak kene operate ni. Rupanya sekejap je. Tengah hari tu boleh balik dah.. Alhamdulillah...

Sejak dari tu, Fauzan punya percakapan ada improvement. Zura boleh tangkap dah apa dia nak cakap. Lepas tu, dia pun dah rajin nak belajar cakap. Kalau sebelum ni, bila zura ajar je, dia main2.. Dia sebut tak betul, lepas tu dia ketawa2, lepas tu dah tak nak cakap dah. Sabo je lah.

Tapi sekarang ni, boleh kata setiap malam dia akan ambil buku, dan minta zura ajar dia sebelum tidur. So far, kalau ayat tu ada 2-3 perkataan, dia boleh sebut lah dengan 2 suku kata perkataan. Tapi kalau dia nak bebel panjang, still tak boleh faham lagi.

Then baru ni, 18hb yang lepas, bersamaan hari rabu, dia ada appointment dengan pakar kanak-kanak pulak. Pun papa dia yang bawa dia. Bila balik tu, papa dia cakap, sepatutnya zura yang bawak sebab zura lagi tahu perkembangan dia compare to papa dia kan. Sebelum next check up bulan 2 nanti, 'cikgu' dia suruh ajar dia kira 1- 10, ajar dia perbezaan contoh besar - kecik, lelaki - perempuan dll, dan kenal pasti huruf yang dia tak boleh sebut dengan jelas.

Wah wah.. mama pun kene sama2 struggle ni untuk pastikan fauzan boleh lulus dengan tugasan2 yang cikgu bagi. Semoga fauzan beri kerjasama sebaik-baik nya. Atau, zura boleh delegate tugas ni kat natrah? Sebab diorang kerap main cikgu-cikgu sejak akhir2 ni.. 

Ni video Fauzan nyanyi shark du du beberapa hari selepas dia jumpa pakar kanak2 tu. Actually dia suka menyanyi tau. Sebelum ni memang tak boleh catch up apa dia nyanyi. Tapi lately, alhamdulillah.. okey dah sikit. :)






❤, 
 Baizura Bahar 
 Pengedar Shaklee Chemor, Perak. 
 Order atau keahlian Shaklee? 
--------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Keistimewaan Bunga Matahari Pada Saya.







❤, 
 Baizura Bahar 
 Pengedar Shaklee Chemor, Perak. 
 Order atau keahlian Shaklee? 
--------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Bila dah terpaksa, baru lah nak bertindak!

Manusia..bila dah terpaksa, baru lah akan push diri untuk lakukan sesuatu!

.. 
Rentetan kisah cik city merajuk hari tu, setelah di analisis, blower ac yang rosak. So, buat sementara waktu, zura guna dulu blower rosak tu. Tapi nak kene ketuk baru dia jalan. Hehe..


Sampai lah satu hari tu, zura bukak kipas sampai no 4, sebab tak rasa angin nya. Kene pulak tengah hari rembang nak hantar kakak2 sekolah. Tiba2, bau hangit. Terus tutup n tak guna ac dah sejak tu. Berpeluh2 lah fathan tiap kali naik kereta.

Bila bukak tingkap ni, risau banyak benda especially bab keselamatan anak2 n diri sendiri. Walaupun buka kecik je tingkap nye, sesekali tu fauzan berusaha jugak lah nak keluarkan tangan. Si kakak2 pun boleh tahan jugak, nak keluarkan kepala. Haih..

Tu belum lagi si mama diorang ni berimaginasi orang lalu sebelah dok ambil handbeg lah, siram asid la...na’uzubillahi min zaalik.. dasat sungguh imaginasi ku. Tolong lah positif... 😅

so, suami tanya, ‘kalau abg beli blower kat online, boleh ke syg pasang kan?’
‘ish...mana lah syg reti.’ Laju je zura jawab. Tengok apapun tak, terus jawab tak reti.
‘senang je..bukak 3 skru je, pastu pasang. Syg tau buat punya...’ suami cuba meyakinkan.
‘em..abg beli je lah. Kalau syg boleh pasang, syg pasang lah. Kalau tak boleh, tunggu abg lah.’ Akhirnya terpaksa akur lah untuk cuba pasang.

