Fadhilat Surah At-Taubah Ayat 128 - 129.
•Amalkan ayat ini selepas solat fardhu, InsyaAllah dipermudahkan baginya segala urusan duniawi dan ukhrawi, serta dimatikan dalam keadaan husnul khatimah dan terpelihara ia daripada gangguan jin dan manusia.
Macam mana zura cipta masa berkualiti dengan insan kesayangan zura.
Resepi Mufin Coklat Beryl's Gourmet.
jangan lupa untuk nikmat nya dengan Elderberry Tea Shaklee. 😍
#muffincoklat
#muffin
#elderberry
#elderberrytea
#hitea
#bilaZuraMasak
#baizurabahar
#MamaLawaAnakRamai
Peristiwa Penting di Bulan Rejab.
Bulan Rejab merupakan bulan ketujuh dalam tahun Hijrah dan memiliki keutamaan yang penting dalam Islam.
Salah satu daripada keistimewaan bulan Rejab ialah bulan ini merupakan salah satu daripada bulan Haram dalam Islam. Bulan Haram bermaksud bulan Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan Rejab.
Bulan ini sangat dihormati dalam agama Nabi Ibrahim A.S dan orang Arab amat memuliakan bulan ini dengan tidak dibenarkan untuk berperang dalam bulan ini.
Sekalipun kehidupan Masyarakat Arab dipenuhi dengan kebodohan dalam penyembahan berhala, mereka sangat memuliakan bulan haram. Mereka juga melarang sama sekali daripada berperang dalam bulan tersebut.
Apabila Islam datang, Islam masih lagi memuliakan bulan Haram dengan diberikan pahala yang besar bagi orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat, tetapi Islam memansuhkan peperangan dalam bulan ini.
Peristiwa bulan Rejab
Banyak peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah antaranya:
(1) Peristiwa Isra’ Mikraj.
Peristiwa agung 27 Rejab iaitu Baginda Rasulullah S.A.W telah diperjalankan oleh Allah dari Makkah ke Baitul Maqdis di waktu malam dan ketika itu juga sekali lagi dibelahnya dada Baginda Rasul S.A.W. Kemudian diangkatnya Baginda Rasul ke langit bertemu Allah, dan Allah telah memerintahkan kewajipan ibadah solat 5 waktu kepada umat Baginda Rasul.
(2) Penghijrahan pertama ke Habsyah.
Akibat ditekan oleh Musyrikin Makkah, para Sahabat mengadu kepada Baginda Rasulullah S.A.W, lalu Baginda Rasul menyarankan umat Islam berhijrah buat kali pertama ke Wilayah Habsyah walaupun Raja Habsyah ketika itu bukanlah seorang Muslim, namun Raja Habsyah seorang yang baik dan menjamin keselamatan orang Islam.
(3) Peperangan Tabuk.
Berlaku pada tahun 9 Hijrah, dan tiada pertempuran apabila tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan serta kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi sebarang kesukaran, menempuh musim panas, terik, serta lokasi Tabuk yang sangat jauh (di antara Hijjaz dan Syam).
(4) Imam Syafie meninggal dunia.
Beliau merupakan salah seorang dari empat imam mazhab besar dalam dunia feqah dan pengasas kepada Mazhab Syafie. Beliau berasal dari Gaza dan dilahirkan juga pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan tahun pemergian Imam Abu Hanifah.
(5) Pembebasan kedua Baitul Maqdis.
Tentera Islam yang dipimpin oleh Solahuddin Al-Ayubi telah Berjaya menawan kembali Baitul Maqdis kali kedua (583 Hijrah) menewaskan tentera Salib yang menjajah kawasan tersebut selepas pembukaan pertama oleh Saidina Umar Al-Khattab R.A.
Amalan sunnah di bulan Rejab
- menghidupkan dengan Qiamullail seperti solat sunnah, membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, berselawat ke atas Nabi S.A.W, dan berdoa.
- Manakala siang hari bulan Rejab pula dituntut untuk berpuasa dan bersedekah.
Kisah Nabi Ayob: Bagaimana Nabi Ayob Berdoa Setelah Ditimpa Ujian Allah.
