Showing posts with label diary harian putra. Show all posts
Showing posts with label diary harian putra. Show all posts

Review tentang supermarket Aeon Klebang Ipoh.


Dulu kakbee selalu hairan dengan orang2 yang shopping barang dapur kat Aeon.
Tak mahal ke?

Padahal dah orang tu mampu. Awat nak compare dengan diri sendiri yang kurang mampu.. Hihi..

Tapi kan, sejak Aeon dekat dengan rumah, kami pun sebenarnya selalu shopping barang dapur kat Aeon. 😄

Ada 3 faktor.

1. Sebab dekat. Jimat masa n minyak kereta.
2. Sebab sebenarnya ada je barang aeon yang lagi murah kat tempat lain.
3. Sebab Aeon selalu buat jualan half price.

Yang jualan half price tu lah yang kami selalu beli. Kadang2 lambat lagi tau expired date nye. N harga dia pun memang rasa worth it. Main ambil je barang sebab diskaun kan. Tup tup nak bayar, eh...apesal banyak kene bayar ni... 😄

Korang imagine lah.. Tepung segera nona yang kakbee selalu beli untuk buat kek ke, donut ke, brownies ke, harga asal dia rm12 lebih kurang, boleh jadi rm2 lebih... Haa tak ke meroyan kakbee nak beli banyak2.. 😄

Banyak lagi kami dah beli.. Time ni lah lupa nak bagi contoh kat kome.. 
Yang penting nye, expired date nya kadang2 lambat lagi.

Ada gak supermarket lain buat jugak. Tapi harga masih mahal n macam clearance stock aja. 


Moral of the story, dont judge book by its cover. Berkali2 kakbee ingatkan diri sendiri ni. Sila jangan bersangka2 dengan orang sebelum kamu mengenali hati budi nya..

Kantoi pulak ambil gambar masa anak soleh tu tengah makan kasut. 😪

..
Promosi Januari 2018:
Omega Guard beli 3 dapat 5% diskaun!
Ketahui adakah anda perlukan Omega?
Klik SINI.
Ketahui bagaimana Omega dapat bantu melegakan batuk?
Klik SINI.

love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 
 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Kak Bee Dapat Baby.

Rasa rindu sesangat nak ada baby kecik. Geram je rasa bila orang2 terdekat yang baru dapat baby. Ada beberapa orang kawan kak bee, adik ipar... tapi diorang semua jauh dari kak bee walaupun ada hubungan yang rapat... Ni yang paling dekat sekali.. jiran kak bee!
waa... bukan lah jeles ke apa. Just rasa best nya ada baby kecik comey. Tetiba je hilang ingatan tentang sakit kat dalam labor room. Rasanya melahirkan Fauzan yang paaaaaaaling gerun sekali. Tu pun berhajat nak beranak lagi. Memang tak pernah serik kak bee ni. 😋

okey. balik pada cerita jiran kak bee. anak dia yang terakhir yang kak bee tau, sebaya Fauzan. time ni kak bee perasan dia pregnant n kami beranak pun lebih kurang je due nya. kak bee tak ingat siapa beranak dulu. maksudnya, umur anak dia yang tu dalam setahun 6 bulan. and now, dah ada baby baru. wow!!
kak bee tak tahu pun dia pregnant. memang jarang jumpa n tak bersembang. kalau jumpa pun, dia dalam kereta sama ada nak balik rumah atau nak keluar. dok lambai2 gitu je lah. sebab jiran ni, selang sebuah rumah. jiran yang bebetul sebelah rumah kak bee, memang kerap bersembang dengan diorang. 
then satu hari,kak bee tengok kereta diorang laki bini ada je kat rumah. biasanya pepagi mesti dedua tak de pi keje. eh..deme ni tak kerje ke.. tapi tak lah sampai pi ketuk rumah diorang n tanya.😉
sampai lah satu hari, kak bee nak masuk kereta dalam garaj, nampak nurse keluar dari rumah dia. oooooooooooooooooo..patutlah.. ada baby baru. bila kak bee keluar kereta, dan dan lah dengar ada baby kecik comey menangis... alahaiiii...cair rasa.. 😄 terus rasa, nak baby! nak baby!

Nah! Seketul baby! 😍😍


serius rasa macam ada baby baru bila Fauzan botak. Comey amat budak ni bila botak..hehe.. okeylah..terasa lah macam ada baby baru. 😉

sebelum raya lagi kak bee nak botakkan dia. tapi simpan dulu untuk raya. and now baru berkesempatan untuk botakkan dia. kenapa nak botak,kan? saja je... nak bagi rambut dia tumbuh elok sekata.

masa cukurkan tu, Nailah ada sama. bila dah botak n papanya tengah trim2 lagi bagi licin, Nailah cakap...
"mama mama...macam baby boh!"
jenuh kak bee tangkap, apa dia nak sebut. rupanya, Nailah terbayang Baby Boss ni...


😄
ceredik sungguh la..
memang pun Fauzan jadi boss sekarang ni. sila dengar arahan Fauzan ye...hihi
comey sungguh bila tengok dia. bila menyusu, nampak kepala botak, rasa macam baby kecik. bila dia jalan terkedek2, macam nampak baby kecik tengah jalan..haha.. 
okey lah. kalau tetiba datang hangin kak bee nak baby lagi, kita botakkan je Fauzan ni. 😎

Jangan lupa ye..Dapatkan Offer Omega Guard, beli 5 dapat evoucher RM60 di SINI
Dan juga, kelebihan menjadi ahli shaklee sempena bulan Merdeka ni, di SINI !


love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info