Semalam, blower tu pun sampai. Keadaan blower lama tu memang dah nazak sangat dah tak boleh pusing. Tiba2 hari ni, hujan pulak petang nak ambil kakak2 balik sekolah. Nak tak nak, kene jugak lah tukar sendiri blower tu.

Godek punya godek. Belek punya belek. Eh..memang senang lah nak bukak n pasang. Hehe.. 😄

Cuma skru tu nak ketatkan balik semula agak tak kuat kudrat ni. Nak kene suami jugaklah ketatkan nanti sebab tangan dah nak melecet dok pulas skru driver.

Maka, dengan ini, berjaya lah zura pasang blower ac tu sendiri. 💪🏻😊

Alhamdulillah... dok zikir je sambil pasang tu..


Tu lah nak kata..

manusia, bila dah terdesak, baru nak bertindak. Cubalah kalau tak hujan n blower lama masih boleh berfungsi sikit2, mesti zura dok tangguh2 nak pasang.

Bila nak gerak je, ketuk2 blower. Ada lah ac nanti.. Haha..

Sedangkan, kalau zura pasang cepat, lagi cepat lah ac boleh berfungsi semula.


Macam tu jugak segala peluang yang datang dalam hidup kita ni. Contohnya peluang untuk dapat side income dengan cara mudah melalui bisnes online.
Kadang2 kita memang dah rasa nak mulakan. Tapi sebab masih selesa dengan gaji yang ada tiap bulan, anak2 semua elok sihat cukup makan pakai, kita dok tangguh2 hajat kita.

Bila saat kita betul2 perlukan extra income contohnya terpaksa ambil unpaid leave sebab ada ahli keluarga yang sakit, atau diri sendiri yang jatuh sakit then tak boleh nak kerja, waktu tu baru lah rasa dah lambat nak mulakan sebab kita perlukan duit lebih waktu tu jugak.

So, bila dah berhajat nak cari side income, walaupun mungkin ketika ini korang dah selesa sangat hidupnya, mulakan saja.

Tak de nak malu aihh...😊

zaman online ni, berebut2 orang nak buat bisnes online. Malu tu masa nak start bagitau kat semua orang je yang korang ada buat bisnes sekian2. Bila dah start tu, tak de malu2 dah. Percaya lah.... ❤️🤗
..


Kejadian pagi ni, hujan lebat gila. Macam ada Kemungkinan untuk hujan sepanjang hari je ni. Allah gerakkan zura untuk betulkan sendiri blower tu, inilah hikmah nya. Zura percaya setiap apa yang terlintas dihati, adalah ilham dari Allah, ada sebah kenapa Allah hantarkan lintasan hati itu.


❤, 
 Baizura Bahar 
 Pengedar Shaklee Chemor, Perak. 
 Order atau keahlian Shaklee? 
0165952771
---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Masalah jerawat hilang dengan set kecantikkan shaklee.

Ibu beranak dua yang mengalami breakout lepas lahirkan anak kedua kini dah temui solusi untuk dapatkan kulit lebih sihat dan cantik. 😍

Orang kata umur 30an dah stop jerawat2 ni, betul ke ye? 😄

A


❤, 
 Baizura Bahar 
 Pengedar Shaklee Chemor, Perak. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
--------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.comwww.vitallyvitamin.com

"Skin Care Giveaway by Airah Syahirah"


hi.
first time ni zura nak join give away dari blogger. semoga ada rezeki dapat merasa skin care dari korea ni. :)

tempting juga hadiah2 nya antaranya:



so korang yang rajin blogging, jom2 join giveaway airah syahirah ni.


Cara nak join Giveaway? 







