Bonding Time Dengan Putra Putri Di Padang Polo.

Hari-hari anak2 pujuk nak pergi taman. zura malas nya la hai nak keluar sorang2 bawak 5 orang anak ni.
padahal diorang request taman depan rumah ni je. bukan jauh pun.

finally, bawak juga anak2 ke taman. bukan depan rumah tapi kat padang polo.

since kami suka buat berkelah2, zura suggest kat suami kita breakfast kat taman hari tu. suami pun okey. so kira on lah!

sebelum subuh lagi zura dah bangun siapkan breakfast. just goreng bihun, samosa, potong epal n buat air teh je.

malam sebelum tu tidur lambat lebih pukul 12. sebelum tidur tu macam biasa lah zura akan makan oste dan resv untuk bantu zura dapat tidur yang lena. alhamdulillah mudah bangun pagi tu. 

lepas subuh, suami sambung guling2 kat katil, then suami tanya, dah masak ke breakfast? dah siap dah semua. tinggal nak mandi n siap2 je. selalunya suami akan teman n tolong zura buat breakfast. tapi lah kita kasi can lah suami tak tolong. 😃

maka, beriadah lah kami kat padang polo pagi tu.
alhamdulillah, dapat juga bawak anak2 keluar dari rumah dan berlari sana sini. asyik duduk rumah ngadap tv n computer je lah.

gambar-gambar buat kenangan.
















..

Promosi Disember 2021







❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin | bydura
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Dah tinggi dah putri pertama mama ini.

Dah tinggi dah putri pertama mama ini. Dah boleh share baju2 n tudung2 dengan mama dah.

Tiap kali nak keluar rumah, zura akan jadi advisor yang approve dressing anak2.

Seluar ketat n pendek? Pi cari skirt.

Baju pendek? Pi tukar baju labuh.


Anak2 pun apa2 akan tanya zura baju ni okey tak? Seluar ni okey tak?


Actually, papa diorang sangat strict bab pakaian. 


Sebelum sah zura menerima nikahnya dia, ada guideline dress code untuk menjadi isteri dia. Eh.. untuk jadi gf dia.


Baju mesti tutup punggung, longgar dan tak jarang.

Seluar mesti longgar dan labuh of course.

Skirt tak jarang.

Tudung mesti tutup dada dan tak jarang.

Stokin kaki pakai.

Jenis fabrik pun kene teliti.


Jadi, bila anak2 gadis ni dah besar, turn zura lah untuk pastikan putri2 memenuhi dress code papa diorang.


Memang diorang kecik lagi. Sesekali tu ada je pakai baju pendek sikit. Seluar senteng. Tapi ye lah. Diorang kecik lagi kan.


Tapi tu lah. Dah terbiasa suami didik begitu. Terbawa2 ke anak2.


Actually papa diorang okey je kalau nak ranggi2 sikit ke, stylo2 ke.. asalkan syarat2 di atas tu dipenuhi.


Boleh je kan nak nampak stylo up to date tapi still bertutup dan longgar2. Zura sendiri pun suka je nak dress up macam tu.


Actually tak berani nak tulis tentang ini. Sebab… ye lah. future kita tak tahu macam mana. Future anak2 pun tak tahu macam mana bila diorang dah mula hidup sendiri nanti.


Zaman sekarang ni sangat mencabar untuk besarkan anak2. Zura sedar kami pun banyak sangat kekurangan. Tapi dah tentu kami nak yang terbaik untuk anak2.


Sebagai parent, kami dah ajar dan tunjuk contoh pada anak2. Ini usaha kami dan ikhtiar kami. Selebihnya, doa banyak2 moga anak2 dipelihara iman mereka. InsyaAllah aamiin..


..



Semua baju2 size M mama, kakak dah amik. Seluar2 n skirt2 labuh meleret pun dah bagi kat kakak. Oh kakak.. Kalau kakak meninggi lagi, kene beli lain lah..

..

