Pengalaman Melihat Kereta Hancur Melanggar Divider


Hari itu hari Ahad.
Kami sekeluarga bertolak pulang ke Ipoh setelah ber hari keluarga di A Famosa Resort Melaka.
Sekitar jam 12 tengah hari kami gerak dan singgah di Nilai.
Ada kenduri sepupu saya.
Hampir 3 jam di situ.
Solat jamak zuhur asar sesiap sebelum teruskan destinasi.
Bila nak balik tu, lalu pulak kedai2 langsir.
Habibi tanya nak singgah ke?
Sebab saya ada cakap nak beli langsir baru kat Nilai 3.
So..singgah la kejap.
Tak survey pun. Just pergi satu kedai, then kengkonon terus nak beli yang dah siap punya.
Eh...terlupa pulak langsir kat bahagian tingkap nak kene tempah.
Katanya tak sampai setengah jam boleh siap.
Tapi habibi tak nak tunggu.
Sebab ada destinasi lain nak pergi.
So..gerak lah ke KL, destinasi seterusnya.
Gitu lah kami kalau balik Melaka.
Mesti singgah 2-3 tempat sebelum sampai ke Ipoh.
Bukan selalu ada peluang nak pergi memana,kan.. ;)

okey... tu intro je... hehe...

Masuk highway..
Kereta banyak tapi masih bergerak.
Kelajuan habibi bawak memang standard 110 - 120kmj je.
Lebih dari tu, saya akan sound.
Mata ku kelat, mengantuk, tapi ku jenggilkan.
Demi menemani habibi drive.
Kami biasa guna laluan tengah.
Bila nak potong, baru lah ke kanan then masuk balik laluan tengah.

Ada satu waktu tu, kami tengah potong satu kereta, sebuah viva seakan akan nak menyondol kami.
Habibi pun memecut lalu meninggalkan viva itu.

Kereta meluncur di atas jalan raya dengan tenang.
Setenang langit yang membiru ketika itu.

Tiba2, viva tadi muncul lagi.
Seperti menyimpan dendam kepada kami.
Dia memotong kami.
Seperti puas hati.
Okey..tak pasti lah viva yang sama ke tak..hehe..
tapi yang potong tu adalah viva juga.

Kami gerak together gether di laluan paling kanan bersama-sama.
Kelajuan waktu tu, sekitar 110 kmj.
Jarak kami lebih kurang ada sebuah kereta di depan kami.

Depan sikit dari kami, jarak seperti ada 2 buah kereta di depan,
ada swift di laluan tengah dan sebuah lagi kereta di laluan kiri, bebetul sebelah swift.
Seiring sejalan gitu.
Viva tadi macam sengaja je lambat2 potong swift tu.
Sampai saya cakap kat habibi, "Ni viva yang sondol2 kita tadi tu ke?"
Sebab si viva ni macam saje je lambat2.

Beginilah kedudukan kami.


Tengah syok follow viva ni, tetiba saya nampak swift tadi gelong kekiri ke kanan.
Dalam hati dah tanya pada diri sendiri, ishh..kenapa kereta tu.
Dalam sekelip mata je, swift tadi terus belok ke laluan kanan dengan laju dan hentam divider jalan.

"Allahuakbar! Allahuakbar!" tu je yang mampu saya ucap ketika habibi masuk laluan tengah dengan segara untuk mengelak dari melanggar swift tadi.
Saat kereta kami melalui swift tu, swift sedang menghentam divider dan serpih2 kaca kereta terpercik ke kereta kami.
Allahuakbar.
Allahuakbar.
Sekelip mata je semua tu terjadi.

Apa jadi kat viva tadi?
Viva juga sempat mengelak.
Dan jarak viva dengan swift tadi lagi lah dekat..

Ya Allah...
Allah lindung kami.

Tak berhenti saya ucap Allahuakbar.
Habibi berhenti sekejap kat laluan kecemasan.
Tarik nafas.
Tenangkan perasaan sekejap.

Nak pergi ke tempat kejadian, agak jauh juga.
Dalam 100m di belakang.
Yela..kereta tengah laju masa tu.
Macam mana nak berhenti serta merta, kan..

Selepas bertenang beberapa ketika, kami meneruskan perjalanan.
Alhamdulillah...akhirnya selamat sampai ke Ipoh pada jam 12.30 malam..

..
Actually ni kali ke 2 saya menyaksikan kemalangan dengan keadaan yang sama.
Maksudnya, kereta gelong2, lepas tu langgar divider.

Kejadian yang pertama masa tu on de way ke KLIA untuk hantar habibi bercuti-cuti di Langkawi, fully sponsored by Shaklee.
Waktu tu subuh sepi-i.
Jalan lengang je.
Kat lebuh raya Elite.

Depan kereta kami ada sebuah bas.
Depan bas tu lah kereta yang gelong2 tu.
Lepas kereta tu gelong2, dia pi hentam divider kiri.
Masa tu kereta tu dan bas di laluan kiri.
Kami di laluan tengah.
Mujurlah kereta tu masuk ke laluan kecemasan dan bas pun bawak pada kelajuan sederhana.
Tak dapat bayang kalau bas tu hentam pulak si kereta yang terbabas itu.
Nauzubillah...

..
Allahu..berdebar rasa..
Nak tahu sangat apa jadi kat ahli2 dalam swift tu.
Scroll wall fb, tak jumpa pulak orang share eksiden tu..

Semua berlaku dalam 1 saat je.
Kalau saya tak singgah langsung kedai langsir tu, maybe kami tak mengalami kejadian yang mendebarkan ini.
Kalau saya tunggu langsir di jahit, maybe kami dah stuck dalam trafik jem.
Allah...perancangan Allah memang tepat.
Ada hikmah kenapa Allah jadikan semua ni.

Nasihat saya, sebelum berjalan jauh hatta dekat sekali pun, 


  • PERIKSA KENDERAAN, PI SERVIS SUPAYA KERETA DALAM KEADAAN TERBAIK.

Ni kalau nak jalan jauh la.
Tayar tu no 1 kene periksa tau..

  • INGATLAH UNTUK BERDOA.

Doa menaiki kenderaan.
Doa tolak bala.
Apa sajalah bacaan ayat quran yang boleh jadi pendinding buat kita.
Kadang2 eksiden bukan sebab kecuaian kita, tapi kita pulak yang jadi mangsa. Inilah peranan doa tu...Agar kita dilindungi Allah s.w.t




  • PAKAI SEAT BELT DAN PATUHI UNDANG2 JALAN RAYA.

Jangan lah pecut laju sesangat.
Saya ni kalau habibi tekan minyak 130kmj tu pun saya dah debo dah.


  • JANGAN BERLUMBA DI JALAN RAYA.

Memang lah kita tak officially berlumba. Tapi saya faham, bila tengok orang bawak laju, rasa macam nak lumba je.
Lagi2 kalau kereta tu nampak eksyen, cilok sana sini.
Bawak2 bersabar. Bila dia bawak laju sengsorang.
Kita drive je steadily and happily.

.
Sekian sahaja ceritera saya kali ini.
Coretan ini suka2 saja, sekadar memori buat saya di masa hadapan. :) 
Terima kasih sebab sudi baca...




love,
zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info