Showing posts with label FAMILY DAY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY DAY. Show all posts

Bawa Diri ke Pulau Pangkor.

korang nak tahu satu rahsia?
selama 25 tahun kakbee menginap kat ipoh peghok ni, kakbee tak pernah pun pergi Pulau Pangkor..
haha..
tu yang peghak sikit tu...

alkisahnya begini.
kakbee bagi cadangan kat habibi nak balik melaka sempena raya haji. cuti sekolah panjang. kakbee pun cuba lah nasib, kot2 habibi setuju. maklumle..8 tahun kawin, tak pernah sekali pun kakbee meraikan aidil adha..
kakbee redha....gitu..

(macam mana kakbee dah boleh redha habibi kuat bekerja? nanti kakbee cerita lain naa....😊)

percubaan nasib kakbee, 'menghantar usul' untuk balik melaka, tak diterima.
okey..kakbee redha lagi..

Lepas tu, lain kalinya, habibi bagitahu yang dia nak ambil cuti pada sekian2 hari. 2 hari je..jom kita pergi mana2, tapi yang dekat2 je lah...
emm... nak pujuk kakbee gamaknya..hihi... tak pe.. kakbee redha.. 😊
kakbee pun pikiaq punya pikiaq... eh jom lah pi pangkoq.. kakbee pun tak pernah pi pangkoq.. habibi pun teruslah traveloka!

maka...tersadailah kami di pulau pangkoq... hihi..
amboi...syiok dia naa...

kakbee lama dah menyimpan rasa nak mandi laut.
antara mandi sungai, laut n swimming pool, kakbee suka lagi mandi laut. Rasa lapang je..permandangan luas terbentang. Memang rasa lepas semua stress.

time ni habibi turun laut dulu n monitor kekakaks main laut. Kakbee dok kat pantai, keje amik gambar je le..

ehh...jom lah enjoy the photosss..😊




sampai di jeti lumut around jam 2. tiket dewasa rm14. tiket kanak2 rm5. kanak-kanak umur 7 tahun ke atas baru kene tiket. tiket naik harga dah kot. kawan kakbee kata rm10..emm..ada dua jeti nak ke pangkor.
jeti lumut n jeti marina.
harga tiket sama je cuma masa perjalanan je yang beza. kakbee naik dari jeti lumut, lebih kurang 45 minit jugak masa perjalanan.

budak baju merah n purple tu memang tak le tengok camera. haruslah kakbee jadi jurufoto mereka.


sebelum naik feri, haruslah wefie dulu. ni pun paksa habibi ni amik gambar titew tau.. kalau tak kene paksa, tak de langsung gambar titew dalam fon beliau... 😆

merasa lah kekanak2 ni naik feri.. ada gambar dalam feri tapi kakbee sorang je yang senyum sorang2. orang lain sibuk hal memasing..haha..maleh lah nak upload.

pastu, sampai kat jeti pangkor, kami naik van pink ke tempat penginapan Ombak Inn Chalet. Adalah dalam 15 minit perjalanan. RM16. Dekat dengan pantai chalet tu. Kami pilih family room. Biasa2 je size nye sebab under budget. 😋😉 Banyak nyamuk. sian Fauzan, kepala botak nya asyik kene attact.. hihi..
Tapi, suasana luar chalet tu menarik.





Petang tu, lepas solat asar, kami pun bersiap2 nak terjun laut! yey!!!.
kekanaks belum merasa lagi mandi laut. Dulu masa putri umur 3 tahun kot, pernah mandi laut. tapi dia tak ingat..
so dia agak excited la.. tapi natrah takut sikit..



anak soleh ni di larang masuk laut..hehe.. kalau ikut hati kakbee, memang nak join sama. tapi sebab nak kene jaga beg, wallet, tefon n camera. so, layan anak soleh main pasir je..





