Doa Dan Amalan Wanita Ketika Haid dan Nifas

Haid ni fitrah kejadian buat wanita dan ianya adalah ketentuan Allah ke atas setiap wanita. Waktu wanita didatangi haid ini, mereka sering mengalami penurunan iman. Kerana itu lah, wanita mudah 'diganggu' ketika haid dan mudah juga kalah dengan emosi sendiri. 

Begitu juga dengan wanita yang sedang nifas atau selepas melahirkan bayi. Mereka dilarang untuk mengerjakan solat dan membaca al quran, seakan-akan tertutup semua pintu ibadah untuk mereka, sehingga ibu yang baru melahirkan boleh mengalami post natal prepartum atau bahasa pasar nya di sebut 'meroyan'.

Atas persepsi ini lah, kebanyakkan wanita yang sedang dalam haid dan nifas, lebih melakukan aktiviti yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Padahal, ada banyak doa dan amalan ibadah yang mereka boleh lakukan selain solat dan membaca al quran.

3 Amalan Utama Wanita Ketika Haid dan Nifas.

Secara umumnya, amalan ini dipecahkan kepada 3 iaitu:
1. Amalan Rohani.
2. Amalan Lisan.
3. Amalan Fizikal.

Amalan Rohani.

Amalan utama yang wanita haid boleh lakukan adalah amalan rohani ataupun amalan hati (qalbiyah). Amalan hati ini boleh dilakukan pada bila-bila masapun, tanpa ada batasan. Amalan rohani ini sangat luas skopnya. Bahkan, ianya sangat mudah dilakukan kerana ia tidak melibatkan fizikal atau anggota badan, cukup sekadar hati yang melakukan nya.

1. Ikhlas.
Hal pertama yang wanita didalam haid atau nifas perlu lakukan adalah, ikhlas menjalani haid atau nifas dan ikhlas meninggalkan semua larangannya. Apabila mereka ikhlas meninggalkan larangannya, bermakna wanita itu sedang mentaati perintah Allah.

2. Muhasabah.
Oleh kerana ketika wanita didalam haid ini tidak boleh solat dan membaca al-quran, inilah waktu terbaik untuk kita muhasabah dengan segala amalan kita selama ini. Muhasabah bermaksud kita menilai semula perbuatan-perbuatan baik dan tidak baik kita sebelum ini dan menyesali setiap perbuatan tidak baik yang kita lakukan. Berbicara lah dengan Allah selalu dalam hati kita ketika kita sedang melakukan apapun kerja.

3. Niatkan rutin harian sebagai ibadah.
Setiap kerja yang kita lakukan sebenarnya adalah satu ibadah. Baik surirumah yang sibuk menguruskan rumah tangga mahupun wanita yang bekerjaya, pekerjaan itu adalah satu ibadan. Jika kita menguatkan ibadah itu dengan hadirnya niat di dalam hati, insyaAllah pekerjaan yang kita lakukan itu akan jadi lebih ikhlas dan menyenangkan kita.

Selain itu, amalan harian kita seperti makan, mandi, tidur, memasak dan sebagainya, sekiranya diniatkan kerana Allah taalah, tetap lah ianya mendapat pahala buat mereka yang berniat. Inilah salah satu amalan rohani yang sangat mudah dilakukan oleh sesiapa saja terutamanya wanita di dalam haid dan nifas, yang mendapat ganjaran besar dari Allah taala.

Amalan Lisan.

Selain amalan rohani, wanita yang dalam haid dan nifas juga boleh melakukan amalan lisan. Amalan lisan yang boleh dilakukan, tak lain tak bukan adalah berzikir kepada Allah. Amalan berzikir ini tidak disyaratkan suci dari hadas besar, bermaksud wanita di dalam haid dan nifas bebas untuk melakukannya pada bila-bila masa pun.

1. Zikrullah.
Antara zikrullah yang disarankan adalah:

Membaca tasbih;
Subhanallah (سبحان الله), artinya Maha Suci Allah.

Membaca tahmid;
Alhamdulillah (الحمد لله), artinya segala puji bagi Allah.

