Banjir Di Dapur, Kecoh Satu Rumah.

pada satu hari, lepas berbuka puasa, semua orang duduk lepak2 kat ruang tamu.
ada seorang anak soleh ni, sorang2 kat dapur. basuh pinggan mangkuk. rajin la pulak.

tiba-tiba, beliau menjerit MAMI! MAMI! MAMI! sambil berlari ke depan.
Mami beliau pun apa lagi, terus melompat dari sofa lalu berlari ke dapur.

KENAPA?! KENAPA?! KENAPA?!
dah tak pasal2 mami beliau pun jerit sama akibat panik dengan jeritan panik beliau.

sampai kat dapur, air kat sink dah memancut ke atas.

HAA?!! WHAT HAPPEN?? 
terlihat water faucet yang patah di dalam sink.

YA ALLAH.. YA ALLAH.. KAT MANA NAK TUTUP AIR NI?

nasib baik lah mami beliau cerdik. tahu ada water tap kat bawah sink. kalau tak berapa cerdik, rasa-rasanya mami beliau pi tutup terus meter air kat luar tu. hihi.

HAA... SEKARANG APA NAK BUAT???

Laporan segera dibuat kepada tuan rumah. Tengok jam pukul berapa? 8.18pm.

aigoo... dah malam2, nak repair cemana nye. kene tunggu esok lah jugak, nak kene beli faucet baru sebab dah patah dah. bukan tercabut, tapi reput, patah.

tak apa lah.. dah sampai ajal benda alah tu. 
hampir 6 tahun berkhidmat untuk kami. actually ni bukan water faucet standard yang developer bagi. kami tukar lain. 
brand fanski. material - bukan stainless steel.

 so esoknya, seawal 10 pagi dah pegi Mr DIY. cari2 faucet baru. pilih yang ini. 
tetap pilih design yang lebih kurang sama and yang single. and of course stainless steel. hopefully tahan lagi lama lah lepas ni. 

balik rumah cepat-cepat, (ye..kali ni tak merayap dalam aeon..hihi)
repair cepat2.

dah setel. yang kiri lama punya, yang kanan baru punya. alhamdulillah..


eh... senang je lah pasang dia. selama ni dok bergantung harap kat suami je kan. 

yela..orang perempuan memang macam tu. bila ada suami, memang jadi mengada-ngada lebih. lipas lalu depan pun menjerit minta suami spray. padahal boleh je spray sendiri. haha..
yang sebenarnya, boleh je nak survive and buat semua sendiri. (^_^)v


Banjir Di Dapur, Kecoh Satu Rumah.
Banjir Di Hati, Tiada Siapa Yang Tahu.

Persiapan Raya Di Musim PKP Akibat Covid 19

jujurnya, 
mula2 zura tak rasa nak beraya pun. kawan2 ramai dah mula cari baju raya anak2 kat online.
zura siap tanya suami, nak ke beli baju raya? suami jawab, entah! haha

satu hari, suami balik ipoh. 
sempena PKPB ni, kita pun menyendenglah suami ikut beliau ke sana ke sini ke sana ke sini. time ni lah nak dating tinggal budak2. hehe.

so, begitu begini, 
akhirnya decide nak beli baju raya anak2. hari sebelumnya suami kata nak bawak lah salah sorang pegi aeon. kesian kat anak2 tak keluar,kan..

malam tu bagi tau diorang, sorang je boleh ikut papa. kene siapkan kerja sekolah. kene cabut undi.


punya la excited nak keluar, siap edit gambar sendiri.


dah tu, semua berebut buat kerja sekolah. 
fauzan pun sama.. haha.. padahal sekolah pun tak nak pergi. ;)

so, hari kejadian, semua dah siap2. 
sebab papa diorang kata, pergi gilir2. maksudnya, semua dapat pergi tapi ikut turn.





tapi, 
bila sampai aeon, dari jauh mak guard dah sound, KANAK-KANAK TAK BOLEH MASUK. haha.

so, balik lah. kecewa bukan main diorang. hihi.. sabar je lah ye anak2.

dah tu, kita pun ambil lah ukuran tangan anak2. 


kenapa tangan? 
sebab diorang ni kene ukur tangan. kalau ikut umur baju atau bahu atau labuh baju, semuanya tak ngam.

