MasyaAllah... alhamdulillah...
semalam, kakak dah officially 13 tahun.
mama masih ingat lagi detik2 melahirkan kakak sebagai anak pertama mama dan papa.
part tak boleh lupa adalah bila papa bisik dekat telinga mama di dalam labor room, sejurus je kakak keluar dari rahim mama dan nurse letakkan kakak atas dada mama..
papa bisik.."anak kita, sayang...siapa nama dia...."
mama jawab dalam keletihan yang amat sangat2... "putri..."
"putri apa?"
"putri naurah shafwana..."
Allah... terima kasih Allah. atas anugerah yang tak ternilai harganya buat mama papa.
cerita penuh ada mama abadikan di sini >>
setahun yang lalu...
tahun ni, kita sambut birthday kakak kat sekolah kakak.
hari tu lagi mama dah bagitau, minggu ni mama datang lepas asar. sebab mama selalu kelam kabut nak masak macam2 untuk kakak sebelum pergi melawat.
sempena birthday kakak ni pun, lambat mama start masak kek. pukul 4 petang baru siap.
simple je.. moist chocolate cake je.
Masa sampai tu, kakak nampak okey je. tapi bila dah duduk kat kantin tu, muka kakak dah lain dah nak nangis. kakak kata lain kali mama datang lah pukul 3.30 macam tu. kalau lepas asar, pukul 6 mama papa dah nak kene balik dah. yela.. pukul 5.15 macam tu baru setel down dapat duduk. jadinya, tak lama lah dapat jumpa.
aduhai kakak... sungguh mama ingat kakak tak kisah. tapi kakak kisah rupanya. and nak lama2 dengan mamapapa. itu pun papa kata tak payah la pegi melawat. emmm.... macam ni tak nak datang melawat? lewat sikit pun dah nangis. haha.. padahal tiap minggu datang kot. hehe...
bagi mama, okey je kalau nak datang tiap minggu pun. mama tak de isu. sebab tu mama pilih sekolah taayah untuk kakak. dekat dengan rumah. mama boleh datang bila-bila pun. mama pun tak nak jauh2 sangat dengan anak mama.
bila kakak dah mula rebeh tu, mama pun cepat2 keluarkan hadiah untuk kakak. ingatkan tak nak keluarkan lagi. tapi dah menangis tu, terus lah keluarkan. bagi kakak happy.. alhamdulillah.. lepas tu baru kakak happy tak nangis dah.
maka, kita pun potong lah kek. nyanyi slow2. fathan baru je nak high pitch, kakak dah sound " diam lah Han!" haha..
insyaAllah nanti kita celebrate lagi dengan opah dan maksu ye. nanti papa beli kek lain, tulis nama kakak n opah. birthday opah pun bulan 6 ni. lupa mama nak wish.. hehe..
Mama harap sangat, kakak sentiasa happy dan diberi ketaqwaan, kesabaran dan ketenangan yang tinggi dalam menempuh hidup di dunia yang mencabar ini. Walaupun mamapapa jauh dengan kakak, doa kami sentiasa untuk kakak. Terima kasih jadi anak yang baik buat mamapapa. Kami sayang kakak, kakak tahu tu kan..
oh ye.. sempena birthday kakak ni, kakak pun ada bagi berita gembira buat mamapapa. Kakak dapat no 4 dalam kelas n no 20 dalam form. Alhamdulillah... semoga kakak dapat kekalkan prestasi kakak. Jujur mamapapa tak kisah sangat bab tu. Walaupun kalau kakak dapat markah rendah mamapapa selalu je macam marah2, tapi kakak tau kan mamapapa tak pernah pun serius. haha.. marah main2 je.
hidup ini bukan semata-mata kene dapat markah bagus dalam periksa. banyak lagi medium yang kakak boleh belajar. melalui pengalaman hidup sendiri, pengalaman hidup orang dan dari sekeliling kakak.
Tapi, dengan ilmu yang kakak belajar, ianya dapat menentukan setiap tindakan kakak dalam melakukan sesuatu dan dalam membuat keputusan.
❤,
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
-
📣 untuk order dan pertanyaan,
💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin
📲 sms|whatsapp 016-5952771,
📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com,
0 comments:
Post a Comment
❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.