Little Caliph Trip to Petting Zoo, Lost World of Tambun

Seminggu sebelum trip ni, Nailah asyik sebut ticer suruh pergi Zoo Tepen je tiap kali balik sekolah. Zura dok ingat dia ajak pergi zoo taiping. haha..

di hari kejadian, papa pakaikan tudung dia pagi tu. serkup ke depan. haih..

ni gambar-gambar yang ticer dia send kat group. simpan sini buat kenangan. nanti dia dah besar sikit, boleh tunjuk kat dia.













love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.
 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771 
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Pengalaman Menggunakan IUCD

hi n assalamualaikum.
lama tak jenguk blog ni. sekarang ni zura lebih kerap update life zura kat facebook. tu yang agak bersawang dah blog ni. boleh add friend atau follow fb zura,k. ada link kat tepi blog ni.

update zura sekarang ni, alhamdulillah zura sekarang ni seorang mama beranak 5. anak-anak semua sihat cukup sifat, alhamdulillah. so hari ni zura nak share pengalaman zura memasang IUCD.

actually, zura tak ambil perancang masa anak first sampailah yang ke 3. masa tu rasa tak nak ambil sebab tak nak tubuh ni di'tambah' apa-apa. bila beranak yang ke 4, baru lah zura decide untuk ambil. zura guna depo iaitu suntikan hormon setiap 3 bulan.

ada dalam 3 kali cucuk kalau tak silap zura. lepas tu zura decide untuk stop atas sebab tertentu. sepanjang ambil depo tu, period zura langsung tak datang. emosi rasanya okey, masih under control. berat badan pun okey, tak menggemuk. masih kurus. so far, serasi lah dengan zura cuma period je yang tak datang. dan yang penting, berkesan, alhamdulillah.

lepas 2 bulan stop depo, period zura datang. and the next month nya, zura pregnant pulak. hehe.. so, lepas lahirkan no 5, zura decide nak cuba IUCD pulak. actually, sebelum ambil depo tu lagi zura berbelah bahagi nak ambil depo atau IUCD. zura tak nak ada benda dalam rahim zura. and my real concern sebenarnya adalah, tak mengganggu ke nak bersama suami. haha

time tu lagi zura dah tanya kawan-kawan yang pakai IUCD. siap ada yang tunjuk alat dia yang dah di keluarkan. hehe. but then, zura decide untuk depo pulak. sebab zura tak dapat jawapan yang boleh buat zura rasa senang dan tenang nak masukkan something dalam rahim zura.


gambar ehsan dari google.


apa yang buat zura tekad nak pakai IUCD?
masa tu check up Fathan sebulan. as usual, nurse akan tanya ibu nak ambil perancang apa? so zura bagitau lah nak cuba IUCD. nurse tu terus ambil kertas dan pen. dia lukis gambar rahim. then dia explain kat zura sambil dia tulis.

simple je explaination dia tapi buat zura yakin nak guna. dia tunjuk lah kat mana alat tu akan dipasang. so, bila sperma masuk dalam rahim, alat ni akan keluarkan cecair yang akan mematikan sperma.

lagi nurse bagitau, dia takkan ganggu langsung bila bersama suami sebab kedudukan alat tu kat dalam rahim, tempat baby. kalau kita pregnant pun, tak de nye sampai terkena baby kan? gelak kami masa tu..haha. lagi nurse ni bagitau, kebarangkalian untuk hamil sangat-sangat rendah. boleh kira la berapa orang je yang pregnant walaupun pakai IUCD ni. dan last sekali dia bagitau, period akan datang macam biasa.

gitu je nurse explain siap gambarajah. simple tapi cukup buat zura faham dan yakin dengan keputusan zura. :)

so, balik ipoh, zura pun buat appointment untuk pasang. 1st appointment, masa tu zura baru 3 bulan lepas melahirkan. zura masih seghiau lagi sebenarnya kalau kene godek bawah ni. tapi gagahkan diri jugak. masa tu, ada sakit sikit2 kat bawah, macam ada keradangan. zura bagitau doktor, doktor kata nak check dulu sebelum buat prosedur.

doktor check, doktor kata rahim jatuh. Allah..susah hati dah zura. so, doktor tak proceed untuk pasang. doktor buat appointment lain, 2 minggu kemudian. so, dalam 2 minggu tu, zura pulun lah naikkan balik rahim. berbengkung balik. bertungku. urut sendiri perlahan-lahan. buat senaman kagel. dan ambil Alfalfa untuk kesihatan rahim.

