Macam mana anak saya belajar cakap english.

hari ni, kakak dan adik main lego sementara mama mandi.
mama pesan, lepas mama mandi, share kat mama apa yang kakak buat.

kakak buat ni..

kakak bagitau mama apa kakak buat.
mama kurang jelas apa kakak cuba cakap sebab kakak cakap english.
yang mama faham, kakak sebut 'boommm' dan 'magic'..
rupanya kakak buat lampu ajaib aladin ni..
ada bom berasap dan magic..


kakak belajar banyak dari sini.

HI-5 , channel 613, Disney Junior.

especially communication skill.
terus terang, mama tak pandai english..
memang berangan nak cakap english dengan anak2 dolu.
tapi berangan je, tak buat pun..
:)

sudahnya, mama serah pada yang pakar je untuk ajar kakak.. ;)
hasilnye, memang ooosem!
adik pun seronok tengok Hi-5 ni..
adik banyak belajar dari pergerakkan.
bile diorang menari2, adik suka ikut.

kalau sape2 yang blur kata tak faham apa kakak cakap, 
sila set in mind yang kakak sedang cakap english.
kita kene catch english words dari percakapan dia.

dan, of course mama tak lupa ajar kakak pasal Allah, Nabi, solat, aurat, iqra'.

:)

---------------------------------
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
untuk order dan pertanyaan,
email: vitallyvitamin.com@gmail.com,
sms|whatsapp 016-5952771,

Motivation Rally Ipoh pada hari Kehilangan Pesawat MAS MH370.

sabtu.
pagi2 lagi dah kecoh kat grup whatsapp sekolah menengah mama pasal kehilangan pesawat tu.
belek2 wall fb, ramai yang share.
kat rumah memang susah nak tengok berita di siang hari.
sebab kakak asyik nak tengok katun je.
kene book awal2, dapatkan approval kakak, baru lah dapat tengok channel lain.

memang misteri.

lokasi terakhir pesawat di kesan.

sampai saat mama tulis entry ni, pesawat MH 370 masih belum dapat di kesan.
dah masuk 2 setengah hari !!!
Allahuakbar!

ya Allah..ampunkan dosa2 kami seandainya dosa2 kami telah menutup hijab kami untuk menjumpai pesawat itu.
ya Allah..berikan lah petunjuk kepada kami agar keluarga2 mangsa tidak gundah gulana lagi.
ya Allah..hanya keajaiban Mu yang sangat2 kami harapkan ketika ini..
ampunkan lah dosa2 kami dan berikan lah petunjuk Mu ya Allah...
amin ya rabbal 'aalamin. 


 seluruh rakyat Malaysia masih berharap semua yang berada dalam pesawat tu masih selamat.
in shaa Allah..


pada hari kejadian jugak, mama papa di jemput untuk terima penganugerahan di Motivation Rally Shaklee.



tak tergamak nak share gambar2 masa event tu ketika seluruh malaysia sedang gundah gulana.
*sad*

apapun, hidup mesti terus..


mama papa dan kakak sampai agak lewat.
sampai2 kita makan dulu.
oh ye..event ni free..
makanan baaanyak sangat sampai rasa nak tapau.
sebab rasa memang makanan tu terlebih2.
event dah start baru kita masuk..hihi..

dapat dengar sharing dari Master Prabakaran.
macam mana dia start..
macam mana dia atur meeting tapi sorang pun tak datang..
macam mana dia kene sound 'no direct selling' kat kolej dia..
macam2 lagi dugaan dia..
tapi dia tak putus asa.
sampai lah dapat jadi master.

lepas tu, recognition untuk Supervisor dan Senior Supervisor.
salah sorang cucu shaklee mama telah di jemput.

Supervisor Nurul Thuha.
(gambar dari fb Amalina Omar)

Lepas tu, sharing dari Master Suraya pulak.
sama grup dengan mama, grup mamafaiz dan jutawan2 shaklee.
macam mana dia start bisnes dengan kaki pakai tongkat sebab excident.
macam mana dia korban masa tido dia, tido hanya 2 jam sebab masih bekerja dan bisnes shaklee secara part time saja.
waktu bekerja, kerja betul2.
balik rumah, lepas setelkan rumah dan keluarga, baru lah mengadap bisnes shaklee.
dan dia hanya share shaklee di Facebook sahaja.
tapi mampu buat sales sendiri sehingga 3000uv (point) sebab FOKUS.
FOKUS PADA PRODUK KESUKAAN DIA SAHAJA.

both sharings sangat2 inspiring !

hanya orang yang benar2 mahu berjaya saja sanggup korban segala2 nya.korban perasaan.korban masa.korban tenaga.korban wang ringgit (tapi mestila pada tempat yang betul).


lepas tu, baru lah recognition untuk Coordinator dan Senior Coordinator.
salah seorang anak shaklee mama dapat recognition Senior Coordinator.

