Bila Mama Overstress.

Rabu lepas, stress betul dengan anak2. 
Yang sorang tu, tak nak terus terang.
Lagi sorang, bengang2.
Ada pulak yang tak faham2 mama explain berjuta kali.

Sudahnya, mama lari masuk bilik, baring tengok fon.

Pastu kedengaran pulak rombongan diorang mencari mama.
Adui..
Terus mama buat2 tido.

Deme dok ghumbun dekat2 pembaringan mama.
Sebabnya, ada sorang tu nak minta mamapapa hantar ke rumah kawan dia.
Tapi tak jadi.

Sudahnya, mama letak fon jauh2, mama layan anak soleh paling kecik kat rumah ni..



Dia nak tido tapi mama kejut n ajak dia lukis2.
Dia bangun n dia happy mama layan dia.
Last2, mama dan dia sama2 tido.
Dia tido atas lengan mama sambil mama peluk dia.

Mama dah tak ada anak kecik nak mama baring sambil peluk2.
Dia je lah yang ada. 
6 tahun dah tapi sebab fizikal dia agak comel, tu tak rasa pelik nak baring peluk2 lagi.

Semalam, 
dia nak mama tengok apa dia nak lukis.

Dia lukis ini...


Han.. mama... Papa... Happy

Alahai.. Semoga mamapapa dapat buat anak2 happy selalu.
Allah.. semoga rahmat dan kasih sayang Mu sentiasa memayungi keluarga kami. Aamiin..

Sebenarnya, dari anak2 ni zura belajar untuk cepat2 memaafkan dan lupakan terus apa yang buat kita sedih tu.
1. Sebab diorang macam tu. Apa yang mama marah sat tadi, macam tak bagi effect apa2 pun. Tup tup datang dengan muka tak bersalah langsung.
2. Kalau zura terus2 ingat apa yang diorang buat zura sedih dan stress, benda tu boleh jadi dendam dan akhirnya memakan diri sendiri - jadi overstress. Padahal diorang tak rasa pape pun.
3. Ini sebab paling penting - zura tak nak terjatuhnya label anak derhaka pada diorang asbab zura berkecik hati. bukan kita parent tak boleh sakit hati cuma kene cepat memaafkan dan melupakan.

tak mudah nak jadi ibu. sebab tu ganjaran yang Allah bagi juga besar iaitu syurga.
mudah mudahan, kita semua dapat gather2 di syurga nanti! aamiin.....

---
❤, 
LOVE HEALTH, LOVE SHAKLEE! 
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
 ðŸ’» fb: baizura bahar | Vitally Vitamin - Pengedar Shaklee Chemor
 ðŸ“² sms|whatsapp 016-5952771, 
 ðŸ“§ email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.