slumber je depa ni main kat panas terik. mentang2 lah tak sun burn..haihh..jeles mama tau.. lelagi budak baju merah tu.. steady je kulit dia, tak gelap pun... mama gak lah yang kene berusaha consume The Radiant 4 Set untuk kembalikan keserian wajah..ahaks! 😋



waktu ni, ada budak laki lain yang datang dekat fauzan. lepas tu, dia menjauhkan diri bila fauzan kacau dia main pasir. budak laki tu lari dekat dengan bot tu. fauzan ikut n kacau dia main pasir. pastu, budak laki tu geram n tolak fauzan. apa lagi.. melalak lah fauzan... 😊




last2, habibi bawak gak fauzan mandi laut. bila fauzan dah basah tu, kakbee pun apa lagi, terjun lah sama. tak tertahan lah weii... bukan selalu dapat datang ni.. 😊
bila dah basah tu, tak de dah lah amik2 gambar...




dah nak maghrib, baru lah sedar diri. dapat gak la tengok sunset yang Subhanallah sangat cantik.

malam kami tak kemana2 pun. hujan gerimis kat luar. makan dalam bilik je. and kebetulan malam tu ada final bola sepak sukan sea KL 2017. Malaysia vs Thailand.
tapi kalau keluar, syok gak. banyak kedai makan,stall makanan n kedai cenderahati kat sepanjang jalan tepi pantai tu. 

Esoknya siap2 nak balik dah..Breakfast dulu kat chalet..




Fauzan dah menonong ke depan. Nailah panggil ajak tengok kolam kecik tu.. Comey je budak dua orang ni. Tapi kalau dedua meragam, dedua tak comey. 😋


ni nak balik dah. Bila dah check out, owner chalet akan panggilkan van pink datang ambil untuk bawak ke jeti.
sampai jeti pangkor, terus je kami naik feri. tak jenjalan pun pulau. tu maksudnya, macam kene datang lagi je... 😄


bye bye pangkor...

sekian saja trip yang sangat pendek.. apapun, kakbee syukur sangat Allah beri kesempatan ni. Bukan tak boleh nak holiday lama2. Habibi masih terikat bekerja dengan orang. Cuti terhad, kan.. Kene lah budget2 cuti nya. Bila habibi dah kerja sendiri nanti, insyaAllah kita akan pergi lebih jauh lagi... 😊😊


love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

tetamu itu pembawa rezeki... :)

 assalamualaikum...
salam ceria di pagi isnin.. :)

kalau dah niat nak buat sesuatu kerja,
(contohnya update blog),
kita kene terus buat kerja tu dulu...
jangan scroll wall fb,nanti tak jadi kerja..
serius tau !!! hehe

pagi2 ni saja nak share dengan korang aktiviti di hari sabtu yang lalu.
busy.
busy sesangat.
sebab, ada rezeki2 yang datang.
faham tak maksud tersirat di sini?
maksudnya adalah, ada tetamu2 yang datang... :)

pakcik saya dari johor memang dah inform awal nak datang sebab nak hantar anaknye masuk Politeknik Ungku Omar.
so, saya pun menanti lah pakcik saya di hari sabtu itu..
tengah sibuk2 kat rumah, tiba2 kawan studio yang dah sekian lama tak jumpa whatsapp kata nak singgah rumah.
sebab husband nya ada gathering kat Seri Iskandar dan langsung nak ke Penang.
actually, both husband and wife pun kawan studio saya.. :)
dan yang lebih mengejutkan, diorang dah on the way ke Ipoh dan dah nak sampai!
oh my !!! kelam kelibut diriku di buat nya...hehe...

akhirnya, sampai juga mereka dalam masa yang sama di tengah hari itu..
Alhamdulillah...
seronok sambut tetamu2 dalam keadaan sekarang ni.
maksudnye, lepas dah tinggal di rumah sendiri-tapi-masih-loan-bank, hehe...
dapat sediakan tempat yang selesa buat tetamu2 tu yang penting..