Promosi Disember 2021







❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin | bydura
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Jom zumba dengan Zura.

berat zura naik mendadak sekarang. dahsyat. tak nak bagitau berapa kg.
perkembangan pun dah nampak sangat kembang. tak mau tak mau.

yang zura perasan, berat naik sejak zura cucuk perancang depo.
slowly naik dan naik dan naik.
now zura dah stop depo, dah susah nak turun! uwaaaa..

ada je nurse cakap, bukan salah depo. dah ibu tak control makan. 
zura tak kira, zura salah kan depo jugak! 
selama ni sama je pattern zura makan. okey je maintain slim melim. zura tak cucuk depo.

now susah dah nak turun. sedey...

nak kurus ni actually 80% depend pada pemakanan, lagi 20% pada senaman.
pemakanan zura belum mampu lagi nak jaga. hehe... kurang sangat makan sayur n buah buahan. padahal itulah yang patutnya zura lebihkan. 

zura pernah buat detox-eat clean dengan team shaklee. memang berat senang sangat nak turun walaupun zura tak buat senaman apa2 pun. pernah jugak zura tengok satu rancangan orang putih ni, tak tahu lah tajuk apa. rancangan ni macam rancangan yang travel2 tu. host ni pergi satu tempat, then dia kene makan sayur2 je dalam tempoh 2 minggu. dan dia tak buat senaman pun. memang turun berat dia.

jadi..dalam usaha zura nak kurus balik ni, disebabkan zura tak dapat nak eat clean lagi, at least senaman kene lah buat kan. habis lah kalau dua-dua tak buat. slowly berat tu naik 1kg-1kg.. kang tiba2 timbang dah cecah 70kg. tak mo tak mo.

apa zura buat sekarang adalah, Zumba!

dalam banyak2 senaman, nampaknya zumba jugak lah yang buat zura tak boring nak bersenam. lagipun, zura sangat segan nak bersenam kat luar. segan orang tengok. so jalan penyelesaian nya adalah, zumba kat rumah aje lah.

so ni zura nak share, youtube2 zumba yang zura follow.

zura pernah ikut Fitness Fun ni masa fauzan kecik2. now zura ikut lagi team diorang ni. jujur zura tak try tengok yang lain sebab zura dah selesa dengan team ni. paling penting, penampilan diorang semuanya sopan n tutup aurat especially yang perempuan. yang lelaki ada juga 1-2 video yang pakai seluar atas lutut. overall, nampak sopan. so tak segan nak bukak kat rumah n anak2 tengok sekali.

so, ni lah video2 nya.. ada 7 lagu semuanya.. step2nya pun dah hafal dah.. 

Button PCD

pencuri hati - ayda jebat

bukan dia

dikir puteri - noraniza idris

havana - camila cabello ft young thug

locked away


pergerakkan simple tapi boleh buat kita peluh ulala...

Fresh sangat rasa bila dapat keluar peluh ni.

Lagi satu zura perasan, bila zura zumba pagi2, tengah hari lepas zuhur tu kurang rasa penat n mengantuk tau.
Memang rasa produktif sepanjang hari.

Suplemen shaklee yang support zura berzumba ni,

Cinch shake + esp untuk isi perut kosong pagi2 sebelum start zumba, untuk bina muscle n bakar lemak.
Cinch tea untuk tingkatkan metabolisma.
Performance Drink untuk kembalikan hidrasi tubuh.


Semua suplemen ni memang sesuai untuk anda yang aktif bersukan. 🏃‍♀️🏃‍♀️

Selamat berzumba! 