Syarat penyertaan Giveaway

1. Follow blog Airah Syahirah. (Widget followers ada dekat sidebar)
2. Follow facebook page Airah Syahirah Blogger
3. Follow instagram @shesyeeraa
4. Copy banner dan buat satu entry bertajuk "Skin Care Giveaway by Airah Syahirah"(Backlink kan banner okay)
5. Tinggalkan link entry dekat bahagian komen



Giveaway ni akan berlangsung dalam bulan Julai dan August serta akan ditutup dalam bulan August juga. Pemenang akan dipilih melalui konsep lucky draw. Jadi jum la ramai-ramai join okay. Giveaway akan terbatal sekiranya kurang dari 50 penyertaan.

..



❤,
 Baizura Bahar
 Pengedar Shaklee Chemor, Perak.

 Order atau keahlian Shaklee?
---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Review Hanaz Cafe Meru Permai



Pagi tadi tak minum Cinch Shake sebab suami ajak breakfast kat luar. Kalau minum Cinch Shake nanti rugi pulak kan sebab dah rasa kenyang gila. Nanti tak order makanan pulak.


So hari ni kita skip lah Cinch Shake. 
Zura order mi kari, MasyaAllah sedap gila..
...
"Sedap kan bang kari dia.."
"Ha ah..." suami pun setuju. Suami order kuew tiow kari. 

Tak perasan pulak harga berapa tapi rasanya rm5 satu mangkuk.

Mangkuk besar, penuh. 
Kuah kari dia lazat nya. 
Bahan2 tabur dia banyak. 
Taugeh segar krup krup.
Zura hirup sampai titisan kari yang terakhir...
Kene betul dengan tekak zura.
Sedapnya.. Teringat2.. 😍😍




dengar cerita kuew tiau kicap, roti goyang, cucur udang kuah kacang, roti canai dan lain2 pun sedap juga. next time boleh repeat lagi datang sini try menu lain pulak. 

untuk makluman, Hanaz Cafe ni beroperasi 7pg-12mlm.
Cafe nya berkonsepkan stall-ala carte untuk sarapan pagi dan makan malam.

alamat penuh cafe:
No 2-1 Halaman Meru Permai,Bandar Meru Raya (2.29 mi)
Ipoh, Perak 30020
(taip je location Hanaz Cafe Meru Permai kat maps)

sekian review tak berbayar dari zura. hihi.
yela..orang kata, kalau benda betul2 bagus, tak payah upah orang nak promot. customer sendiri yang promotkan, percuma. 




❤, 
 Baizura Bahar 
 Pengedar Shaklee Chemor, Perak. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Prosedur Tukar Sekolah Kebangsaan.


1. 

Ambil borang tukar sekolah kat sekolah. Ada beberapa dokumen yang perlu dilampirkan iaitu salinan surat beranak anak, ic mak ayah, surat nikah mak ayah atau surat cerai jika dah berpisah.

2. 

Ada 2 pilihan sekolah yang perlu diisi. Pastikan kita dah tahu sekolah mana yang terdekat kita nak hantar di tempat baru nanti.

3. 

Hantar borang tukar sekolah tu kat pejabat sekolah 1 minggu sebelum pindah. Ada sekolah yang boleh terus siap dalam tempoh sejam. Ada sekolah yang suruh balik dulu, dah siap nanti sekolah akan call. Sebab sekolah kene key in data and buat surat untuk di hantar ke PPD sekolah baru.

4. 

Bila dah dapat surat permohonan sekolah baru, hantar surat tersebut ke PPD sekolah baru. PPD akan proses terus surat tersebut (key in data etc2) dan PPD akan keluarkan surat penempatan.

5. 

Bawak surat penempatan tersebut ke sekolah baru.

6. 

Kalau tukar sekolah masa sesi persekolahan sedang berjalan, boleh bawak surat n anak ke sekolah terus. Anak boleh terus mula sekolah.

7. 

Buku teks boleh terus bawa ke sekolah baru.