Belajar kisah Nabi Ayob hari ini dari ustaz Elyas Ismail. Tentang ketabahan Nabi Ayob disaat ditimpa ujian bertubi-tubi oleh Allah s.w.t
Nabi Ayob seorang nabi yang sangat kaya raya. Nabi Ayob ada banyak tanah, haiwan ternakan n tanam tanaman.
Bila kita ini ada kelebihan dan kekayaan, pasti ada pendengki yang dengki dengan kelebihan dan kekayaan kita. Nabi Ayob juga tak terkecuali. Siapa yang dengki pada Nabi Ayob? Pendengki itu adalah Iblis.
Lalu, Allah menguji Nabi Ayob dengan:
- Kehilangan harta benda sekelip mata.
- Kehilangan 12 orang anak serentak.
- Ditimpa penyakit.
- Difitnah tidak ikhlas dalam ibadah, sebab itu Allah turunkan ujian.
Apa yang Nabi Ayob buat dan bagaimana caranya Nabi Ayob berdoa setelah diuji bertubi-tubi oleh Allah?
- Nabi Ayob menggandakan lagi amalannya setelah diuji.
- Nabi Ayob tidak berdoa memohon Allah kembalikan semula segala hartanya, tidak memohon di beri anak lagi atau disembuhkan penyakit nya.
- Kecuali jika ujian itu boleh mengganggu hubungan Nabi Ayob dengan Allah, baru lah baginda akan ‘meminta’.
- Tetapi, Nabi Ayob sekadar mengadu; Ya Allah, aku kehilangan harta ku, Ya Allah, aku kehilangan anak2 ku, Ya Allah, aku sedang ditimpa penyakit.
- Kemudian, Nabi Ayob sekadar bermunajat kepada Allah; Ya Allah, Kau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan tak ada yang lebih penyayang melainkan Kau Ya Allah.
- Tindakan Nabi Ayob ini menunjukkan betapa tingginya sifat rendah diri baginda terhadap Allah s.w.t.
- Baginda sangat malu ingin meminta-minta kepada Allah kerana Allah dah bagi banyak sangat nikmat pada baginda.
Begitu lah mulianya sifat Nabi Ayob ketika berhadapan dengan ujian yang sangat-sangat berat untuk ditanggung, yang kita boleh jadikan panduan dalam hidup kita.
Hidup kita sendiri tak pernah lari dari diuji. Dan ketika kita diuji itu lah sebenarnya iman kita diuji.
Mudah-mudahan, kita diberi keimanan dan kesabaran yang tinggi seperti Nabi Ayob apabila kita diuji.
Pesanan ustaz diakhir rancangan, lakukan lah 4 perkara ini apabila diuji:
- Susah macam mana pun situasi kita, tetaplah taat kepada Allah. Solat jangan tinggal. Aurat sentiasa jaga.
- Kene kecam, kene kutuk, kene hina ketika kita sedang menyebarkan kebaikan, jangan terkesan. Tetap istiqamah dengan perjuangan kita. Berada dalam jemaah agar saling sokong menyokong.
- Jangan fikir dengan apa yang kita hilang hingga mengganggu ibadat dan kehidupan kita, tapi fikirlah tentang apa yang kita sedang miliki dan muhasabah dengan semua yang Allah telah dan sedang beri pada kita.
- Jangan pernah tinggal doa. Ini adalah doa Ummu Salamah yang diajar oleh Nabi yang kita boleh amalkan:
“Ya Allah kurniakanlah ganjaran pahala disebalik musibah yang aku terima yang menimpa aku ini ya Allah. Dan berikanlah ganti terhadap apa yang aku hilang ini ya Allah. Ya Allah kurniakan lah kesabaran buat kami semua, kurniakanlah ketabahan dan hati yang redha dalam sahabat-sahabat kami menghadapi ujian dan musibah yang menimpa mereka ya Allah. Ya Allah, jadikanlah kami, hati kami dan sanubari kami seteguh dan sekuat Nabi Ayob a.s dalam menempuh dugaan kehidupan ini ya Allah. Dan jadikanlah jua kami seteguh sekuat sesetia hati isteri Nabi Ayob a.s khidmat untuk suaminya walau suaminya dalam keadaan yang susah. Hanya Kau ya Allah tempat kami memohon pertolongan, tempat kami memohon kekuatan ya Allah.”