Sempena Maal Hijrah kali ini, marilah kita menyingkap sejarah kisah perpindahan Nabi Muhammad ï·º dari Kota Makkah menuju ke Kota Madinah untuk menyelamatkan Islam daripada ditindas.
Rasulullah ï·º berusia 40 tahun apabila Malaikat Jibrail (as) melawat Baginda ketika Baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad ï·º, bahawa Baginda diangkat oleh Allah سبØانه وتعالى sebagai Rasul untuk seluruh umat manusia.
Apabila Baginda menerima perintah daripada Allah سبØانه وتعالى supaya berdakwah secara terbuka, Baginda segera akur. Pada peringkat awalnya, Rasulullah ï·º hanya memperkenalkan Islam kepada para sahabat dan ahli keluarga terdekat Baginda.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.
Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah ï·º mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap dan berhijrah ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.
Pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullahï·ºtelah diberitahu bahawa kaum kafirun Makkah merancang membunuh Baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah ï·ºpun bermunajat dan menunggu perintah daripada Allah سبØانه وتعالى. Kemudian turun Malaikat Jibrail (as) menemui Baginda untuk memberitahunya Allah سبØانه وتعالى mengarahkan Baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.
Berikutan itu, Baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani Baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah ï·º juga memberitahu rancangan Baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra).
Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah.” Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah ï·ºwalaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.
Malam itu, sekumpulan kaum Quraish mengepung rumah Rasulullah ï·º. Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullahï·º. Mereka begitu yakin Rasulullah ï·º tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh Baginda. Apabila fajar menyingsing, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya yang Rasulullah ï·º bangun dari katil itu.
Mereka pun terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah ï·º keluar dari rumah itu.
Rasulullah ï·º dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah ï·º dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.
Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah ï·º tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah ï·º dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah سبØانه وتعالى membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.
Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah ï·º dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah سبØانه وتعالى.
Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullahï·º. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullahï·º. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.
Akhirnya dengan perlindungan Allah سبØانه وتعالى, Rasulullah ï·º dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah ï·º dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.
Ketika Rasulullah ï·º dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah ï·º. Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah ï·º di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.
Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah ï·º akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut Baginda. Rasulullahï·º menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat Nabi Junjungan mereka itu.
Bertitik tolak dari itu, Rasulullah ï·º mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah سبØانه وتعالى.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah ï·º dari Makkahke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam, 1 Muharram.
sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com/
kisah yang saya share ni adalah peristiwa hijrah rasulullah secara ringkasnya.actually ada banyak lagi cerita2 yang lebih terperinci sepanjang penghijrahan Baginda SAW.
bila di hayati kisah Baginda SAW ini, rasa macam di beri suntikan baru untuk saya.
untuk saya berhijrah meninggalkan 'comfort zone' yang saya lalui sekarang.
actually tak berapa nak comfort sangat pun. sebab tu saya rasa, saya perlu berhijrah!
dan saya jadikan 1 muharram sebagai detik penghijrahan saya!
marilah kita sama2 berhijrah, menjadi lebih baik dari sebelum ni.
dan spesifik kan, anda nak jadi lebih baik yang macam mana..lebih baik dari segi apa..
bulatkan tekad, fokus, doa, tahajud, hajat, bayangkan, sebut setiap hari dan cerita pada orang terutama mak ayah kita supaya mereka boleh sama2 doakan.
lagu maal hijrah.
dah lama lagu ni..dari saya tadika lagi saya dah nasyid lagu ni kat sekolah ngaji.
hayati betul2 lirik nya. saya rasa terkesan sangat..
dan saya rasa, saya mesti berhijrah! mesti!
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
---
sedikit lagi info saya nak kongsi..
Peristiwa Penting di Bulan Muharram
1 Muharram
Khalifah Umar Al-Khattab r.a. menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
10 Muharram
10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
soya memang selalu jadi bahan gosip, ada yang kata, soya bagus untuk cantikkan kulit especially kulit baby. so, masa pregnant tu,hari2 minum soya. tak kisah lah air kotak soya atau soya dalam botol atau soya dalam plastik yang di jual kat pasar malam. semuanya di minum asalkan ianya S-O-Y-A, SOYA. tak peduli pun soya tu GMO soy atau NON-GMO soy...
ada pulak yang kata, minum soya boleh mengakibatkan breast dan prostat kanser. minum soya boleh buat lelaki jadi lembut. minum soya boleh itu, boleh ini... macam2 rumors yang kita sebarkan terus tanpa usul periksa. apapun orang kata tentang soya, masih ramai lagi yang minum soya. saya percaya anda semua bijak memilih soya yang terbaik untuk anda. kalau anda masih tertanya2, apa dia kriteria soya yang berkualiti untuk di minum, DI SINI saya ada tulis tentang nya. klik saja kat perkataan DI SINI. actually, kita makan apa pun, kalau berlebihan tak ikut dos yang di sarankan atau melebihi keperluan badan kita, boleh memudaratkan.
soya yang sangat kontraversi
di bawah ni senarai keburukan soya yang sebernarnya, HANYALAH MITOS SEMATA-MATA.