selesai tidurkan fathan, mama papa pun pergi lah aeon, haunting for baju raya anak2.

kat sana memang tak banyak pilihan langsung. dan kami pun bukan jenis memilih sampai berpuluh2 kedai nak masuk semata2 nak cari yang kene tema bagai. 
tak de. 
tema pun tak pernah ada sebab baju melayu suami satu kaler je beliau dok ulang pakai tiap tahun. haha..

pastu, kalau dah pegi satu tempat tu, haaaa ko cari lah jugak mana2 pun yang ko berkenan, gitu. tak de nya nak pegi kedai2 lain.

so, pi aeon kan. butik2 kat luar aeon pun mana ada baju budak2. dalam aeon tu je lah pilihan yang ada.





maka, ber whatsapp2 lah dengan anak2. dan akhirnya diorang pilih jubah dress yang sama. eh.. not bad. cantik jugak.

well... experience baru tahun ni, belikan baju anak2 tanpa anak2. :)
kita siap bawak tali tape ukur kat baju tu. hehe..

pastu, balik rumah, semua happy dapat baju masing2. baru lah terasa mood nak raya tu. baru lah terasa syahdu nya tak dapat balik melaka tahun ni. uwaaaaaaa..... 😭



Esoknya pergi lagi. sebab baju fauzan tak beli lagi. and mama diorang berkenan dengan satu kebaya labuh ala-ala mok cun tu. memang berkenan sangat dengan pattern kebaya labuh tu.

kita bagi teaser sikit. nanti hari raya kita amik gambar penuh, k.. ;)





❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
- 📣 untuk order dan pertanyaan, 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

5 Tips Melatih Diri Menjadi Pemimin Yang Mengutamakan Akhirat.

happy belated hari guru kepada semua! 😊

setiap dari kita adalah pemimpin. dan setiap pemimpin itu, pastinya pernah mengajar sesuatu pada orang lain. dan setiap orang yang mengajar itu adalah seorang guru.
pokok pangkalnya, semua orang adalah guru tak kira lah guru kepada orang lain mahupun guru kepada diri sendiri.

persoalannya, bagaimana kita nak jadi pemimpin yang sentiasa meletakkan akhirat sebagai matlamat hidup kita supaya setiap kebaikan yang kita lakukan di dunia ini, mendapat ganjaran di akhirat kelak.

so here, saya kongsi 5 tips mudah bagaimana untuk melatih diri menjadi pemimpin yang mengutamakan akhirat.

selamat beramal... :)

5 tips melatih diri menjadi pemimin yang mengutamakan akhirat:


1. Bangun pagi dan berdoa disertakan niat agar hari ini lebih baik dari semalam.

2. Niatkan setiap tugas kita untuk menjadikan islam sebagai panduan hidup.

3. Sentiasa mencari peluang untuk melakukan kebajikan kepada ahli pimpinan kita.

4. Sentiasa meletakkan ganjaran akhirat dahulu sebelum ganjaran dunia.

5. Mengharapkan balasan hanya dari Allah atas kebajikan yang kita lakukan.

Review Kdrama Go Back Couple!

2020.
di saat-saat orang heboh cerita tentang The World Of The Married, kita pi back to 2017 pulak, nonton kdrama Go Back Couple. 😏



actually, kita dok search drama The World Of The Married, sekali ada orang share drama Go Back Couple ni. tengok heroin dia Jang Na-ra, emmm apa lagi, kita layan lah.

cerita ni bermula dengan life pasngan suami isteri ni, yang dah ada seorang anak kecil. isteri dia (Jang Na ra) seorang suri rumah. suami dia pulak, pembekal ubat kat klinik2 dan hospital. struggle cari duit untuk family.sampai lah satu hari, berlaku salah faham yang buat isteri dia syak suami dia ada perempuan lain. isteri dia terus minta cerai on de spot di saat2 suami dia pun tengah ada problem dengan kerja dia. suami dia tak fikir panjang, terus setuju.akhirnya, sepakat nak berpisah, dah sign dokumen dah. on the way balik ke tempat masing2, diorang bukak cincin kahwin diorang dan campakkan kat jalan. time tu lah berlaku magik, diorang ni balik ke zaman diorang study dulu. zaman diorang kenal dan bercinta.

serius korang kene nonton drama ni.

