5 Tips Bagaimana Nak Suami Support Bisnes Kita.

Isteri2 zaman sekarang ni rajin mencari income dengan bisnes.
Sama ada yang dah bekerja makan gaji, diorang cari side income.
Dan juga surirumah, diorang cari income untuk diri sendiri dan bantu suami.

Bagi kak bee,ianya bukan satu trend sebab nak ikut2 orang lain, tapi ianya satu keperluan. Keperluan untuk dapat income lebih demi manampung perbelanjaan keluarga yang dah melampau2 meningkat sekarang ni. Ada yang buat bisnes Shaklee, atau produk2 MLM lain..ada yang jadi agen dropship pakaian..ada yang buat bisnes insuran dan yang sewaktu dengannya..ada juga yang buat bisnes makanan..ehh..macam2 lah bisnes.. Rajin kan isteri2 ni.. 😊

Biasanya, bisnes yang menjadi pilihan adalah bisnes online. Bisnes online ni salah satu cara untuk kita berbisnes dengan jimat. Apa maksudnya? Maksudnya, kita boleh kurangkan kos dari segi menyewa kedai, menggaji staff dan modal untuk stok. Selain tu, bisnes online ni juga sangat cocok giteww untuk dijadikan part time job sebab ianya menjimatkan masa kita.

Persoalannya, adakah suami support bisnes kita ni? 
Kalau suami yang bukan berjiwa bisnes, kak bee akui, agak sukar nak minta suami support kita buat bisnes.
Ada rakan kak bee yang terpaksa ikut arahan suami supaya berhenti buat bisnes walaupun diorang sayang sangat dengan bisnes tu. Yela kan..redha Allah pada seorang isteri terletak pada redha suami. Kalau suami tak redha bisnes kita, acane...kan..

Pengalaman kak bee, asalnya suami kak bee tak pandang langsung bisnes yang kak bee buat ni. Sebelah mata pun tak pandang tau.. Tapi sekarang, alhamdulillah...kak bee bersyukur sangat sangat sangat.. Suami fully support dah..
Haa..ni yang nak share ni, apa kak bee buat untuk buat suami support bisnes kak bee. 😊.



No 1 : Doa.

Ini yang paaaaaaling utama. Sebab, hanya Allah pemilik hati2 sekalian manusia. Hanya Allah je yang boleh ubah hati suami kita. Banyakkan doa, bangun malam tahajud, hajat, istikarah, mohon Allah lembutkan hati suami kita untuk support bisnes kita.

No 2 : Tunjukkan kesungguhan dengan berdegil.

Haa...degil2 ni kang kata derhaka pulak,kan... 
Okey..gini...degil yang kak bee maksudkan adalah, ada sesetengah suami yang sebenarnya ihsan pada isteri. Kamu dah la bekerja, balik rumah nak buat part time pulak..so dia pun tak galakkan lah sebab dah ada income kot. Aku balik rumah nak la kamu layan aku. Bukan layan bisnes kamu.. Suami kesian kat kita sebab risau kita penat. So, beliau pun tak nak lah support kita. Padahal kita bebetul nak buat bisnes ni. 
Bila berlaku keadaan macam ni, kita kene berkorban sikit. Situasi ni lebih kurang situasi kak bee dolu2. Apa kak bee buat adalah, kak bee utamakan keperluan suami dan anak2 dulu. Kak bee akui, masa memula kak bee jebakkan diri dalam bisnes online, kak bee asyik mengadap fon n bisnes je bila kat rumah. Suami terasa hati sebab time tu, fon beliau fon biasa2 je, tak de internet..hehe.. So..demi menjaga hati beliau, kak bee terpaksa korbankan waktu tidur kak bee. Bila suami dah tidur, baru lah kak bee mula bekerja. Update blog, study produk, prepare barang marketing dll.. Kekadang beliau terjaga malam, beliau nampak isteri beliau ni gigih n sungguh2 nak buat bisnes ni, dari situ kak bee percaya, ianya dapat lembutkan hati beliau. Beliau pernah tegur kak bee, tak payah lah buat bisnes, tidur biar cukup. Tapi kak bee degil. Disinilah kak bee gunakan degil kak bee.. 😄

No 3 : Sediakan keperluan suami dulu.

