PJJ - Episod Aku Tak Peduli Apapun

Zura rasa, dah masa untuk zura cerita kan sesuatu yang pernah terjadi dalam hidup zura sebelum ini.
Sebab apa baru sekarang nak cerita? 
Sebab zura sangat bersyukur dan gembira... Zura dah dapat diri zura semula. 
zura dah dapat kehidupan zura, passion zura dan zura rasa zura dah 'sembuh'!
Allahuakbar.. Sekelip mata je kalau Allah nak ubah sesuatu itu.


Cerita nya bermula begini...
(ditulis pada tahun 2022)

1.1.2022

#HadiahDariAllahYangPalingBesarBuatKuPada2021


alhamdulillah.. hari ni dah tahun baru 2022. nak imbas sikit tahun 2021 yang mencoret kenangan paaaaaling perit buat zura dan kenangan paaaaaaling manis juga.

terpaling manis sekali.


apa hadiah Allah itu?


Tiada lagi PJJ. 


sujud syukur pada Nya..


ngam2 pada 31 disember 2021, menjelang malam 1 januari 2022, suami zura selamat sampai ke rumah untuk pulang terus di ipoh.


alhamdulillah.. alhamdulillah.. besarNya kuasa Mu yang Allah.. yang mengizinkan kami tinggal bersama semula.


kalau nak ingat bali kronologi kisah pjj ini:


Jun 2018

suami zura dapat offer kerja kat penang. zura tengah 6 bulan pregnantkan anak ke 5. suami zura memang decide nak terima. tapi, tak tahu nak bawak zura dan anak2 tinggal sama kat penang, atau pjj - zura dan anak2 tinggal kat ipoh. sebab kondisi zura yang tengah pregnant masa tu. sebab tu susah nya nak ‘letak’ zura dan anak2 kat mana. akhirnya suami decide, zura tinggal dulu dengan mak ayah kat melaka sampai akhir tahun.


Julai 2018

suami zura hantar zura kat rumah mak ayah di melaka. anak2 jugak daftar sekolah kat melaka. dekat sangat dengan rumah mak ayah. best. time ni, kakak darjah 2, natrah darjah 1. alhamdulillah.. diorang baik2 je kat sekolah itu.


tiap kali suami balik rumah mak, kita akan lepak pantai klebang.


sepanjang zura pjj dengan suami zura time ni, sebulan sekali suami akan balik. zura pun tinggal dengan mak ayah, jadinya emosi tu tak mengganggu sangat. kerja2 rumah pun tak de apa nak buat sangat. anak2 pun kadang2 mak ayah n paksu diorang tolong layan n jaga diorang. so far zura happy je sebab mak ayah ada disisi. at least zura n anak2 sakit pening ke apa ke, ada ayah dan mak. rindu kat suami tu biasa lah.


Disember 2018


masa nak balik ipoh. sedih sangat nak bye bye mak lepas 5 bulan stay dengan mak ayah.


kami balik ipoh. bermula lah episod pjj penang - ipoh pulak. suami zura akan balik ipoh seminggu sekali atau 2 minggu sekali. paling lama 10 hari lah tak balik. so far suami tekun balik tak de miss. zura n anak2 pun alhamdulillah okey je kat ipoh. apa2 hal, minta tolong jiran2 yang rapat kat ipoh ni.


2018 ini zura masih berusaha untuk terima kenyataan yang kami pjj. biarkan suami zura balik rumah setiap minggu, tak sama rasanya dengan bila suami zura balik sebulan sekali masa kat melaka itu. waktu tu ada family zura disisi. tapi waktu ni, zura sendirian kene jaga emosi n uruskan semua anak2 sendiri. oh ye… waktu ni dah 5 anak. ye kakak2 dah besar boleh tolong zura. tapi emosi ini, hanya seorang suami saja yang boleh rawati.


