Kisah Anak Speech Delay disebabkan Tongue Tied

Anak soleh zura, Fauzan di kesan speech delay masa check up 2 tahun. Selalunya, lepas dari 2 tahun, zura tak bawak dah anak2 check up sebab perkembangan diorang normal. Tapi fauzan, kene teruskan check up disebabkan speech delay dia.

Tarikh yang sepatutnya zura bawak dia check up tu, zura tak bawak. Sebab waktu tu kami menginap sementara kat Melaka. Lepas tu, mak dia ni malas nak follow up kat sana. hehe.

Bila balik semula ke Ipoh, buat temujanji lain, dan kene lah follow up ke pakar ENT dan pakar kanak-kanak. Syukur alhamdulillah nurse tetap terima nak teruskan check up dan layan baik walaupun zura tak follow arahan nurse suruh sambung check up kat Melaka. 

Fauzan dah jumpa pakar ENT dan dah buat operation tongue tied lebih kurang sebulan yang lepas. Papa dia yang bawak dia ke hospital sebab zura kene hantar dan ambil kakak2 sekolah. Sedih tengok gambar papa dia hantar kat zura, dia tengah baring dengan pakai baju hospital nya. 

Tengah layan sedih2 tu sambil wasap2 papa dia, papa dia bagitau setel dah operation tu. Aik...kejap nya. Terus tak sedih dah. Hehe.. yela.. kita risau kan dia. First time anak nak kene operate ni. Rupanya sekejap je. Tengah hari tu boleh balik dah.. Alhamdulillah...

Sejak dari tu, Fauzan punya percakapan ada improvement. Zura boleh tangkap dah apa dia nak cakap. Lepas tu, dia pun dah rajin nak belajar cakap. Kalau sebelum ni, bila zura ajar je, dia main2.. Dia sebut tak betul, lepas tu dia ketawa2, lepas tu dah tak nak cakap dah. Sabo je lah.

Tapi sekarang ni, boleh kata setiap malam dia akan ambil buku, dan minta zura ajar dia sebelum tidur. So far, kalau ayat tu ada 2-3 perkataan, dia boleh sebut lah dengan 2 suku kata perkataan. Tapi kalau dia nak bebel panjang, still tak boleh faham lagi.

Then baru ni, 18hb yang lepas, bersamaan hari rabu, dia ada appointment dengan pakar kanak-kanak pulak. Pun papa dia yang bawa dia. Bila balik tu, papa dia cakap, sepatutnya zura yang bawak sebab zura lagi tahu perkembangan dia compare to papa dia kan. Sebelum next check up bulan 2 nanti, 'cikgu' dia suruh ajar dia kira 1- 10, ajar dia perbezaan contoh besar - kecik, lelaki - perempuan dll, dan kenal pasti huruf yang dia tak boleh sebut dengan jelas.

Wah wah.. mama pun kene sama2 struggle ni untuk pastikan fauzan boleh lulus dengan tugasan2 yang cikgu bagi. Semoga fauzan beri kerjasama sebaik-baik nya. Atau, zura boleh delegate tugas ni kat natrah? Sebab diorang kerap main cikgu-cikgu sejak akhir2 ni.. 

Ni video Fauzan nyanyi shark du du beberapa hari selepas dia jumpa pakar kanak2 tu. Actually dia suka menyanyi tau. Sebelum ni memang tak boleh catch up apa dia nyanyi. Tapi lately, alhamdulillah.. okey dah sikit. :)






❤, 
 Baizura Bahar 
 Pengedar Shaklee Chemor, Perak. 
 Order atau keahlian Shaklee? 
--------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com