Thursday, October 08, 2026

Kenapa Aku Pilih Sekolah Taayah?

merasa gak nenek hantar deme balik sekolah.
bagi nenek trobek jap momen hantar mak deme balik asrama.


1.

Sekolah asrama, semua perempuan dan dekat dengan rumah. Maksud nya still dalam ipoh. Kalau luar ipoh, aku tak sure lah aku sanggup hantar ke tak. Tapi yang sebenarnya, sekolah luar ipoh aku tak apply pun dulu. hehe..

2.

Aku pernah sekolah situ. At least aku tahu environment situ macam mana. Asrama dia. Dewan makan. Musollah. Kelas. dll

3.

Ada torture which is sekarang deme panggil rocall. Tapi tak sampai sentuh/pukul/kene basuh baju/fizikal. (at least waktu aku tu lah..) pastu bila anak2 dah masuk pun tetap tak de. setakat stare, lazer gitu je. tapi once ko dah form 3, ko dah agak senior, tak de dah la kene tu semua sangat. 

4. 

Yuran makan dan asrama ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri perak. So tak de dah bayaran bulan-bulan untuk dua tu. Just yuran awal tahun tu je macam aku share kat sini >> 

5. 

Makan 5 kali sehari kat dewan makan. Sarapan. Rehat. Tengah hari. Malam. Supper. 
Menu dia sedap2 dah weii.. Kalau dulu, ikan, ayam, daging sesekali. Sekarang ni seafood pun dah ada. Supper dia sedap2 wei.. aku dulu biskut mayat cicah air teh. tapi deme, makan berkuah2 macam mi sup etc2.. apa entah aku lupa.. tapi sedap lah..

6. 

since makan dewan makan pun dah complete sehari (unless anak jenis memilih-tak dapat lah nak tolong), so duit belanja untuk makan-makan kat kantin kitorang tak bagi banyak pun. sebulan rm60 sorang. deme boleh menyimpan lagi sebab jarang nak beli makanan kantin pun.

7.

Dapat biasiswa. Untuk menengah rendah, biasiswa rm250 setahun. Dapat dah hujung-hujung tahun. menengah atas dapat banyak sikit. aku lupa berapa si kakak bagitahu hari tu. untuk tahun ni, belum dapat lagi.

8. 

jadual outing dan pulang bermalam setiap 2 minggu. so anak2 yang homesick ni, tak lah tunggu lama sangat nak balik rumah. awal2 anak aku masuk dulu, aku cakap kat deme, anggap je macam kome pergi camping. kalau tak mama datang melawat, kome boleh balik rumah. tak de lah deme stress sangat.

9.

berpeluang untuk menyerlahkan bakat keperingkat yang lebih tinggi. maksudnya, ada peruntukkan kerajaan untuk bawa pelajar ke pertandingan2 peringkat daerah, negeri dll.

kalau zaman aku dulu, sekolah ni power dengan tilawah, hafazan, bola jaring, debat, pantun, nasyid, kawad, dan memanah. kalau ada lagi minta kengkawan tinggalkan komen ek. aku bukan ingat pun sebab aku tak involve sangat wakil2 sekolah ni. haha... kawad la aku masuk.


10.

anak2 yang sukakan seni music, boleh masuk Bayu. Bayu ni team angklung. Boleh masuk nasyid jugak. Eh, coral speaking pun ada. Ni semua ada audition masa form 1. so, anak2 yang terpilih akan join team since form 2 lagi.

11.

bab kemudahan belajar, asrama, musollah, dewan makan, facilities banyak dah improve. aku pun tak tahu nak list apa. tapi seiring lah dengan kemajuan zaman sekarang ni. 

dewan besar pun dah aircond sekarang ni.


12. 

aku nak kakak naurah masuk asrama sebab nak dia bergaul dan berkawan. kat sekolah rendah dia tak de kawan sangat. kau bayangkan, dia masuk sekolah tu darjah 3, dia ada lah 2 orang kawan baik yang aku nampak. lepas tu, naik darjah 4, member tu tukar kelas. udah dia tak de kawan. jenis dia, kalau dah baik dengan sorang tu, sorang tu je lah.. pastu darjah 5, covid 19 pulak. tak pergi sekolah. darjah 6 dah pergi sekolah balik, lonely lah dia tak de kawan. momen macam mana dia dapat besties adalah, besties ni tengok dia melukis katun. pendek cerita, deme tegur dia dulu sebab tengok dia melukis, pastu kakak pun ada geng. dan akhirnya, salah sorang dari besties dia tu pun dapat taayah. maka, bersambung lah bestie sampai sekarang. dan of course kakak dah ada raaaaaamai kawan.

