1 hari 5 kali


Assalamualaikum n hi !!
Long time no see...

Actually kami sekeluarga dah berkumpul semula sejak khamis yang lalu..
Alhamdulillah..
Dan rutin harian bermula sejak ahad yang lalu bila suami saya mula bekerja semula..

Thanks a lot to my love yang banyak bantu saya uruskan hal rumah dan jaga 2 orang kakak2 putri masa saya kat hospital.
Kakak2 putri kata bihun goreng papa sedap.. (^_^)

Ada 1 hari tu, masa saya masih kat hospital, papa diorang kata nak bawak diorang tengok wayang..
Amboi boi boi...
Time mama tak de nak enjoy2 ye..
Tapi tak jadi sebab natrah demam semula masa tu..
So saya minta diorang balik rumah dan rehat2 aje..
Doktor pun pesan, imuniti kami semua masih lemah..
So doktor nasihat kurangkan pergi tempat2 ramai orang sebab bakteria mudah nak serang kami.

Lalu,papa diorang belanja diorang DVD cartoon sorang 1.

Inilah yang diorang dok tonton 5 kali sehari sekarang ni..

Animasi HOME.


Best jugak animasi ni..
Layann...hehe

Diorang nonton 5 kali tu ngam2 masa siang..
Malam2 memang no cartoon at all..
Itu saya train sejak kakak putri kecik2 lagi masa dia selalu layan disney junior.
Alhamdulillah..sekarang memang diorang follow rule tu...

Kakak putri perasan dia macam Tip..
Rambut curly2..hehe..


Yang paling tak menahan, boleh lah kakak putri mengigau nyanyi2 soundtract cerita ni malam tadi..
2 kali pulak tu..hehe..

Dah lah dia tengah demam balik ni..
Mujur lah dia nyanyi2, tak meracau bukan2..

(^_^)



love, 
 zura bahar
 hotline: 016.595.2771
 --------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Happy 1st birthday baby Nailah.


Setahun yang lalu, pada tarikh ni, saya admit hospital jugak.
Admit sebab nak lahirkan baby nailah..
Tahun ni pun admit jugak.
Tapi sebab nailah di jangkiti influenza B.

Saya berangan dengan jiran nak celebrate birthday nailah kat playground sambil berkelah dengan anak2 kami.
Tapi nampaknya, kene tangguhkan dan sambut di hospital je...
Kalau saya sihat, boleh beli kek and potong kek sama2 kakak2 putri since semua orang ada kat hospital..
Kakak2 putri suka sangat makan kek..
Nanti mesti natrah yang sibuk nak potong kek n tiup lilin..
Semua birthday dia ingat birthday dia..hehe..

Nailah mula tunjuk simptom2 influenza sejak semalam.
Ni antara simptom2 nya...

Runny nose
Sore throat
Aching muscles
Headache
Cough
Nasal congestion
Malaise
Fever
Watery eyes
Aching joints
Aching body
Chills
Fatigue
Red eyes
Red skin
Red nose
Red throat
Loss of appetite
Weakness



Dia mula hilang selera makan sejak semalam.
Ada batuk sikit2.
Dan hari ni lebih kerap merengek dan tidur je..
Mujur papa dia ada untuk layan dia.

Saya dah bebas dari virus tu.
Tapi sebab nailah belum boleh keluar hospital, saya pun kene tunggu sama.
Tak kisah nak tunggu sama..
Yang saya tak tahan bila ubat dicucuk terus ke salur darah..
Pedih!!! Tak suka!!! :(

Saya redha atas ujian ini..
Dan hikmahnya pun saya dah tahu..
Allah uji sesuatu sebab Allah nak hadiahkan sesuatu..
Dan kami dah dapat pun sesuatu itu.. :)
Semoga kami semua bersedia untuk menerimanya...



