Bagaimana Urus Masa Apabila Kerja Dari Rumah.

Sejak berlaku nya peristiwa bersejarah kehadiran covid-19 yang menggemparkan dunia pada hujung tahun 2019, ramai majikan mula aplikasikan 'kerja dari rumah'. Sebab waktu tu, kita berisiko untuk dijangkiti covid-19 jika kita keluar dari rumah. tapi dalam masa yang sama, kita perlu bekerja mencari rezeki. dan masa tu lah, mana-mana pekerjaan yang tidak memerlukan anda berada di 'lapangan', anda dibenarkan untuk kerja dari rumah.

tapi, kerja dari rumah ni tak semudah yang kita sangkakan. banyak sangat dugaan dan cabarannya. lagi-lagi kalau anda seorang ibu! dan anak anda, anda sendiri yang jaga. dari segi urus masa juga sangat besar cabarannya. maklum lah, kat rumah ni banyak cabaran yang besar-besar seperti katil, tv, hand phone dan peti ais! hehe...

so here, zura nak share 5 Tips Urus Masa Apabila Kerja Dari Rumah.


1. Buat jadual.

ini memang sangat-sangat penting terutama jika anda perlu uruskan anak-anak dan uruskan kerja-kerja rumah juga. terbaik adalah jika anda boleh 'treat' diri anda seperti anda 'pergi' bekerja which is pukul 8 pagi anda masuk 'office', tengah hari rehat dan lunch, then masuk 'office' semula dan 'pulang' pada pukul 5 petang. jika anda boleh hantar anak-anak kepada pengasuh, sewajarnya itu lah yang anda lakukan. manakala kerja-kerja rumah pulak anda lakukan selepas waktu kerja anda 8 pagi hingga 5 petang. Dan yang paling penting adalah, anda perlu disiplin untuk ikut jadual yang anda telah buat.!


2. Ada ruang kerja.

ini juga sangat-sangat penting kerana dengan adanya ruang kerja, automatically anda akan rasa yang anda sedang bekerja ketika anda duduk di ruang kerja tersebut. selain itu, ianya haruslah lengkap dengan segala keperluan pejabat ontohnya komputer/komputer riba, printer, kertas, alat tulis dan sebagainya. Walaupun pekerjaan anda boleh dilakukan dengan menggunakan telefon pintar sahaja, sebenarnya dengan adanya komputer atau komputer riba, ianya memberi anda 'feel' yang anda sedang bekerja compare jika anda menggunakan telefon pintar anda. Kalau tak percaya, cuba lah!


3. Dress Up seperti anda nak pergi pejabat!

tips ini yang paling zura suka. walaupun kita kerja dari rumah, bukan bermakna kita tak perlu nak pakai cantik-cantik macam bila keluar bekerja. percaya atau tidak, dengan berpakaian proper seperti nak ke pejabat itu boleh mempengaruhi 'semangat' bekerja anda kalau compare dengan anda cuma pakai baju tidur saja. Jika anda masih tidak ambil berat tentang pakaian ketika anda kerja dari rumah, anda harus berubah dan rasai perbezaan nya!


4. Kurangkan penggunaan social media.

ya.. ini antara cabaran paling besar kerana apabila anda bekerja dari rumah , semestinya tiada boss yang memerhatikan anda bekerja. disiplin diri kene kuat untuk tepis dugaan social media. atas sebab itu lah zura prefer untuk menggunakan komputer apabila kerja dari rumah. bagi zura, apabila zura menggunakan komputer, kurang sikit rasa nak scroll news feed tu dan rasa lebih produktif bekerja jika menggunakan komputer atau komputer riba.


5. Jujur dengan majikan.

sekiranya anda bekerja dengan majikan, anda harus lah jujur dan berterus terang dengan majikan anda jika anda ada masalah seperti anak sakit atau anda sendiri yang sakit. peluang untuk kerja dari rumah ni tak semua dapat. jadi, gunakan lah peluang yang majikan anda beri ni dengan jujur dan amanah. biar pendapatan kita ada keberkatannya.

so, begitu lah sedikit tips bagaimana untuk anda urus masa apabila kerja dari rumah. kalau anda ada tips yang boleh dikongsikan bersama, jemput share di ruang komen tau.



Baca juga:

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
 ðŸ’» fb: baizura bahar | vitally vitamin  
 ðŸ“² sms|whatsapp 016-5952771
📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com,

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.