Bye bye 2022, Welcome 2023!

Cuti akhir tahun + awal tahun kali ni paling best untuk dikenang.

kali ni cuti new year jatuh pada hari ahad. so isnin tu cuti. dan kebetulan atuk nenek nak pergi umrah 15hb januari 2023 nanti, atuk nenek buat kenduri doa selamat pada 31hb disember 2022 bersamaan hari sabtu.

anak2 dah cuti sekolah seawal minggu ke2 disember lagi. tak sabar betul nak balik melaka!

menghitung hari je tunggu hari khamis minggu terakhir disember nak balik melaka. :)

sampai hari khamis, as usual, mama sebagai pengurus rumah tangga akan siapkan bekalan lunch n dinner kita sepanjang musafir.

breakfast masak untuk makan kat rumah. lunch pulak kali ni papa tolong mama masak ayam vanggey. sedap weiii... ayam vanggey tu mama papa dah masak malam sebelum tu. so pagi khamis tu tinggal nak panaskan balik. pastu mama masak burger untuk dinner kita. 

awal2 dulu mama nak kene siapkan bekal tiap kali nak musafir, memang merana rasa. haha..

dah la mama tak suka masak, pastu nak kene masak laju2 pulak. memang stress. tapi actually papa pun bukan jenis push2 suruh cepat2 siap. biasanya pagi2 bila nak musafir pun kita akan santai2 je bersiap. papa tak tetap kan dateline pukul berapa nak gerak. mama siap masak n siap bersiap, okey jalan...


suasana dalam kereta tiap kali travel

ada kerja sekolah katanya




so far so good lah bila bawak bekal sendiri ni. sampai rnr, kita terus bukak bekal kita dan makan. tak perlu nak beratur beli makanan dll. and mama papa ni sebenarnya lebih kepada berjimat cermat. papa paling pandai jimat cermat especially bab makan. mana2 yang papa teringin nak makan, nanti papa google resepi, then papa ajak mama masak sama2. 

mostly semua menjadi. pastu tak de dah teringin nak makan benda tu dan start lah bertambah menu masakan mama papa tiap hari untuk kita sekeluarga. begitu lah kekdah nya papa korang... :)



begitu begini, pukul 9 malam sampai rumah nenek. nenek kat surau belum balik lagi. rindu betul dengan nenek n atuk. happy sangat muka nenek n atuk tiap kali kita balik rumah atuk nenek. mak ayah mana lah tak rindu kat anak yang jarang2 dapat balik kampung ni kan.. :)


Jumaat:

kita tak kemana2 pun. fauzan dan fathan ikut papa, atuk, pak lang dan pak su pergi solat jumaat. balik solat, masing2 bawak satu cup besar pop corn! wahh.. happy betul diorang. yang tak pergi solat jumaat ni pun tumpang happy dan tumpang makan pop corn diorang... hehe :) fauzan sampai masam muka pop corn dia kene share makan. haha...pastu dia bawak lari pop corn dia tak bagi dah orang makan. ;P



Sabtu:

Hari kenduri. semua pakat bangun awal dan mandi awak. pagi2 team lelaki susun atur meja n kerusi. team perempuan pulak siapkan breakfast n potong memotong mana yang patut. nenek upah catering. nasi tomato. kek2 ramai yang sponsor. mama sponsor acar buah maQwa. - brand mama sendiri. hihi...

lepas setel set up meja dan kerusi. sempat main carrom se round.

penjaga makanan.

bersama keluarga kawan atuk nenek. ukhuwah fillah selamanya.

nenek bersama kawan nenek, mama panggil cik norbee.

saudara mara sebelah atuk. 



alhamdulillah... ramai yang datang. sedara mara sebelah atuk pun dah ramai sebenarnya..

selesai majlis, lega rasa dan sangat penat. nak baring2 n tidur je rasa. so, malam tu melepak je..
budak2 ni tak de rupa penat langsung. padahal pagi bangun awal - tak tidur siang - and main je sepanjang kenduri .. ni malam sambung main lagi.. haihh..

cucu-cucu cilik atuk nenek makan malam berjemaah.


nak dekat pukul 11 malam, tiba2 papa kata apps mcd ada promo untuk kopi dia. papa terus ajak mama keluar pi mcd. hehe... maka, tinggal lah korang semua, mama papa pi dating minum kopi kat kat mcd celebrate new year 2023. :)



balik rumah, semua dah kene kerah pi tidoq.. hehe...

malam tu terkebil2 mama tak leh tido. layan netflix lah alang2 rumah nenek ada netflix. scroll2 cerita, terjumpa cerita ni. - The Silent Sea. - macam best. tengok2 ada 8 episod. em... boleh ni layan sampai pagi. kalau tak sempat habis, cari lah kat drama cool sambung tengok. hehe...
sampai pukul 4.30 macam tu, berjaya habis 5 episod. ;p

best!


mama kene tido jugak walaupun berhajat nak terus layan. sebab nanti atuk bangun nak pegi surau, kang kantoi tak tido pulak. malas nak bersoal jawab dengan atuk. ;p


Ahad:


Bersiap2 lah kita nak balik ipoh. bye bye atuk nenek. nanti kami balik lagi ye... 15hb nanti kita jumpa kat klia.

awat nenek lagi kurus dari mama ni?! ;)

alhamdulillah atas kurniaan keluarga ini.


mama request kat papa nak singgah rumah mak ngah, nak ziarah pak ngah yang exciden hari rabu - mak ngah tak dapat balik kenduri ni.. sobss - dan nak jumpa mak ngah of course. the only blood sister mama. baik buruk dia, dia tetap satu2 nya blood sister yang mama ada. and of course sayang yang tak berbelah bagi kat kakak mama yang sorang ni. :)

sepanjang papa drive kali ni, mama banyak tidur dalam kereta. selalunya kalau mama tak cukup tido pun mama akan teman papa drive. tapi kali ni, mama macam tak berani nak tengok depan. 1 sebab dah lama kita tak jalan jauh. 2 sebab selalu sangat tengok video2 xciden kat fb dan ig. mama jadi seram. so, tido je lah.. haha...

kita lunch kat rumah mak ngah. bestnya dapat jumpa kakak mama...

masa baru sampai.

masa dah nak balik. wefie sikit.

sengal sikit mak ngah ni. haha



lepak2 sampai pukul 6, kita gerak balik ipoh. mama sambung tido.. haha... 

banyak kali berhenti rnr. 


kita sampai rumah around pukul 10 malam..
alhamdulillah.. kita selamat pergi dan pulang. syukur alhamdulillah..

pengakhiran tahun 2022 dan permulaan tahun 2023 yang menggembirakan mama. mama harap sangat tahun 2023 ni mama dapat berbakti banyak2 buat atuk nenek dan keluarga kita. setahun dah mama cuti dari episod yang mengerikan mama tahun 2021 yang lalu. tahun ni kene move on betul2. doakan mama!