peristiwa Awal Muharram


Sempena Maal Hijrah kali ini, marilah kita menyingkap sejarah kisah perpindahan Nabi Muhammad  dari Kota Makkah menuju ke Kota Madinah untuk menyelamatkan Islam daripada ditindas.

Rasulullah  berusia 40 tahun apabila Malaikat Jibrail (as) melawat Baginda ketika Baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad , bahawa Baginda diangkat oleh Allah سبحانه وتعالى sebagai Rasul untuk seluruh umat manusia.

Apabila Baginda menerima perintah daripada Allah سبحانه وتعالى supaya berdakwah secara terbuka, Baginda segera akur. Pada peringkat awalnya, Rasulullah  hanya memperkenalkan Islam kepada para sahabat dan ahli keluarga terdekat Baginda.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.
Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah  mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap dan berhijrah ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullahtelah diberitahu bahawa kaum kafirun Makkah merancang membunuh Baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah pun bermunajat dan menunggu perintah daripada Allah سبحانه وتعالى. Kemudian turun Malaikat Jibrail (as) menemui Baginda untuk memberitahunya Allah سبحانه وتعالى mengarahkan Baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, Baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani Baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah  juga memberitahu rancangan Baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra).
Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah.” Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan kaum Quraish mengepung rumah Rasulullah . Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah. Mereka begitu yakin Rasulullah  tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh Baginda. Apabila fajar menyingsing, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya yang Rasulullah  bangun dari katil itu.
Mereka pun terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah  keluar dari rumah itu.

Rasulullah  dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah  dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.



Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah  tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah  dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah سبحانه وتعالى membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah  dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah سبحانه وتعالى.

Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.
Akhirnya dengan perlindungan Allah سبحانه وتعالى, Rasulullah  dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah  dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah  dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah . Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah  di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.
Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah  akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut Baginda. Rasulullah menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat Nabi Junjungan mereka itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah  mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah سبحانه وتعالى.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah  dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam, 1 Muharram.
 sumber:  http://shafiqolbu.wordpress.com/

kisah yang saya share ni  adalah peristiwa hijrah rasulullah secara ringkasnya.actually ada banyak lagi cerita2 yang lebih terperinci sepanjang penghijrahan Baginda SAW.
bila di hayati kisah Baginda SAW ini, rasa macam di beri suntikan baru untuk saya. 
untuk saya berhijrah meninggalkan 'comfort zone' yang saya lalui sekarang.
actually tak berapa nak comfort sangat pun. sebab tu saya rasa, saya perlu berhijrah!
dan saya jadikan 1 muharram sebagai detik penghijrahan saya!
marilah kita sama2 berhijrah, menjadi lebih baik dari sebelum ni.
dan spesifik kan, anda nak jadi lebih baik yang macam mana..lebih baik dari segi apa..
bulatkan tekad, fokus, doa, tahajud, hajat, bayangkan, sebut setiap hari dan cerita pada orang terutama mak ayah kita supaya mereka boleh sama2 doakan.



lagu maal hijrah.
dah lama lagu ni..dari saya tadika lagi saya dah nasyid lagu ni kat sekolah ngaji.
hayati betul2 lirik nya. saya rasa terkesan sangat..
dan saya rasa, saya mesti berhijrah! mesti!



Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

---

sedikit lagi info saya nak kongsi..

Peristiwa Penting di Bulan Muharram

1 Muharram

  • Khalifah Umar Al-Khattab r.a. menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharram

  • 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
  • Nabi Adam a.s bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris a.s diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh a.s diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim a.s diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.
  • Nabi Yusuf a.s dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Ya'qub a.s yang kabur dipulihkan Allah SWT.
  • Nabi Ayub a.s dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus a.s selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa a.s dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s diampuni Allah SWT.
  • Nabi Sulaiman a.s dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril a.s.
  • Nabi Isa a.s diangkat ke langit


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


love, 
                       zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.