Ni macam yang kak bee ada tulis sebelum ni. Walaupun kita berdegil, make sure keperluan dan kehendak suami kita utamakan. Katalah kita tengah pegang fon, tengah jawab mesej customer. Tetiba suami datang nak bermanja. Tinggalkan customer tu. Layan suami dulu. Ini penting sangat tau dalam menjaga hati suami. Biar suami rasa, apapun yang kita tengah buat, beliau tetap keutamaan kita.
Kalau kata kita berbisnes dari rumah, make sure kita balance kan antara kerja2 rumah dan bisnes kita. Rumah kemas. Makanan tersedia. Penting sangat ni tau..
At least, kita kene tahu, dalam banyak2 kerja rumah, yang mana suami kita ni pantang sangat kalau kita tak buat. Make sure yang dia pantang tu kita setelkan. 
Memang penat amat lah kan...Tapi nak buat macam mana. Demi menjaga hubungan kita dengan suami terchenta. 👪 Usaha je buat yang terbaik untuk suami kita. InsyaAllah, Allah pelihara hubungan kita.

No 4 : Ajak suami libatkan diri dalam bisnes kita.

Poin ni, walaupun ianya jatuh ke tangga ke 4, ia tetap penting untuk mencetus rasa support suami kita. Contoh macam bisnes kak bee ni, kak bee ajak suami join sekali event2 yang Shaklee buat. Kak bee ingat lagi, event pertama Shaklee yang kak bee join lepas menjadi ahli adalah National Conference Shaklee. Event ni kiranya event terbesar Shaklee Malaysia tau. Event ala2 Anugerah Bintang Popular gitu.. Event penganugerahan buat leaders yang perform. Kalau nak tahu apa yang terjadi masa kak bee ajak suami pergi event tu, boleh baca kat SINI.
Kenapa kene ajak suami libatkan diri sama? 
Supaya suami kita faham macam mana bisnes kita. Supaya suami kita nampak kesungguhan kita buat bisnes ni. 

No 5. Minta pandangan suami bila nak buat keputusan yang melibatkan bisnes.

Jangan lupa minta pandangan suami dalam setiap keputusan yang kita nak buat dalam bisnes kita. Biar suami rasa kita tetap utamakan dia dalam apapun yang kita buat. Kalau kata dia masih peleceh2 kita, alah...buat donno je.. Buat degil je.. Dia peleceh tu saja ja nak uji.. Tak payah terasa hati sangat. Suami isteri kan.. Lelama nanti lembut lah hati suami tu.. 😊
.
Sekian saja 5 tips mudah dari kak bee. Tips ni berdasarkan pengalaman kak bee dan keadaan kak bee. Setiap dari kita ni, berlainan suami (of course!!!), so berlainan lah pe-el suami, kan.. Mana yang boleh apply, cubalah apply. 

Apapun, banyakkan berdoa. Kalau kata kita sungguh2 dalam bisnes ni dan mengharapkan support dari pasangan kita, doa lah minta pada Allah. Hanya Allah je yang mampu melembutkan hati pasangan kita. Allah kan pemilik hati2 kita semua..

Kak bee doakan, semoga rakan2 bisnes kak bee yang masih belum dapat support dari suami sepenuhnya, akan lebih berjaya supaya suami dapat bukak mata atas kesungguhan rerakan semua..aamiin..insyaAllah..

kak bee mengalu-alukan rerakan berkongsi jugak tips korang diruang komen ya.. 😊


Jangan lupa ye..Dapatkan Offer Omega Guard, beli 5 dapat evoucher RM60 diSINI ! Dan juga, kelebihan menjadi ahli shaklee sempena bulan Merdeka ni, di SINI !

love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.