13. 

aku nak natrah masuk asrama pulak sebab dak natrah ni kurang disiplin bab masa. selalu siap lambat nak pergi sogame. kakak selalu bengang2 dengan dia sebab siap lambat, tapi kakak nak pergi cepat. kat asrama kan kene punctual bab masa. walaupun kat rumah deme tak apply pun rutin kat asrama, tapi at least bila deme dah hidup sendiri nanti, deme dah tahu macam mana nak urus masa deme.

14. 

nailah pulak, aku nak masukkan taayah juga sebab aku nak nailah dapat peluang yang sama macam kakak dan natrah. dan yang paling penting, aku nak nailah belajar untuk outstanding. nailah bijak. tapi nailah tak berani nak 'kedepan' apa lagi nak bercakap depan orang. mudah mudahan, kalau nailah duduk asrama, nailah boleh bergaul dengan bermacam-macam karakter kawan-kawan yang boleh mendorong nailah berani kedepan.

nailah ni asalnya dia tak nak masuk asrama. tapi jenis aku, aku akan bagitahu anak awal2 seawal darjah 1 yang deme akan masuk asrama. haha..
dan bila nailah dah darjah 6, baru dia redho mak dia suruh masuk asrama.

aku bukan malas nak jaga deme, hehe, tapi bagi aku, biar lah anak2 belajar hidup sendiri seawal tingkatan 1 tu. kome duduk rumah nanti banyak bergaduh dengan mama. so better lah kome duduk asrama. sesekali balik baru kita gaduh ek...

lagi 1, aku ni tak pandai didik anak lagi2 bab agama. aku bukan baik sangat pun. sebab tu aku hantar deme kat sekolah yang boleh mendidik dan mentarbiah deme sebagaimana aku dididik dan ditarbiah di sekolah itu.
gitu lah cerita nya....

kome kalau ada pape nak tanya, drop je komen ek.
aku balas nanti, k...


--------------
❤ LIFE, ❤ SHAKLEE! 
- 
 ðŸ“£ klik untuk order shaklee. 👇👇👇
daftar ahli untuk dapat potongan harga 10%-20% untuk setiap produk.



Tuesday, October 06, 2026

Subjek Apa Ada Kat Taayah?

"Subjek apa yang diorang belajar kat taayah?"
okey.. ni pun antara soalan kegemaran ibu2 yang nak masukkan anak ke taayah kat aku.

Sekolah Raja Perempuan Taayah ni aliran KBD (Kurikulum Bersepadu Dini).
Maksudnya, kelas aliran agama (kalau kat SMK dipanggil KAA) yang melaksanakan KBD.
Maksudnya lagi, hehe, ada subjek akedemik biasa undur KSSM yang semua SMK belajar, dan tambahan ada subjek agama khusus under KBD.
Subjek2 agama ni diajar dalam Bahasa Arab dan subjek2 itu adalah:
- Al Syariah
- Usul Ad Din
- Al Lughah Al Arabiah

Dan...
ada optional untuk anak2 yang minat komputer untuk ambil subjek Asas Sains Komputer (ASK).

Kalau anak kome ada rezeki dapat sekolah taayah, dalam minggu orientasi nanti, 
anak2 akan ada exam untuk tentukan kelas masing2. Untuk subjek ASK, ada 1 kelas je. Kelas pertama. So lagi 3 kelas, tak ada subjek ASK. 


ni aku share list subjek2 yang deme belajar.

kakak tak ambil ASK.

natrah ambil ASK.


kakak putri dulu, okey je tak de komplen rasa tough banyak nak kene belajar. dia seronok sebab dia suka sejarah n geografi. 

tapi natrah, memula tu dia struggle betul nak kene belajar banyak2 ni. tak boleh catch up cara cikgu ajar. tapi slowly dia adapt dan alhamdulillah dah boleh score. 

ye, setiap anak ada kemampuan yang berlainan. aku percaya, kita as ibubapa boleh tahu tahap kemampuan anak kita. kita nak push sangat pun tak boleh. kita nak ikutkan sangat anak pun, depend. 

