Selangkah ke Alam Remaja.

Omg. Kakak putri dah nak masuk alam remaja. 😱

Tanda2 dah ada.
Tetiba je putri sangat rajin tolong mama masak.
Kalau tak bagi masak, confirm merajuk masam muka dengan mama.

Pernah satu hari, putri merajuk sebab mama tak pergi kedai runcit lepas ambil putri balik ngaji.
Sampai rumah, monyok je muka.

As usual, mama terus masuk dapur nak masak. Kakak datang dapur dengan muka bercahaya nak tolong mama masak.
Then mama kata, okey.
Terus kakak happy bukan kepalang. 😄😄
Tak de merajuk dah..

Serius kakak suka tolong mama masak. Task 1st yang mama bagi, pecahkan telur n masukkan telur dalam kuali. Yang tu kakak dah tere dah.

Now, kakak diberi tugas potong bawang, cili, daun sup dll. Kiranya, mama dah start bagi kakak guna pisau sebenar. Walaupun mata pedih masa potong bawang, kakak tak give up pun. Kakak tetap nak tolong mama masak.

Sesekali, mama bagi jugak kakak masukkan bahan2 masak dalam kuali or periuk. Sebab dapur kita agak tinggi, so agak bahaya untuk kakak. Tu pun selalu jugak masam muka bila mama tak bagi masukkan bahan2 masak.

Seingat mama, masa mama umur macam kakak, tak terlintas pun nak tolong nenek masak. Ke nenek tak kasi tolong? 😋 Tapi ni dah kakak request, siap pakej merajuk kalau mama tak kasi, so mama kasi lah jugak tolong mama. Bukan apa, mama fikir, kalau mama tak train sekarang, asyik refuse je permintaan kakak, nanti lama2 kakak tak mo tolong mama dah. 

Kakak suka memasak ni, boleh lah tolong papa bukak kedai makan nanti. Si natrah boleh jaga cashier sebab natrah tu mata blink blink suka kumpul duit...haha
Nailah n Fauzan boleh in charge amik order... 😉

Dan sekarang ni, kakak kuat merajuk. Sikit2 nak merajuk. Bila merajuk, masuk bilik opah kunci pintu. Mama tak pujuk pun. Kakak dah keluar bilik, baru mama pujuk. Kakak dah nak masuk fasa alam remaja.. Fuhh...lagi mencabar mama nak menjaga anak dara ni. Dalam hati ni sentiasa risau dengan pendedahan media yang meluas ni. Allah...semoga Engkau sentiasa bimbing kami ke jalan yang di redhai oleh Mu dan dilindungi dari kemaksiatan.. Aamiin....



love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Bawa Diri ke Pulau Pangkor.

korang nak tahu satu rahsia?
selama 25 tahun kakbee menginap kat ipoh peghok ni, kakbee tak pernah pun pergi Pulau Pangkor..
haha..
tu yang peghak sikit tu...

alkisahnya begini.
kakbee bagi cadangan kat habibi nak balik melaka sempena raya haji. cuti sekolah panjang. kakbee pun cuba lah nasib, kot2 habibi setuju. maklumle..8 tahun kawin, tak pernah sekali pun kakbee meraikan aidil adha..
kakbee redha....gitu..

(macam mana kakbee dah boleh redha habibi kuat bekerja? nanti kakbee cerita lain naa....😊)

percubaan nasib kakbee, 'menghantar usul' untuk balik melaka, tak diterima.
okey..kakbee redha lagi..

Lepas tu, lain kalinya, habibi bagitahu yang dia nak ambil cuti pada sekian2 hari. 2 hari je..jom kita pergi mana2, tapi yang dekat2 je lah...
emm... nak pujuk kakbee gamaknya..hihi... tak pe.. kakbee redha.. 😊
kakbee pun pikiaq punya pikiaq... eh jom lah pi pangkoq.. kakbee pun tak pernah pi pangkoq.. habibi pun teruslah traveloka!

maka...tersadailah kami di pulau pangkoq... hihi..
amboi...syiok dia naa...

kakbee lama dah menyimpan rasa nak mandi laut.
antara mandi sungai, laut n swimming pool, kakbee suka lagi mandi laut. Rasa lapang je..permandangan luas terbentang. Memang rasa lepas semua stress.

