Showing posts with label diary harian natrah. Show all posts
Showing posts with label diary harian natrah. Show all posts

100 Impian Kami

hati kakbee berbunga-bunga.
sungguh pun setiap hari kene jalani hidup yang sungguh memenatkan mental dan fizikal.
tapi bila kenang kan perubahan yang berlaku, kakbee gembira. 😊

bukan senang nak lakukan perubahan.
perubahan itu memeritkan.
kalau sebelum ni dah biasa jalani hidup yang diaturkan.
bila sampai masa kene aturkan hidup sendiri... argghhh sukarnya rasa!

selama ni bangun pagi ketika azan subuh berkumandang.
tak perlu fikir bagaimana nak peroleh income.
sebab hidup kita dah diaturkan.

tapi bila kene berubah untuk bangun disepertiga malam.
merintih merayu agar diberikan income, argghhh sukarnya rasa!
kerana hidup kita, kita perlu atur kan.

ya Allah dah aturkan semuanya.

kita hanya menjalani hidup berdasarkan apa yang Allah dah aturkan.


okey..tu intro je... hihi..
tak best lah menulis kalau terus straight to the point,kan.. 😊

to tell you all the truth..
kakbee punya personal background tak de pun yang involve dengan bisnes.
ada 2 orang makcik yang involve bisnes.
tapi kalau nak kata originality tu, tak de.

beza dengan husband.
bapak mertua rajin buat bisnes. jual macam2.
ada kedai depan rumah.
tapi, both anak dia (husband kakbee dan adiknya) tak suka bisnes.

emm....betul lah kan lagu Iman Adalah Mutiara by Raihan.
eh betul ke tajuk lagu tu?
salah satu liriknya, 


'Iman tak dapat diwarisi 
Dari seorang ayah yang bertaqwa 
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai'


so..sama lah macam husband kakbee ni nampak gaya nya...
abah suka bisnes, tapi anak tak folo pun...

jadi nya.. kakbee selalu doa, minta Allah bukakan hati suami untuk berniaga.
Sebab bagi kakbee, orang2 yang berniaga ni, jiwa nya besar.
Dia ada impian hidup.
DIa tahu apa yang dia nak dalam hidup ni.
Bukan sekadar menjalani rutin yang sama setiap hari..

Maka...alkisahnya bermula pada hari sabtu yang lalu..
kami sekeluarga pergi ke Taiping untuk servis kereta.
dalam kereta, putris as usual bising sembang isu semasa..
hal sekolah.. hal duit belanja.. hal nak beli coklat masa balik sekolah...
haihh... perempuan sangat..

bila masuk bab nak dapat duit, Natrah akan ajak kakak dia berniaga.
"kakak oh kakak.. kalau nak duit banyak, kita kene lah berniaga. jom kita berniaga nak?"

haha... πŸ˜„

thats a good sign indeed. 
yes! inilah yang kakbee nak terapkan dalam minda anak2, which is berniaga.
setakat ni kakbee belum lah detailkan lagi kenapa kita kene berniaga.
apa yang diorang nampak adalah, DUIT = BERNIAGA.

kakak pun jawab, "kakak nak berniaga apa ye?"

wow!!  😱ini lagi wow!.

sebab kakak putri ni dulu totally reject kalau kakbee ajak berniaga.

sekarang minda dia dah terbuka.

kakbee pun offer diorang, "nanti mama fikirkan apa yang kakak dan adik boleh jual"

diorang excited! mama lagi lah excited. 

dan..sepanjang perjalanan dari ipoh ke taiping tu, memang kakbee dan husband banyak cerita pasal berniaga.
selalu kakbee ngadap fon je.. tapi hari tu kakbee decide tak mo tengok fon n sembang2 dengan husband tentang banyak perkara.

kebetulan anak2 pun diam je. sebab semua kene bangun awal pagi, belum ada energy..
kalau tak, bising gila tau dalam kete.. kakbee tak boleh nak bersembang langsung dengan husband. sebab tak dengar..

okey...
tu cerita putris.
alhamdulillah...minda diorang dah mula terbukak untuk berniaga.😊

macam mana pulak dengan papa diorang?
masih skeptikal ke tak nak berniaga?

