Showing posts with label kisah hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label kisah hujung minggu. Show all posts

Macam mana zura cipta masa berkualiti dengan insan kesayangan zura.

Alhamdulillah..
hujung minggu yang lepas dapat lagi spend time dengan anak2.
kali ni kami decide untuk keluar pada awal pagi ahad pulak instead of keluar malam2.

last week kami pergi pasar karat. lama tak pergi sana.
banyak dah gerai2 bundle kat sana.
tapi, keterujaan zura of course kat part yang jual2 barang antik.
alahai.. geram je rasa.
tapi, buat masa ni, tak de lah nak bazir duit beli yang bukan2.

pastu, pergi makan kat kosiswa. tepi sungai.
lama dah tak pergi situ.
best environment situ sebab kawasan lapang, terbuka n kelilingnya kehijauan.
zura tak ambil gambar sebab tertinggal fon.

alhamdulillah..
itu lah nikmat yang Allah beri.
keluarga sentiasa bersama zura.

kadang2 kita rasa kita tak ada kualiti masa dengan family kita.
tapi sebenarnya, kualiti masa dengan family kita itu, kita yang kita kene cipta sendiri.
even 10 minit pun, kalau kita dapat tumpu 100% masa itu untuk family kita, untuk pasangan dan anak2 kita, lalu kita bersyukur dengan 10 minit itu, itu lah kualiti masa yang sangat2 berharga buat diri kita n family kita..

sebab tu zura suka capture moment2 dengan insan2 kesayangan zura. sebab setiap masa zura rasa adalah masa berkualiti untuk insan2 kesayangan zura.

gitu lah kehidupan yang fana ini.

untuk weekend yang baru ni, of course zura ada ambil baaaaaaanyak gambar.
hehe.. kitorang pegi padang polo. dah biasa dah pergi situ tapi kali ni lepak kat port lain.
and yang sebenarnya, inilah first time zura explore betul2 padang polo itu.
tahu ada tasik tapi tak sangka kat area tasik tu sangat cantik dan sangat mendamaikan.


so here compilasi video dan gambar baru2 ni.. 




❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin | bydura
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Bonding Time Dengan Putra Putri Di Padang Polo.

Hari-hari anak2 pujuk nak pergi taman. zura malas nya la hai nak keluar sorang2 bawak 5 orang anak ni.
padahal diorang request taman depan rumah ni je. bukan jauh pun.

finally, bawak juga anak2 ke taman. bukan depan rumah tapi kat padang polo.

since kami suka buat berkelah2, zura suggest kat suami kita breakfast kat taman hari tu. suami pun okey. so kira on lah!

sebelum subuh lagi zura dah bangun siapkan breakfast. just goreng bihun, samosa, potong epal n buat air teh je.

malam sebelum tu tidur lambat lebih pukul 12. sebelum tidur tu macam biasa lah zura akan makan oste dan resv untuk bantu zura dapat tidur yang lena. alhamdulillah mudah bangun pagi tu. 

lepas subuh, suami sambung guling2 kat katil, then suami tanya, dah masak ke breakfast? dah siap dah semua. tinggal nak mandi n siap2 je. selalunya suami akan teman n tolong zura buat breakfast. tapi lah kita kasi can lah suami tak tolong. 😃

maka, beriadah lah kami kat padang polo pagi tu.
alhamdulillah, dapat juga bawak anak2 keluar dari rumah dan berlari sana sini. asyik duduk rumah ngadap tv n computer je lah.

gambar-gambar buat kenangan.
















..

Promosi Disember 2021







❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin | bydura
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Bertemu Sahabat Baik Yang Sentiasa Dirindui.

Zura tak ramai 'bestfriend' masa kat uia dulu. Tapi ada sorang ni, memang baik dengan beliau since first day and first year kat uia main campus, gombak.

zura ingat lagi, masa daftar tu, zura dapat bilik yang macam dorm. ada bilik yang 4 orang then ada compartment. tapi bilik zura macam dorm. satu dorm tu, ada 10 orang.

kami semua under kuliyyah yang sama, KAED. Kuliyyah of Architecture and Environmental Design. under kaed ni ada 4 lagi course. so dalam dorm tu, ada semua course kalau tak silap. lupa lah... haha..
tapi yang zura ingat, zura tak berapa kenal pun semua dalam dorm tu. ada sorang sama studio masa kat matrix uia tu. tapi tak rapat jugak.

then, bila nak ke kaed, naik bas uia, ada sorang yang macam lost jugak tak de kawan. haha.
so, kami pun together2 naik bas sebab kami sama course, archy. start dari situlah, kami mula kawan, mula kenal hati budi dan perangai masing2 dan akhirnya kekal bersahabat sampai final year part 1.
aihh.... touching pulak bila ingat.