time ni habibi turun laut dulu n monitor kekakaks main laut. Kakbee dok kat pantai, keje amik gambar je le..

ehh...jom lah enjoy the photosss..😊




sampai di jeti lumut around jam 2. tiket dewasa rm14. tiket kanak2 rm5. kanak-kanak umur 7 tahun ke atas baru kene tiket. tiket naik harga dah kot. kawan kakbee kata rm10..emm..ada dua jeti nak ke pangkor.
jeti lumut n jeti marina.
harga tiket sama je cuma masa perjalanan je yang beza. kakbee naik dari jeti lumut, lebih kurang 45 minit jugak masa perjalanan.

budak baju merah n purple tu memang tak le tengok camera. haruslah kakbee jadi jurufoto mereka.


sebelum naik feri, haruslah wefie dulu. ni pun paksa habibi ni amik gambar titew tau.. kalau tak kene paksa, tak de langsung gambar titew dalam fon beliau... 😆

merasa lah kekanak2 ni naik feri.. ada gambar dalam feri tapi kakbee sorang je yang senyum sorang2. orang lain sibuk hal memasing..haha..maleh lah nak upload.

pastu, sampai kat jeti pangkor, kami naik van pink ke tempat penginapan Ombak Inn Chalet. Adalah dalam 15 minit perjalanan. RM16. Dekat dengan pantai chalet tu. Kami pilih family room. Biasa2 je size nye sebab under budget. 😋😉 Banyak nyamuk. sian Fauzan, kepala botak nya asyik kene attact.. hihi..
Tapi, suasana luar chalet tu menarik.





Petang tu, lepas solat asar, kami pun bersiap2 nak terjun laut! yey!!!.
kekanaks belum merasa lagi mandi laut. Dulu masa putri umur 3 tahun kot, pernah mandi laut. tapi dia tak ingat..
so dia agak excited la.. tapi natrah takut sikit..



anak soleh ni di larang masuk laut..hehe.. kalau ikut hati kakbee, memang nak join sama. tapi sebab nak kene jaga beg, wallet, tefon n camera. so, layan anak soleh main pasir je..





slumber je depa ni main kat panas terik. mentang2 lah tak sun burn..haihh..jeles mama tau.. lelagi budak baju merah tu.. steady je kulit dia, tak gelap pun... mama gak lah yang kene berusaha consume The Radiant 4 Set untuk kembalikan keserian wajah..ahaks! 😋



waktu ni, ada budak laki lain yang datang dekat fauzan. lepas tu, dia menjauhkan diri bila fauzan kacau dia main pasir. budak laki tu lari dekat dengan bot tu. fauzan ikut n kacau dia main pasir. pastu, budak laki tu geram n tolak fauzan. apa lagi.. melalak lah fauzan... 😊




last2, habibi bawak gak fauzan mandi laut. bila fauzan dah basah tu, kakbee pun apa lagi, terjun lah sama. tak tertahan lah weii... bukan selalu dapat datang ni.. 😊
bila dah basah tu, tak de dah lah amik2 gambar...




dah nak maghrib, baru lah sedar diri. dapat gak la tengok sunset yang Subhanallah sangat cantik.

malam kami tak kemana2 pun. hujan gerimis kat luar. makan dalam bilik je. and kebetulan malam tu ada final bola sepak sukan sea KL 2017. Malaysia vs Thailand.
tapi kalau keluar, syok gak. banyak kedai makan,stall makanan n kedai cenderahati kat sepanjang jalan tepi pantai tu. 

Esoknya siap2 nak balik dah..Breakfast dulu kat chalet..




Fauzan dah menonong ke depan. Nailah panggil ajak tengok kolam kecik tu.. Comey je budak dua orang ni. Tapi kalau dedua meragam, dedua tak comey. 😋


ni nak balik dah. Bila dah check out, owner chalet akan panggilkan van pink datang ambil untuk bawak ke jeti.
sampai jeti pangkor, terus je kami naik feri. tak jenjalan pun pulau. tu maksudnya, macam kene datang lagi je... 😄


bye bye pangkor...

sekian saja trip yang sangat pendek.. apapun, kakbee syukur sangat Allah beri kesempatan ni. Bukan tak boleh nak holiday lama2. Habibi masih terikat bekerja dengan orang. Cuti terhad, kan.. Kene lah budget2 cuti nya. Bila habibi dah kerja sendiri nanti, insyaAllah kita akan pergi lebih jauh lagi... 😊😊


love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Offer Ice Bucket Sehingga 7 September 2017.