Mitos # 1: Setiap orang yang mempunyai kanser payudara harus mengelakkan makan soya tradisional seperti tahu dan susu soya.
Tidak benar. Kajian baru menunjukkan bukti bahawa pesakit kanser payudara yang memakan soya selepas diagnosis,mereka benar-benar lebih baik dibandingkan dengan pesakit yang tidak memakan soya. The American Cancer Society mengatakan bahawa pesakit kanser payudara dengan selamat boleh makan sehingga tiga hidangan soyfoods tradisional setiap hari. Walau bagaimanapun, dapatkan khidmat nasihat doktor sebelum mengambil jumlah ini jika anda sedang dalam rawatan untuk kanser payudara.
Mitos # 2: soyfoods menyebabkan kekurangan mineral atau ketidakseimbangan.
Tidak benar.Mitos ini mungkin dihebahkan kerana makanan mengandungi soyaphytate danoxalate (keduanya juga terdapat dalam bayam), kedua-duanya dianggap menghalang penyerapan kalsium.
Kajian menunjukkan bahwa penyerapan kalsium daripada susu soya dan susu lembu adalah lebih kurang sama dan tidak ada bukti bahawa soya adalah penyebab kekurangan mineral atau ketidakseimbangan.
Mitos # 3: soya mengandungi estrogen dan laki-laki yang makan soya boleh jadi 'lembut' atau feminin dan boleh menjejaskan kesuburan mereka.
mitos ni antara mitos paling famous sekali. jawapannya semestinya Tidak benar. Walaupun soya mengandungi isoflavone, soya tidak mengandungi estrogen. Isoflavone dalam soya termasuk dalam kumpulan “phytoestrogen” or “plant” estrogen grouping. Bukti klinikal menunjukkan bahawa soya tidak me'wanita'kan lelaki, tidak menurunkan kadar testosteron mereka dan tidak menurunkan kepekatan sperma mereka. Soya sebenarnya boleh memberi beberapa manfaat kesihatan kepada lelaki. antaranya dapat melindungi lelaki daripada KANSER PROSTAT.
Mitos # 4: Oleh kerana protein dari soya adalah protein tumbuhan, soya bukan protein lengkap yang mengandungi semua 9 asid amino perlu
Tidak benar. SOY PROTEIN sebenarnya mengandungi kesemua asid amino per;u dan asid amino tidak perlu, yang diperlukan dalam jumlah yang mencukupi untuk memenuhi keperluan biologi. oleh itu soya dianggap protein lengkap.
------------------- sumber webmd.com
itulah sebahagian dari keburukan soya yang digembar-gemburkan kebelakangan ini. padahal, satu masa dulu, soya dikatakan bagus dan banyak khasiat untuk kita. sebab tu kalau keluar perdebatan tentang soya, ramai peng'anti' protien shaklee (ESP) akan bagitahu, lagi bagus makan tempe (sumbernye soya) dan tofu. ESP juga dari soya...emm...
pada saya, tak kira lah soya apa pun yang anda pilih, pastikan soya anda memenuhi 7 kriteria soya yang berkualiti. bukan apa, saya cuma nak anda betul-betul dapat manfaat dari soya yang berkualiti. tidak lah nanti anda finger pointing pada soya lain bila anda tak dapat manfaat soya yang sebenar.
soya pilihan saya, tetap ENERGIZING SOY PROTIEN. :)
dan ianya telah wujud sejak 1961 lagi.
dan, ini antara resepi soya saya yang sangat lazat untuk diminum tanpa menjejaskan khasiatnya.