actually kakbee dah baaaaaanyak kali suggest husband untuk mula berniaga secara part time.

online.
dropship.
pasar malam.
pasar tani.

tapi tu lah.. 
hati manusia ni kan Allah yang pegang.
husband ada macam2 keinginan nak berniaga.
tapi belum berani memulakan langkah pertama.

but its okey..
kakbee tak suka paksa orang sebagaimana kakbee tak suka orang paksa2 kakbee.
biarlah orang tu buat something atas kehendak diri dia sendiri..

then malam tu, as usual, kami anak beranak akan spend time atas katil mama papa.
walaupun berbuih dah mulut kakbee minta kakak2 putris pergi masuk bilik sendiri, diorang mesti nak singgah katil mamapapa dulu..

so.. tengah lepak2 tu..
husband kakbee bagitau angan2 dia nak buat bisnes apa. kebetulan kakbee ada bagitau dia, kenapa kakbee nak sangat2 kaya raya jutawan dermawan.. dan reason kakbee nak kaya tu kiranya boleh relate lah dengan angan2 dia tu...

wahh...πŸ˜„
kembang kuncup kakbee rasa bila husband sebut "abang berangan nak buat........"

rahsia dulu lah ye... nanti dah jadi kakbee cerita apa benda nya angan2 husband kakbee ni..

kakbee rasa syukur sangat2..kakbee percaya Allah sedang makbulkan doa kakbee, nak suami miliki perniagaan yang sesuai dengan jiwa dia.. Dan Allah sedang aturkan 'perjalanan' kami menuju ke angan2 itu...
insyaAllah.. 😊

well...itu lah sebenarnya yang buat kakbee happy sesangat lately..
bila kakbee dapat ubah minda anak2 dan suami untuk berniaga.

mind set tu paling penting kene ubah sebelum memulakan perniagaan. kalau minda masih lagi berpegang kepada mesti makan gaji dan pencen untuk dapat duit seperti pemikiran kebanyakan mak ayah kita, kita tak boleh kemana2. dan kita akan terus stuck dalam minda yang begitu.

sebab tu intro kakbee tadi, its about perubahan. susahnya nak berubah jika minda kita tak berubah. mind set kene ubah dulu. teguhkan mind set atau pendirian, then insyaAllah kita tetap kan berpegang pada pendirian tu.

so malam tu, sebelum anak2 tidur, kakbee minta diorang tulis 100 impian saya.

dan inilah impian2 diorang...belum cukup 100 lagi. natrah baru 3. kakak ada 14. semuanya nak mainan dan barang2 baru je, padahal baru je beli kot.. haha πŸ˜„






love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 
 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Cara Mudah Buat Donut Lembut.



Cara mudah buat donut lembut ni memang mudah sangat. Sesuai sungguh dengan zaman sekarang ni yang serba serbi nak cepat, betul tak? Si Fauzan ni pun kalau nak apa2 semua nak sekarang jugak. Tak sabar sungguh.

So kat sini kakbee nak share cara mudah buat donut. Sesuai sangat dengan keadaan kakbee yang sibuk dengan kerjaya, rumah tangga dan 4 orang anak. Kakbee pun tak sure 4 orang tu kira ramai ke tak?πŸ˜„

Bahan-bahan:
1. Tepung segera Nona untuk Donut.
2. 40g butter.
3. 100ml air
4. 1 biji telur.
5. Yis segera. (dah ada dalam kotak tepung nona tu. So tak payah beli dah)


Cara buatnya:
Gaul semua bahan2 di atas sehingga menjadi doh donut. Tak payah pakai mesin pemutar. Pakai senduk sudah sebab nanti doh tu nak kene lenyek2 guna tangan. Lagi kuat lenyek lagi kenyal doh. Lagi kenyal doh, lagi lembut donut. InsyaAllah.. Bila doh dah gaul sebati jadi sebiji doh, perap jap selama 45 minit.

Bila doh dah naik, boleh la terap doh. 