Di satu petang yang hening...
sedang kakbee, habibi dan anak2 lepak santai depan television, habibi tanya kakbee..

"nak tak ais krim ni?" sambil hulurkan henfon kat kakbee.

"mana?! mana?!" kekanaks yang duduk berhimpit2 antara kakbee dan habibi yang sibuk amik henfon habibi dulu. 👨👧👧👧👶👩 <-- gini lah lebih kurang kedudukan kitorang.

sibuk je kekanaks ni.. 😋

"nak! nak! adik nak!!"
"kakak pun nak!!"
"baby pun nak!!"
"uhh..uhhh..." - fauzan pun nak letteww..

selepas melepasi 4 inspections, baru lah henfon sampai ke tangan kakbee.


emm..kakbee tatau nak jawab apa.

"nak ke?" habibi tanya lagi..
"beli je lah..budak2 dah nampak tu..kang dok tanya2 pulak."

lalu...habibi pun beli.

lepas asar, 
semua bersiap2 nak ke aeon klebang. 
seronok kekanaks ni dapat jenjalan. 
kakbee sejak beberapa minggu lepas, (lebih spesifik sejak habibi masakkan breakfast nasi lemak di hari cuti,) 
kakbee jadi malas dah nak keluar. 
Pakai selebet je. tambah2 aeon tu dekat bebeno dari rumah. 
Rasa macam pi kedai runcit kat shoplot depan tu je..hehe..

Dah nama pun kekanaks, kan..Of course suka makan aiskrim. Berebut pilih nak aiskrim mana. Tu pun nasib baik ada 3 pilihan je. Kalau tak, mau rambang mata kekanaks ni. Last2 kami pilih yang ni.


Besaq jug dia baq hang...
Katanya untuk 4 orang. 
Tapi staff sana bagi kami 6 pinggan n sudu. Bila staff tu tengok kami ni macam terkial2 je tak reti nak makan, staff tu pun bagitau, kene kacau dulu..
kalau akak nak tanya apa2, panggil je kami tau... nice sangat diorang... 😊👍👍

tapi sebelum kacau, kakbee bagi dulu aiskrim tu kat kekanak2. Then baru kacau. Bila dah kacau, diorang dah tak nak makan pulak... Sudahnya, mamapapa le kene habis kan... 😢 penuh perut dengan air..



Akhir kata, okey lah..not bad.. Ada 3 tempat je offer ni tau... 


So kalau nak grab, offer ni sampai 7 September je ye..


eh..lupa nak bagitahu mana nak dapat offer ni. offer ni ada kat apps FAVE. 



Nanti kalau dah beli, korang pergi ke ice bucket, bagitahu nak guna voucher yang korang dah beli ni. Masa nak kene bayar tu nanti, akan kene swipe kat fon. Ala...korang tunjuk je kat staff sana, insyaAllah diorang bantu punya..

Selamat ber ice bucket! 😊



love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Happy 3rd Birthday Putri Nailah.

Nailah baru 3 tahun? Emm..rasa macam dah besar dah. Petah cakap. tapi pelat. Asyik bergaduh dengan semua. Asyik nak mama je, berebut mama dengan Fauzan. Asyik menjerit kuat2. Kalau main happy2, ketawa tak ingat dunia. Pandai simpan air teh sendiri dalam peti ais. Tak reti2 lagi sebut susu. Nailah sebut yuyu. Kalau dalam kereta, mesti nak duduk tengah2 n lentok kepala kat mama atau papa. Bangun tidur siang mesti nangis kalau mama tak de kat sebelah. Eh..macam2 lagi lah pe-el Nailah.

Nailah request nak kek kuning. Entah kat mana dia tengok kek kuning. So mama papa pun tunaikan lah hajat dia. Semoga Allah tunaikan pula hajat mama papa, insyaAllah...

Nailah tetap putih melepak. Tak sabar jugak nak tengok bila dia sekolah nanti, sun burn ke tak..hihi..



Syukur Alhamdulillah... just a small celebration untuk buat Nailah happy di hari lahir Nailah. Ni kalau tak dapat cari kek kuning, confirm nangis2 nak kek kuning gak..emm...

