Showing posts with label kisah putri naurah. Show all posts
Showing posts with label kisah putri naurah. Show all posts

Memori Kakak Putri Jadi Player Netball Sekolah.

satu hari, kakak balik sekolah then kakak cakap yang cikgu suruh kakak main bola jaring. mama terus happy!
sebab mama memang 200% support kalau anak2 mama aktif sukan tak kisah lah sukan apa.

mama pernah suggest kat kakak tapi tau lah kakak macam mana. tak nak lah. tak reti lah. sebab kakak tinggi, tu salah satu kelebihan kakak sebenarnya untuk aktif dalam sukan. rugi rasanya kalau tak manfaatkan kelebihan kakak tu.

mama ingat lagi masa kakak balik sekolah, penat sangat sebab ada training kat sekolah pagi tu. pastu kakak request tak nak pergi sekolah agama. mama speechless sebenarnya. antara kesian dan tak kesian. haha...

tapi akhirnya, mama tak bagi jugak kakak skip sekolah agama. sambil kakak bersiap nak pergi sekolah agama tu, sambil kakak menangis kesat air mata. mama buat2 tak nampak. tak nak layan sangat.

lepas2 tu, kakak kerap ada latihan lepas sekolah. so kakak memang tak pergi lah sekolah agama. dan kakak nampak enjoy sangat pergi latihan. kalau pun petang tu tak de latihan netball, kakak okey je nak pergi sekolah agama. tak de dah nangis2. dan kakak pun tak de mengadu sangat penat. syukur alhamdulillah... 

so kat sini mama just nak share gambar2 kakak dan kawan2 netball kakak sepanjang kakak training n masuk game peringkat sekolah yang cikgu kakak share hari tu.

ni antara gambar terawal yang cikgu kakak share. waktu ni training masa cuti sekolah seminggu. mama tengok kakak senyum, mama auto senyum. kakak susah nak senyum. bila kakak senyum maksudnya kakak betul2 happy. alhamdulillah...


perlawanan persahabatan.






time ni friendly game kat sk manjoi 2 kot. padang lecak sebab hujan sebelum tu.

seronok dia main dalam lumpur.


ini pun perlawanan persahabatan.

pagi perlawanan peringkat sekolah.




dah ready!



cikgu sentiasa update masa perlawanan tu.
game pertama menang 10-0
game kedua menang 9-0
game ketiga - separuh akhir kalah 6-4
game penentu tempat ke3 dan ke4 menang 8-0


SKTD tempat ke 3 zon C.

alhamdulillah.. pengalaman berharga untuk anak2. mama tolong coretkan memori ini untuk kakak.


jujurnya, mama happy sangat kakak join team netball ni sebab mama kenal kakak macam mana orangnya. tak de kawan. kakak susah nak berkawan. umie sorang tu je lah bestfriend kakak kat sekolah ni. kat sekolah lama, durathul sorang. pastu tak kawan dah dengan siapa2..

bila kakak join team netball ni, baru lah kakak bergaul dengan kawan yang lain and mula share macam2 cerita dengan mama. ye lah.. kawan2 kakak cerita macam2 kat kakak, kan. pastu, masing2 dah bincang nak sekolah kat sekolah mana. 

ada satu hari tu, kakak balik training, excited kakak bagitau mama.. "mama!!! ada kawan kakak pun nak masuk taayah!" suka kakak ada geng. hehe...

pastu kakak tanya, kat taayah ada ke bola jaring. eh of course ada. masa tahun mama dulu, agak power jugak team netball taayah tau. kakak punya lah excited..

mama doa kakak dapat sekolah taayah tu nanti. bila mama kata kalau nak masuk taayah kakak kene belajar sekolah agama elok2, angguk2 kakak tanda faham. insyaAllah insyaAllah... ada rezeki kakak nanti. aaminn ya Allah. pembaca blog mama, doakan juga ya.. :)

Dah tinggi dah putri pertama mama ini.

Dah tinggi dah putri pertama mama ini. Dah boleh share baju2 n tudung2 dengan mama dah.

Tiap kali nak keluar rumah, zura akan jadi advisor yang approve dressing anak2.

Seluar ketat n pendek? Pi cari skirt.

Baju pendek? Pi tukar baju labuh.


Anak2 pun apa2 akan tanya zura baju ni okey tak? Seluar ni okey tak?


Actually, papa diorang sangat strict bab pakaian. 


Sebelum sah zura menerima nikahnya dia, ada guideline dress code untuk menjadi isteri dia. Eh.. untuk jadi gf dia.


Baju mesti tutup punggung, longgar dan tak jarang.

Seluar mesti longgar dan labuh of course.

Skirt tak jarang.

Tudung mesti tutup dada dan tak jarang.

Stokin kaki pakai.

Jenis fabrik pun kene teliti.


Jadi, bila anak2 gadis ni dah besar, turn zura lah untuk pastikan putri2 memenuhi dress code papa diorang.


Memang diorang kecik lagi. Sesekali tu ada je pakai baju pendek sikit. Seluar senteng. Tapi ye lah. Diorang kecik lagi kan.


Tapi tu lah. Dah terbiasa suami didik begitu. Terbawa2 ke anak2.