2019

masih lagi pjj ipoh penang. dan suami zura jugak masih tekun balik setiap minggu atau 2 minggu sekali.


tahun ini zura dah mula terima takdir kami harus berjauhan. ada juga minta suami tukar balik ke ipoh. dan suami zura ada juga apply, tapi tak ada rezeki. 


sungguh pun rasa macam dah boleh terima, sesekali datang jugak sakitnya hati ini perlu berjauhan begini. sendiri urus anak2. zura penat emosi. dan zura kenal suami zura macam mana bila berjauhan. tak sama macam bila dia ada disisi. zura boleh kata, dia disqualified untuk menjadi suami-jarak-jauh. sebab tu zura tak boleh terus begini.


tapi sungguh..tahun ini zura dah boleh bye bye suami tanpa menangis dah tiap kali suami zura nak balik penang. oh.. teringat zura pernah menangis sejurus je masuk rumah lepas bye bye suami balik penang. Fauzan nampak zura nangis sebab zura tak mampu nak sorok dah masa tu. Fauzan pujuk zura, dia cakap mama jangan nangis.. huhu.. bertambah sedih la mama hang ni..




mac 2020

dunia di gemparkan dengan covid 19 pada awal tahun itu. Mac 2020 ni perdana menteri decide untuk buat PKP. waktu ini, suami zura masih boleh balik tiap minggu walaupun pkp. hari raya pun suami berjaya balik di pagi raya itu walaupun dah keluar arahan tak boleh balik pada tarikh sekian2. ada kisah dia macam mana suami boleh terlepas balik. hehe.. rezeki kami dapat berkumpul. alhamdulillah…


aidilfitri bersama putra putri 2020



tahun ini suami cuba lagi apply kerja di ipoh. dah dipanggil interview tapi tak dapat nak interview. sudahnya senyap begitu je.


tak apa lah.


anak2 pun tak pergi sekolah, so zura kurang penat untuk hantar dan ambil sekolah. plus, anak2 tak keluar, kurang risiko sakit. bab masak tu, kalau suami tak balik, memang zura masak ala kadar je. anak2 ni makan nasi goreng setiap hari pun tak pe. sesekali order food panda. waktu ni, bisnes zura masih okey. zura masih ada income.


2021

tahun terpaling sedih dalam hidup zura. datang semula emosi zura tak mahu terus hidup pjj begini. sedih tiap kali cuba nak explain kat suami, tapi suami seolah2 tak mengerti yang zura tak boleh pjj. zura tak boleh. 


nangis2 semula macam mula2 dulu. tiap kali solat, menangis, minta Allah satu kan kami semula. masuk bilik air, menangis. nak tidur, menangis. zura tak boleh nangis depan anak2. zura tak nak anak2 tahu. zura dah cuba untuk terima keadaan kami, tapi nampaknya, zura tetap tak boleh. 

usaha kawal emosi time bye bye suami balik penang


urusan anak2 macam biasa zura masih mampu dan boleh untuk uruskan. sebenarnya, nak jaga anak2 ni senang je. yang susahnya adalah nak didik anak2 ni jadi manusia yang baik n berguna. bila kita dah rasa 'penat' nak ajar tapi anak2 tak dengar juga kata, time tu lah rasa zura tak mampu nak didik anak2 ini sendirian. zura tak boleh.


semua ghumbun dengan mama


dan macam yang zura tulis sebelum ni, suami zura tak mampu untuk jadi suami-jarak-jauh. bila dia tak balik, 100% atas bahu zura. zura tak boleh... huhu... sedih..


yang paling sedih adalah, bila zura merajuk dengan anak2, zura akan berkurung kat bilik, biar kakak2 uruskan adik2. fathan baru 3 tahun waktu ni. dia masih perlukan zura. tapi zura selalu biarkan kakak-kakak yang urus dia. kesian dia.. 


waktu ni, suami zura masih balik setiap minggu macam selalu. ini tak pernah miss. bila suami balik, of course lah dia banyak buat something yang boleh buat zura happy. dia tahu zura stress. cuma dia tak pandai nak express dengan kata-kata. tapi dia boleh express dengan perbuatan dia. sebab tu zura kata dia tak layak untuk jadi suami-jarak-jauh.


dapat keluar berdua selalu asbab covid - boleh keluar 2 orang je untuk beli barang - so amik kesempatan untuk dating berdua. hikmahnya, sampai sekarang anak2 terpaksa merelakan mama papa keluar berdua. hehe



kemuncak zura tak mampu dan betul-betul tak mampu lagi nak hadap pjj ni adalah lepas syawal tahun 2021 ini.


raya tahun ni, panjang suami cuti sampai 2 minggu. bila dah cuti panjang tu, lagi lah rasa beratnya nak bye bye suami balik penang. kami gaduh sikit sebelum suami balik tu. bertambah emosi lah zura. tapi hidup mesti diteruskan. suami balik penang.