Buat Putri Nailah, anak manja mama...
Walaupun mama selalu cubit Nailah sebab Nailah agak 'firm' orangnya, 
Mama tetap sayang Nailah dengan sepenuh jiwa tau.
Nailah pun tahu kan mama selalu usap2 kepala Nailah sebelum tidur, selalu cium2 Nailah n tepuk2 Nailah.
Mama doakan, Nailah jadi anak yang sentiasa terpelihara maruah diri, agama dan keluarga. 
Nailah sentiasa happy, tak nangis2 lagi. 
Nailah sentiasa disayangi dan dihormati. 
Nailah peroleh kejayaan dunia akhirat. dan Nailah peroleh syurga Firdaus di akhirat sana. 
Mamapapa sayang sangat dekat Nailah. 
Jadi anak yang sentiasa senangkan hati mamapapa ye.. :)

love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Atasi masalah sembelit dengan alfalfa.

Nailah ni, sungguh pun fully breastfeed sepanjang 2 tahun, dia sembelit jugak. Yang kak bee sedar, sejak dia mula makan nasi. Dia macam tak kunyah pun nasi tu, main telan je. Sejak tu lah dia sembelit. Sampai sekarang dah nak masuk 3 tahun esok hari (25 ogos). Oh...dia request kek kuning! 😊

Bila kak bee teringat nak buh meal shake dalam susu dia, baru lah dia kurang sikit sembelit. Kalau kak bee terlupa, alamatnya nangis2 lah dia. Kakak putri dulu pun ada history sembelit. Tapi tak hairon lah sebab kakak putri breastfeed sampai 10 bulan je gitu. Ada cerita kakak putri dan sembelit nya di SINI.

Tapi, ada bagusnya jugak dia sembelit. Sebab kak bee train dia awal untuk buang air atas jamban. Kak bee ada dengar dari doktor pakar kanak2 tentang baby sembelit ni. Ada kak bee share kat FB masa tu. Antara point yang kak bee ingat adalah, bila baby tunjukkan tanda nak buang air besar, segera dudukkan baby kat toilet bowl. Jangan biarkan baby berak dalam keadaan berdiri sebab nanti najis tu susah nak keluar. Lepas tu, baby akan pilih untuk tahan berak dan tak berak. Bila baby dok tahan2, tu yang jadi sembelit tu.

So, Nailah ni masa belum jalan lagi (tapi dah pandai duduk), kak bee dah berakkan kat atas toilet bowl dah. Senang dah nak train untuk berak atas jamban. Tak berperang macam dengan kakak putri dulu. Pastu sekarang ni, eksyen tak mo pakai baby punya toilet tu. Sanggup dia tahan dengan tangan. Sudah nya, tiap kali lepas berak, "mama....angan aby akit..." (mama..tangan baby sakit) emm...😉

oh...pernah sekali dia berak kat toilet dalam ikea. Siapa biasa pergi ikea, toilet yang kat dalam ikea tu kan ada 2 toilet je. Nak tunggu najis dia keluar, bukan nye sekejap. Dengan nangis2 kuat nye..confirm orang kat luar dengar..😁 Sudahnya, bila kami keluar, beratur panjang kat luar..haha.. Sampaikan ada parent yang senyum simpul kat kak bee.. emm...

Okey lah...ni nak cerita pasal Nailah dan alfalfa sebenarnya kan..hehe..
Tepek gambar beliau sikit.


Hari tu, yang kak bee ingat mulut dia busuk sebab banyak toksin tu, kak bee pun rendamlah sebijik alfalfa dalam air suam. Lepas tu kak bee tinggalkan kat dapur. Tengah hari tu kak bee suapkan anak2 makan nasi. Dia kata nak amik air masak. Dia pergi lah ambil sendiri. Sekali kak bee tengok dia ambil cawan yang kak bee rendam alfalfa tu. Eh..ni cawan ada alfalfa tu...kata kak bee dalam hati.

Slumber je dia  minum. Tak komplen apa2. Lepas tu, dah setel makan, pergi lah dapur. Dia minta air masak. 
"Eh...bukan ke tadi baby dah ambil air masak? Mana air masak baby?"
"Aby minum..ibe ibe, tak edap!" (baby minum. tiba2 tak sedap.)
haha...kak bee tengok dalam sink ada serdak2 alfalfa tu...dia buang dalam sink tu..