sebab aku pernah dengar seseorang cakap, anak2 sebelum umur 16 tahun ni masih belum matang untuk tentukan arah tuju hidup deme. kita as parent ni yang bantu untuk tentu kan. contoh kita tahu anak kita pandai melukis dan kita nak anak kita terus kembangkan bakat melukis dia, kita lah kene daftarkan sekolah seni untuk deme. something like that lah~~~ ☺

dan bila deme umur 16 tahun tu dah kira separa matang dan boleh buat keputusan ikut logik akal. sebab tu lah tingkatan 4 dah ada aliran yang lebih spesifik untuk deme belajar dan akal deme dah sedikit bijaksana untuk buat keputusan besar dalam hidup deme.

aku dah daftar nailah pulak untuk tahun depan. jujur aku sangat sangat sangat berharap ada rezeki Nailah juga di sini. Kome tolong doakan sama ya....

nailah survey bakal sekolah dia, biiznillah...



--
❤,
Baizura Bahar.

Thursday, September 17, 2026

Mama..Boleh tak jangan sebut chatgpt!

Satu hari, Han tanya aku, apa makna satu perkataan english ni... aku lupa perkataan apa.. 
aku yang tak pandai-english-sampai-dah-tua-bangka ni suruh dia tanya papa dia.
pastu, papa dia yang pandai english pun tak boleh jawab. haha
aku suruh tanya nailah. aku suruh tanya fauzan. sorang pun tak leh jawab.
last2 aku cakap, "tanya lah chatgpt!"

tetiba fauzan cakap...

"mama... boleh tak mama jangan cakap chatgpt..."

"kenapa?" aku curious...

"sebab kawan-kawan zan panggil zan chatgpt."

"laaa...kenapa?" bertambah curious aku.

"sebab diorang kata zan tahu banyak benda.."

emm... kalau fauzan chatgpt, maknanya aku ni mak chatgpt. haha
sebab apa?
sebab aku yang kene jawab dulu semua soalan dia.

dulu aku pernah berlagak dengan dia bila dia kagum aku tahu banyak benda.
aku cakap, "ni mama lah... mama tahu semua benda"

pastu bila ada yang aku tak tahu nak jawab, dia pekena aku balik..
"mama kata mama tahu semua!"
deng!

gambar sekadar hiasan.


--------------
kome!!
bulan ni promo GLA Complex tau. GLA ni sesuai untuk wanita2 yang hormon dia selalu tak stabil. 
Emo je keje dia sampai partner pening kepala. 
Pastu, sesuai jugak untuk anak2 gadis kome atau diri kome sendiri yang selalu kene senggugut bila nak period. Kalau kome amalkan GLA ni untuk beberapa bulan, insyaAllah senggugut kome boleh gone terus tau.. 
sebab aku dan anak aku dah experience benda ni, sebab tu aku share dengan kome.. 
so, better kome grab promo GLA ni.. klik link kat bawah tu tu!


❤ LIFE, ❤ SHAKLEE! 
- 
 ðŸ“£ klik untuk order shaklee. 👇👇👇
daftar ahli untuk dapat potongan harga 10%-20% untuk setiap produk.

Wednesday, September 16, 2026

Bila kakak dah layan bundle!

yey!!!
kakak dah layan bundle!

tiap kali pegi bundle, anak2 semua buat muka turn off especially kakak, nailah dan boboiboy. natrah layan juga sebab dia kaki shopping n fesyen macam mama dia. cuma lately dia pun dah turn off. yang boboiboy masa kecik2 suka datang sebab nak main nyorok2 disebalik baju2. tapi dah besar, memasing buat muka bosan.

actually, everytime balik taiping, aku n abg akan curi2 time untuk pergi satu bundle ni. Mega Nico Bundle. Sebab, harga dia masih murah macam dulu2. Mana ada nak jumpa bundle yang rm1, rm2 dah... kat ipoh tu, family bundle yang kitorang selalu pegi pun dah naik harga. rm6.50 dan rm13. mahal lah tu.. hahahaha.. Mr. Mushashi lagi lah dah mahei.. tapi kat mushashi memang win lah kalau nak cari baju budak brand uniqlo, gap, gu tu sume..

turning point nya adalah last week pergi bundle kat taiping. macam biasalah, semua kene turun. abg tak kasi anak2 stay dalam kereta sebab selalunya memang lama lah kami nak menyelam. bazir minyak kete.. haha

pastu, si kakak ni dok ghumbun kat tepi aku yang tengah menyelam while buat muka turn off nak nangis. adik2 dia dah lepak kat kerusi menunggu yang ada kat kedai tu. aku pun suruh lah kakak ni pergi duduk dengan adik2 sana. dia geleng kepala tak nak. kau duduk sebelah aku sambil berdiri tegak n buat muka turn off.....motif??? nak bagi aku stress? haha

pastu aku suruh dia pergi tengok mana yang dia berkenan. papa mesti bagi beli punya... dia pun melangkah longlai pergi ke arah yang aku tunjuk. area baju2 labuh. 

