Business Leader National Conference ni antara event yang paling dinanti-nantikan oleh leader-leader Shaklee.
Dalam conference ni, kitorang akan dapat briefing tentang produk baru yang akan di launching tahun ni, tentang bisnes marketing plan yang baru, tentang trip percuma yang Shaklee offer dan sharing-sharing dari Master-master Shaklee yang sangat-sangat memberi inspirasi.
Lepas tu, kat luar hall pula selalunya akan ada booth produk, booth ais krim vivix, produk poster dan macam-macam lah.
Tapi, yang paling best bila datang BLNC ni adalah, dapat makan free 3 kali, breakfast, lunch dan hi tea. Yey!! Sebab tu lah suami zura pun suka ikut zura pergi BLNC ni. 😄
Eh.. Ada lagi 1 yang terpaling best sekali, iaitu dapat goodies beg yang sangat special dan mahal-mahal barang nya dan of course yang limited edition sebab kitorang yang datang BLNC je dapat. Kat luar takkan dapat. He he he
Tahun ni, zura kene bawak anak-anak datang sama sebab mak ayah tak available nak jagakan.
So, kitorang gerak ke KL pagi-pagi sebelum subuh. Semua mandi awal gila pagi tu termasuk Fathan. 😊 Alhamdulillah, diorang semua ok je mandi pagi sejuk-sejuk gitu. Dari baby dah di train mandi air sejuk.
Berhenti rehat dan solat subuh kat RNR Behrang, then teruskan perjalanan. Anak-anak pun tak nak berhenti lama kat situ. Masing-masing masih nak tidur.
Tahun ni BLNC ni buat dekat Putrajaya International Convention Center (PICC). Sebelum-sebelum ni biasanya buat kat Sunway Pyramid Convention Hall.
Kalau buat kat Sunway, zura stay dekat rumah akak kat Jalan Ipoh, dekat lah sikit. Tapi, since buat dekat Putrajaya, kitorang decide nak ambil homestay untuk malam ahad tu.
So, begitu begini, sampai lah kami kat PICC around jam 9 pagi macam tu. Terus zura ke kaunter pendaftaran. Then, makan breakfast yang Shaklee sediakan.
Untuk BLNC ni, kanak-kanak tak boleh masuk dewan dan tak dapat makan juga. Kesian diorang kene tunggu kat luar hall.
Zura dah prepare barang makanan sebelum gerak ke KL tadi. Memang tahu diorang mesti nak makan, kan..
So, suami tunggu kat luar dengan diorang while zura pegi makan sorang-sorang. Cari juga team #maestro, team nenek shaklee zura. Tapi tak jumpa.
Zura makan semeja dengan leader-leader dari team #ireach. Sempatlah bertukar-tukar cerita tentang bisnes shaklee masing-masing. 😊
Selesai makan, suami nak ke toilet sebelum zura masuk dewan. BLNC kali ni, suami lah kene jagakan anak-anak kat luar dewan, tak boleh nak masuk sama-sama. 😂 But its okey. Asalkan, zura dapat hadir ke BLNC ni.
Penting sangat untuk datang conference ni sebab shaklee dah bagi advantages kat leader untuk tahu latest news dari shaklee , kan. Kenapa nak lepaskan peluang ni.
Lama pulak suami pegi toilet, conference pun dah start dah. Zura sampai cakap kat anak-anak, papa balik dah ke tinggalkan kita. 😂
Sementara tunggu suami tu, apalagi kitorang pun ambil peluang bergambar puas-puas sebab luar hall lengang tak de orang sangat.
Haa… Itulah dia intro BLNC tahun ni. Mencabar sebab kene bawak anak-anak sekali. Haha..
So , enjoy dulu gambar-gambar kami anak beranak sekitar BLNC 2020 kat PICC ni.
Okeh.. Nak tahu apa update Shaklee tahun ni? Bestnya korang update news tahun ni. Tak sabar nak cerita kat korang ni..
New product label
✔ ada HALAL logo
✔ kena buat new flatlays / ambil gambar cantik-cantik
Membership fee RM 35
✔ Mulai 1 Mac
✔ FREE Membership = 100 UV sahaja
Sponsoring challenge
✔untuk layak Q&A Session with CEO Shaklee Corp = Roger Barnett
✔ register 15 new members with belian 100 UV ke atas
✔ limited to first 150 qualifiers
✔ March - may
New e-starter kit
✔1 march 2020
✔ tambahan Study course in nutrition
✔ tambahan Dr. Shaklee Thoughtmanship
✔ Downloadable for FREE
Mama club nutrition
✔Consultant on nutrition & wellness
✔ ada sijil
✔ May 2020
✔ Start promote skrg
Free renewal
✔on your birthday
✔Purchase 1 product in the last 3 months before birthday
✔starting 1 mac 2020
Same day delivery
✔kuching
✔1 apr 2020
✔1 - 3 days for the rest of sarawak
New retail store in JB
✔1 sept 2020
Youth all-year promo 2020
✔Buy consistently
✔Promo untill dec 2020
✔Q3/2020 any 3 product from basic set diskaun 10%
✔any 3 product from basic set diskaun 10% + top-up any 1 product treatment (Serum / radiance c+e / mask) dpt diskaun 10-20%
New product launch - ResV
✔6 patents!
✔ 1 botol 60 biji
✔Exclusive in Malaysia only
✔Compliment Vivix
✔Take Vivix siang, Resv night 2biji
Fuh.. tu dia. Macam-macam benda best lah tahun ni. Especially harga membership fees yang dah kurang dari rm65 jadi rm35 sahaja, dan free membership dari 200uv ke 100uv sahaja.
Masa ni lah untuk korang grab peluang untuk dapatkan suplemen-suplemen shaklee dengan harga ahli dan pelbagai lagi privilages sebagai ahli shaklee.
So, kalau korang berminat untuk dapatkan suplemen shaklee atau sertai zura menjadi family shaklee, boleh wasap zura, k. No wasap ada di bawah ni..atau klik je kat tab PM ME! atas tu.
oh.. lupa nak share, suasana sekitar perasmian produk terbaru Shaklee, ResV. Happening sangat-sangat. Ada surprise gift dalam belon-belon tu. Zura dapat sudu vivix dan bekas makanan shaklee.
dan.. inilah gift-gift yang kami dapat tahun ni. 😉
Thermos ResV
Zinc Complex
Youth Radiance C+E
Youth Night Cream
Car sticker
Pamplete ResV
Exclusive 25 years white beg Shaklee
Semua ni bernilah lebih rm500. wow. Sooo exclusive.
❤, LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - 📣 untuk order dan pertanyaan, 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 💻 visit: www.vitallyvitamin.com
0 comments:
Post a Comment
❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.