aidilfitri bersama putra putri 2021


covid waktu ni, masih teruk walaupun orang dah boleh keluar lebih dari 2 orang. anak-anak pun dah sekolah. tiba-tiba, kawasan zura di isytihar PKPD. orang dalam tak boleh keluar dan orang luar tak boleh masuk. ah.. sudah. waktu ni lah bermula nya suami tak boleh balik lama.


lepas tempat zura pkpd, bersambung pulak tak boleh rentas negeri. wahhh..... meroyan dah zura. setiap masa menangis. sampai tahap give up dah. bila doa pun, sampai tahap doa macam ni ~ Ya Allah... aku dah tak tahu nak doa macam mana lagi ~~~~~ sedihnya ya Allah..


zura mula hilang fokus. bisnes entah kemana. anak2 pun zura layan sekadarnya. malam2 tidur lambat, scroll fb cari rumah sewa kat penang. time ni bincang2 dengan suami, nak bawak zura dan anak2 pindah penang. waktu ni zura cuma fikir diri zura. zura cuma fikir macam mana aku nak gembira kan diri aku. zura layan cerita2 komedi. zura layan kdrama komedi. tak tidur malam, stay up layan semua tu. demi untuk menghiburkan diri sendiri. demi untuk melupakan kesedihan yang melampau waktu tu.


anak-anak? zura masih uruskan macam biasa di siang hari. makan minum diorang. solat jemaah sama-sama. zura tak lupa untuk solat, doa n mengaji of course. apapun jadi, solat 5 waktu insyaAllah zura takkan tinggal. ye zura tahu, zikir mengaji tu semua yang zura perlu buat untuk healing. tapi zura perlukan sesuatu untuk buat zura ketawa waktu tu. dan zura bukan jenis orang yang suka cerita masalah kat orang lain. jadinya, zura perlukan cara lain untuk gembira kan diri sendiri.


start dari situ lah zura punya bisnes drop teruk. apapun zura tak peduli dah. yang zura tahu, tiap hari zura layan kdrama. marathon semua cerita. korek2 cerita lama. i dont care!!! serius..perasaan itu adalah, aku tak peduli apa pun. ada income ke tak. macam mana nak belanja tak de duit. macam mana nak bagi mak ayah duit bila dah tak de income. aku tak kisah. aku tak peduli.


dalam masa yang sama, of course zura tetap terus bangun malam, menangis, doa, minta sungguh2 kat Allah. mohon agar masih ada sinar bahagia buat zura. zura boleh pulih jadi diri sendiri. mana boleh zura tak mengadu n menangis kat Allah. bila zura sedih, Allah je teman zura yang akan 'pujuk dan peluk' zura. zura tak ada besfren pun. 


lepas 2 bulan suami tak dapat balik, akhirnya suami dapat balik semula dan macam biasa lah rutin suami balik setiap minggu. time ni, zura masih dalam keadaan aku-tak-peduli-apapun. keadaan yang zura lepaskan semua yang zura suka buat antara nya bisnes shaklee zura. bila tak buat bisnes, of course lah tak kerja n tak de income. tapi zura bertuah, sebab orang masih 'nampak' yang zura ni kaya banyak duit sebab buat bisnes. hehe... mudah-mudahan, jadi doa. aamiin...


oktober 2021

suami interview kerja kat tempat lama. dan interview tu lulus dengan pangkat lagi tinggi, kerja ofis hour (tak shift 12 jam dah), sabtu ahad cuti. cuma, gaji tak dapat sebanyak kat penang. 


Allah...happy nya zura. inilah 'pelangi' yang Allah nak hadiahkan selepas 'ribut taufan hujan lebat menggila' Allah turunkan. zura happy sangat. tapi, suami zura tak berapa happy atas sebab-sebab tertentu. dia balik sini sebab terpaksa. bukan atas kerelaan hati dia. itu yang zura nampak. dalam hati dia, Allah saja yang tahu.


