Pengedar Shaklee Chemor Perak Yang Aktif Sejak 2012 Sehingga Kini

Bagaimana zura bermula sebagai Pengedar Shaklee?


Anak2 selalu tanya, "Apa cita-cita mama?"

Masa kakak n adik tanya, mama akan jawab Arkitek.
Sampai turn baby, mama jawab, "Cita-cita mama nak jadi Mama!"

Siapa sangka, kan..
Study architecture. Kerja Interior Designer. Sekarang, lifetime career mama pilih untuk menjadi MAMA YANG MEMBINA EMPAYAR BISNES SHAKLEE UNTUK ANAK-ANAK.
..
Zura sertai Shaklee asalnya bukan sebab produk Shaklee.
Tapi sebab,
PELUANG BEKERJAYA DARI RUMAH DENGAN MODAL YANG SANGAT RENDAH,
WAKTU KERJA YANG FLEXIBLE,
TIADA ARAHAN DARI BOSS SEBAB SENDIRI JADI BOSS,
SUPPORT DARI COMPANY DAN GROUP2 YANG SUPERB,
PELUANG DAPAT INCOME BULANAN YANG SANGAT SANGAT TAK MASUK DEK AKAL, RATUSAN RIBU SETIAP BULAN - ni bergantung kepada usaha sendiri ye. Tak makan langsung bahagian anak cucu cicit bisnes semua.

Ye.. Itu lah detik permulaan zura dengan SHAKLEE.

And of course, bila zura decide untuk TUKAR CAREER, zura terus amalkan produk2 Shaklee dan dapat rasakan tahap kesihatan yang lebih baik dari sebelum ni.

Seronok ke zura jadi Pengedar Shaklee?


Alhamdulillah.. Dah 10 tahun zura konsisten amalkan produk2 shaklee. Mak ayah, suami dan anak2 pun sama.

Kalau nak senaraikan shaklee effect yang zura dapat, sebenarnya banyak sangat. Tak muat 1 entry. Kene separate entry2 nya.
Tak pe.. Nanti zura share 1 per 1 ya.. 😊

>> Testimoni Senggugut Hilang Dengan Shaklee <<

>> Testimoni Batuk Hilang Dengan Omega Guard <<


Disebabkan banyak kesan baik selepas zura amalkan secara konsisten produk2 shaklee ni, zura pilih untuk setia berkongsi tentang shaklee pada semua. Benda baik, zura nak semua orang pun dapat sama.

Macam tu juga dengan peluang bisnes yang shaklee sentiasa open untuk semua.

Zura dah rasa income belasan ribu setiap bulan. Untuk rakyat marhaen macam zura ni, MasyaAllah ia membantu sangat2 untuk zura gembirakan family dan bantu orang2 susah. Lain nikmatnya dapat memberi tanpa kira2 berapa baki dalam wallet lepas memberi.

So kawan-kawan semua, usah ragu2 lagi dengan BISNES SHAKLEE ni.

Jom, be part of my shaklee empire, my #matahariku.

Zura suka orang yang Rajin belajar, rajin berusaha, tak kuat mengeluh, positif, indipendent, solat cukup 5 waktu, hati bersih, dan rendah diri untuk sama2 BINA KERJAYA DENGAN SHAKLEE.


Pape, roger je zura, k.👌🏻


>> Jom berkenalan dengan: Pengedar Shaklee Aktif di Mukah Sarawak <<

-----



Ps: alhamdulillah dapat maintain kurus dengan rajin consume Set Kurus Shaklee walaupun dan 5 kali menggemuk. Ahaks! 

--


❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin  
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com,   

Testimoni Shaklee Saya: Sunggugut Tiada Lagi dengan Vitamin Shaklee

Zura derita senggugut sejak sekolah menengah lagi. Zura tak tahu lah nak kata level senggugut zura tu level berapa tapi masih boleh pergi sekolah dan tak lah sampai sakit guling-guling.