Buat anakanda mama, Putri Nailah Ruwaida..
Mama gembira sebab dapat susukan nailah dengan susu mama sepenuhnya secara direct selama ni.
Mama harap sangat2 mama dapat terus menyusukan nailah sampai nailah 2 tahun.
Membesarlah dengan sihat dan gembira ye sayang..
Jadilah wanita solehah yang sentiasa menjaga maruah agama, maruah diri dan keluarga.
Berjuanglah demi menegakkan agama islam di dunia.
Mama sayang nailah.
Mama cintakan nailah.
Mama halalkan setiap titis susu yang mengalir dalam badan nailah.
Nailah mesti kuat lawan segala virus dan bakteria yang cuba serang tubuh nailah tau..
Dan ingatlah,
Allah sentiasa bersama kita..


love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Suri rumah dapat MC.

Hari ni, isnin.
Putri dan natrah insyaAllah boleh balik rumah hari ni. 
Syukur...
Terima kasih Allah..
Diorang bukan main enjoy dok dalam wad tu..siap panjat almari n lompat2 kat tilam sepertinya tilam tu ada spring..
Tapi, salam dok enjoy2 tu, sorang tu, bila dokter datang nak check, lari bawah ketiak opah.
Yang lagi sorang tu, bila kene makan ubat, jerit2 tak nak..
Sabo je lah opah menjaga kome ye..
Nanti opah jugak lah yang akan jaga kome kat rumah..
Sebab...
Mama n nailah pulak warded.
Hari ni hari ke 3 sebenarnya saya dan nailah warded.
Kitorang demam sampai 39 darjah celcius.
Suami saya pun risau saya berdua je dengan nailah kat rumah bila waktu malam.
Sebab dia dan opah jaga putri2 kat hospital.
Akhirnya, serah diri untuk di cucuk tubuh ini dengan ubat-ubatan.. sobss...
Hasil ujian influenza B ke atas saya dan nailah adalah....

Saya positif.
Nailah negatif.

Syukur baby tak kena.
Haruslah saya berjaga2 dengan pakai mask setiap masa.
Lagipun kami tak boleh nak berpisah wad..tak de sapa nak jaga baby..so, baby duduk 1 wad dengan saya..



Esok hari ke 4,  saya dan nailah akan di buat ujian influenza tu sekali lagi untuk pastikan yang kami betul2 bebas dari virus ni.
Setakat 2 hari kat hospital ni, kami tak demam dah..
Dan dokter baru lepas round dan bagitau saya, bila saya boleh discaj adalah bila doktor nailah kata nailah dah boleh balik...

Memang rehat betul2 rehat ni..
Makan ubat rasanya mengantuk je sentiasa.
Tapi bukan boleh rehat sangat pun.
Baby nailah ni aktif je.

Luckily, nailah nak dekat papa dia je.
Pantang nampak papa, dia minta didukung.
Dapatlah saya rehat sikit.
Orang sakit jaga orang sakit.
Faham2 je lah..

Inilah ubat yang dicucuk kedalam tubuh saya.
Ada lagi 2 ubat kene cucuk kat line dan 4 jenis ubat makan...
Mak aiii....banyak rupanya..

Nailah just dapat ubat demam, antibiotics dan ubat cair kahak.

Saya mohon sangat2 doa ahli keluarga dan kawan2 sekalian, doakan nailah bebas dari virus ni dan kami dapat balik rumah dan jalani kehidupan seperti biasa..
Terima kasih sebab sudi doakan kami..
Manalah tau, dalam ramai2 yang doakan kami, doa anda yang Allah pilih untuk dikabulkan..

Stay strong ye baby...



love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771
 -------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

episod influenza belum berakhir..


terima kasih atas doa family dan kawan2 yang tak putus buat kami..

episod cinetron influenza ni tak abis lagi selagi kakak2 masih warded..
diorang nampaknya enjoy duduk hospital..siap rapatkan katil berdua.
pastu layan cartoon 24 jam..seronok la tu ye...

cerita semalam, kakak2 putri masih ada demam.
hasil dari ujian darah adik putri, dia bebas dari bakteria.
bakteria ni bakteria yang biasa ada bila kanak2 kene tonsil, batuk, selsema n demam.
influenza tu kita panggil virus.
so, ujian terkini untuk virus kakak belum ada lagi.
belum tahu dia dah bebas dari virus influenza tu ke belum..