rindu sangat2 dengan kawan studio ku itu..
seorang gadis yang comel lottey...
in fact sekarang dah beranak 3 pun masih comey macam dulu... :)
always young gitewww...
ni gambar masa study dulu...saya yang tudung hitam, beliau yang tudung turquoise tu..Tengku Anis Qarihah namanya...


seronok sangat sembang2..
sampai maghrib jugak lah anis di rumah saya...hihi..
anak2 kitorang pun seronok main sama2..
siap kakak putri pun anis mandi kan sama masa anis nak mandi kan anak2 dia..
haha..
tak malu sungguh kakak putri..
yang baby2 pun siap dah tido dan bangun semula..


Amani, baby anis dan basyir, keluar sebulan awal dari nailah..


macam2 kami sembang..
tu pun rasa tak cukup2 tu..hehe..
actually suami anis, basyir buat insuran Prudential Takaful.
kakak2 putri dah ada insuran.
baby Nailah dan mama papa nye belum ada insuran lagi.
tu yang nak menabung dalam insuran ni..
untuk masa depan sendiri dan anak2, inshaAllah...

orang sekarang ni pun dah mula sedar kepentingan memiliki insuran.
nak cerita panjang, saya tak reti.
tapi, based on experience 2 orang anak yang dah ada insuran, seriously saya kata ia sangat2 membantu bila anak2 sakit.
yes kami ikhtiar untuk tak sakit dengan amalkan shaklee.
but remember, Allah Maha Berkuasa di atas segalanya.
sihat sakit semua urusan Nya.
jangan lah cakap 'eh..makan shaklee pun sakit?'..
no no no!.. seolah2 kita lupa yang Allah berkuasa atas segala nya.
kita cuma ikhtiar...


apa yang best bila ada insuran adalah, 
1. dapat admit hospital swasta yang jauh lebih selesa dari hospital gomen. - ni semua orang pun mengaku rasanya.

2. proses pembedahan lebih cepat, tak perlu Q.

3. ramai nurse yang akan 'proses' kita bila berlaku sesuatu yang emergency.

4. dokter boleh jalankan treatment dengan lebih terperinci ketika itu jugak. maksudnya tak de lah kene tunggu next appointment yang makan masa sebulan atau berbulan2.

5. wad yang super selesa dan privasi. untuk orang2 islam saya rasa privasi tu sangat penting. kita nak solat, nak bukak tudung, tak de masalah. 

6. boleh teman pesakit. kalau kita amik single room, satu family nak teman pun tak de masalah. sebab ni memang saya xperien..hehe
masa tu natrah demam. saya request bilik sorang. 
guest what? 
macam bilik hotel tau..
bilik besar siap ada almari dan meja-4-kerusi.
bilik air superb.
tv.
extra katil.
menu boleh pilih.
dan masa tu saya belum ada baby nailah lagi.
kitorang 1 family, putri-papa-saya ,teman natrah kat hospital.
siap bawak laptop,download muvi...
sebab wifi free...haha..
budak2 pun siap gaduh2...
sebab natrah demam biasa saja...
esok nye, siap mama papa bangun lambat sebab syok sangat tido..
dengan langsir tak selak nye...
bangun2 tengok ada surat kabar nurse bubuh..
bila masa nurse datang pun tak sedar..hihi.
melampau sungguh!

7. dapat duit base on berapa hari kene admit..nak panggil ape ke..pampasan kot...
contoh macam saya amik insuran untuk anak2 saya, saya pembayar.
bila anak2 admit, insuran akan bayar certain amount kepada saya sebab saya kene jaga anak2 saya. duit ni sebagai pampasan kepada saya untuk 'cuti' yang saya kene amik utk jaga diorang..lebih kurang gitu lah...