so, since BLNC bulan dua hari tu buat dekat putrajaya, kami decide nak stay kat putrajaya jugak. kalau stay kat rumah kakak zura, of course lah malam tu tak payah keluar cari makan, kan. makan sama2 kat rumah je.

tapi sebab nak stay kat homestay, zura mula lah berfikir2 nak jumpa my sahabat ni. seingat zura dia dah duduk bukit jalil. punya lah fikir nak cakap apa ye kat suami, nak ajak pegi rumah sahabat zura ni. bukan apa, zura jenis takut nak request apa2 kat suami walaupun sebenarnya suami okey je.

so, fikir punya fikir, zura cakap lah yang sahabat ni dah duduk rumah sendiri. suami dia buat ID sendiri. both diorang suami isteri kawan uia zura and both pun arkitek. so, macam teruja lah nak pi rumah arkitek, kan. 

suami bila dengar je ID, macam bersinar2 mata dia. haha.
"dia duduk mana?"

wahh... kira on lah tu !!

lagipun suami tahu yang beliau ni satu2 nye sabahat baik zura kat uia dulu.

so, malam tu, siap2 lah nak pergi rumah beliau. perut kenyang lagi sebab makan banyak. kalau pergi conference shaklee, memang shaklee jaga perut kita. tu belum cerita pergi trip shaklee, lagi lah makan sesaja. tak sempat nak lapar langsung.

dari putrajaya nak ke bukit jalil, lalu satu highway ni. highway apa entah, lupa lah.. ni lah akibat update cerita 2 bulan kemudian. ;P

ikut map, sekejap je kurang setengah jam sampai. sekali, tutup jalan pulak kat jalan tu,  tinggal satu lane je. jem lah kejap, 15 minit gitu. 

okey.. selesai tempuh jem tu, sampai lah kat bukit jalil. okey.. ni first time zura sampai bukit jalil. selama ni zura imagine yang bukit jalil tu tempat luas, lapang, banyak parking macam kat stadium ipoh ni. rupa-rupanya, ya Allah, pack gila!

penuh dengan umat manusia dan kereta n bas2 segala. 

jalan punya jalan, tak tahu nak masuk lorong mana. tak jumpa! 
lepas tu, jalan punya jalan lagi, ni kira dah macam uturn lah nak cari lorong masuk ke apartment sahabat zura ni, termasuk balik highway tadi.

ahh sudah! highway ni memang straight terus ke putrajaya balik. hahadoi... 

jam dah pukul 9 lebih gitu. perut dah start lapar balik. anak2 dah tertidur semuanya. sahabat dah mesej2 tanya ko sesat ke.. haha.. 

zura risau satu je, zura risau suami ajak balik tak payah pi rumah beliau... waaaa.... nangis zura nanti. sahabat tu dah siap masak2 sejak petang lagi. 

sampai serdang, keluar n uturn balik. okey...gigih nak pergi jugak rumah sahabat ni kan. so, kene tempuh balik jem buat jalan tadi.

begitu begini, akhirnya jumpa juga lorong nak masuk rumah sahabat ni. rupanya, yang memula tadi, belum sampai ke lorongnya kitorang dah patah balik. hehe...

tu pun jam dah pukul 10 lebih dah. alahai... kesian jugak kat sahabat ni. kami menggangu je malam2 minggu diorang nak rehat. tapi zura tak kira, nak jugak pi jumpa beliau!. 

alhamdulillah... setelah sekian lama, akhirnya berjumpa jugak dengan ko, asma'. happy nye aku. aku tahu ko pun happy gila kan.







ko masak2 untuk aku. siap buat puding roti lagi. ya Allah... thanks sangat2. terasa sangat2 yang kehadiran diri ni di sambut baik oleh mu. prepare macam2 nak jamu kitorang datang. rindu sangat2 kat ko. dah sampai rumah ko, malas pulak rasa nak balik. rasa nak tidur je situ. haha.. rasa macam tak abis benda nak cerita. 

last jumpa masa masing2 anak baru sorang. now, aku 5, ko 4. boleh tahan gak kita ek..haha.

haihhh... walaupun 2 bulan kemudian baru nak cerita pasal ni, masih terasa manisnya saat2 dapat jumpa ko.

thank you for being my loyal sahabat. sahabat yang suka 'perli2' aku. and aku pun suka 'perli' ko. haha.. kita je yang faham 'perli' kita ni. ;P
tapi, ko tak pernah tunjuk yang ko terasa hati dengan aku. mungkin ada yang ko terasa dengan aku. tapi ko tak pernah tunjuk n ko selalu jaga hati aku. thank you asma'. 
from the bottom of my heart, aku doa kita dapat bersahabat sampai bila2. 
over tak kalau aku kata, i love you.... haha

really hope apa yang kita plan tu, dapat dilaksanakan satu hari nanti. insyaAllah..

dan kepada encik suami, of course ada jugak kata2 untuk suami yang baik dan penyabar seperti beliau.
thank you sebab tak keluar sikit pun keluhan since kita terpatah balik tu dan bila lambat2 nak balik ke homestay semula. jam dah pukul 1 lebih, still sembang2 lagi, abang okey je. balik tu pun, abang tetap okey. tq sangat2. i love u abang... 




