Kisah Nabi Ayob: Bagaimana Nabi Ayob Berdoa Setelah Ditimpa Ujian Allah.


Belajar kisah Nabi Ayob hari ini dari ustaz Elyas Ismail. Tentang ketabahan Nabi Ayob disaat ditimpa ujian bertubi-tubi oleh Allah s.w.t


Nabi Ayob seorang nabi yang sangat kaya raya. Nabi Ayob ada banyak tanah, haiwan ternakan n tanam tanaman.


Bila kita ini ada kelebihan dan kekayaan, pasti ada pendengki yang dengki dengan kelebihan dan kekayaan kita. Nabi Ayob juga tak terkecuali. Siapa yang dengki pada Nabi Ayob? Pendengki itu adalah Iblis.


Lalu, Allah menguji Nabi Ayob dengan:

  1. Kehilangan harta benda sekelip mata.
  2. Kehilangan 12 orang anak serentak.
  3. Ditimpa penyakit.
  4. Difitnah tidak ikhlas dalam ibadah, sebab itu Allah turunkan ujian.


Apa yang Nabi Ayob buat dan bagaimana caranya Nabi Ayob berdoa setelah diuji bertubi-tubi oleh Allah?


  1. Nabi Ayob menggandakan lagi amalannya setelah diuji.
  2. Nabi Ayob tidak berdoa memohon Allah kembalikan semula segala hartanya, tidak memohon di beri anak lagi atau disembuhkan penyakit nya. 
  3. Kecuali jika ujian itu boleh mengganggu hubungan Nabi Ayob dengan Allah, baru lah baginda akan ‘meminta’.
  4. Tetapi, Nabi Ayob sekadar mengadu; Ya Allah, aku kehilangan harta ku, Ya Allah, aku kehilangan anak2 ku, Ya Allah, aku sedang ditimpa penyakit.
  5. Kemudian, Nabi Ayob sekadar bermunajat kepada Allah; Ya Allah, Kau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan tak ada yang lebih penyayang melainkan Kau Ya Allah. 
  6. Tindakan Nabi Ayob ini menunjukkan betapa tingginya sifat rendah diri baginda terhadap Allah s.w.t.
  7. Baginda sangat malu ingin meminta-minta kepada Allah kerana Allah dah bagi banyak sangat nikmat pada baginda.


Begitu lah mulianya sifat Nabi Ayob ketika berhadapan dengan ujian yang sangat-sangat berat untuk ditanggung, yang kita boleh jadikan panduan dalam hidup kita.


Hidup kita sendiri tak pernah lari dari diuji. Dan ketika kita diuji itu lah sebenarnya iman kita diuji.


Mudah-mudahan, kita diberi keimanan dan kesabaran yang tinggi seperti Nabi Ayob apabila kita diuji.


Pesanan ustaz diakhir rancangan, lakukan lah 4 perkara ini apabila diuji:

  1. Susah macam mana pun situasi kita, tetaplah taat kepada Allah. Solat jangan tinggal. Aurat sentiasa jaga.
  2. Kene kecam, kene kutuk, kene hina ketika kita sedang menyebarkan kebaikan, jangan terkesan. Tetap istiqamah dengan perjuangan kita. Berada dalam jemaah agar saling sokong menyokong.
  3. Jangan fikir dengan apa yang kita hilang hingga mengganggu ibadat dan kehidupan kita, tapi fikirlah tentang apa yang kita sedang miliki dan muhasabah dengan semua yang Allah telah dan sedang beri pada kita.
  4. Jangan pernah tinggal doa. Ini adalah doa Ummu Salamah yang diajar oleh Nabi yang kita boleh amalkan:


“Ya Allah kurniakanlah ganjaran pahala disebalik musibah yang aku terima yang menimpa aku ini ya Allah. Dan berikanlah ganti terhadap apa yang aku hilang ini ya Allah. Ya Allah kurniakan lah kesabaran buat kami semua, kurniakanlah ketabahan dan hati yang redha dalam sahabat-sahabat kami menghadapi ujian dan musibah yang menimpa mereka ya Allah. Ya Allah, jadikanlah kami, hati kami dan sanubari kami seteguh dan sekuat Nabi Ayob a.s dalam menempuh dugaan kehidupan ini ya Allah. Dan jadikanlah jua kami seteguh sekuat sesetia hati isteri Nabi Ayob a.s khidmat untuk suaminya walau suaminya dalam keadaan yang susah. Hanya Kau ya Allah tempat kami memohon pertolongan, tempat kami memohon kekuatan ya Allah.”


Aamiin. Ya Rabbal’aalamiin.

Sumber: 
TANYALAH USTAZ 2022:
( 13 JANUARI 2022 | 10 JAMADIL AKHIR 1443H )
MODERATOR: DA’I HADHARI
PANEL: USTAZ MOHD ELYAS ISMAIL
TOPIK: SIRAH - KISAH 25 RASUL: NABI AYOB AS

Saksikan video penuh di sini >> https://fb.watch/avCmD6-RfR/