Bila Mama Overstress.

Rabu lepas, stress betul dengan anak2. 
Yang sorang tu, tak nak terus terang.
Lagi sorang, bengang2.
Ada pulak yang tak faham2 mama explain berjuta kali.

Sudahnya, mama lari masuk bilik, baring tengok fon.

Pastu kedengaran pulak rombongan diorang mencari mama.
Adui..
Terus mama buat2 tido.

Deme dok ghumbun dekat2 pembaringan mama.
Sebabnya, ada sorang tu nak minta mamapapa hantar ke rumah kawan dia.
Tapi tak jadi.

Sudahnya, mama letak fon jauh2, mama layan anak soleh paling kecik kat rumah ni..



Dia nak tido tapi mama kejut n ajak dia lukis2.
Dia bangun n dia happy mama layan dia.
Last2, mama dan dia sama2 tido.
Dia tido atas lengan mama sambil mama peluk dia.

Mama dah tak ada anak kecik nak mama baring sambil peluk2.
Dia je lah yang ada. 
6 tahun dah tapi sebab fizikal dia agak comel, tu tak rasa pelik nak baring peluk2 lagi.

Semalam, 
dia nak mama tengok apa dia nak lukis.

Dia lukis ini...


Han.. mama... Papa... Happy

Alahai.. Semoga mamapapa dapat buat anak2 happy selalu.
Allah.. semoga rahmat dan kasih sayang Mu sentiasa memayungi keluarga kami. Aamiin..

Sebenarnya, dari anak2 ni zura belajar untuk cepat2 memaafkan dan lupakan terus apa yang buat kita sedih tu.
1. Sebab diorang macam tu. Apa yang mama marah sat tadi, macam tak bagi effect apa2 pun. Tup tup datang dengan muka tak bersalah langsung.
2. Kalau zura terus2 ingat apa yang diorang buat zura sedih dan stress, benda tu boleh jadi dendam dan akhirnya memakan diri sendiri - jadi overstress. Padahal diorang tak rasa pape pun.
3. Ini sebab paling penting - zura tak nak terjatuhnya label anak derhaka pada diorang asbab zura berkecik hati. bukan kita parent tak boleh sakit hati cuma kene cepat memaafkan dan melupakan.

tak mudah nak jadi ibu. sebab tu ganjaran yang Allah bagi juga besar iaitu syurga.
mudah mudahan, kita semua dapat gather2 di syurga nanti! aamiin.....

---
❤, 
LOVE HEALTH, LOVE SHAKLEE! 
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
 ðŸ’» fb: baizura bahar | Vitally Vitamin - Pengedar Shaklee Chemor
 ðŸ“² sms|whatsapp 016-5952771, 
 ðŸ“§ email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 

Nak Mulakan Dengan Cerita Apa?

Setiap hari berazam nak rajin menulis semula. tapi selalu, berazam je lah. tak realisasikan pun.
entah apa yang di busykan di kala usia semakin bertambah ni? tapi jujur, sejak ulangtahun ke 39 tahun lepas pada 25 sept tu, tetiba je rasa tak nak share sangat life kat sosial media. serius!

kalau tidak, sikit2 nak up story. sikit2 nak up story. tapi sejak masuk 39 tahun tu, hilang rasa nak share tu.
maybe sebab faktor usia. lepas tu dok tengok rakan sebaya dok up benda yang sama dan sendiri rasa macam annoying.. hehe.. sudah nya, ku pun fikir orang lain pun maybe rasa annoying dengan ku..

entah la..
bila usia dah makin bertambah ni, semakin rasa nak jaga hati orang lain bila share. sebelum share tu, banyak sangat fikir. 

patut ke share.
apa motif aku share.
boleh buat orang sedih tak.

walaupun orang kata, tak payah nak jaga hati orang sangat. share je dah sosial media kita. 

tapi serius, semakin berusia, semakin rasa nak jaga hati orang. maybe sebab risau nanti mati dalam keadaan orang terasa hati dengan kita. dan ku tak kisah pun kalau perlu jaga hati orang.

tak lama lepas birthday tu, 7 oktober berlaku peristiwa bersejarah di bumi Palestin yang akan dikenang sampai bila-bila. in fact, peristiwa yang akan dikenang oleh satu dunia!

fokus ku terus pada palestin. terlupa kat diri sendiri. sampai saat ku menulis ini, perang palestin - israel masih belum ada tanda-tanda akan berakhir. sangat sedih tiap kali baca update sebab tak mampu nak buat apa-apa.

tapi, satu benda yang ku belajar dari perang ini, Setiap kesedihan yang Allah kurniakan, andai kita sangat sabar menempuhnya, ganjaran syurga insyaAllah akan jadi milik kita. dan ku jadi tak sabar nak dapatkan ganjaran syurga dari Allah. 

actually banyak sangat ibrah dari peristiwa 7 oktober ni untuk diri sendiri. insyaAllah nanti kita list kan. mudah mudahan jadi satu list muhasabah diri untuk diri ini.





❤, 
LOVE HEALTH, LOVE SHAKLEE! 
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
 ðŸ’» fb: baizura bahar | Vitally Vitamin - Pengedar Shaklee Chemor
 ðŸ“² sms|whatsapp 016-5952771, 
 ðŸ“§ email: vitallyvitamin.com@gmail.com,