Showing posts with label kisah putra Fauzan. Show all posts
Showing posts with label kisah putra Fauzan. Show all posts

Tuesday, September 01, 2026

Fauzan! Kemas bilik....

pak long nak datang!

yey!! abang aku merangkap pak long anak2 aku nak datang rumah. last abang aku berkunjung rumah aku, seingat aku lah, abang aku nak gi langkawi dengan wife dia. tu la kot... aku ni pun dah banyak memory lost.. adoii..

siapa2 je yang akan berkunjung ke rumah aku, aku akan bagi tidur kat bilik boboiboy. kalau lebih 1 family, family seterus nya tidur bilik gegirl. lebih lagi, tidur bilik opah kat bawah. kalau lebih lagi, terpaksa lah tidur ruang tamu.. hehe.. tapi belum ada lagi yang tidur ruang tamu. anak2 aku yang kene tidur ruang tamu adalah...

so, aku pun suruh lah fauzan dan fathan kemas bilik diorang. lepas diorang kemas bilik tu, diorang pun datang bilik aku nak buat laporan.

"mama..zan dah kemas bilik. mama tengok lah...zan rasa macam bilik pameran je..."
dia punya excited dia dah kemas bilik.

okey lah mama pi tengok walaupun waktu tu mama tengah malas2 dengan pak hang.. kacau daun betui.


kome tengok lah video tu.
anak2 patung dia susun elok2 situ.
buku2, dia susun tak nampak tajuk.
lego yang Han dah rekabentuk, dia susun kat meja.
kad2 boboiboy deme susun kat meja.
itu lah definisi KEMAS bagi deme.
patut pun fauzan rasa macam bilik pameran sebab dia nak pamerkan barang2 dia kat bilik dia.
aku puji je lah time tu untuk appreciate usaha deme kemas bilik. 😀

tapi pastu, kakak2 dia tolong kemaskan semula semua.. 😊
pak long datang nak tidur je zan oii.. 
aku pun tak sempat nak bawak keluar jenjalan.
maghrib tu abang aku sampai. malam makan homecook. pastu deme pun nak berehat.
esoknya lepas breakfast deme dah nak gerak balik.
sat je... tapi alhamdulillah.. aku happy sangat abang aku n kak ipar aku sudi bermalam kat rumah aku..
kakak pun happy. 
"dah lama tak de orang datang rumah kita...." kata dia.

anyway, ni aku belanja gambar keluarga aku dan keluarga abang aku.
taken sebelum abang aku pulang...


--------------
❤ LIFE, ❤ SHAKLEE! 
 📣 klik untuk order shaklee. 👇👇👇
daftar ahli untuk dapat potongan harga 10%-20% untuk setiap produk.












Wednesday, August 19, 2026

Ni Port Fauzan

ni port fauzan bila makan.
dia akan duduk kat bawah sambil riba pinggan dan menyandar kat kerusi tu.
ni jugak port dia baring2 lepas balik sekolah pagi.

hari tu, dia balik sekolah, baring2 kat port dia, lepas tu tertidur. bila dah nak kene pergi sekolah agama, aku pun kejut lah dia. dia macam biasa, terkejut. blur blur..

pastu aku suruh dia makan nasi sebab dia tak makan lagi.
dia pun pergi ke meja makan, mundar mandir then pergi balik kat port dia, duduk bawah.
aku biar jap dalam 2-3 minit.

pastu aku tanya dia, "zan buat apa?"
dia jawab dengan confident, "makan!" sambil tangan dia suap ke mulut.
"mana pinggan?" pinggan tak de weii.. dia buat gaya suap je weii.. haha
dia tengok riba dia dengan muka blur blur, pastu dia jawab, "eh... ha ah laaa...."

hahadoi.. zan zan..
kesian jugak kan.. baru je nak tidur, dah kene kejut.
kan dah mamai2 dia ingat dia dah ceduk nasi. 😉



--------------
❤ LIFE, ❤ SHAKLEE! 
 📣 klik untuk order shaklee. 👇👇👇
daftar ahli untuk dapat potongan harga 10%-20% untuk setiap produk.