semalam juga, saya mula demam.
batuk dan selsema dah kene sama2 diorang hari tu.
suhu sampai 38.3
kepada rasa sangat berat.
mata rasa nak pejam je.
sakit2 dan lenguh2 satu badan.

nailah pun sama. 
tak tidur lena.
sejam sekali bangun nak susu ibu.
dan dia asyik nak bergayut je sampai sakit dibuatkan.
bila baby rasa tak selesa, memang baby akan requst untuk bergayut setiap masa.
tapi dia still aktif bila tak gayut.
suhu dia pulak 38.1
saya just banyakkan bagi dia minum air masak.

petang tu, kami 2 orang pulak pegi GH.
nak check sama ada kami ni dah dijangkiti virus itu kah.
tapi doktor tak buat pun ujian tu.
just bagi ubat demam, batuk n selsema kat saya.
dan baby dapat ubat demam masuk kat punggung.

malam tu saya still rasa tak larat sangat2.
tapi baby nampak nye dah getting better.
saya baring dia panjat2 badan saya n cungkil2 mata saya..
saya suruh dia tidur dia nangis2 tak nak tidur.
mata besar dok senyum2 kat saya...
nampaknya, baby lah yang jaga mama ye malam tadi...hehe..

saat saya menulis ni, jam 8.09 pagi...
alhamdulillah...saya pun rasanya dah tak demam lagi..
badan lebih bertenaga.
yang penting, baby tidur lena malam tadi...
syukur alhamdulillah...

saya jarang kene demam panas.
biasanya saya kene demam selsema je..which is kalau check temperature tak demam pun..
suhu still normal..
tapi kali ni saya tewas..sampai shaking2 sejuk semalam..
siapa lah saya nak menidakkan kehendak Allah..
saya makan vitamin sebagai ikhtiar untuk sihat.
tapi tak bermakna kita tak akan jatuh sakit.
ambil dari sudut positif..
sakit yang Allah kirim kepada anak2 adalah sebagai kafarah dosa mama papa mereka.
mungkin juga Allah nak papa diorang dapat spend 24jam dengan diorang.
sebab kakak putri dah pandai komplen papa balik keje lambat..
yang adik pun follow je apa kakak cakap kan...
saya tak ajar diorang komplen tau...hehe...diorang komplen sendiri..
papa diorang sangat sibuk bekerja lately..
mungkin juga Allah nak suami saya ada masa untuk berehat..
berehat dari kerja..hehe..
mungkin juga Allah sedang beri ilham kepada suami saya untuk bekerja sendiri..
biar ada masa sendiri..
biar tak rasa susah hati kene tinggalkan kerja bila terjadinya keadaan macam ni..
who knows?? hanya Allah yang mengetahui rahsia disebalik ujian yang Dia beri ni...


okey lah...hari ni rasa bertenaga sikit..
nak kene cuci2 rumah biar bebas dari bakteria2 jahat..
semoga putri2 ku cepat sihat, cepat balik rumah dan cepat memeriahkan rumah yang sunyi 2 minggu ni...

thanks to my love sebab menjadi Super Dad disaat2 begini.
abang wajib kuat dan sihat.
Vitamin C, Garlic & Nutriferon tu sentiasa makan tau!





love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 --------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

www.vitallyvitamin.info



website shaklee saya, suami saya yang handle..
dia yang buat menu, add widget, etc2..
dia yang tolong add gambar2 produk dan edit info setiap produk..
dia yang tolong renew hosting and domain..
pendek kata, website ni pun memang idea dari dia..
saya just update entry je dalam tu..
tu pun dah lama tak update...
hehe...

alkisahnya, saya terlewat renew hosting..
so, nama vitallyvitamin.com tak dapat nak beli..
and nama baru website shaklee saya adalah, www.vitallyvitamin.info
(^_^)

feel free to visit!!
insyaAllah saya dalam usaha untuk upgrade layout baru yang lebih informative.

