Herb-Lax™



Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*

Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTMyang lembut boleh membantu.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa).  Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

sumber: www.shaklee.com.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
untuk order dan pertanyaan, 
sila add saya di fb saya, baizura bahar 
atau email shaiful_baizura@yahoo.com 
atau sms 016-5952771

Garlic



Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. *

Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.  

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegahsebarang penyakit.

sumber: www.shaklee.com.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
untuk order dan pertanyaan, 
sila add saya di fb saya, baizura bahar 
atau email shaiful_baizura@yahoo.com 
atau sms 016-5952771
This entry was posted in

OmegaGuard™


Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

sumber: www.shaklee.com.my
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
untuk order dan pertanyaan, 
sila add saya di fb saya, baizura bahar 
atau email shaiful_baizura@yahoo.com 
atau sms 016-5952771

OsteMatrix™



Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh. 

Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

sumber: www.shaklee.com.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
untuk order dan pertanyaan, 
sila add saya di fb saya, baizura bahar 
atau email shaiful_baizura@yahoo.com 
atau sms 016-5952771

salam merdeka!


syukur Alhamdulillah di kurniakan Allah negera yang tiada perang bersenjata...
mode merdeka memang ada tambah2 bile kakak sangat teruja tengok bendera Malaysia...


tak sudah2 kakak sebut "maysha"...
banyak pulak tu bendera sepanjang jalan...
selagi mamapapa tak iye kan itu bendera malaysia, selagi tu kakak dok sebut je...

SALAM MERDEKA BUAT SEMUA...
mama putri wish awal2 sebab petang ni ada seminar kene attend dan esok lusa tulat ada agenda family...

jangan gaduh2 sebab parti politik yang berbeze ye!
kita duduk dalam satu negara...
selesaikan segala masalah dan segala yang terbuku di hati dengan cara mesyuarah ye...
dengan cara itu jugak negara kita capai merdeka...
tanpa senjata!

LOVE LIFE!

refresh!


mama sedar sekarang, tiap kali mama di penghujung 'datang bulan',
mama cepat down, cepat penat, cepat give up, dll perasaan yang tak baik...
mungkin sebab mama dah lama tak solat dan kurang berzikir pada Pencipta kita...

datang ofis semalam, mama rearrange tempat mama...
buat macam ofis sendiri lah kan since mama dah keje kat situ 6 tahun...
baru lah rasa macam keje kat tempat baru dengan feeling yang baru, semangat yang baru dan pemandangan yang baru!


lebih indah lagi kalau ofis tu ofis mama kan...
=)
tak pe...ofis mama nanti, kita buat kat rumah je...
kanak2 pun bole jadi staff mama, tolong mama 'kemas' ofis mama....
=)

dan...
mama scroll2 wall facebook tadi,
mama jumpa gambar2 ni dari page MyHome KlebangRia...





alhamdulillah...
rumah baru dah mula naik...
mamapapa pun dah start kene bayar interest bulan2...
so, kene kuat keje lagi untuk tampung mana2 yang kurang...

syukur sebab developer yang mamapapa pilih ni amat menitik beratkan kelesesaan client...
insyaAllah...harap2 dia tak tipu lah kan...hehe...

agak cepat progress nye...
mama kene prepare electrical plan untuk submit kat developer sebab developer bagi kebebasan pada client untuk plan sendiri electrical dan lighting layout...
dan, bole request untuk tambah point pada stage diorang nak install electrical and lighting...
jadinye, bile rumah dah totally siap,
client tak pening2 nak renovate untuk ubah atau tambah mana2 point...
lagi 1 benda yang perlu mamapapa take into consideration adalah,
unify!
rumah sendiri baru lah bole pasang line phone dan internet...
nak kene diskas lah dengan contractor developer macam mana...
kalau bole, biarlah line tu build in dalam wall...
cantik sikit...

untuk loose furniture, mamapapa dah decide nak beli kat mana...
so sekarang, papa tengah survey brand kipas siling dan lampu...
semua persediaan kene buat dari sekarang...
jadinye, by the time dah dapat kunci, kita bole terus beli barang2 seperti perabut, kipas dan lampu...
tu pun bukan terus dapat,kan...
harus jugak tunggu at least seminggu dua untuk delivery and installation..

jadinye, pada pembaca blog putri2 mama, jika rumah2 baru kalian under construction,
jangan tangguh2 untuk buat persediaan...
tak salah kita berbelanja lebih untuk keselesaan isteri dan anak2...
asalkan, kita tak lupa untuk terus beramal dan bersedekah...
insyaAllah...lebih berkat dan lebih mencurah2 rezeki kita...
=)




putri-putri di aidilfitri 2012...


tahun ni mama tak rasa excited macam tahun lepas...
biasa2 saja...
banyak duit raya untuk kawan2 putri mama sediakan...
tapi tak terbagi...
tak apa lah...

tahun ni kita beraya di melaka dulu...
kakak putri tak sihat sejak sebelum balik kampung lagi...
on de way tu, asyik cakap dah sampai je...
sian kakak, penat ye travel jauh2...
adik putri pulak jangkit dari kakak...
pegi klinik, sampai 7 ubat doc bagi...
ish..ish..baru 9 bulan la doc...
semua ubat lain2...ubat demam, selsema, batuk, antibiotik, angin, air garam, kahak...
tak de ke ubat yang all in one!
dah la putri2 mama ni payah bebeno nak makan ubat...

jujur,mama tak teruja nak cerita pasal raya...
tapi mama buh la gambar sikit2...

dik...adik pakai ape ni melepak sangat?mama lahirkan adik,adik gelap je... ;p


indahnya sungguh di hari raya...


kakak seperti biasa...berpancaragam dari lahir sampai sekarang...

tengok lah...nangis sakan dia....ish...ish...ish...


tapi mama lagi suka nak share video adik putri the latest! =)


senyum adik dah lain macam...
macam tak ikhlas je... ;p
pastu, senyum yang macam nak menangis pun ada...
yela...sekarang ni, asyik menangis je bile tak nampak mama...

mama masih berusaha untuk bekerja dari rumah...
macam2 bisnes mama sedang cuba menjebakkan diri...
papa masih belum dapat izinkan mama bekerja dari rumah... =(
mungkin dia tak faham kenapa mama nak bekerja dari rumah...
mungkin juga Allah belum izinkan kerana Allah lebih tau apa yang terbaik buat mama...
kadang2 rasa down...
kadang2 rasa cemburu...
kadang2 rasa tak berguna...

tapi mama cuba cekalkan hati...
terima apa yang Allah aturkan untuk mama...
dan kuatkan semangat untuk terus berusaha...

dan...
mama sangat percaya pada 1 perkara...
di setiap sabar itu, mesti ada bahagia di hujung nya...
sebab mama percaya...
Allah telah makbulkan semua permintaan mama...
cuma cepat atau lambat saja...
mama sentiasa yakin pada tu...