8. waktu melawat bila2 masa. kalau sedara mara datang dari jauh nak melawat, boleh terus masuk wad.tak perlu tunggu 'waktu melawat'.

tu yang saya tahu nak cerita.
bab2 berapa kita akan dapat kalau accident ke, hilang upaya ke, tu semua korang kene contact Basyir sendiri lah...
klik kat nama beliau tu ye..saya link kan ke FB beliau...
boleh hubungi beliau direct untuk buat appointment.

cerita punya cerita, tak sedar dah jam 6 petang!
haha...
ni lah akibat bila sahabat lama tak jumpa.
anis n basyir kene datang lagi ni, overnite kat sini pulak ek...
kanak2 pun seronok main sama2..
saya pun tumpang seronok sebab kakak putri dah semakin suka nak berkawan..
:)

ini lah kami setelah beranak 3.. :)
selfie itu wajib di zaman ini..hehe..
ceria je family anis..
family saya skema je.. ;)
kene belajar lah amik gambar ceria2 gitu....

geram dengan boboiboy anis tu..
siap la ammar..
aunty jumpa ammar lagi, aunty nak 'tangkap' dia!
 

love, 
 zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

mama putri is BACK !!!

Assalamualaikum putri2 mama..
berkurun lama tak cerita pasal putri2 di sini.
mama tengah enjoy impian mama yang dah tercapai, 
iaitu nak jadi MAMA YANG BEKERJA DARI RUMAH.
(^___________^)
nampak tu lebar mama senyum..
Alhamdulillah..dah masuk bulan ke 6.
all is well, in shaa Allah..

sempena come back mama ni,
kita start cerita pasal family trip Nor Bahar.
family side mama.
bagi mama, family mama ni dah cukup besar dah.

plan punya plan, akhir nya Port Dickson menjadi destinasi kali ni.
sebabnye, 
kakak selalu request nak main 'sand' bile tengok cerita hi-5 dan kakak request nak main 'kite' at the sea shore..

besar dah kakak.
asal tengok tv je nak itu, nak ini.
adik pun ikut dah jejak kakak. 
:)

ni gambar sikit2 kat sana.
pak lang ada amik gambar dari camera dia.
nanti mama minta dan update kat sini.


happy bukan kepalang kakak dan adik dapat mandi kat swimming pool.





kakak teringin nak naik slide..
emm..berani jugak kakak ye slide tinggi2 tu..
tapi, sekali tu je..lepas tu tak nak dah.. ;)


atuk dan nenek..sebaya je..hihi


family besar Nor Bahar @ Glory Beach Resort

so far resort nye not bad at all.
bilik pun okey.
apartment with 3 rooms.
muat2 la untuk family nor bahar.
but its okey.
besar2 sangat pun takut jugak,kan... :)

lepas check out, kita balik melaka dulu.
dan, mama sangat happy sebab kakak dan adik dah semakin familiar dengan rumah atuk nenek.
tak de lah berkepit dengan mama papa aje.
mama dan papa bebas nak buat apa2.

malam tu, mama papa 2-2 dah pengsan kat depan tv.
mama tersedar dan tengok kakak dan adik tengah kutip benda dari dapur.
alhamdulillah..
perkembangan yang sangat positif.
nenek bagitau mama, kakak dah kawan dengan nenek.
happy nenek.
:)
mama pun happy jugak.
sebab tu mama perlu bawak kakak dan adik lebih kerap jumpa atuk nenek.


kakak tengok nenek bagi turtle makan.
gambar adik blur sebab nampak papa snap picture.


esok pagi nye kita balik ipoh.
singgah nilai 3 beli carpet untuk rumah baru.
as usual, unplanned.
itu style papa.
sabo je la..
;)

hasil nya,
2 carpet turki size 10' x 7'
dan 5 keping alas kaki bulu2.



thats the end of our holiday..

and the next day, both putris demam.
penat barangkali.
hari ni dah totally sihat.
alhamdulillah.


LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
untuk order dan pertanyaan, 
email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
sms|whatsapp 016-5952771,