Bila datang senggugut tu, apa yang zura buat adalah, sebelum sakit senggugut tu datang, zura makan panadol siap-siap. Maksudnya, time dah mula rasa nak datang senggugut tu, zura makan panadol. Alhamdulillah memang kurang sikit rasa sakit tu. Tapi kalau dah sakit betul baru nak makan panadol, memang tak jadi lah. Tetap sakit.

Jadi, bila kakak mengadu sakit perut senggugut, zura faham sangat ketidakselesaan kakak tu. Kalau rasa tak selesa je tak pe. Masalahnya dia siap pakej moody dia tu. Tu yang mama pun jadi stress.. haha

Bila ingat balik macam mana senggugut zura boleh hilang, actually zura consume vitamin Shaklee - GLA Complex untuk kesuburan. GLA ni memang sangat bagus untuk perbetulkan hormon wanita dan kesuburan wanita. Kalau tak silap zura, zura ambil GLA ni lepas bersalin kan anak kedua. Sebab waktu tu zura pernah miscarriage. Ada zura cerita kat sini kalau nak baca.

>> kehilangan: MISSED MISCARRIAGE atau MOLAR PREGNANCY <<


Lepas dari miscarriage tu lah yang zura consume tu. Lepas beberapa bulan zura consume GLA Complex ni secara konsisten setiap hari, MasyaAllah amazing sangat Allah izinkan senggugut tu hilang terus. Sebenarnya zura sendiri tak perasan bila secara tepatnya senggugut ni hilang. Lepas sebulan consume? atau 2 bulan? zura tak perasan. Zura sedar bila tiba-tiba je period tanpa zura ada simptom pms pun. Selain senggugut, simptom pms zura yang lain selalunya sengal2 peha n rasa badan tak selesa. 

Bertahun menderita, akhirnya dapat juga zura rasa hidup bebas tanpa senggugut. Ya Allah.. Alhamdulillah.. zura syukur sangat-sangat. Sungguh zura tak pernah imagine yang senggugut ni boleh hilang tau. Syukur Allah izin ianya hilang dengan asbab vitamin shaklee yang zura ambil.

Even simptom2 pms yang lain pun tak ada tau contohnya macam sengal2 badan, sakit2 pinggang ke.. Alhamdulillah memang tak ada. Know2 je period. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...


Dan yang paling penting sekarang ni, walaupun zura dah tak ambil GLA ni lagi sebab risau terlebih subur, senggugut alhamdulillah memang dah tak ada langsung. Serius dah tak ada dah senggugut sekarang ni. Syukur alhamdulillah. Tidak lah terganggu kerja2 harian zura. Lagi2 kita dah bekerluarga n ramai anak-anak nak diurus ni. Kalau masih perlu menderita senggugut, memang tak ganggu rutin harian zura.

Now turn kakak pula untuk zura bantu hidup bebas tanpa senggugut. Dia tak consume setiap hari sebab dia tak rajin makan vitamin. Emm...

Tapi, bila dia dah nak period, zura akan remind dia untuk makan. Walaupun dia biasanya makan bila dah nak period, alhamdulillah kurang sangat-sangat dia kene senggugut. Syukur alhamdulillah.. Dah la dia duduk asrama kan. Kesian pulak kat anak mama kalau kene senggugut teruk. Tapi sekarang zura tak risau lagi. zura pun ada bekalkan sebotol GLA dekat dia.

testimoni senggugut hilang


Zura berkongsi ni, tak ada sebab lain selain nak sangat-sangat bantu kalian yang masih menderita senggugut ni untuk merasa nikmatnya period-tanpa-senggugut. Testimoni Shaklee ini adalah benar-benar pengalaman peribadi zura dan anak zura sendiri.  Semoga perkongsian Testimoni Saya ni dapat hadiah istimewa dari penaja utama #ProjekMegaBlog iaitu www.anakkuwira.com

Eh.. sebenarnya kan, bukan zura sorang je yang dapat shaklee effect ini. Ada ramai lagi kat luar sana tau... :)






---

Info:

Senggugut terbahagi kepada dua jenis iaitu:
1. senggugut primer (jenis biasa) 
2. sekunder (disebabkan oleh penyakit)

baca lagi di sini >>  Senggugut: bagaimana menghilangkan senggugut dengan vitamin shaklee.