Membaca takbir;
Allahu Akbar (الله أكبر), artinya Allah Maha Besar.

boleh juga digabungkan ketiga-tiganya;
ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪْ ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠﻪْ ﻭَﻵ ﺍِﻟَﻪَ ﺍِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠﻪْ ﻭَﺍﻟﻠﻪُ ﺍَﻛْﺒَﺮْ

"Maha suci Allah, dan segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar."


Istighfar; 
Astaghfirullah
أستغفرالله 
"Saya meminta keampunan Allah".

Firman Allah SWT:

"Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan beristighfar kepada-Nya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat." - (Surah al-Nasr: 3)

Banyak lagi zikir yang boleh dijadikan amalan wanita ketika haid dan nifas sebenarnya. Apa yang dikongsi di atas adalah zikir yang paling ringkas dan paling mudah untuk diamalkan pada bila-bila masa pun.

2. Doa.

Doa pastinya amalan yang tidak boleh ditinggalkan. Doa ketika nak makan, doa selepas makan, doa bangun tidur, doa nak tidur, doa menaiki kenderaan, doa nak keluar rumah, doa masuk tandas, dan pelbagai lagi doa yang telah diajarkan oleh agama kita, Islam.


Selain itu, antara amalan doa yang bagus untuk wanita amalkan adalah:

i. Doa Meninggikan Nama Allah

Maksudnya: Dengan nama Allah, yang dengan namaNya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi dan di langit. Untuk menimpakan bencana, dan ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. 


ii. Doa terhindar dari belenggu hutang, keluh kesah dan kemalasan

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung padaMu dari kelemahan dan kemalasan; dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.


iii. Doa dikurniakan kesihatan

Maksudnya: Ya Allah, sihatkanlah badanku. Ya Allah, sihatkanlah pendengaranku. Ya Allah, sihatkanlah penglihatanku.


Doa-doa berikut adalah antara doa yang terkandung di dalam al-ma'thurat. Sangat bagus jika dapat diamakan pada waktu pagi dan petang.

3. Berkata perkara yang baik dan tidak mengumpat.

Wanita yang sedang haid dan nifas usahlah terlalu bersedih kerana tidak dibenarkan untuk solat dan membaca al-quran. Berkata perkara yang baik, menyebarkan perkara yang baik dan tidak mengumpat juga adalah amalan baik yang boleh dilakukan oleh wanita. 
Abdullah bin Mas'ud menuturkan, "Wahai lisan, ucaplah perkara yang baik-baik, nescaya kamu akan beruntung! Diam daripada mengucapkan yang buruk-buruk, nescaya kamu akan selamat sebelum menyesal."

4. Berselawat


 Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad 
[Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.]

 

Amalan Fizikal.

Amalan fizikal yang jelas dilarang oleh Allah untuk wanita di dalam haid dan nifas adalah solat, berpuasa dan umrah/haji. Sedangkan, banyak lagi amalan fizikal yang boleh dijadikan amalan wanita untuk peroleh pahala ketika haid dan nifas.

1. Senyum.
2. Membantu orang lain.
3. Menghadiri majlis ilmu.
4. Taat dengan suami.
5. Melayani suami sekadar yang boleh.
6. Menjauhi perbuatan yang tidak bermanfaat.
7. Menyantuni anak-anak dan keluarga.
8. Menghormati jiran tetangga.
9. Bersedekah.
dan pelbagai lagi.

"Antara tanda baiknya Islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna untuknya." Hadith direkodkan oleh At-Tirmizi.

 


Semoga ulasan di dalam entry ini dapat memberi sedikit ilham buat para wanita yang di dalam keadaan haid dan nifas untuk melakukan ibadah yang peroleh ganjaran seumpama menunaikan solat dan membaca al-quran.

Sebenarnya, banyak lagi amalan baik dan doa-doa yang wanita boleh jadikan amalan, bersesuaian dengan keadaan wanita tersebut. Usahlah had kan amalan anda. Beramal lah dengan tenang dan gembira. Semoga kita sama-sama peroleh manfaat darinya.





LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin  
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.