Actually papa diorang okey je kalau nak ranggi2 sikit ke, stylo2 ke.. asalkan syarat2 di atas tu dipenuhi.


Boleh je kan nak nampak stylo up to date tapi still bertutup dan longgar2. Zura sendiri pun suka je nak dress up macam tu.


Actually tak berani nak tulis tentang ini. Sebab… ye lah. future kita tak tahu macam mana. Future anak2 pun tak tahu macam mana bila diorang dah mula hidup sendiri nanti.


Zaman sekarang ni sangat mencabar untuk besarkan anak2. Zura sedar kami pun banyak sangat kekurangan. Tapi dah tentu kami nak yang terbaik untuk anak2.


Sebagai parent, kami dah ajar dan tunjuk contoh pada anak2. Ini usaha kami dan ikhtiar kami. Selebihnya, doa banyak2 moga anak2 dipelihara iman mereka. InsyaAllah aamiin..


..



Semua baju2 size M mama, kakak dah amik. Seluar2 n skirt2 labuh meleret pun dah bagi kat kakak. Oh kakak.. Kalau kakak meninggi lagi, kene beli lain lah..

..

Promosi Disember 2021







❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin | bydura
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Kakak Buat Hal Lagi.

Malam tadi, kakak buat hal lagi.
Habis je cerita Kampung People 2, zura dah standby nak naik atas tidur. Kakak datang bawak buku Matematik dia. 
"Mama..mama kene tolong kakak ni!!!"

"WHAT??? KERJA SEKOLAH BARU NAK BUAT?"

"senang je. kene buat ayat matematik je..."

okey... buat lah 1 soalan. lepas tu dia tunjuk muka surat sebelah, adalah lagi baaaaaaaanyak soalan.
haih...mengundang kemarahan sungguh budak ni. sampai kakak cakap, "em...tak pe lah mama, esok kakak tiru kawan."

"WHAT?????"

so, ngantuk ke tak ngantuk ke, kene lah hadapi dengan tenang dan sabar. semua adik-adik dia pun tunggu dia siapkan kerja sekolah dia. sabo je lah...

Kakak ni kene bagi tumpuan lebih kat Matematik. Subjek lain dia okey. Kalau bukan zura yang nak ajar dia, siapa lagi, kan?

Actually zura memang plan nak tidur awal. Awal pun tak awal mana lah.. Pukul 10 naik bilik, gitu gini gitu gini pukul 11 jugak baru tidur. Sebab zura nak bangun awal buat kerja. Plan nya nak bangun pukul 3.
Tapi tak pe lah..

So ni, alhamdulillah Allah kejut pukul 3 bangun. Maybe berkat ajar kakak semalam, kan.. ^_^
lagipun, sejak zura consume ResV - produk terbaru shaklee ni - zura memang mudah sangat nak bangun awal pagi. Bukan awal yang dah subuh tu tau.. Awal tu time2 tahajud tu. 

Kalau sebelum ni liat sungguh lah nak bangun tahajud, sekarang ni alhamdulillah mudah je bangun dengan asbab ResV. Zura perasan benda ni sebab memang ketara lah dulu tak makan susah bangun, bila makan mudah je bangun. Even tidur pukul 11 gitu..

Tapi zura tak buat hari-hari bangun seawal 3 pagi untuk buat kerja. Tak elok juga untuk kesihatan. Tidur kene cukup untuk kesihatan yang baik, emosi yang tenang dan of course untuk awet muda. ^_^

So, kalau kawan-kawan ada yang nak cuba ResV, boleh klik link wasap kat bawah ni ye...



"Mama! kakak ada buat pinjaman!"

"Mama! kakak ada buat pinjaman!"
excited kakak bagitahu mama sejurus kakak masuk kereta masa mama ambil kakak balik sekolah.

"Haa? pinjaman?"
terkejut mama. Dalam kepala terlintas satu je, pinjaman wang tak berlesen ke? kakak pinjam duit ahlong ke? 😅

"ha ah..kakak pinjam buku dari perpustakaan."
slumber dia jawab sambil buka beg sekolah nak tunjuk buku tu.

"oo..pinjam buku, ingatkan pinjam apa lah tadi. berapa lama boleh pinjam? jaga buku sekolah elok-elok."
fuh...lega mama. ingatkan pinjaman apa lah tadi. suspend je kakak ni. 😂

"ha ah.. boleh pinjam dalam 3 hari je. tapi esok lah kakak pulangkan."

ate nya.. first time pinjam buku kat library sekolah. Excited le kome! 😊

Komik yang di pinjam nya. Emm.. elok lah. Tak gaduh minta mama belikan komik. :)

..
Dont miss it! 
Bulan ni kita ada promo :
1. Omega guard: Diskaun 5% dengan pembelian 2 botol @ Percuma 1 botol dengan pembelian 8 botol.
2. Radiance c+e Youth: Percuma Radiance c+e dengan pembelian produk Youth bernilai 200uv (point)
3. Zinc Plus: Percuma 1 botol dengan pembelian 1 botol.

Jom ajak kawan kawan dan ahli keluarga untuk beli dengan anda 😍😍




❤, LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - 📣 untuk order dan pertanyaan, 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 💻 visit: www.vitallyvitamin.com