Dah tinggi dah putri pertama mama ini.

Dah tinggi dah putri pertama mama ini. Dah boleh share baju2 n tudung2 dengan mama dah.

Tiap kali nak keluar rumah, zura akan jadi advisor yang approve dressing anak2.

Seluar ketat n pendek? Pi cari skirt.

Baju pendek? Pi tukar baju labuh.


Anak2 pun apa2 akan tanya zura baju ni okey tak? Seluar ni okey tak?


Actually, papa diorang sangat strict bab pakaian. 


Sebelum sah zura menerima nikahnya dia, ada guideline dress code untuk menjadi isteri dia. Eh.. untuk jadi gf dia.


Baju mesti tutup punggung, longgar dan tak jarang.

Seluar mesti longgar dan labuh of course.

Skirt tak jarang.

Tudung mesti tutup dada dan tak jarang.

Stokin kaki pakai.

Jenis fabrik pun kene teliti.


Jadi, bila anak2 gadis ni dah besar, turn zura lah untuk pastikan putri2 memenuhi dress code papa diorang.


Memang diorang kecik lagi. Sesekali tu ada je pakai baju pendek sikit. Seluar senteng. Tapi ye lah. Diorang kecik lagi kan.


Tapi tu lah. Dah terbiasa suami didik begitu. Terbawa2 ke anak2.


Actually papa diorang okey je kalau nak ranggi2 sikit ke, stylo2 ke.. asalkan syarat2 di atas tu dipenuhi.


Boleh je kan nak nampak stylo up to date tapi still bertutup dan longgar2. Zura sendiri pun suka je nak dress up macam tu.


Actually tak berani nak tulis tentang ini. Sebab… ye lah. future kita tak tahu macam mana. Future anak2 pun tak tahu macam mana bila diorang dah mula hidup sendiri nanti.


Zaman sekarang ni sangat mencabar untuk besarkan anak2. Zura sedar kami pun banyak sangat kekurangan. Tapi dah tentu kami nak yang terbaik untuk anak2.


Sebagai parent, kami dah ajar dan tunjuk contoh pada anak2. Ini usaha kami dan ikhtiar kami. Selebihnya, doa banyak2 moga anak2 dipelihara iman mereka. InsyaAllah aamiin..


..



Semua baju2 size M mama, kakak dah amik. Seluar2 n skirt2 labuh meleret pun dah bagi kat kakak. Oh kakak.. Kalau kakak meninggi lagi, kene beli lain lah..

..

Promosi Disember 2021







❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
 ðŸ’» fb: baizura bahar | vitally vitamin | bydura
 ðŸ“² sms|whatsapp 016-5952771
 ðŸ“§ email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 ðŸ’» visit: www.vitallyvitamin.com

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.