Natrah tuntut janji kakbee. Kakbee janji bila dia dah sekolah, dia dah boleh tolong kakbee masak. So, redha je la.. 😊

Kadang tu kakbee tak tunggu doh naik pun. Doh naik sikit2 je then kakbee terus terap n goreng.

Okey je donut nya. Lembut je. Sebab tu kakbee rekemen kat korang yang busy gilaa then anak-anak nak makan donut pulak.

Nahh... Resepi ni memang mudah sangat. 😊

Teknik menggoreng donut kene betul. Kalau tak, hangit macam donut kakbee ni. Api kene banyak dan panas. Masukkan donut, kerap balik-balik kan supaya masak sekata dan cantik je warna ni.

Lepas dah angkat, boleh la taburkan gula halus. Boleh jugak buh toping coklat ke..Dan sedia untuk di makan. 😊

Kakbee tak buh pun gula mahupun coklat. Sebab kakbee tak nak rumah sepah2 dengan gula..hehe..

Tak de gula pun habis anak2 makan..alhamdulillah.. 😊

Kalau bubuh toping coklat, boleh gak jual 2 singgit kat diorang ni.. Ahaks!

Oh ye.. Hasil donut untuk sekotak tepung tu, seperti yang dalam pinggan tu. Cukup untuk kami 6 beranak makan. Kalau kurang ahli keluarga, maybe boleh sedeqah sikit pada jiran. 😊


love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Pengalaman Natrah Masuk Darjah 1.

Alhamdulillah..
Dah hampir seminggu tahun baru berlalu.
Selamat tahun baru semua... 2018.
Baru nak ucapkan kat anda semua..😊

Hari ni Jumaat.
4 hari dah Natrah mulakan sekolah darjah 1.
Seperti yang di jangka, dia happy sangat pergi sekolah.
Cuma masih liat nak bangun pagi.

Kakbee tak risau sangat pun sebab kakak dia ada.
So time rehat tu kakak boleh tolong tengokkan dia.

Masa sekolah agama, memang kakbee tak tunggu langsung.
Waktu rehat pun tak de datang tengok.
Tapi kat sekolah kebangsaan, kakbee tengok jugak dia waktu rehat.
Dia okey je.. Reti nak tuju ke mana untuk beli makan atau air.
Sebab dulu masa kakak dia baru masuk sekolah, dia dah survey dulu..hihi..

Kebetulan dia dapat sekelas dengan kawan dia masa tadika dulu.
So, berkepit je lah 2 bff tu...
Duduk dalam kelas pun sebelah-sebelah. Duduk belakang sekali.
Dah le dedua kecik comey je..

Em...
okey lah...kakbee ni kalau dapat menaip or menulis, memang gini le..
tak leh nak stop..hehe..

 just enjoy the photos.. 😊
sebelum mulakan first day sekolah.

balik sekolah agama. natrah tengah bye-bye kawan dia.

alhamdulillah untuk hari pertama di sekolah agama.

ni kat sekolah kebangsaan. on de way ke kelas. jalan pegang-pegang tangan dengan kawan dia.

duduk belakang sekali.

waktu rehat. bawak air susu. baby sangat..still minum susu..πŸ˜‹

ni hari kedua kakbee datang waktu rehat. hari pertama kakbee datang seorang je. hari kedua, papanya dah kerja, kena lah bawak baby2 ni sekali.

adik-adik pun sibuk nak makan minum time kakak natrah dia rehat. πŸ˜…

anak soleh ni sibuk tengok upin ipin dan kengkawan kat kantik sekolah.

alhamdulillah.. darjah satu dah natrah.

semoga natrah dapat fokus pergi sekolah untuk belajar dan berdisiplin.
dia ada agenda lain sebenarnya bila pergi sekolah. tu yang happy sangat dapat pergi sekolah.

apapun, semoga kakbee kuat untuk tarbiyah dia untuk tidak shopping gula-gula kat sekolah.. πŸ˜“
baru 4 hari sekolah.
culture shock barangkali..





love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Surat Penempatan Sekolah Putri Natrah.

