Showing posts with label kisah hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label kisah hujung minggu. Show all posts

Wednesday, September 09, 2026

Licik ya.. :)

Last week, aku balik kampung abg. Seperti biasa, pepagi mak dah bangun buat nasi lemak. Lepas tu nanti mak akan ajak abg pergi kampung mak (ada something nak buat atau ambil), pastu singgah kedai beli breakfast n lauk and singgah pasar beli ikan etc2.. Aku sebagai PA abg yang setia, of course follow jugak. Paling aku tak paham, muka aku kalau bangun pagi kat kampung, sembab gila. Macam orang baru lepas nangis. Tak pun macam orang terlebih tidur.. nampak naww aku cukup tidur bila balik kampung abg.. haha

Kebetulan minggu tu ada jualan rahmah kat satu kedai runcit ni. Kitorang sebagai 'jualan rahmah hunter' pun pegi lah. Mak abg macam biasa nak beli jajan untuk cucu-cucu. Pastu mak akan cakap, "ambil lah apa yang hang nak..."

Weh... kalau mak aku yang cakap tu, memang aku ambil sesuka hati aku. haha.. Tapi sebab mak abg, aku masih ada rasa malu. Abg pun tak over, nanti abg kata aku ambil kesempatan pulak. So aku ambil lah sebarang dua barang yang aku nak beli, tapi abg tak beli-beli kan pun. Sambil aku tengok2 barang tu, mak pun cakap, "tolong mak ambil telur tu..." Aku pun menurut perintah, ambil sepapan telur greb B.


Di pendekkan cerita, sampai rumah kita pun unload lah barang2. Aku letak telur tu kat meja makan. Pastu mak cakap, "telur tu nanti bawak balik..." Aku buat2 blur.. haha... Tapi aku akan turut perintah itu. ;p

Licik ya permainan mak.. haha.. 

Anyway, mak abg memang sangat pemurah. Dari aku awal kahwin sebelum ada anak lagi, mak dah sponsor baju raya aku tiap tahun. Eh.. ada lah tahun2 yang PKP tu mak tak belikan. Ada dalam 2 tahun kot gitu.. Tapi aku dah kahwin 17 tahun kot. 15 tahun mak sponsor baju raya aku sehelai. Tu belum tambah anak sorang demi sorang.. dan baju anak mak sekali of course. 

Banyak yang mak dah bagi dan tolong kami. Kami mampu je. Cukup makan pakai sekadarnya. Tapi mak nak beri, kami terima dengan tangan terbuka. Orang kata, jangan kedekut pahala. Tu cara mak nak dapat pahala. Bukan duit ringgit dan barang2 je mak bagi, kudrat pun ada tolong juga.

Terima kasih mak.. Tak terbalas pemberian mak pada zu dan anak2. Ampun kan dosa2 zu yang buat mak kecil hati atau terasa hati dengan zu. Zu doakan mak sentiasa sihat dan dilimpahkan dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Kami masih perlukan doa2 mak di sepertiga malam mak. Kami saaaaaaaayang mak!

Opah dan cucu-cucu opah.

--------------
❤ LIFE, ❤ SHAKLEE! 
- 
 ðŸ“£ klik untuk order shaklee. 👇👇👇
daftar ahli untuk dapat potongan harga 10%-20% untuk setiap produk.







Tuesday, September 01, 2026

Fauzan! Kemas bilik....

pak long nak datang!

yey!! abang aku merangkap pak long anak2 aku nak datang rumah. last abang aku berkunjung rumah aku, seingat aku lah, abang aku nak gi langkawi dengan wife dia. tu la kot... aku ni pun dah banyak memory lost.. adoii..

siapa2 je yang akan berkunjung ke rumah aku, aku akan bagi tidur kat bilik boboiboy. kalau lebih 1 family, family seterus nya tidur bilik gegirl. lebih lagi, tidur bilik opah kat bawah. kalau lebih lagi, terpaksa lah tidur ruang tamu.. hehe.. tapi belum ada lagi yang tidur ruang tamu. anak2 aku yang kene tidur ruang tamu adalah...

so, aku pun suruh lah fauzan dan fathan kemas bilik diorang. lepas diorang kemas bilik tu, diorang pun datang bilik aku nak buat laporan.