Tu saja prosedur nak tukar sekolah anak2. Mudah je prosedur nya. 😊


Semoga anak2 kita happy kat sekolah baru.
👫👬👭👫👬👭👫

..
love,
Baizura Bahar
 Pengedar Shaklee Chemor.
Order atau keahlian Shaklee?
---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Cik City Merajuk. Allah Bantu Melalui Jiran Yang Baik Hati.


Tu la..  Sepatutnya kene bawak cik city pergi servis 2 minggu lepas, tapi tak bawak, kan dah merajuk.
Alkisahnya, di pagi jumaat yang kecoh sangat. Natrah n nailah mandi dari jam 6.45 pagi sampai 7.20.  Hangin mama dah macam puting beliung dah. Nak sekolah weeiiiiiiiiii!!!

Hangin tak hangin, kene lah sekolah jugakkan. Selesai hantar semua kakak2 ke sekolah, singgah gerai kuih. Selesai beli kuih, start enjin cik city, tekan button ac, pulas tombol kipas, tak de pape efek. Air cond tak kuar pun. So, tak pe lah. Balik rumah.

Wasap suami, suami tak reply. Dah tidur lah tu. Semalam beliau kerja shift malam.

Jam 5.28 petang, baru beliau reply:
“Check bonet dpn kipas radiator jln tak. Kalau tak jalan jangan bawak kete tu.. nanti panas lak tengah jalan.”

Adududu.. pukul 6 kakak2 balik sekolah. Jap lagi dah nak kene keluar.
Kita pun bertindaklah mengikut arahan. Terkial2 bukak bonet enjin. Start enjin. Anak soleh fauzan n nailah dok sibuk2 jugak jenguk2 enjin kereta. Kita dok risau bonet tu kot tertutup hempap kepala diorang, kot lah zura salah sendal besi tu. 
Haha..mak-mak sungguh!

Cari kipas kat mana ni tak jumpa. Hadoi..  nampak sangat tak amik kisah pasal enjin cik city.

Video call suami, tak jawab pulak. Tipon jiran, Anis. Dikala begini, memang jiran lah tempat ku bergantung harap.

Anis tak de kat rumah pulak. Suami nya balik lambat. Nasib baik Anis tahu kat mana kipas kete. Sah tak jalan.


5.51 petang.

Wasap jiran yang lain pulak, Awie. Nak minta tolong. Help! Help!
Awie tak reply.
Adududu.. bagaimana ni? 

Boleh je nak jalan pi rumah jiran ketuk pintu sebenarnya. Hehe..
Tapi rasa segan nak minta tolong. Ada rezeki jiran tolong, alhamdulillah. Tak de rezeki tak apa. Zura faham masing2 ada urusan masing2. Sebab zura nak minta tolong ni pun kira on de spot, kan. Kita tak tahu planning orang.

Masuk rumah. Sempat basuh pinggan jap. Sambil zikir nabi yunus. Sungguh2 berserah pada Allah. ‘Kakak2 dah keluar kelas ni, tolong aku ya Allah. Macam mana nak ambil diorang ni’, dalam hati tak berhenti berbisik.

Selesai basuh pinggan, lepak depan rumah sambil bersandar pada cik city. ‘Wahai cik city...kenapa nak merajuk time ni...’

Lepak depan rumah tu sebenarnya nak tunggu Anis balik rumah. Hehe..  nak tak nak, kene jugak lah minta tolong Anis.

Sambil tu install apps grab. Tu je ikhtiar terakhir.
Tengah install, Awie balas wasap. 

Katanya ada kat luar, baru nak balik. Zura jawab, tak apa. Tapi sebelum tu zura bagitau kipas keta tak pusing, tak berani nak bawak nak ambil putri balik sekolah, ingatkan nak minta tolong ambilkan putri.

Takdir Allah, Awie memang ada kat area sekolah diorang. 
MasyaAllah... 
syukur sangat tak terkata. Lepas bagitau sekolah diorang, jam 6.38, Awie wasap ‘ok selamat dah’. Alhamdulillah..alhamdulillah..