Lepas tu, around sejam lepas tu, dia senyap. Dia berak uollssss.... 😁😁 Lega kak bee. Tu dah beberapa hari tak berak la tu. Esok nya kak bee rendam jugak. Tapi belum sempat kak bee nak guna untuk letak dalam susu dia, dia dah guna dulu. Tuang air soya dalam cawan tu. Sudahnya dia tak minum sebab katanya, "air oya ni tak edap lah mama..." 😋

So, korang kalau nak cuba, atas risiko sendiri ye. Kak bee share ni, atas pengalaman kak bee, atas risiko sendiri. Sebab kak bee confident dengan ingredient alfalfa yang natural itu. Yang terbaik untuk bantu kanak2 sembelit ni, adalah Meal Shake. Seperti yang kak bee cerita dalam kisah kakak putri sembelit kat atas nun. 👆👆👆

 Ogos Offer!! Dapatkan Offer Omega Guard, beli 5 dapat evoucher RM60 diSINI ! Dan juga, kelebihan menjadi ahli shaklee sempena bulan Merdeka ni, di SINI !

love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

3 Cara untuk Elakkan Kerak Susu di Lidah Baby

satu hari tu, bila Nailah bercakap, busuk sangat mulut dia.
memula, kak bee ingat sebab dia baru bangun tidur. tapi, bila lepas mandi dan gosok gigi pun, mulut dia masih berbau.
busuk! serius busuk!

confuse jugak sebab, kakak2 yang tak rajin gosok gigi pun tak busuk macam tu. 😁 padahal, Nailah lah yang paling rajin gosok gigi n gigi dia paling cantik antara 3 putris. Kak bee pun, as usual, mula scanning...sebab apa ye..

Memula kak bee terfikir, mungkin sebab dia selalu sembelit. Sampaikan mulut jadi berbau. Kononnya banyak toksin lah dalam badan dia. So kak bee terfikir nak bagi dia herb lax. Tapi rasa macam tak sesuai pulak sebab herb lax ni sangat power untuk bantu masalah sembelit. Pastu kak bee decide nak bagi dia Alfalfa.

Memang kak bee bagi dah pun. Ada cerita Nailah dan alfalfa. Nanti kak bee story mory lain. But still, masih berbau mulut dia. Busuk! Kesian dia.. mama asyik ejek mulut dia busuk. haha..
Dia buat dono je lah.. budak,kan.. bukan reti sentap.



So, kak bee teruskan scanning. apa punca mulut dia busuk amat ni? tak puas hati selagi tak jumpa jawapan. Tetiba kak bee ternampak lidah dia berkerak sangat. Selalu bersih je. Tapi kali ni, tebal jugak sebab dia pernah korek kerak tu pakai kuku dia..hihi.. Adakah ini punca nya?

Tak tunggu lama, kak bee pun ambil sapu tangan basah n lap2 lidah dia. bila dia mandi n gosok gigi, kak bee gosok sekali lidah dia dengan berus gigi. Sekarang dah bersih dah lidah dia. Dan....mulut Nailah tak busuk lagi..yey! Alhamdulillah... 😊😊

Kak bee tak sure lah kes Nailah ni dah tahap 'Thrush" atau tak sebab kak bee tak refer doktor pun. Tapi kat sini kak bee share Tips Macam Mana Nak Elakkan Thrush ni ye...


  1. Bersihkan lidah n mulut selepas minum susu. Kalau baby2 lagi, si ibu boleh balut jari dengan tuala basah, lepas tu lap2 sekitar mulut baby. Kalau dah besar macam Nailah, boleh gosok lidah dia dengan berus gigi setiap kali mandi. Boleh juga beri air masak lepas dia minum susu.
  2. Bersihkan puting botol susu. Puting botol ni sebaik2 nye kene rebus seminggu sekali. Jujurnya, kak bee tak rebus pun..hehe..sejak kakak putri pun kak bee tak buat gitu.. Sampaikan putri dulu pernah batuk demam berpunca dari puting botol susu yang tak bersih betul. 🙈
  3. Bersihkan juga permainan dan persekitaran. Kalau baby2 kecik yang suka masukkan benda dalam mulut, pun mudah sangat terdedah dengan bakteria2 yang boleh menginap kat mulut diorang. Oleh itu, pastikan permainan diorang sentiasa bersih dan persekitaran jugak kene bersih. Macam Fauzan ni, dia punya lah suka masukkan benda dalam mulut sampaikan lantai pun dia nak jilat..haha.. Tapi sekarang dah tak dah.. 😊
Pendek kata, kebersihan sangat penting untuk elakkan jangkitan virus, bakteria dan lain2. Kalau nampak perubahan pada mulut anak2 kita seperti tompokan putih di lidah dan sekeliling dalam mulut, cecepat bersihkan tau. Kalau dibiar lama, risau datang penyakit lain seperti ulser dan lain2.
Tambah lagi kalau kerak susu kat lidah tu dah melekat kuat dekat lidah. Sakit nanti nak bersihkan. Sian kat anak kita.