2022.

syukur.. tak perlu berjauhan lagi. mungkin dah tak ada lagi perasaan 'rindu membuak buak' macam dulu sebab lama tak  jumpa. tapi, untuk zura, dapat jumpa hari2 itu lebih baik. untuk suami, zura tak tahu.


tapi tahun ini, masing2 masih dalam fasa untuk adapt keadaan baru. ye nampak macam 'eh.. dah duduk sekali. apa yang nak kene adaptnya'. ia tak semudah itu atas beberapa faktor. zura masih dalam proses nak healing bebetul dari emosi yang tercalar teruk sebelum ini. 

zura pun ingat, bila dah tak perlu pjj lagi ni, zura boleh 'kerja' macam biasa. boleh menulis n sharing shaklee macam biasa. tapi, masih tak boleh. sepertinya zura belum let go lagi perasaan sedih melampau yang zura alami. ye..melampau bagi zura, mungkin tidak bagi korang. setiap orang tu kan kemampuan dia berbeza2. 


sampai lah saat zura menulis ini, pada 2 jun 2023 ni, sebenarnya, zura baru je rasa 'perasaan sebenar' let go kisah sedih zura. walhal, baru je last week, zura masih dalam keadaan aku-tak-peduli-apapun. zura masih rasa zura belum let go lagi masa silam zura. zura masih hidup bersama-sama masa silam yang gelap itu. ye.. baru lagi, last week zura masih fikirkan tentang ini.


zura ada group blogging yang ada task setiap minggu. since passion zura untuk menulis blog totally hilang since episod aku-tak-peduli-apapun, zura memang rasa terpaksa je tiap kali kene buat task. sampaikan zura terfikir baru2 ni, just baru2 ni, zura nak keluar dari group sebab zura tak nak update blog lagi.


dan percaya lah, bila Allah nak twist kan sesuatu itu, sekelip mata je boleh jadi. tiba-tiba, jari jemari zura laju je menulis masa buat task baru ni. idea datang mencurah-curah untuk buat sharing n tulis. hati meronta2 nak siapkan tulisan zura ini. actually zura tulis yang kat atas tu, dah lama dah. memang ada niat nak abadikan kenangan pahit hidup zura kat blog ni. tapi terbengkalai. sebab tu baru sekarang zura dapat share cerita ini.


dengan kuasa Allah, zura rasa Allah dah pulih kan zura. Suami pun, zura 'nampak', dah boleh adapt hidup baru bersama. Allah... sekelip mata semua ini. Terima kasih Allah... Kau tak pernah kecewakan aku. aku percaya, sampai masanya pasti Kau akan beri apa yang aku minta. dan sekarang lah masanya. Ya Allah.. aku mohon agar kesembuhan ini biarlah berpanjangan hingga akhir nyawa aku. aku cuma nak jadi hambaMu yang dapat beri banyak manfaat kepada orang lain. aku tak mahu lagi hidup dalam keadaan aku-tak-peduli-apapun. seksa rasanya hidup begitu. Terima kasih ya Allah.. Kau masih beri peluang untuk aku rasa hidup aku ini penuh dengan makna. Syukur ya Allah...


Demi Allah.. kita tak minta untuk jadi begini - rasa tak peduli apapun - rasa nak mati - rasa putus harap - rasa tak berguna - dan apapun rasa yang negatif. zura percaya tak de seorang pun nak rasa semua tu.


biar apapun perasaan negatif yang kita rasa, 1 benda yang kita tak boleh tinggal walau apapun..

SOLAT 5 WAKTU

jangan sesekali tinggal solat 5 waktu. cari lah hiburan yang halal untuk gembirakan diri sendiri. cari teman yang halal untuk bicara. tapi, solat 5 waktu jangan sesekali tinggal. kerana solat saja lah 'connection' utama kita dengan Allah. kita ingat Allah, Allah akan ingat kita. Allah akan sentiasa bersama-sama kita mengharungi detik duka dalam hidup kita. 


Selebihnya, biar masa merawati kedukaan kita. 

Jalani lah hidup kita seperti biasa. Tanggungjawab jangan tinggal. Tanggungjawab sebagai anak, isteri, ibu, pekerja, tetaplah jalankan seperti biasa. Sesekali rasa nak nangis, nangis je... 

kerana Masa akan merawati kita. Percaya lah...



terima kasih abg.. sebab, setiap kali orang tanya kenapa kerja balik kat ipoh, abg akan jawab 'boss lama panggil balik', instead of cakap sebab 'isteri saya yang suruh saya balik'. padahal itulah kenyataan nya. 


bila tak mampu lagi untuk pjj ni, salah seorang perlu buat keputusan dan kedua-duanya perlu berkorban. semoga ceritera zura ini, dapat beri sesuatu buat pembaca yang sedang dalam kedukaan. 




❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
 ðŸ’» fb: baizura bahar | vitally vitamin  
 ðŸ“² sms|whatsapp 016-5952771
 ðŸ“§ email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.