.......
❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - 
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Review Pusat Servis Honda, Delima Kinta, Taiping.

Kami memang suka servis kat Delima Kinta walaupun jauh nak pergi.
sebab kereta tu pun beli kat sini.

sebelum ni, pusat servis nya sama dengan show room nya.
tempat agak sempit dan tak banyak kereta boleh servis dalam satu masa.
but still kami suka servis kat sini.

semalam, appointment untuk servis kereta.
sampai kat sana, katanya dah pindah tempat baru.
sejak bila pindah, tak tahu lah..
dekat je..100m je dari show room tu.

putris macam biasa, banyak tanya.
contoh soalan..
kita nak pegi mana?
bukan ke papa kata nak pegi honda?
kenapa kita lalu sini?
ada sekali tu,kakak banyak sangat tanya, sampai dia sendiri sedar diri n tetiba dia cakap,
"kakak memang macam ni..kakak suka tanya.."
emm...tau pun..hehe..

so nak cerita, pusat servis yang baru ni sangat besar n sangat banyak kereta boleh servis dalam satu masa.
asalnya suami nak servis kat Jalan Kuala Kangsar, tapi dah full..next week pun tak available jugak.
Kat delima kinta je yang available.
tu yang gigih tu pegi sini.

lepas tu, waiting area nya pun lebih besar n lebih banyak seats.
sesuai sangat untuk kami yang selalu pergi satu family tiap kali nak servis kereta.
cuma, tak ada kids area.
tak tahu lah kakbee kalau ada kat tingkat atas.
oh ye...siap ada surau kat tingkat atas.

dan yang paling penting sekali, kenapa suami selalu angkut kami semua pi servis kereta,
ada makanan n minuman percuma kat sini..hihi..
kalau datang pagi, ada nasi lemak n kuih.
so tadi, selamat lah breakfast kami kat sini.
nasi lemak sorang satu bungkus dan karipap anak2 makan sampai muak...haha..
sampai kan kami di pandang serong oleh masyarakat setempat..hihi..
dah la lepak dekat dengan pantry..
memang senang amat putris nak ambil makanan n drink sendiri..
ish.ish... macam mama tak bagi diorang makan je tau...

servis kali ni pun agak cepat.
selalu lambat siap.
kalau start jam 10.30 pagi tu, kadang tu sampai kul 1 lebih baru siap.
tapi kat tempat baru ni, alhamdulillah..lebih cepat siap.
jam 12 gitu dah siap dah...

tu lah serba sikit review tentang pusat servis honda kat delima kinta taiping.
next servis bulan 12 pulak. 

gambar2 kami kat sini.
lupa pulak nak ambil gambar pusat servis tu..hehe..


Lepak dekat dengan pantry. Jemuh melayan diorang nak makan.

Drink percuma. Berapa kali tambah entah..

Belakang tu tempat servis yang sangat luas n banyak kereta boleh servis dalam 1 masa.

Boring menunggu, diorang buat macam rumah sendiri. Emm..


 .






.


love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Cara Mudah Buat Donut Lembut.



Cara mudah buat donut lembut ni memang mudah sangat. Sesuai sungguh dengan zaman sekarang ni yang serba serbi nak cepat, betul tak? Si Fauzan ni pun kalau nak apa2 semua nak sekarang jugak. Tak sabar sungguh.

So kat sini kakbee nak share cara mudah buat donut. Sesuai sangat dengan keadaan kakbee yang sibuk dengan kerjaya, rumah tangga dan 4 orang anak. Kakbee pun tak sure 4 orang tu kira ramai ke tak?😄

Bahan-bahan:
1. Tepung segera Nona untuk Donut.
2. 40g butter.
3. 100ml air
4. 1 biji telur.
5. Yis segera. (dah ada dalam kotak tepung nona tu. So tak payah beli dah)


Cara buatnya:
Gaul semua bahan2 di atas sehingga menjadi doh donut. Tak payah pakai mesin pemutar. Pakai senduk sudah sebab nanti doh tu nak kene lenyek2 guna tangan. Lagi kuat lenyek lagi kenyal doh. Lagi kenyal doh, lagi lembut donut. InsyaAllah.. Bila doh dah gaul sebati jadi sebiji doh, perap jap selama 45 minit.