Lambat sangat dah ambil diorang. Kesian diorang.
Tengah tunggu diorang sampai, kereta Anis pun lalu. Anis berhenti, sembang2 jap.

Fathan? 
Mana fathan sepanjang kejadian? 
Di saat2 zura bukak bonet enjin konon2 nak repair kete? 
Confirm anak soleh tu melalak nak mama.

Takdir Allah juga, sebelum zura buka bonet enjin, fathan merengek2 dalam buai. Zura buai dan dia tidur balik. Zura nak keluar rumah, dia merengek lagi. Waduh waduh.... gawat ni kalau dia bangun. Gigih buai lagi berharap dia akan tidur semula. 

Dan ya..rezeki dia tidur balik lama sampai lah anis lalu depan rumah tu. Kiranya, sepanjang zura dok kalut2 resah gelisah tu, Allah tidurkan dia. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Sementara tunggu kakak2 pulang, tiba2 muncul 2 hero nak tengok2 kan kereta, suami anis n suami norul.  Alahai...segannya dengan jiran2. Tapi kalau segan, mereput lah kita dengan anak 5 orang ni kat sini. Hihi..

Tak lama lepas tu, anis pun datang n kakak2 pun selamat  sampai rumah. Alhamdulillah..syukur atas kejadian hari ini. Sikit nikmat Allah tarik, tapi baaaanyak kebaikan Allah beri balik. Kali ni, zura pulak yang malu dengan jiran2 semuanya baik hati.

Cerita panjang lebar ni, ade ke yang baca? Haha..


Moral of the story, kalau sayangkan kereta, bawak2 lah pi servis ikut jadual. Manja cik city ni. Kita lambat sikit bawak pergi servis, dia merajuk pulak.. haha.. doakan cik city cepat bertemu jodohnya dengan tuan oddysey. 




❤, 
 Baizura Bahar 
 Pengedar Shaklee Chemor, Perak. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
 60165952771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Nasihat Buat Yang Dah Berumah Tangga.


Ustaz pesan dalam #tanyalahUstaz , sentiasa perbaharui perkahwinan. Bukan kawin baru.. 😄

Maksudnya, tak kira lah dah berapa tahun kawin, sentiasa la cipta mom...en2 seperti mula2 kawin dulu. 

Teringat pillow talk dengan suami malam tadi, antara kami ada fauzan tengah tidur. 

Suara kami kuat agaknya, fauzan terjaga n rengek2.
Kami sama2 tepuk fauzan. Terbayang saat2 kakak putri baby2. Terasa macam baru ada sorang ada je malam tadi.. Hihi.. 

Masa mula2 tidur berjauhan dengan suami, (definasi jauh tu ada putri kat tengah2), zura nangis sorang2 malam tu.. 🙈🙈
Mengada betul! 😁

Pastu tak heran dah la ada 2-3 anak kat tengah2..hihi.. 

So apa zura nak sampaikan adalah, jagalah diri, jaga kesihatan, jaga penampilan, jaga energy, untuk pasangan kita.. 
Mudah mudahan, dgn kesihatan yang baik, penampilan sentiasa menarik, energy sentiasa muda, perkahwinan kita sentiasa seperti baru saja berkahwin.. 

Nasihat ini untuk peringatan zura sendiri jugak.. 
Semoga bermanfaat untuk teman2 yang sudah berumah tangga... 😊

Kalau mencari suplemen untuk suami isteri sentiasa bertenaga dan awet muda energy serta penampilannya, zura suggest anda ambil Vivix dan pasa isteri boleh gunakan Youth Skincare. Kita ikhtiar, selebihnya urusan Allah.😊


ketahui 8 kebaikan polifenol untuk kesihatan kita di SINI.




❤, 
Baizura Bahar 
 Pengedar Shaklee Chemor.  

Order atau keahlian Shaklee? 
--------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com