Best sangat drama ni. Ketawa. Tersenyum. Menangis teresak2 pun ada.
Belajar agak banyak juga untuk kebahagian rumah tangga dari drama ni. baik untuk isteri dan untuk suami, dua2 kene nonton bersama2.
Lepas bertahun2 kawin, ye kita kene Go back Couple kalau nak pertahankan rumah tangga kita!

Done juga ber me time selama 2 hari dok nonton drama ni. hehe.
rasa bersalah jugak nak rehat2 nonton drama ni sebab kita kan buat bisnes. orang bisnes faham lah macam mana berharganya setiap saat yang kita ada. sebab kita cari income dengan usaha sendiri. kalau relax2 gini, mana nak dapat income. 😁


tapi, its worth it untuk sedarkan diri ini. sedar kan tantang apa tu? 
tentang...
kenapa Allah jauhkan kami suami isteri setelah 10 tahun kami tak pernah berjauhan kecuali time pantang anak 1st and anak 2nd. 

bukan mudah untuk terima keadaan ini. di saat kamu sedang sarat hamil anak ke 5 + empat orang anak yang sedang membesar, kamu harus berjauhan dengan suami kamu. kalau dari awal2 kahwin dulu memang kamu berjauhan, waktu tak de komitmen anak, mungkin tak apa. kamu cuma perlu uruskan diri kamu saja.

tapi, bila kamu dah terbiasa ada suami yang bantu uruskan rumah tangga, layan anak2 yang ramai, rajin tolong masak, sentiasa ada bila anak2 sakit, tiba2 kamu perlu sendirian uruskan semua.. apa yang kamu rasa? 

bertahun2 ku cuba untuk terima kenyataan ini. sentiasa pujuk hati, ada hikmah sangat sangat sangat besar Allah nak bagi. sabar lah duhai hati.

dan bila menonton drama ni, buat ku buka mata hati, ye.. ini lah hikmah yang Allah beri pada kami. hidup berjauhan. Go Back Couple!

sebelum kahwin dulu, kami couple jarak jauh. kampung lain2. tempat study lain2. tapi, Allah pertemukan kami, satukan hati kami. kami paling suka ber sms. jarang2 call. lebih suka sms. dan email. ohh.. nampaknya kami ni memang sama2 spesis tak suka cakap dalam fon. ;) dia akan call bila dia dapat curi line je.. haha.

dan apa yang berlaku sekarang, yesss We Go Back Couple! 😊
kami ber mesej, sama macam masa couple dulu. cakap tentang cinta, sayang, rindu....
ye.. exactly sama macam dulu. macam masa couple dulu. 

tiada lain yang boleh ku ucap, selain rasa syukur diberi kesempatan untuk menyimpan rasa rindu yang mendalam pada suami ku. dan..dapat luahkan dengan cara yang halal, yang sangat indah, yang tak dapat buat masa couple dulu.

okey. review cerita pendek je kat atas tu. haha. luahan hati je yang lebih.
so kalau korang nak layan cerita ni, jemput klik link2 kat bawah ni. :)


Go Back Couple! eng sub.

Mana yang baik kita apply dalam rumah tangga kita. mana yang tak sesuai dengan syariat islam, kita nonton saja ya. happy watching! :)

Happy 4th Birthday Putra Fauzan!

happy birthday abang fauzan.
4 tahun dah.
cerita kelahiran fauzan masih segar dalam ingatan.
ada zura tulis di sini >> Putra Kelahiran Yang Dinanti

sebenarnya ada cerita yang zura tak cerita dalam tu. 
ceritanya, sepatutnya sebelum pukul 6 pagi tu, doktor kene review zura sebab plan untuk pecahkan ketuban. tapi doktor tu dah datang. tu yang zura sakit sangat2 sebab.... kene baca lah kat entry tu. hehe.

alhamdulillah. besar dah fauzan. dah boleh sekolah sebab dah pandai cakap, tapi masih tak nak sekolah. tapi, beliau nak kerja macam papa dia. 😂

tahun ni, 2020, birthday fauzan jatuh pada hari pkp. so, tak dapat nak bawak fauzan pilih kek sendiri. tu pun lambat celebrate atas sebab banyak faktor.

kek pun order last minit je. usually kami akan beli kek ready made kat kedai kek. tak pernah pun order2 kek special untuk birthday, ikut tema karakter katun dll. teringin jugak nak order kek macam tu. tapi tak pe lah. lain kali je lah. hehe..