InsyaAllah dengan izin Allah

--



--


❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin  
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com,  

Natrah Wakil Sekolah Dalam Acara Kalam Arabiy.


16 May 2023
Setiap anak ada rezeki masing2.
Ada kelemahan dan kelebihan masing2 juga.

Putri Natrah ni masa kecik2 pernah panggil dia ustazah. Nenek lah kata dia macam ustazah.

Hari ni dia balik bawak surat ni.


Alhamdulillah.. Tahniah adik. Jadi wakil sekolah.

Mama happy bila anak2 jadi wakil sekolah apa2..
Bukan sebab rasa diorang ni bagus atau pandai, tapi mama happy sebab ada peluang untuk diorang expose pada dunia baru.

Yela.. Mak sendiri je tahu anak sendiri macam mana kan.. Semua pun jenis pemalu.
Kalau bukan cikgu yang serlahkan potensi anak2 dan bimbing anak2 ke peringkat lebih tinggi, siapa lagi ?

Terima kasih cikgu... 🥰

PJJ - Episod Aku Tak Peduli Apapun

Zura rasa, dah masa untuk zura cerita kan sesuatu yang pernah terjadi dalam hidup zura sebelum ini.
Sebab apa baru sekarang nak cerita? 
Sebab zura sangat bersyukur dan gembira... Zura dah dapat diri zura semula. 
zura dah dapat kehidupan zura, passion zura dan zura rasa zura dah 'sembuh'!
Allahuakbar.. Sekelip mata je kalau Allah nak ubah sesuatu itu.


Cerita nya bermula begini...

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri.

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri.





Bahan-bahan Untuk Blend

2 biji bawang besar.

7 ulas bawang putih.

1 inci halia.

Belacan.

2 biji tomato.

5 sudu besar cili giling/cili boh.


Bahan-bahan tumis.

1 biji bawang besar dihiris.

1 batang serai di titik.

3 helai daun pandan di simpulkan. (wajib ado)

Rempah 3 sekawan - kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga.


Bahan utama.

Ayam setengah ekor.

1 cawan santan.


Cara memasak refer video ye.. v(^_^)v



Buku Motivasi Yang Menarik Untuk Di Baca.

Zura ni tak pandai nak bagi motivasi kat orang. Tapi zura suka mencari motivasi sendiri bila zura mula rasa down. Antara cara zura mencari motivasi sendiri adalah dengan baca qoutes kat social media, tengok motivational video pendek2, dengar ceramah agama, tengok kdrama! hehe.. eh... drama atau movie pun banyak je yang ada bagi motivasi tau. Kalau kdrama tu, zura suka ambil dari skrip diorang. Banyak ayat2 motivasi yang dapat 'suntik' zura. Dan baca buku juga!




Honestly, antara buku motivasi yang ditulis dalam bentuk non-fiction, zura prefer buku motivasi yang ditulis dalam bentuk fiskyen atau bibliografi. Orang kata, pengalaman hidup seseorang tu adalah satu pelajaran dalam menjalani kehidupan. Mereka sanggup berkongsi 'sisi gelap' mereka untuk jadikan pengajaran dalam kehidupan orang lain. Zura sangat-sangat appreciate mereka ini.

So dalam entry ni, zura tak nak bagi motivasi tapi zura nak korang belajar mencari motivasi sendiri! Biar kita sendiri ada inisiatif untuk 'bangkit' dan langkah pertama adalah, PERGI MENCARI MOTIVASI!

Zura nak share buku-buku motivasi yang zura dah baca dan zura suggest korang untuk baca juga!