waduh waduh.. tahun depan, 2 orang putri dah sekolah yang sebenar benar nya sekolah.
actually, tak de apa pun yang nak risaunya. sebab dah ada experien kan si kakak bersekolah. cumanya, bezanya nanti adalah, bila putris ada kat rumah, semua power puff girls bergabung.. πŸ˜…




sekarang ni, putri natrah sekolah tadika. 
so, dia tak bertembung dengan kakak dia sampai lah kakak balik sekolah petang. peak hour kak bee around jam 11 pagi ke 1 petang tu, dia tak ada. agak aman sikit rumah sebab selalunya yang mencetuskan 'peperangan' antara power puff girls ni adalah natrah. haha..
tawakal aje lah ye kak bee oii... 😊


tak abis manja dia ni. tak boleh tengok mamapapa peluk cium baby2, dia pun sibuk menyendeng2 minta di peluk cium. jeles tak abis lagi. berebut dengan baby2 nak baring or duduk sebelah mama. kalau tak dapat, nanges lah keje nye. perangai dia lebih kepada baby2 instead of seorang kakak. tapi, agak indipendent orangnya. emm...

alhamdulillah...dapat sama sekolah dengan kakak. 
actually kak bee terlupa nak daftar kan dia. dah lambat jugak pi daftar. lepas tu, ada satu waktu tu kecoh kene isi borang online untuk dapatkan sekolah yang kita nak. kak bee tak buat pun sebab masa kakak putri dulu tak de pun kak bee isi borang online. just submit borang yang di ambil dari sekolah je. tu yang kak bee pun buat tak tau je la bila kengkawan sibuk2 isi borang tu. bila dapat surat ni, alhamdulillah....syukur sesangat dapat sekolah sama kakak. 😊

ok.sekarang mama putri excited nak shopping barang sekolah! πŸ˜ƒ
.
 Jangan lupa ye..Dapatkan Offer Omega Guard, beli 5 dapat evoucher RM60 diSINI ! Dan juga, kelebihan menjadi ahli shaklee sempena bulan Merdeka ni, di SINI !




love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Little Haji Putri Natrah

Tahun ni, LC buat program yang sangat best.
Little Haj Program.
Masa ticer bagitau ada program ni, kids dah excited dah..
masa tu belum tau tarikh, tapi dah tau bulan 7.
so kami ni asyik lah sebut yang adik nak pegi haji bulan 7 ni..
kakak putri pun excited sama walaupun dia tak pergi. πŸ˜‰

bila dah keluar tarikh, eh..terkena pulak time nenek n atuk datang rumah.
tapi sempat lah natrah main2 dengan sepupu2 dia.
sebab, natrah kene tido kat sekolah pada hari ahad malam isnin tu.
malam yang kitorang pergi bulatan amanjaya. 
tu yang natrah tak join tu..

masa nak hantar natrah ke sekolah, sayu sangat tengok muka dia.
macam nak nangis je.
mamapapa pun rasa syahdu gak.
bukannya adik tak pernah berjauhan dengan mamapapa.
adik selalu je ikut opah balik kampung.
tapi kali ni, maybe sebab nak tinggalkan adik dengan orang yang bukan keluarga.
feeling nya lain macam sikit.
tapi mamapapa percaya, Allah akan jaga adik, kawan2 dan ticer2..

esoknya, around jam 3 petang, adik dah balik sekolah dah...
alhamdulillah... lega mamapapa..

ni gambar2 yang ticer adik kirim kat mama..
tq ticer.. 😊
mama lupa je nak belek fb page sekolah adik..






best nya adik dah gi haji! 

balik tu adik kepenatan sungguh.
papa kata, mana lah tak penat. orang pergi haji berminggu2, adik pergi haji sehari je.. πŸ˜‹



love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Rumah Terbuka Little Caliph Tadika Mesra Qaseh.


Teruja tahun ni dapat jemputan Open House kat tadika putris.
😍😍

Tak banyak kak bee nak cerita. Just enjoy the photos lah ye. Gambar pun tak banyak, sebab putra fauzan meragam sikit malam tu.. 😊

Ye..saya meragam malam tu.. πŸ˜„

Meriah..dengan lagu raya nya..juadah sedap2..gigih ticers masak sendiri semua.. Salute lah.. 😊

Putris dan rerakan.