putra yang di rai.


nailah dah pandai edit gambar and buat dialog




❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Putra Fathan Suspek Thalassemia

kisah fathan ni bermula bila dia kerap kene ambil darah waktu demam.
demam beberapa hari, then doktor suruh ambil darah.
bila ambil, bacaan HB dia rendah. around 10 lebih sikit je.

lepas tu, kene pulak berat dia naik tak banyak. graf bmi dia dah masuk line kuning.
memula doktor bagi ubat tambah darah je untuk masalah HB dia.
dan, refer ke pakar pemakanan kanak-kanak untuk prob bmi dia.

masa jumpa pakar pemakanan tu, pakar ada kata, kemungkinan juga sebab Hb dia rendah, so that zat2 makanan tak sampai ke seluruh badan dia.

dia pun makan ikut suka dia. dia nak makan, dia makan. dia tak nak, takkan kita nak paksa makan, kan.

tapi, pakar kata lagi, kalau tengok overall body dia, okey je.. propotion je bak kata budak2 archy.
maksudnya, balance lah positon kepala, badan, tangan, kaki.. tak de lah kepala nampak besar tapi badan kurus melidi..haa..gitu..

zura sendiri pun, personally tak rasa risau kalau tengok physical development dan mental development dia. bagi zura, normal je..

so, sambung pasal darah tu. lepas sebulan ambil ubat tambah darah tu, check Hb dia, masih sama around 10 je. dalam masa yang sama, zura bagi dia Meal Shake untuk support iron n mineral dia. so, disebabkan bacaan masih sama, doktor pun decide lah untuk refer pakar. tu yang buat check kat hospital pulak.

bulan 2 hari tu dah ambil darah. result dia masih sama. Hb masih rendah. tapi doktor kata, tak risau sebab bacaan iron dia normal je. so semalam, ambil darah untuk test thalassemia pulak.

actually, side suami zura ada history thalassemia. adik suami zura pembawa thalassemia. suami zura tak tahu lah sebab tak pernah check. adik ipar tu pun baru tahu sebab time dia nak kahwin 5 tahun lepas, dah start kene check thalassemia sebelum kahwin. kalau tak, tak tahu juga sebab adik ipar tu okey je macam biasa tak de sakit apa2.

so, ada kemungkinan, fathan pun sama. dan mungkin, nailah pun sama ada thalassemia. sebab paed paed kat hospital pantai putri pernah bagi tau, yang darah nailah nampak lain, nampak tak normal. pastu kami tak de pun buat further check up untuk thalassemia. sebab untuk thalassemia kene buat test lain. so, nailah punya kes, kiv gitu je lah. tunggu lah dia nak kawin nanti baru check. ;p

result untuk test thalassemia ni ambil masa berbulan-bulan. bulan 10 pulak nanti appointment dengan pakar untuk review result nya. so far, fathan okey je membesar dengan sihat. selera makan dia pun bertambah2 sejak zura bagi meal shake setiap hari kat dia. 

zura dah bagi susu formula kat dia sebab nak mixkan meal shake dalam minuman dia,kan.. tu pun selalu buat 3oz, sehari baru habis. dia minum main2 je. maybe sebab dia masih breastfeed. and dia memang lebih banyak bf lah dari minum fm. zura pulak, tak berapa rajin nak perah breastmilk untuk mix dengan meal shake n bagi dia minum dalam botol. hehe... ate... kita memang 24jam dengan dia. exclusive bf je lah. senang kerja kita. haha

nanti bulan 10 kalau dah dapat resultnya, zura share lagi, k.. hopefully dia baik2 aja.

Puasa lah fathan! 😃

Dah la makan siap bunyi2.

Last time datang jumpa paed, dia tengah makan biskut tiger. Abis mama kene kaw kaw dengan paed sebab bagi dia makanan tak sihat, kata paed. 😂 Ni mama bawakkan cornflake ni haa...

Memori pergi check up kat hospital dalam suasana pkp. senyap sunyi je semua tempat. tetiba fathan buat suara 'panik' dia sambil tunjuk kat something yang buat dia rasa pelik. 😂



❤,
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
-
 📣 untuk order dan pertanyaan,
 📲 sms|whatsapp 016-5952771,
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com,