Tuesday, June 28, 2022

Memori Putra Fauzan Main Bola Sepak.

Satu hari, cikgu fauzan mesej kat grup, ada Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Kawasan Tambun. mama macam wow.. budak2 ke yang main? macam best je..

lepas tu, cikgu pun mula pilih player2 pasti al-aisar. cikgu senaraikan nama anak2 pasti al-aisar yang terpilih. eh.. ada nama fauzan lah! excited mama. 😍

maka, 2 minggu itu fauzan ada latihan setiap hari. tiap hari kene pakai baju suka. balik rumah mesti kepenatan. lagi2 si fathan tu. walaupun bukan dia yang terpilih.. hehe...

lepas 2 minggu berlatih, tiba lah hari yang di nanti-nanti kan.

cikgu minta berkumpul kat sekolah seawal 7 pagi. then pergi sendiri sama-sama dari sana. kira macam konvoi lah.. eh lupa nak kabo, lokasi nya dekat Extreme Park (Sunway City Ipoh). tapi papa hantar fauzan dulu, ikut cikgu pergi sana. mama dan kakak2 menyusul kemudian.





anak2 dah sampai Extreme Park.

mama excited sangat nak tengok fauzan main bola ni. walaupun kat rumah jarang sangat2 nak pasang game bola, alhamdulillah fauzan terpilih jugak. merasa lah mama datang extreme park ni tengok orang main bola. haha...

actually, macam ni lah life mama masa mama kecik2 dulu. datang event sukan2 ni dah macam menggamit memori childhood mama. mama happy sangat. 😍😍

dulu2, atok aktif larian jarak jauh. jogathon, marathon n lumba jalan kaki. masa paksu kecik lagi, jarang lah mama n adik beradik mama ikut atuk. tapi bila paksu dah besar sikit, baru lah atuk selalu bawak mama n adik2 n nenek ikut atuk pergi larian. kalau kat ipoh, memang akan ikut. kalau luar ipoh, pernah jugak atuk bawak tapi jarang lah.

atuk pun ada jugak main bola. pernah jugak mama, adik2 mama n nenek ikut. berkelah tepi padang ipoh tengok atok main bola. so mama nak cakap, 'kerja' menunggu game habis ni adalah apa yang mama lalui zaman childhood mama. 😊


masa sampai sana, ramai sangat dah orang. parking pun tak de. tapi mama suka suasana itu. hehe...

okey lah. dah dah la cerita pasal mama kan. so ni mama share memori2 fauzan main bola. 😊

























Gambar random mama bubuh. ada gambar dari mama sendiri, dari cikgu2 n dari parent lain.

ni paling mama tak tahan.. excited sungguh la hang masuk court. nak main lari2 je keje nya.. 😄

Part 1

Part 2

Adoi lah... tapi memang enjoy sangat mama tengok hang. haha...
satu gol pun tak de. 😜
fauzan kata, bila lawan dengan kawan2 dia, ada je dia score gol. tapi bila lawan sekolah lain, tak dapat pun gol. susah. haha...

yela.. sekolah PASTI lain mama tengok memang main betul2. bukan main-main...
coach dia pun garang bukan main.

ada sorang budak ni, memang tere n ada gaya player berjaya satu hari nanti. seronok tengok dia main. tak ingat PASTI mana. tapi mama ingat jersey dia warna merah no 9. lupa pulak nak ambil gambar n video dia.

tak pe lah kalah pun. semua ni memori buat fauzan. mama tolong coretkan kat sini... 😊

lepas ni mama beli bola, kita training main bola, okey! 👌

time ni perlawanan persahabatan.

...
update:
ngam2 mama publish entry ni, FB PASTI TAMBUN update post pasal kejohanan ni. and mama jumpa anak soleh yang tere main bola tu! anak soleh itu yang pegang hamper tu. Terbaik dik. 💪

gambar dari facebook. PASTI KAWASAN Tambun. Post asal di sini >> https://www.facebook.com/682895318387223/posts/5525286424148064/




❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin  
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Monday, February 28, 2022

Putra Fauzan Positif Covid

Anak soleh ku tewas jua.