..
❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin | bydura
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com







Review Mazda 8 Yang Buat Kami Terus Cari Mazda 8

Sebenarnya, 10 tahun lepas zura pernah letak gambar Mazda 8 kat fb zura.


time tu, mazda 8 baru keluar. sekitar tahun 2011. suami share gambar tu. zura pun on. kalau bab kereta ni, taste design kami mujur lah sama.
time tu anak baru 2. kenapa ek suami forward gambar mpv? adakah suami dah nampak masa depan kitorang 5 orang anak? emm.. tiba2 musykil. 😎

pastu odc pulak keluar baru. terus tukar dream car ke odc. just sebab dia honda sama clan dengan city. Plus suami pun on dengan design odc.
pastu, dream car tinggal dream je. sebab belum nampak keperluan untuk ambil mpv.
sampai lah lately, anak dah 5 dan besar2 dah semua. kakak putri dah makin meninggi. in fact lagi tinggi dari mama yang comey ni. uwaaaaa…

lalu, tergerak hati kami nak mencari mpv. kalau tanya zura, zura nak odc. tapi over budget. hihi.
alphard atau vellfire zura tak minat. suami dok riki2 estima. yang penting, suami nak pintu sliding.
lama riki. berbulan2.
tapi time tu pun pkp. anak2 pun tak sekolah n tak boleh kemana2. so masih belum nampak keperluan lagi. motor lebih penting masa tu. mama papa je yang boleh keluar kan. So hari2 dating naik motor lagi romantis-menggamit-memori gitu…
sampai lah satu hari, suami share satu youtube ni, review tentang mazda 8.


lepas tengok video tu, terus zura order mazda 8 satu kat suami. haha.
serius, terus riki2 mazda 8 je time tu. model baru memang tak de dah. so, yang second hand je lah kan.


emm.. punya payah nak kawtim kereta second ni. banyak kemusykilan dan keraguan. bab enjin n performance kereta tu tak risau. yang concern nya, kot dealer menipu condition kereta.
walaupun banyak kereta yang kami tengok, - kereta yang sama lah mazda 8 - condition still tak sama.


so nak kata, kalau nak beli used car memang nak kene tengok sendiri. sebab sekarang ni trend beli kereta second pun online. kene customer cerewat, memang tak boleh lah beli kereta online.


begitu begini begitu begini, lebih kurang sebulan jugak mencari, siap turun kl dua kali untuk tengok kereta, akhirnya setuju yang satu ni.


alhamdulillah.. rezeki anak2. semuanya pun yang kami beli, fikirkan anak2 je. untuk anak2 selesa. mama papa dah tentu selesa duduk depan.

balik melaka baru ni, memang plan nak balik melaka. time tu loan dah lulus. so zura bagitau suami, on de way balik ipoh boleh ke nak ambil kereta sekali?
Tak lah pening cemana nak ambil kereta kalau anak2 kat ipoh. Risau nak tinggalkan diorang walaupun dealer kata separuh hari dah boleh setel. Then dealer kata boleh. alhamdulillah…



kelmarin tu dari kl ke ipoh kami balik dengan 2 kereta. nebes weii.. zura mana ada drive jejauh ni. suami penat macam mana pun, selalu dia je yang drive. Zura memang goyang kaki je kat sebelah.

zura share ni sebenarnya nak cerita kat sini, semua nya Allah plan cantik sangat2 perjalanan nya untuk kami memiliki kereta ni.
berimpian nak memilikinya 10 tahun lepas. Just share sekeping gambar n sedikit angan2.
tapi Allah berikan jugak 10 tahun kemudian, di saat kami benar2 perlukan nya dan kami mampu untuk memilikinya.
bila sekali terdetik nakkan sesuatu di hati, percaya lah dan yakin, Allah akan beri bila sampai waktu nya. Yang penting, sabar dan solat (doa).
seperti firman Allah;
“…Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku…”
(al Baqarah: 186)
Cepat atau lambat Allah makbulkan itu bukan urusan kita. Tugas kita hanyalah sabar dan solat (doa).
zura doakan semoga semua yang teman2 hajatkan di dunia dan di akhirat nanti, akan diperkenankan oleh Allah.
InsyaAllah aamiinn..


Promosi Oktober 2021

UNTUK WANITA.

UNTUK KANAK-KANAK.

..
❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin | bydura
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com