Key Coordinator Siera Haiyi dan Nasir.
(gambar dari fb Amalina Omar)

tengok senyuman bangga seorang ayah!
siera dan anak cucu shaklee dia.

dan ni gambar kita pulak..
 sijil dan bunga di sampaikan oleh Ethan Wang

mama, aunty siera dan 2 orang lagi senior coordinator.


adik tak nak ikut sebab opah ada kat rumah.
rugi sungguh! ;)

seronok bila di rai..
semakin berkobar2 nak bantu lebih ramai lagi 'insan2 biasa di luar sana yang mempunyai IMPIAN BESAR dalam hidup'.

seronok tau bile ilmu dapat di kongsi,
dapat buat insan lain happy,
dapat buat insan lain capai impian2 mereka,
dapat sama2 berjaya di dunia dan akhirat.
nikmat seronok ni memang mama tak rasa masa bekerja dengan orang dulu.
dan mama bersyukur sangat sebab terjebak dengan bisnes shaklee.
bisnes family.
bile di kaji2, seronok buat network bisnes ni kalau kita pilih bisnes yang betul, grup yang betul dan mentor yang sedia membantu kita.

sekian cerita Motivation Rally di Ipoh.
tak sabar nak tunggu National Conference pada Jun nanti.
:)




~~~
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
 untuk order dan pertanyaan, 
email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
sms|whatsapp 016-5952771, 

mama putri is BACK !!!

Assalamualaikum putri2 mama..
berkurun lama tak cerita pasal putri2 di sini.
mama tengah enjoy impian mama yang dah tercapai, 
iaitu nak jadi MAMA YANG BEKERJA DARI RUMAH.
(^___________^)
nampak tu lebar mama senyum..
Alhamdulillah..dah masuk bulan ke 6.
all is well, in shaa Allah..

sempena come back mama ni,
kita start cerita pasal family trip Nor Bahar.
family side mama.
bagi mama, family mama ni dah cukup besar dah.

plan punya plan, akhir nya Port Dickson menjadi destinasi kali ni.
sebabnye, 
kakak selalu request nak main 'sand' bile tengok cerita hi-5 dan kakak request nak main 'kite' at the sea shore..

besar dah kakak.
asal tengok tv je nak itu, nak ini.
adik pun ikut dah jejak kakak. 
:)

ni gambar sikit2 kat sana.
pak lang ada amik gambar dari camera dia.
nanti mama minta dan update kat sini.


happy bukan kepalang kakak dan adik dapat mandi kat swimming pool.





kakak teringin nak naik slide..
emm..berani jugak kakak ye slide tinggi2 tu..
tapi, sekali tu je..lepas tu tak nak dah.. ;)


atuk dan nenek..sebaya je..hihi


family besar Nor Bahar @ Glory Beach Resort

so far resort nye not bad at all.
bilik pun okey.
apartment with 3 rooms.
muat2 la untuk family nor bahar.
but its okey.
besar2 sangat pun takut jugak,kan... :)

lepas check out, kita balik melaka dulu.
dan, mama sangat happy sebab kakak dan adik dah semakin familiar dengan rumah atuk nenek.
tak de lah berkepit dengan mama papa aje.
mama dan papa bebas nak buat apa2.

malam tu, mama papa 2-2 dah pengsan kat depan tv.
mama tersedar dan tengok kakak dan adik tengah kutip benda dari dapur.
alhamdulillah..
perkembangan yang sangat positif.
nenek bagitau mama, kakak dah kawan dengan nenek.
happy nenek.
:)
mama pun happy jugak.
sebab tu mama perlu bawak kakak dan adik lebih kerap jumpa atuk nenek.


kakak tengok nenek bagi turtle makan.
gambar adik blur sebab nampak papa snap picture.


esok pagi nye kita balik ipoh.
singgah nilai 3 beli carpet untuk rumah baru.
as usual, unplanned.
itu style papa.
sabo je la..
;)

hasil nya,
2 carpet turki size 10' x 7'
dan 5 keping alas kaki bulu2.



thats the end of our holiday..

and the next day, both putris demam.
penat barangkali.
hari ni dah totally sihat.
alhamdulillah.


LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
untuk order dan pertanyaan, 
email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
sms|whatsapp 016-5952771,