Kes Covid-19 di Klebang Ipoh.

Pagi ni gempar satu klebang dan kawasan kejiranan Tasek dan Chemor, ada murid Sekolah Kebangsaan Klebang Jaya di sahkan covid-19!

Malam sebelum tu, group jiran dah mula viral. Tapi zura baca info tu esok paginya. 

Pengedar Shaklee Chemor COD Shaklee Chemor



Okey. Mula cuak walaupun anak-anak zura tak sekolah kat situ. Diorang pernah sekolah kat situ dan bff kakak putri pun sekolah situ. Kakak baru je jumpa bff kakak dan main kat rumah bff kakak.

Yang mendebarkan zura pagi tu adalah, murid tu sekolah agama dekat mana. Kat kawasan kejiranan zura ni, ada 2 sekolah agama. Bila tanya sana sini, murid tu sekolah agama lain, tak sama anak-anak zura. 
okey.. alhamdulillah lega.

Tapi, sebenarnya ada benda yang merisaukan zura.

Ceritanya macam ni...

Murid yang positif tu sama darjah 4 dengan kakak. Tapi, dia tak sama kelas dengan bff kakak yang sekolah sama dengan murid tu. Okey.. nampak macam tak de close contact pun kan.

Kakak ada lagi kawan yang sekolah sama murid tu dan jadi jiran kami. Sama taman dan selang beberapa buat rumah  je dengan kami. So, tiap kali diorang main, kakak akan main dengan bff kakak (Diana) dan kawan kakak yang jadi jiran kami (Laura) dan adik laura (Jemma). ok semua bukan nama sebenar.

Diana ni duduk area lain tapi dekat je dengan rumah kami. Kadang2 hari sabtu/ahad, Diana akan datang rumah kami, diorang akan main sama2 dengan Laura, Jemma dan adik2 kakak semuanya. Kejap main kat rumah kami, kejap main kat rumah Laura.

Hari ahad tu, kakak, Laura dan Jemma pegi main kat rumah Diana. 
Kakak sekolah lain. Laura, Jemma n Diana satu sekolah. Laura n Diana sama kelas tapi tak sama kelas dengan murid yang positif tu. Jemma darjah 2. Lagi lah tak bertembung sebab sekolah tu ada 2 sessi.

Nak dijadikan cerita, kalau tak silap, mak Laura n Jemma ni sama tempat kerja dengan bapa murid yang positif tu. Dan bapak murid ni positif!

Dan lagi 1, bff kakak kat sekolah sekarang, ada yang sekolah agama dengan murid yang positif tu. Makna kata, depa ni dok pusing-pusing pun tang tu jugak. Ada je yang related.

Arahan Penutupan Sekolah Kerana Pengesahan Kes Jangkitan Covid-19.

Memang tak keruan dah pagi tu.

Dalam pada risau2 tu, siap lah jugak anak2 pergi sekolah. Banyak lah pesanan khidmat masyarakat. jaga sop semua2 tu lah... lepas papa hantar kakak, papa hantar pulak natrah dan nailah. Natrah sekolah agama, Nailah tadika. 

Rupa2nya, guru besar decide untuk tutup sekolah agama selama seminggu. Walaupun murid tu tak sekolah agama situ, tapi ada murid lain yang sekolah kebangsaan sama murid tu bersekolah agama kat situ. Virus ni bukan boleh nampak kan. Dah la tak nampak, jahat pulak tu.

okey... tengah kecoh2 kat group sekolah, parent tanya itu ini, cikgu2 jawab itu ini, 
tiba tiba....

jiran zura yang lain, yang rumahnya ngam2 sebelah rumah Laura n Jemma bagitau, Jemma demam pagi ni!

ahhh sudah!
diorang baru je main sama2 kat rumah Diana semalam.

bertambah tak keruan dah zura. gigil2 masuk dapur. apa nak masak ni. sebab dah nak kene masak lunch. dari pagi dok tengok fon baca update jiran2.

suami masuk dapur and tanya, "kenapa?"

"risau lah...kakak pi main rumah Diana semalam. lepas tu Laura n Jemma pun ada sekali. Pagi ni mak diorang bagitau Jemma demam."

suami buat muka tak de ekspesi macam biasa. 

"dah tak reti nak buat apa ni!" dengan harapan suami akan jawab, 'meh abang masak'. hahahaha

rupanya tak.. suami just jawab, "habis... nak buat macam mana?!"😂😂

last2, selawat je lah banyak2 mohon perlindungan dari Allah buat kami semua.

begitu lah cerita yang mendebarkan zura pagi tu. serius panik sekejap. ni baru dengar orang2 yang non relative tapi hampir dengan kita disahkan positif covid-19. pun dah panik bukan main..
em.. betul lah kan. hanya yang alami je akan faham perasaan orang yang alami situasi tu.

semoga murid itu dan semua ahli keluarga dia yang positif cepat sembuh.






Pengedar Shaklee Chemor
Info tentang kes covid 19 dari Majlis Keselamatan Negara



❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
 ðŸ’» fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 
 ðŸ“§ email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 ðŸ’» visit: www.vitallyvitamin.com

8 comments:

  1. Semoga dipermudahkan urusan akak sekeluarga ameennn

    ReplyDelete
  2. Memang cuak sangat.. Sama mcm kes officemate saya jugak.. Diorg balik 1 bot dengan close contact yg positif.. Alhamdulillah, 2x swab, dua2 positif after quanrantine fir 14 days.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... sekarang kes tak boleh nak jangka..

      Delete
  3. Allahu..semoga kita semua dilindungi Allah daripada wabak ini

    ReplyDelete

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.