Get the protein boost you need and share this delicious recipe!
cinch shake vanilla boleh digantikan dengan ESP
dan ada baaaaaanyak lagi RESEPI ESP boleh di buat.
ada apa dengan tangga di rumah saya dan rumah anda? ada 1 rahsia saya nak reveal... ada hantu kah kat tingkat atas sampai takut nak naik tangga? ke takut tangga tu roboh lalu jatuh menghempap kita? takkan kot,kan.... tangga konkrit, mesti kuat... bukan semua tu... tapi ada sesuatu tentang tangga yang anda mesti tahu! --------- ------ --- - ceritanya macam ni...
semalam suami saya beli macam-macam makanan dari pasar malam.
putri2 nak wedges dan burger, dia sendiri beli mi ayam dan kat rumah ada nasi.
semua dia makan sebab putri2 ni selalu bile dah sampai rumah tak makan pulak.
hari tu, sorang minta nasi goreng, sorang lagi minta mi goreng.
last2, dua-dua saya yang makan.
emm...
bila cakap kat suami, 'gemuk lah macam ni makan macam2'
dia jawab, 'naik 1 anak tangga pun boleh bakar kalori'
ringkas jawapannya tapi padat sekali...hihi...
itu lah rahsia yang ada pada tangga!
lalu saya pun meng'google'.
info ni saya dapat dari livestrong.com
info ni dah di terjemahkan ke bahasa melayu.
--------
Setiap kali anda berjalan menaiki tangga dan bukannya mengambil lif, anda membakar kalori tambahan dan manfaat kesihatan kardiovaskular anda. Menjadikan 'panjat-tangga' sebagai rutin harian anda juga boleh membina kekuatan otot dan daya tahan.
AKTIVITI
Berjalan naik tangga pada kadar yang sederhana boleh membentuk otot di bahagian bawah badan anda dan meningkatkan kadar kesihatan jantung anda. Memanjat tangga juga akan meningkatkan tahap kecergasan anda dan sebagai tambahan senaman harian anda.
KALORI
Seseorang yang berat 160lb dapat membakar 26 kalori dengan
menaiki tangga selama 3 minit. Kalau 4 kali dalam sehari, 116 kalori terbakar!
Anda boleh gunakan online ‘calorie calculator’ untuk kira berapa banyak kalori
anda terbakar dengan menaiki tangga setiap hari.
FAEDAH
Jika anda ingin memulakan program kecergasan, mula dengan panjat 1 hingga dua anak tangga setiap hari dalam keadaan santai. Berjalan naik tangga setiap hari boleh membina kekuatan gluteal muscles, hamstrings, quadriceps dan calves. Untuk senaman yang lebih fokus, anda boleh berjalan naik dan turun tangga di pejabat pada waktu rehat tengah hari anda atau di hotel semasa dalam perjalanan.
sumber: livestrong.com
------------------------
myHome saya 2 tingkat.
ada 20 anak tangga.
+ 1 step kat depan rumah.
dalam sehari tu, mau 20 kali kot turun naik tangga.
ini bermakna, banyak lah kalori saya yang terbakar...
yey! :)
dan suami saya pulak, selalu turun naik tangga kat tempat keje.
dah tinggal kat myHome ni, bertambah banyak lah anak tangga beliau turun naik..
no wonder lah beliau fit aje.
perut maintain flat.
seluar jeans lama2 zaman bujangan semuanya muat semula.
dan yang paaaaaaaling penting sekali, setiap pagi saya sediakan minuman protien kat beliau.
bukan minuman protien yang biasa2 je tau.
tapi, protien yang mengandungi 9 asid amino perlu, yang dapat memberi tenaga, meningkatkan stamina dan perbaiki sel2 otot.
kenapa kita mesti ambil asid amino perlu ni?
saya akan tulis kemudian... :)
ini lah dia minuman protien yang suami saya ambil.
ia juga minuman protien untuk ahli sukan.
so, macam mana? dah ready nak bakar kalori dengan turun-naik tangga?
tangga ni, ada berani? ;)
tangga ni landai sikit dan step nye rendah..kalau naik sambil jogging okey...
dikelilingi hijau2, fresh sikit bila naik-turun tangga...
haa....nak cepat terbakar kalori nya, naik tangga ni! :) jangan malas2 naik-turun tangga kalau rumah anda 2 tingkat. rumah 13 tingkat pun boleh gak naik tangga sampai tingkat 2, pastu naik lah lif...hihi nak bakar kalori bukan untuk kurus semata2 tapi lebih kepada kesihatan tubuh badan, otot dan jantung. anda buat, anda dapat.... oh ya...ibu menyusu juga boleh bakar kalori dengan memberikan susu ibu kepada bayi kita. nak tahu macam mana? nanti kan entry saya tentang itu. :) selamat membakar kalori dengan tangga!