Bismillah..
Jumaat hari last sekolah, balik tu zura ambil dia, dia mengadu sakit kepala n lenguh kaki.

Zura suruh baring n rehat. Then zura hantar nailah n ambil kakak2 balik sekolah. Dia tak ikut.

Sampai rumah, dia rengek2 dah. Zura check dahi, panas!

Minta dia buat saliva test, tak nak. Dah lewat petang baru buat.

Time tu zura tengok result 1 line je. Esok nya zura tengok sekali lagi, eh lagi satu line samar2 lah.

Okey lah. Memang dah expect sebenarnya. And terima dengan redha.

Dari jumaah tu dah isolate dia kat bilik dia.

So sabtu tu dah kira confirm dia positif, papa set up computer kat bilik dia.

Happy lah dia dapat main game n tengok youtube sampai malam. 😄

Ye.. Siapa kuarantin memang dapat kelebihan itu kat rumah ni..hehe..

Yelah.. Nak bagi happy tak boring.

Demam dah kurang hari ini. Tapi bangun tidur tadi dia mengadu sakit tekak.

Lepas mandi dia kata dah tak sakit. Zura minta dia kumur dengan listerine.

Buat masa ni zura just bagi dia ubat demam n hero kiddo saja.

Herbal blend untuk massage kalau sakit kaki n sakit kepala.

And kumur dengan listerine.

Tengok esok isnin macam mana. Kalau masih demam n batuk, bawak lah pergi kk nanti.

Semoga fauzan n kawan2 cepat sembuhnya.

Elok lah cuti sekolah baru nak kuarantin kan..😄
InsyaAllah sempat sihat nak masuk sekolah 6 tahun nanti. 💪🏼💪🏼💪🏼

Biiznillah...


Dia susun elok2 air, ubat n vitamin dia.


Record dari hari Jumaat.

Seronok lah dapat conquer computer sorang2 dari pagi sampai malam. 



Monday, December 28, 2020

Check Buku Nota Putra Fauzan.


.
Semalam sebelum tidur fauzan pot pet pot pet pasal buku dia. Mata mama dah separuh dah.. Emm kan aja. 😆

Sebelum tu dia lepak bilik kakak2. Rasanya kak natrah dia yang banyak lukis n tulis kan untuk dia.

And rasanya ada jugak part2 yang dia tulis sendiri.




Yang pasti, lukisan kat kertas a4 part last sekali tu memang dia yang lukis.

Malam tu sebelum tidur, dia minta nak lukis. Dia bukak lampu meja, dia lukis sambil mulut pot pet pot pet cerita kat mama yang dah baring, tentang apa dia lukis. 
Tak ingat dah lah apa yang dia explain sebab brain mama dah melayang2 di udara dah.. 😂

❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! -
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 
 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 

Thursday, December 17, 2020

Fauzan Heart Broken? 💔


Mama lepak dapur.
Fauzan datang n cakap..
"Le nak kencing je..."
"Mandi sekali!"
"Tak nak. Le nak kencing je!"
"Mandi sekali!"
Bergaduh anak beranak. 😄
Sambil dia rengek2 tak mandi, dia bukak jugak baju n mandi.
Keluar bilik air. Muka masam.
"Tapi Le tak nak kencing pastu mandi. Le nak kencing je...." Muka masam
"Haihh... Dah mandi pun. Nak bebel apa lagi?"
Cepat2 pergi bilik pakai baju.
Mama masih kat dapur. Kat breakfast Counter.
Nampak dia datang dari depan dah siap pakai baju.
Dia pegang kertas.

Dia sampai dapur, terus dia letak kertas ada lukisan ni atas breakfast Counter.
Lepas tu terus pergi.
Muka masih masam.
5 minit lepas tu, dia datang
peluk
mama... 🥰
"Tapi Le nak kencing je.. Tak nak mandi..." Cakap dia sambil
peluk
mama.
Tak habis2 lagi. 😅
Now dah happy semula.
So, kira cancel lah heart broken, kan...😆