Bukan senang nak jadi mak2 ni. Nak jaga seorang orang tu, mashaAllah..Allah je yang tahu. Apapun, Allah tahu tahap kemampuan kita. Semoga anak2 kita dilindungi dari sebarang penyakit. InsyaAllah...


Jangan lupa ye..Dapatkan Offer Omega Guard, beli 5 dapat evoucher RM60 diSINI ! Dan juga, kelebihan menjadi ahli shaklee sempena bulan Merdeka ni, di SINI !


love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Salahkah mama ungkit pengorbanan mama pada putra putris?

Hari ni rasa nak tulis tentang ni..



Pernah tak ibu2 'mengungkit' perngorbanan ibu2 bila marahkan anak2?

Jujurnya, kakbee selalu buat.. 😔
Tiap kali ter'ungkit', tiap kali rasa bersalah. Rasa macam abis dah pahala2 aku buat segala kebaikan pada anak2. Rasa down. Rasa bersalah. Macam2 lah perasaan.

Tapi pagi ni, kakbee rasa terjawab dah segala perasaan bersalah kakbee tu.

As usual, sarapan rohani kakbee setiap pagi, mesti nonton tanyalah ustaz tv9 bila kelapangan. Walaupun kekadang tu, ustaz2 ulang ilmu yang sama, itulah dia sifat manusia. Kene sentiasa diingatkan. Dan lagi 1 bagi kakbee, kadang2 tu kita tak kisah pun sorang ustaz ni bagi nasihat. Tapi bila ada ustaz lain beri nasihat yang sama, kita sentap pulak. Dan barulah terasa nak berubah.. Maksudnya, kita tak tahu kata2 siapa yang mampu menyentuh hati kita.

Kebetulan pagi ni ada seorang ibu tanya soalan yang lebih kurang kakbee tulis kat atas tu.
Apa ustaz jawab adalah, tak salah kalau ibu2 nak cerita balik segala pengorbanan ibu2, cth melahirkan, menyusukan, dll, dengan tujuan nak menyedarkan anak2.
Al quran pun sering ceritakan pengorbanan para nabi, keluarga dan sahabat mereka pada zaman dahulu untuk mengingatkan kita yang hidup selepas zaman nabi2 ni.
Kiranya, tak salah lah asalkan niat tu bukan nak ungkit. Ustaz kata lagi, ibu2 ni jarang lah saja2 nak ungkit apa dia dah korban untuk anak2. 

Ye betul. Kakbee mengaku itu. Selalu kakbee 'ingatkan' tu pun sebab nak anak2 jadi insan yang lebih baik. Nak anak2 lebih menghargai apa saja. Fuhh...lega lah rasa lepas ni. Pasni, bila nak 'ingatkan' tu, kene feeling lelebih sikit bagi anak2 lebih touching.. 😊

Akhirulkalam, apa kakbee tulis ni, just berdasarkan dari apa yang kakbee dengar dalam rancangan tu. Untuk ilmu yang lebih mendalam, korang boleh refer direct pada ustaz dan ustazah ye.. Kalau nak tonton siaran ulangan tanyalah ustaz tu, korang boleh tengok kat fb Tanyalah ustaz tv9 main page. Ada seseorang share live.

Tanyalah ustaz. 
Tarikh: 21 Ogos 2017.
Panel: Ustaz Ahmad Syukri Yusoff.
Da'i: Hadhari.
Tajuk: Berkorban itu Kemuliaan.





love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info