tak lama lepas tu, dia datang bawak satu dress ni, 
"mama..cantik tak?" 
"eh... cantik2... berapa ni? pergi tunjuk papa..."
"tiga ringgit sembilan puluh sen."
confirm papa bagi punya.... hehe...

itu lah detik nya. :)

lepas tu dia pi cari sendiri. dia jumpa pulak sweater bulus2 ni. dia suka sebab warna biru. "nanti kalau kakak sejuk, boleh la pakai..." 
yelah kak.... musim sejuk belum tiba lagi.. sekarang tengah musim panas n jerebu. hehe... harga? rm3.90 saja... 

lepas tu, nailah pun start cari2 baju dia. jap2 datang kat mama minta approve spec baju. panjang pendek. jarang tebal. mama check bab tu. lepas tu pi kat papa pulak minta approval untul beli. 

natrah dah expert. dia akan cari yang branded.

gitu lah kami yang b40 ni berbelanja. kene bijaksana, bijaksini, bijaksitu. especially ketua keluarga yang lead dan keluarkan belanja. aku sebagai follower, ikutkan saja cara papa diorang. bagi aku, abg dah didik anak2 dengan baik bab berbelanja. kalau harap aku yang ajar bab berbelanja ni, beli je... beli je... hahaha

balik rumah, aku basuh2 baju bundle tu semua, aku terpandang brand sweater biru yang kakak ambil tu. sebab bila dah basuh, nampak cantik dan bersih sangat sweater tu. nampak helok sangat. aku search brand tu..

cute2 ye design dia.


price dia.. emm... lepas ni boleh aim brand ni jugak bila menyelam..


actually kan, Mega Nico Bundle yang kat taiping tu HQ dia. dekat2 rumah aku pun ada cawangan dia. kat chemor. kira dalam kawasan aku lah, tak jauh.

hari tu aku dan abg lalu jalan tu. tetiba abg singgah. aku pun mengada2 lah pi menyelam lagi. haha... padahal baru je lagi menyelam kan. selam2 yang area baju seringgit tu.. eh aku jumpa padded singlet. lawa. corak lawa. material lawa. belek2 brand... eh..sama macam brand sweater kakak tu..


patutlah first impression dah berkenan..

harga dah sama baju.. huhu


bundle2 ni, abg dari dulu dah layan. abg cari levis. zaman belajar. mana lah ada duit nak beli levis ori kan. tapi yela.. budak2.. teringin. bundle lah jawab nya.
aku dulu tak layan sebab macam tak de je baju2 perempuan. banyak seluar n t-shirt2. mana lah aku nak layan. tapi bila dah masuk attire perempuan, boleh lah aku join abg.

bila aku cerita kat mak aku aku pi bundle sana sini, mak aku macam 'pandang serong' gak lah dengan cerita2 aku. haha... tapi sekarang, mak aku pun dah layan sebab adik2 aku layan je bundle ni..adik2 lah yang bawak mak aku.

kalau kome tak biasa bundle, advise aku, tak payah lah pergi. sebab kome berisiko untuk komplen.. haha.
sebab, kome akan jumpa yang buruk2 dulu sebelum jumpa yang betul2 elok. 
dan nak jumpa yang elok tu, memang kene sabar dan belek satu2.
so, tak payah la.... ;p

--------------
kome!!
bulan ni promo GLA Complex tau. GLA ni sesuai untuk wanita2 yang hormon dia selalu tak stabil. 
Emo je keje dia sampai partner pening kepala. 
Pastu, sesuai jugak untuk anak2 gadis kome atau diri kome sendiri yang selalu kene senggugut bila nak period. Kalau kome amalkan GLA ni untuk beberapa bulan, insyaAllah senggugut kome boleh gone terus tau.. 
sebab aku dan anak aku dah experience benda ni, sebab tu aku share dengan kome.. 
so, better kome grab promo GLA ni.. klik link kat bawah tu tu!


❤ LIFE, ❤ SHAKLEE! 
- 
 ðŸ“£ klik untuk order shaklee. 👇👇👇
daftar ahli untuk dapat potongan harga 10%-20% untuk setiap produk.