Bila doh dah naik, boleh la terap doh. 

Natrah tuntut janji kakbee. Kakbee janji bila dia dah sekolah, dia dah boleh tolong kakbee masak. So, redha je la.. 😊

Kadang tu kakbee tak tunggu doh naik pun. Doh naik sikit2 je then kakbee terus terap n goreng.

Okey je donut nya. Lembut je. Sebab tu kakbee rekemen kat korang yang busy gilaa then anak-anak nak makan donut pulak.

Nahh... Resepi ni memang mudah sangat. 😊

Teknik menggoreng donut kene betul. Kalau tak, hangit macam donut kakbee ni. Api kene banyak dan panas. Masukkan donut, kerap balik-balik kan supaya masak sekata dan cantik je warna ni.

Lepas dah angkat, boleh la taburkan gula halus. Boleh jugak buh toping coklat ke..Dan sedia untuk di makan. 😊

Kakbee tak buh pun gula mahupun coklat. Sebab kakbee tak nak rumah sepah2 dengan gula..hehe..

Tak de gula pun habis anak2 makan..alhamdulillah.. 😊

Kalau bubuh toping coklat, boleh gak jual 2 singgit kat diorang ni.. Ahaks!

Oh ye.. Hasil donut untuk sekotak tepung tu, seperti yang dalam pinggan tu. Cukup untuk kami 6 beranak makan. Kalau kurang ahli keluarga, maybe boleh sedeqah sikit pada jiran. 😊


love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Offer Ice Bucket Sehingga 7 September 2017.

Di satu petang yang hening...
sedang kakbee, habibi dan anak2 lepak santai depan television, habibi tanya kakbee..

"nak tak ais krim ni?" sambil hulurkan henfon kat kakbee.

"mana?! mana?!" kekanaks yang duduk berhimpit2 antara kakbee dan habibi yang sibuk amik henfon habibi dulu. 👨👧👧👧👶👩 <-- gini lah lebih kurang kedudukan kitorang.

sibuk je kekanaks ni.. 😋

"nak! nak! adik nak!!"
"kakak pun nak!!"
"baby pun nak!!"
"uhh..uhhh..." - fauzan pun nak letteww..

selepas melepasi 4 inspections, baru lah henfon sampai ke tangan kakbee.


emm..kakbee tatau nak jawab apa.

"nak ke?" habibi tanya lagi..
"beli je lah..budak2 dah nampak tu..kang dok tanya2 pulak."

lalu...habibi pun beli.

lepas asar, 
semua bersiap2 nak ke aeon klebang. 
seronok kekanaks ni dapat jenjalan. 
kakbee sejak beberapa minggu lepas, (lebih spesifik sejak habibi masakkan breakfast nasi lemak di hari cuti,) 
kakbee jadi malas dah nak keluar. 
Pakai selebet je. tambah2 aeon tu dekat bebeno dari rumah. 
Rasa macam pi kedai runcit kat shoplot depan tu je..hehe..

Dah nama pun kekanaks, kan..Of course suka makan aiskrim. Berebut pilih nak aiskrim mana. Tu pun nasib baik ada 3 pilihan je. Kalau tak, mau rambang mata kekanaks ni. Last2 kami pilih yang ni.


Besaq jug dia baq hang...
Katanya untuk 4 orang. 
Tapi staff sana bagi kami 6 pinggan n sudu. Bila staff tu tengok kami ni macam terkial2 je tak reti nak makan, staff tu pun bagitau, kene kacau dulu..
kalau akak nak tanya apa2, panggil je kami tau... nice sangat diorang... 😊👍👍

tapi sebelum kacau, kakbee bagi dulu aiskrim tu kat kekanak2. Then baru kacau. Bila dah kacau, diorang dah tak nak makan pulak... Sudahnya, mamapapa le kene habis kan... 😢 penuh perut dengan air..



Akhir kata, okey lah..not bad.. Ada 3 tempat je offer ni tau... 


So kalau nak grab, offer ni sampai 7 September je ye..


eh..lupa nak bagitahu mana nak dapat offer ni. offer ni ada kat apps FAVE. 



Nanti kalau dah beli, korang pergi ke ice bucket, bagitahu nak guna voucher yang korang dah beli ni. Masa nak kene bayar tu nanti, akan kene swipe kat fon. Ala...korang tunjuk je kat staff sana, insyaAllah diorang bantu punya..

Selamat ber ice bucket! 😊



love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info