Putri nailah nak sekolah sini jugak ke nanti?

Kids with ticer ira. Ticer kakak putri yang pertama sekali. Lemah lembut sangat orangnya. Kids semua sayang ticer.. 😊

Kami nak bergambar jugak.. πŸ˜„

Natrah bersama salah seorang besfren dia, hana.

Natrah bersama ticers yang selalu jemput dia di pintu pagar. 😊

Putris happy sangat jumpa kengkawan. Papa putris pun relax je tak rushing nak balik.. 😊
Mama putris je yang nak balik cepat sebab dah penat. Nak tido..haha

love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Bila Rindu...


Hari tu balik kampung suami.
Mak mertua ada keluarkan album lama, gambar habibi masa kecik2 dulu.
Sempat la saya tengok sekeping 2 gambar habibi..
Pastu dah kene simpan sebab saya sibuk dok layan my fantastic 4 tu...huhu..

Putra ni, persis papa dia masa kecik..
bentuk muka, rambut, dahi jendol..



Bila rindu papa putra pergi kerja, saya tengok putra lama2... (^_^)
Bila rindu nak peluk papa putra, saya peluk putra lama2... (^_^)
Bila rindu nak kiss kiss papa putra, saya kiss kiss putra banyak kali..hehe... (^_^)
Over tak? hihi..

Putra ni selalu bangun awal.
Waktu kakak2 dia sibuk nak ke sekolah, dia pun sibuk gak nak bangun.
So, setiap pagi, kakak2 dia akan kerumun dia dan tengok je dia tanpa buat apa2.
Saya suruh sambil pakai baju sekolah pun tak boleh.
Nak tengok baby putra katanya...
emm.....

Pagi tadi, 
diorang berdua berbincang sambil perhatikan putra..
Diorang bincang pasal 'telur'.. 
Natrah dah pandai sebut telur putra.
Selama ni diorang sebut sama macam perempuan punya.
Saya pun iye kan je sebab malas nak jawab 'kenapa' kakak putri.
Natrah cakap, dalam pampers putra ada telur..
kakak dia kata, 
"hei...mana ada lah..putra mana ada bertelur..kalau ayam ke, bertelur la..burung pun bertelur..."
ngeee~~~~~
malas nak ambil port perbincangan diorang... ;P





love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info


Selamat ber'tadika' Putri-putri.

Alhamdulillah..
Setelah berhari2 keliru nak hantar putri2 ke tadika mana tahun depan, akhirnya terjawab jugak kekeliruan ku..

Bincang2 dengan habibi semalam, sambil tunjuk list yuran putri untuk tahun depan, habibi decide nak tadikakan diorang kat tempat yang sama.
Habibi pun suka tadika lama putri.

Kebetulan hari ni open day untuk pendaftaran murid2 tahun depan, kitorang pun decide untuk daftarkan kedua2 nya hari ni..
Untuk booking tempat, boleh bayar rm500 dulu..
Lepas tu, boleh bayar ansur2 sampai lah bulan 12 nanti.
Tak la rasa beban sangat untuk bayar lumpsum..
Alhamdulillah..lega rasanya..
InsyaAllah..rezeki anak2 sentiasa ada.
Yakin dengan janji Allah...
(^_^)


Selamat ber'tadika' ye putri2 mama..
Semoga putri2 lebih erat dan tak gaduh2 lagi lepas ni..
Maybe nak kene teacher yang pesan jugak barulah korang nak dengar cakap, kan..
Kalau dengan mama, cakap sejuta kali pun tak jalan...
Sabo je lah...
(^_^)

love,
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

...
Pesanan penaja:
Suplemen terbaik untuk support perkembangan otak diorang adalah OMEGA GUARD SHAKLEE.
Maksud suplemen adalah makanan tambahan.
bukan ubat.
tapi makanan.
sama macam kita bagi anak2 kita makan scot emulsion ke atau vitamin2 lain.
yang membezakannya adalah jenama.
pilihan saya semestinya OMEGA GUARD SHAKLEE.
(^_^)

berminat untuk anak anda?

Hubungi saya seperti nombor telefon di atas...
(^_^)