Sedihnya Bila Fauzan Tanya Apa Cita-cita Mama

Satu hari fauzan tanya...
"Apa cita-cita mama?"
"Mama nak jadi arkitek!"
"Habis tu kenapa mama jadi surirumah?"
Tetiba rasa sob sob nak jawab...🥲
Tapi mama jawab jugak...

"Sebab nak jaga hang!!"

"Ooo..."

Terus senyap lepas tu. Huhu....

Impian mama nak jadi arkitek dah berlalu dah.
Tak po lah nak..
Mama happy je yang mama jadi surirumah sekarang ni.
Cuma mama harap, anak2 mama tak malu mama jadi surirumah. ☺️

Mama berharap jugak ada salah sorang dari ramai2 anak mama ni yang akan jadi arkitek.

Kakak pandai lukis tapi lebih pada karakter anime.

Mama tak minat lukis anime. Memang dari kecik pun mama tak minat anime. Setakat dragon ball je lah yang mama tengok pun.

Tapi mama suka lukis permandangan n orang betul (portrait). Bukan orang tipu2.

Pastu mama suka collect gambar2 rumah dari iklan jual rumah kat surat khabar.




Hari itu (hari video ini di rekod), mama surprise sangat bila fathan melukis tanpa refer mana2 gambar pun.

Gambar first Han lukis dalam buku tu sebenarnya adalah pokok.

Lepas2 tu, dia lukis rumah.
Sungguh mama tak sangka dia akan jawab tu rumah hutan sebab rumah tu kayu.

Siap ada tangga macam rumah kampung. Padahal tak de pun atuk nenek opah yang duduk rumah kampung original sekarang ni..

Sebelum Han lukis bangunan tinggi tu, mama bagitau dia, han jadi arkitek lah..

Pastu Han tanya arkitek tu apa.

Mama pun explain sambil tunjuk bangunan2 sekitar. Time tu dalam kereta.

Lepas tu Han senyap je kat belakang..

Rupa2 nya dia lukis bangunan tinggi!

MasyaAllah Subhanallah.. Adakah Han bakal menjadi Arkitek Fathan Adhwa?

Ya Allah.. tunaikan cita-cita mama melalui fathan.. Aamiin2 ya Mujib.. 🤲🏻🤲🏻




0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.