Assalamualaikum putri2 mama..
berkurun lama tak cerita pasal putri2 di sini.
mama tengah enjoy impian mama yang dah tercapai,
iaitu nak jadi MAMA YANG BEKERJA DARI RUMAH.
(^___________^)
nampak tu lebar mama senyum..
Alhamdulillah..dah masuk bulan ke 6.
all is well, in shaa Allah..
sempena come back mama ni,
kita start cerita pasal family trip Nor Bahar.
family side mama.
bagi mama, family mama ni dah cukup besar dah.
plan punya plan, akhir nya Port Dickson menjadi destinasi kali ni.
sebabnye,
kakak selalu request nak main 'sand' bile tengok cerita hi-5 dan kakak request nak main 'kite' at the sea shore..
besar dah kakak.
asal tengok tv je nak itu, nak ini.
adik pun ikut dah jejak kakak.
:)
ni gambar sikit2 kat sana.
pak lang ada amik gambar dari camera dia.
nanti mama minta dan update kat sini.
happy bukan kepalang kakak dan adik dapat mandi kat swimming pool.
kakak teringin nak naik slide..
emm..berani jugak kakak ye slide tinggi2 tu..
tapi, sekali tu je..lepas tu tak nak dah.. ;)
atuk dan nenek..sebaya je..hihi
family besar Nor Bahar @ Glory Beach Resort
so far resort nye not bad at all.
bilik pun okey.
apartment with 3 rooms.
muat2 la untuk family nor bahar.
but its okey.
besar2 sangat pun takut jugak,kan... :)
lepas check out, kita balik melaka dulu.
dan, mama sangat happy sebab kakak dan adik dah semakin familiar dengan rumah atuk nenek.
tak de lah berkepit dengan mama papa aje.
mama dan papa bebas nak buat apa2.
malam tu, mama papa 2-2 dah pengsan kat depan tv.
mama tersedar dan tengok kakak dan adik tengah kutip benda dari dapur.
alhamdulillah..
perkembangan yang sangat positif.
nenek bagitau mama, kakak dah kawan dengan nenek.
happy nenek.
:)
mama pun happy jugak.
sebab tu mama perlu bawak kakak dan adik lebih kerap jumpa atuk nenek.
kakak tengok nenek bagi turtle makan.
gambar adik blur sebab nampak papa snap picture.
esok pagi nye kita balik ipoh.
singgah nilai 3 beli carpet untuk rumah baru.
as usual, unplanned.
itu style papa.
sabo je la..
;)
hasil nya,
2 carpet turki size 10' x 7'
dan 5 keping alas kaki bulu2.
thats the end of our holiday..
and the next day, both putris demam.
penat barangkali.
hari ni dah totally sihat.
alhamdulillah.
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
untuk order dan pertanyaan,
fb: baizura bahar / vitallyvitamin,
email: vitallyvitamin.com@gmail.com,
sms|whatsapp 016-5952771,
visit: www.vitallyvitamin.com
0 comments:
Post a Comment
❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.