Peristiwa Penting di Bulan Rejab.

Bulan Rejab merupakan bulan ketujuh dalam tahun Hijrah dan memiliki keutamaan yang penting dalam Islam. 

Salah satu daripada keistimewaan bulan Rejab ialah bulan ini merupakan salah satu daripada bulan Haram dalam Islam. Bulan Haram bermaksud bulan Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan Rejab. 

Bulan ini sangat dihormati dalam agama Nabi Ibrahim A.S dan orang Arab amat memuliakan bulan ini dengan tidak dibenarkan untuk berperang dalam bulan ini. 

Sekalipun kehidupan Masyarakat Arab dipenuhi dengan kebodohan dalam penyembahan berhala, mereka sangat memuliakan bulan haram. Mereka juga melarang sama sekali daripada berperang dalam bulan tersebut. 

Apabila Islam datang, Islam masih lagi memuliakan bulan Haram dengan diberikan pahala yang besar bagi orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat, tetapi Islam memansuhkan peperangan dalam bulan ini.

Peristiwa bulan Rejab

Banyak peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah antaranya:

(1) Peristiwa Isra’ Mikraj.

Peristiwa agung 27 Rejab iaitu Baginda Rasulullah S.A.W telah diperjalankan oleh Allah dari Makkah ke Baitul Maqdis di waktu malam dan ketika itu juga sekali lagi dibelahnya dada Baginda Rasul S.A.W. Kemudian diangkatnya Baginda Rasul ke langit bertemu Allah, dan Allah telah memerintahkan kewajipan ibadah solat 5 waktu kepada umat Baginda Rasul.

(2) Penghijrahan pertama ke Habsyah.

Akibat ditekan oleh Musyrikin Makkah, para Sahabat mengadu kepada Baginda Rasulullah S.A.W, lalu Baginda Rasul menyarankan umat Islam berhijrah buat kali pertama ke Wilayah Habsyah walaupun Raja Habsyah ketika itu bukanlah seorang Muslim, namun Raja Habsyah seorang yang baik dan menjamin keselamatan orang Islam.

(3) Peperangan Tabuk.

Berlaku pada tahun 9 Hijrah, dan tiada pertempuran apabila tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan serta kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi sebarang kesukaran, menempuh musim panas, terik, serta lokasi Tabuk yang sangat jauh (di antara Hijjaz dan Syam).

(4) Imam Syafie meninggal dunia.

Beliau merupakan salah seorang dari empat imam mazhab besar dalam dunia feqah dan pengasas kepada Mazhab Syafie. Beliau berasal dari Gaza dan dilahirkan juga pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan tahun pemergian Imam Abu Hanifah.

(5) Pembebasan kedua Baitul Maqdis.

Tentera Islam yang dipimpin oleh Solahuddin Al-Ayubi telah Berjaya menawan kembali Baitul Maqdis kali kedua (583 Hijrah) menewaskan tentera Salib yang menjajah kawasan tersebut selepas pembukaan pertama oleh Saidina Umar Al-Khattab R.A.

Amalan sunnah di bulan Rejab


Terdapat beberapa amalan sunat yang dituntut untuk diperbanyakkan pada bulan Rejab ini, iaitu 
  • menghidupkan dengan Qiamullail seperti solat sunnah, membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, berselawat ke atas Nabi S.A.W, dan berdoa.
  • Manakala siang hari bulan Rejab pula dituntut untuk berpuasa dan bersedekah. 
Pada asasnya semua amalan ini boleh dihidupkan di sepanjang bulan Rejab sebagai persediaan untuk menjalani Bulan Ramadhan.

Kesimpulannya, seseorang Muslim boleh memilih untuk beramal mengikut kemampuan mereka masing-masing dengan mengusahakan semaksimum mungkin amal ibadah bagi mendapatkan keberkatan serta keredhaan dari Allah S.W.T dibulan Rejab ini.

Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi S.A.W apabila memasuki bulan Rejab, maka Baginda mengatakan: 

” “اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

“Ya Allah, berkatilah kami di Rejab dan Syaaban dan berkatilah kami di bulan Ramadan).”

(Al-Bazzar, al-Tabrani, dan al-Bayhaqi)



Sebagai hamba Allah yang taat dan sebagai persediaan untuk menuju kepada bulan Ramadan yang bakal tiba, maka wajar bulan ini dihidupkan dengan amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Wallahu A’lam.

Sumber : harakahdaily.net


❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin | bydura, 
 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

1 comment:

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.