Sebagai seorang muslim, tentunya kisah Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w adalah panduan hidup terbaik untuk kita. Buku ni ditulis dalam bentuk fiksyen, seronok dibaca seolah-olah kita sedang berada di zaman Rasulullah. Terus rasa rindu sangat nak jumpa Rasulullah.

Buku bibliografi - kisah hidup penulis sendiri / koleksi kisah hidup orang lain.

2 buku razi armansur tu edisi istimewa untuk group Jutawan Shaklee (group ini pernah menggegarkan dunia Shaklee satu masa dulu), so memang tak dapat kat mana-mana kedai buku. Buku2 Dr. Rusly pun sangat-sangat menarik untuk dibaca. Ada lagi beberapa naskah yang zura belum dapatkan. 


Perjuangan tokoh-tokoh Islam dalam mengharungi kehidupan mereka satu ketika dulu pun sangat-sangat memberi motivasi dan semangat untuk terus berjuang dalam apapun yang kita sedang lakukan. Tulisan tuan Abdul Latip Talib memang terbaik dalam menyampaikan kisah mereka dalam bentuk fiksyen. Seriously bila baca tu, rasa teringin sangat-sangat nak tengok sendiri semua kejadian depan mata.

Sebagai wanita, of course kita perlukan juga panduan dan motivasi untuk menjadi seorang hamba Allah yang baik, ibu yang mithali dan wanita yang solehah. Ditulis dalam bentuk fiksyen, memang best sangat nak baca.

Koleksi 'Jalanan' Teme Abdullah ni pun antara buku motivasi fiksyen yang sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Koleksi ni adalah tentang perjalanan hidup Teme dari kecil sampai sekarang dah berjaya sebagai Arkitek 'Wireless' dan Penulis. Tapi buku first Teme tentang suka duka hidup Teme sebagai anak perantau yang belajar architecture di UK -Pelukis Jalanan. Dan yang terpaling baru, baru saja launching awal bulan Mei 2023 hari tu, Penulis Jalanan - kisah hidup Teme yang tak pernah sangka itulah cabaran yang Teme hadapi. Memang membuka mata dan pintu hati ini untuk jalan terus jangan toleh belakang lagi!

Baca Juga: 

Mudahnya Renew Membership Shaklee dan Ianya Percuma!



Masa zura baru join shaklee dulu pada tahun 2012, membership tak perlu renew. Membership seumur hidup. So tak pening-pening nak renew. Hehe..
Tapi, since 2014, Shaklee tak buat dah membership seumur hidup. So, kene renew setiap tahun dan bayaran nya rm30. Okey lah kan. Tak mahal sangat. Kalau dapat Cash Rebate tiap bulan, insyaAllah boleh dah cover membership renewal tu.

Lepas tu, shaklee ubah pulak Renew Membership Percuma! 
Wahh... Alhamdulillah. Tapi ada terms and conditions nye lah... iaitu:

1. 

Buat pembelian apa-apa produk Shaklee (tak termasuk merchandise ya). Mesti produk vitamin, skincare youth ataupun barang jagaan rumah Get Clean Shaklee. Harganya tak kisah. Yang paling murah iaitu satu tiub Herbal Blend pun boleh. Then, membership akan renew secara automatiknya. Mudah,kan!

2. 

Tempoh untuk renew membership adalah 3 bulan sebelum dan 3 bulan selepas hari lahir anda. Wah.. senang lah kan. Tiap kali nak renew lesen kereta atau motor, ingat lah untuk renew membership shaklee juga. Hehe..

3. 

Renewal boleh dibuat secara online di website rasmi shaklee Malaysia iaitu www.shaklee.com.my atau pun di mana-mana branch Shaklee yang terdapat di Malaysia. Actually boleh je kalau anda nak renew dengan bayar rm30, tapi rugi lah renew sesaja. Better lah beli barang sekali, kan.
Ataupun, anda boleh juga minta tolong upline anda renew kan iaitu buatkan pembelian produk untuk anda. Upline anda pasti berbesar hati untuk bantu anda.  :)