Fathan Diaper Free!

mama happy sangat hari ni sebab fathan officially diaper free di siang hari. :)
kali ni, mama tak de nak potty train fathan pun. mama just biarkan je, sampai masa fathan pandai sendiri untuk tak pakai pampers lagi.

actually, start dari nailah mama praktikkan benda ni. 

first, mama ajar untuk buang air besar kat toilet bowl. eh.. maksudnya, time cebuk tu dudukkan terus kat toilet bowl. tak cangkung kat lantai n cuci kat lantai. so, anak mama akan familiar dengan penggunaan toilet bowl. tapi tu lah.. bila ada toilet cangkung, korang tak reti nak guna. hehe..

then, mama biar je nailah sendiri yang nak buang air kat toilet (sewaktu masih pakai pampers). boleh kata, hampir umur 5 tahun jugak lah baru boleh betul-betul free diaper. fauzan pun sama mama guna cara yang sama. kiranya, masa umur 5 tahun tu, malam pun dah tak perlu pakai pampers lagi.

untuk fathan ni, mama rasa progress fathan agak cepat jugak sebab belum 5 tahun dah boleh free diaper. 

proses nya go naturally. start dengan cebuk atas toilet bowl, then fathan rasa nak buang air besar han minta buang kat toilet, pastu baru han sendiri tak pakai pampers n pergi toilet bila nak buang air kecik.

alhamdulillah... mama happy sangat sangat sebab dah boleh jimat tak payah beli diapers dah. hehe..





❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
 ðŸ’» fb: baizura bahar | vitally vitamin  
 ðŸ“² sms|whatsapp 016-5952771
 ðŸ“§ email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 ðŸ’» visit: www.vitallyvitamin.com

10 Rahsia Pikat Hati Suami

Isteri solehah tak perlu manja sepanjang masa,
cukup lakukan 10 Rahsia Pikat Hati Suami:
1.
Temankan suami makan walaupun kamu sudah makan. Ramai suami rasa terbiar dan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama suami sambil kamu sendiri boleh lihat dia menikmati juadah dari air tanganmu sendiri.
2.
Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuh dengan mesra dan peluk dia semasa pergi dan pulang kerja.
3.
Rawat suami dengan penuh kasih sayang semasa dia sakit. Sentuhan dan kata-kata manis mampu bertindak sebagai penawar yang mujarab.
4.
Mengalahlah pada suami bagi perkara yang harus. Suami kadangkala rasa kecewa kalau kamu terlalu lantang atau melawan katanya.
5.
Tutup diri kamu daripada sebarang lelaki lain. Pastikan menutup aurat dengan sempurna dan jaga batas perbualan dengan bijaksana.
6.
Berterima kasihlah dengan suami walaupun hal sekecil-kecilnya.
7.
Ramai penghuni neraka adalah dari wanita yang menyumpah seranah dan tidak bersyukur kepada suami mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.
8.
Kejutkan suami untuk solat tahajud dan isteri juga turut melakukannya bersama-sama. Ia adalah amalan yang dapat mengharmonikan rumahtangga serta menerangkan kubur.
9.
Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Wanita yang hilang sifat ini adalah mereka yang hilang martabat dan maruah diri.
10.
Bila suami pulang kerja, beri dia rehat 30 minit. Usah terus menerus terjahnya dengan pelbagai soalan. Bawakan air dan beri urutan untuk dirinya tenang dan berehat.
Semoga catatan dan pesan Tok Abah ini, para isteri ambil perhatian dan jalankan tanggungjawab kalian sebaiknya ya.
Selamat malam semua.
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Tak perlu manja, yang penting solehah.