tak sabo nak ada streamyx kat rumah.
sebab suami janji nak tolong saya handle website dan utube shaklee saya...
(^o^)v




love, 
 zura bahar 
sms/whatsapp 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

berkampung di hospital


semalam, 20 ogos, natrah ada follow up check up untuk cirit birit dia.
semalam jugak mak ayah saya balik melaka..
sobss... :(

natrah masih demam sejak kakaknya admit hospital hari tu.
ini bermakna dah 5 hari natrah demam.
hari ke 4 demam, natrah dah mula tunjuk simptom2 sakit.
maksudnya dia terlebih 'manja' dan terlebih 'mengada'..
selalu jugak cakap 'adik penat'..

bila jumpa Dr. Cheong, Dr. Cheong dapat rasakan yang natrah mungkin dijangkiti influenza B jugak.
Dr. Cheong ambil sampel mukus di hidung dia dan akan buat test.
sementara tunggu result, saya lepak di wad kakak putri.

as suspected, natrah pun dah kene influenza B jugak...
ya Allah..ujian dariMu pastinya ada ganjaran yang sangat besar di hujung sabar kami..alhamdulillah..inshaAllah..
saya, suami dan opah kini lebih cool bila terima berita ni..
maka, di kuarantin kan lah 2 beradik tu dalam 1 wad..



badan saya mula terasa amat penat..
demam selsema pun senang menyerang bila saya terlalu penat ni..
harapan dan doa saya cuma, kakak2 putri cepat sembuh dan baby putri tak dijangkiti virus tu...
aamiin ya Allah...


terima kasih buat family dan rakan2 yang mendoakan kesihatan putri2 saya dan mendoakan kekuatan untuk diri saya..
pasti ada hikmah di sebalik semua ini dan peringatan untuk saya perbaiki kekhilafan diri ini..

Pesakit influenza B sempat lagi ambil gambar selipar frozen dia masa on de way ke hospital.
Dah la pakai sebelah lain.
Stylo huh?
(^_-)



love, 
 zura bahar 
sms/whatsapp 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

sweet 60 mom!


mak saya ada disisi di saat2 saya memerlukan beliau..
sebelum peristiwa masuk-keluar-masuk hospital ni, tetiba saya teringat MAK..
teresak2 nangis nak balik melaka..hihi..
tapi saya mengerti kok, keadaan suami yang tak mengizinkan..
insyaAllah 1 hari nanti, bila suami pun dah bekerja sendiri, pasti saya boleh balik melaka bila2 pun yang saya suka...
mohon doa rakan2 saya sekalian ya.. (^_^)

hari lahir mak adalah pada 19hb..
di saat2 mak tidur sekatil dengan saya.
tapi saya lupa !!!
mashaAllah...
kenapa boleh lupa?
sebab terlalu penat ulang alik hospital.

esok pagi bangun, bukak whatsapp grup NorBahar,
(norbahar stands for Normah + Baharom)
adek badik lain semua wish birthday kat mak..
anak yang paling hampir dengan mak boleh lupa pulak..
ampun mak!!

lalu, saya belikan sebuku kek untuk sambut kecil-kecilan dengan mak, ayah, natrah dan nailah..

natrah lah yang paling happy, perasan birthday dia..
dah la request kek frozen..hehe..

merasa jugak saya celebrate birthday mak sejak lepas kahwin ni..

alhamdulillah..
mak masih sihat.masih bertenaga nak 'jogging' atau lebih tepat lagi, jalan kaki laju2..hehe
sejak saya amalkan shaklee, saya ajak mak saya juga amalkan shaklee.
ni antara vitamin2 yang mak saya makan.


sebab masa tu mak saya mengadu mak sakit2 lutut, susah nak solat dan jari jemari mak kebas2 expecially bila basuh pinggan.
dan sejak mak amalkan vitamin2 ni, pergerakkan solat mak nampaknya laju sikit dari sebelum ni..
dan kebas2 di jari jemari mak pun dah berkurang.
yang paling BEST, kawan2 mak kata, 
"kak normah ni nampak cergas je..aktif buat macam2.."
alhamdulillah...
(^_^)




terima kasih mak sebab sudi datang dari jauh di saat2 adik di uji Allah..
hati seorang ibu, pasti tak senang bila anak2 nya dalam kesusahan..
(-_-,)




love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info