"mama..zan dah kemas bilik. mama tengok lah...zan rasa macam bilik pameran je..."
dia punya excited dia dah kemas bilik.

okey lah mama pi tengok walaupun waktu tu mama tengah malas2 dengan pak hang.. kacau daun betui.


kome tengok lah video tu.
anak2 patung dia susun elok2 situ.
buku2, dia susun tak nampak tajuk.
lego yang Han dah rekabentuk, dia susun kat meja.
kad2 boboiboy deme susun kat meja.
itu lah definisi KEMAS bagi deme.
patut pun fauzan rasa macam bilik pameran sebab dia nak pamerkan barang2 dia kat bilik dia.
aku puji je lah time tu untuk appreciate usaha deme kemas bilik. 😀

tapi pastu, kakak2 dia tolong kemaskan semula semua.. 😊
pak long datang nak tidur je zan oii.. 
aku pun tak sempat nak bawak keluar jenjalan.
maghrib tu abang aku sampai. malam makan homecook. pastu deme pun nak berehat.
esoknya lepas breakfast deme dah nak gerak balik.
sat je... tapi alhamdulillah.. aku happy sangat abang aku n kak ipar aku sudi bermalam kat rumah aku..
kakak pun happy. 
"dah lama tak de orang datang rumah kita...." kata dia.

anyway, ni aku belanja gambar keluarga aku dan keluarga abang aku.
taken sebelum abang aku pulang...


--------------
❤ LIFE, ❤ SHAKLEE! 
- 
 ðŸ“£ klik untuk order shaklee. 👇👇👇
daftar ahli untuk dapat potongan harga 10%-20% untuk setiap produk.












Sunday, August 23, 2026

Mak Tak Nak Mengalah!

kakak aku balik rumah mak ayah aku minggu ni.
tetiba aku teringat momen kakak aku n family, adik bongsu aku dan isteri, mak dan ayah aku datang rumah aku hari tu.
aku bawak deme pegi concubine lane. 
aku selalu ajak abg pegi sana. sebab sana tu ala-ala 'pasar seni'. tempat seni2 art2 handmade barang tu semua. aku suka lah nak tengok n ambil2 gambar tu sume kan...
tapi abg tak bawak pun. huhu.. 
bila family aku datang ni, akak aku ajak, baru lah aku dapat pergi.. horey! 💃

tengah jalan2 kat lorong tu, hujan turun. pastu kitorang berteduh kat satu kedai hiasan ni. mak aku jumpa kerongsang comey gila. dah la bunga matahari favourite aku. siap ada lebah bergoyang2 kat kerongsang tu. yang paling sadis, kerongsang tu ada 1 je. aku bodek2 mak aku, bagi lah aku. mak aku berkeras ye..."TAK BOLEH. MAK YANG JUMPA DULU!"

uwaaa... mak dah tak pedulikan perasaan anak mak dah.. yela.. bertahun2 mak pendam rasa dengan perangai macam-macam anak mak ni kan. mak dah tak nak mengalah dah kan.. haha


so aku cuma dapat ambil gambar kerongsang tu dan simpan buat kenangan je lah.. 😆

terima kasih semua sudi menjenguk kami kat sini..
next year datang lagi ye....

--------------
❤ LIFE, ❤ SHAKLEE! 
- 
 ðŸ“£ klik untuk order shaklee. 👇👇👇
daftar ahli untuk dapat potongan harga 10%-20% untuk setiap produk.




Monday, August 10, 2026

Khabar kurang baik.

Minggu ni aku balik kampung abg sebab kami dapat khabar kurang baik iaitu paksu abg masuk hospital sebab kanser.

so, lepas nailah habis tusyen SRAI sabtu tu, terus kami gerak ke kampung. sampai kampung dah tengah hari. makan, rehat dan solat. pukul 3 lebih gerak ke hospital taiping.

selama aku kenal paksu, paksu sihat je alhamdulillah. berapa lama dah aku kenal? of course lah selama aku berkahwin dengan abg. setiap tahun akan pergi beraya rumah paksu. paksu sihat je selalu alhamdulillah.

sampai lah beberapa bulan lepas, paksu tetiba tak dapat berjalan masa nak pergi haji. waktu tu bebetul hari yang sepatutnya paksu dan maksu naik flight untuk tunaikan haji. tapi paksu pergi juga dengan wheelchair dan bantuan ramai.

dengan izin dan pertolongan Allah, paksu dan maksu selesai tunaikan haji dan selamat pulang ke rumah. tapi paksu masih lagi tak okey. masih tak boleh berjalan. aku pun tak tau nak explain macam mana kondisi paksu, tapi ada kaitan lah dengan tulang belakang etc2.

mak abg ada ajak kitorang melawat paksu dan maksu lepas paksu maksu balik haji tu. paksu masih okey dan nampak sihat. just tak kuat nak berjalan.

so semalam melawat tu, paksu baring je. masing2 cuba nak hadam apa yang sedang berlaku. yela..mana kita nak sangka, kan. dan kalau kita sendiri yang dapat berita tu pun, entah macam mana penerimaan kita.