2nd appointment, doktor dah siapkan borang untuk pasang IUCD tu. sign siap-siap kata nya. sebab doktor kene explain panjang sebelum boleh sign. dan doktor nak check balik masalah rahim jatuh tu. kalau dah okey, rahim dah naik balik, okey boleh proceed prosedur.

so, doktor pun check. rahim dah okey katanya. alhamdulillah.. lega dan syukur sangat-sangat. tapi, ada banyak keputihan pula kat dalam tu. doktor ambil sikit sample dan doktor kata dia tak nak buat lagi. dia bagi antibiotik dan minta zura selesaikan dulu masalah keputihan tu. next appointment, 3 minggu lagi baru pasang.

sampai masanya 3rd appointment. doktor check semua, okey all is well. boleh proceed dengan prosedur. zura diminta baring dan doktor pun check macam check bukaan nak beranak tu. nak masukkan alat tu, kene guna spekulum atau nama glemer dia mulut itik.

masuk spekulum tu tak rasa apa lah. tapi, bila doktor masukkan alat tu, terasa lah something kat rahim ni. nak kata sakit tu tak. tapi tak selesa lah. perasaan nya macam doktor check bukaan lepas tu doktor try bukak kan lagi bukaan tu. adoi..

pastu, doktor siap dok adjust kedudukan alat tu pulak. so, rasa lah macam dinding rahim kene tarik gitu. tak tau lah nak explain macam mana. bukan rasa sakit macam kene toreh kulit ke, kene jahit ke..tak. Bukan rasa macam tu. Tapi rasa tak selesa sampai rasa nak tendang jugak lah apa-apa..haha

'okey dah siap'.

fuhh.. lega rasa bila doktor dah cakap macam tu. terbaring lah zura dalam 3 minit macam tu, nak adjust balik rasa tak selesa n boleh kata macam culture shock jugak lah. zura ambil masa untuk tenangkan diri.

apapun, alhamdulillah berjaya jugak doktor masukkan alat tu. ada ibu sebelum zura yang nak buat juga prosedur ni, 3 kali doktor cuba masukkan, tak boleh. dia terkeluar sendiri.

Masa baru-baru pakai ni, kemungkinan untuk period lebih lama tu ada. sebabnya, badan kita berusaha untuk keluarkan alat tu. kalau period tu berpanjangan lebih sebulan, maybe tak serasi lah alat tu dengan kita. 

pengalaman zura, lepas je prosedur tu, ada bleeding sikit. then, esok nya baru keluar darah macam 1st day period. lebih 15 hari jugak lah zura period. tapi yang darah banyak tu, normal lah dalam 3 hari pertama je. lepas tu sikit-sikit je darah nya.

so, dah lebih 15 hari tu, dah kira istihadah lah kan. zura solat macam biasa dan lama-lama tak perasan bila darah tu hilang sepenuhnya.

Setakat ni, alhamdulillah. 2nd period lepas pasang tu pun dah datang. Actually tak rasa apa-apa pun bila alat tu dah ada dalam rahim. Emosi zura so far okey je. Kalau ter emosi tu rasanya bukak sebab IUCD tapi sebab lain.

Keberkesanannya, tak boleh nak komen lagi sebab baru sangat lagi zura pasang. Tapi zura percaya risiko untuk hamil tu sangat-sangat rendah.

So, kalau ada kawan-kawan zura yang nak cuba pasang IUCD, zura akan suggest, yes. Gunalah.. At least dia tak ganggu hormon kita. Bila hormon kita tak betul nanti, macam-macam lah karenah kita, kan. Kalau rasa tak serasi, kita boleh je nak keluarkan balik bila-bila masa pun.