kanser hati yang paksu hidapi ni nampaknya dah merebak ke organ lain. next plan adalah rujuk paksu ke pakar di hospital Alor Setar untuk rawatan seterusnya. semoga Allah permudahkan urusan paksu maksu sekeluarga dan diberikan kesembuhan sepenuhnya buat paksu. Aamiin..

hospital taiping

dah malam baru balik rumah

--




❤ LIFE, ❤ SHAKLEE! 
- 
 ðŸ“£ klik sini untuk order item promo bulan ini https://www.shaklee.com.my/wo/guest?ref=885771

Monday, February 14, 2022

Macam mana zura cipta masa berkualiti dengan insan kesayangan zura.

Alhamdulillah..
hujung minggu yang lepas dapat lagi spend time dengan anak2.
kali ni kami decide untuk keluar pada awal pagi ahad pulak instead of keluar malam2.

last week kami pergi pasar karat. lama tak pergi sana.
banyak dah gerai2 bundle kat sana.
tapi, keterujaan zura of course kat part yang jual2 barang antik.
alahai.. geram je rasa.
tapi, buat masa ni, tak de lah nak bazir duit beli yang bukan2.

pastu, pergi makan kat kosiswa. tepi sungai.
lama dah tak pergi situ.
best environment situ sebab kawasan lapang, terbuka n kelilingnya kehijauan.
zura tak ambil gambar sebab tertinggal fon.

alhamdulillah..
itu lah nikmat yang Allah beri.
keluarga sentiasa bersama zura.

kadang2 kita rasa kita tak ada kualiti masa dengan family kita.
tapi sebenarnya, kualiti masa dengan family kita itu, kita yang kita kene cipta sendiri.
even 10 minit pun, kalau kita dapat tumpu 100% masa itu untuk family kita, untuk pasangan dan anak2 kita, lalu kita bersyukur dengan 10 minit itu, itu lah kualiti masa yang sangat2 berharga buat diri kita n family kita..

sebab tu zura suka capture moment2 dengan insan2 kesayangan zura. sebab setiap masa zura rasa adalah masa berkualiti untuk insan2 kesayangan zura.

gitu lah kehidupan yang fana ini.

untuk weekend yang baru ni, of course zura ada ambil baaaaaaanyak gambar.
hehe.. kitorang pegi padang polo. dah biasa dah pergi situ tapi kali ni lepak kat port lain.
and yang sebenarnya, inilah first time zura explore betul2 padang polo itu.
tahu ada tasik tapi tak sangka kat area tasik tu sangat cantik dan sangat mendamaikan.


so here compilasi video dan gambar baru2 ni.. 




❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
 ðŸ’» fb: baizura bahar | vitally vitamin | bydura, 
 ðŸ“² sms|whatsapp 016-5952771, 
 ðŸ“§ email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 ðŸ’» visit: www.vitallyvitamin.com

Sunday, December 19, 2021

Bonding Time Dengan Putra Putri Di Padang Polo.

Hari-hari anak2 pujuk nak pergi taman. zura malas nya la hai nak keluar sorang2 bawak 5 orang anak ni.
padahal diorang request taman depan rumah ni je. bukan jauh pun.

finally, bawak juga anak2 ke taman. bukan depan rumah tapi kat padang polo.

since kami suka buat berkelah2, zura suggest kat suami kita breakfast kat taman hari tu. suami pun okey. so kira on lah!

sebelum subuh lagi zura dah bangun siapkan breakfast. just goreng bihun, samosa, potong epal n buat air teh je.

malam sebelum tu tidur lambat lebih pukul 12. sebelum tidur tu macam biasa lah zura akan makan oste dan resv untuk bantu zura dapat tidur yang lena. alhamdulillah mudah bangun pagi tu. 

lepas subuh, suami sambung guling2 kat katil, then suami tanya, dah masak ke breakfast? dah siap dah semua. tinggal nak mandi n siap2 je. selalunya suami akan teman n tolong zura buat breakfast. tapi lah kita kasi can lah suami tak tolong. 😃

maka, beriadah lah kami kat padang polo pagi tu.
alhamdulillah, dapat juga bawak anak2 keluar dari rumah dan berlari sana sini. asyik duduk rumah ngadap tv n computer je lah.

gambar-gambar buat kenangan.
















..

Promosi Disember 2021







❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
 ðŸ’» fb: baizura bahar | vitally vitamin | bydura, 
 ðŸ“² sms|whatsapp 016-5952771, 
 ðŸ“§ email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 ðŸ’» visit: www.vitallyvitamin.com