Showing posts with label rahsia rumah tangga bahagia. Show all posts
Showing posts with label rahsia rumah tangga bahagia. Show all posts

10 Rahsia Pikat Hati Suami

Isteri solehah tak perlu manja sepanjang masa,
cukup lakukan 10 Rahsia Pikat Hati Suami:
1.
Temankan suami makan walaupun kamu sudah makan. Ramai suami rasa terbiar dan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama suami sambil kamu sendiri boleh lihat dia menikmati juadah dari air tanganmu sendiri.
2.
Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuh dengan mesra dan peluk dia semasa pergi dan pulang kerja.
3.
Rawat suami dengan penuh kasih sayang semasa dia sakit. Sentuhan dan kata-kata manis mampu bertindak sebagai penawar yang mujarab.
4.
Mengalahlah pada suami bagi perkara yang harus. Suami kadangkala rasa kecewa kalau kamu terlalu lantang atau melawan katanya.
5.
Tutup diri kamu daripada sebarang lelaki lain. Pastikan menutup aurat dengan sempurna dan jaga batas perbualan dengan bijaksana.
6.
Berterima kasihlah dengan suami walaupun hal sekecil-kecilnya.
7.
Ramai penghuni neraka adalah dari wanita yang menyumpah seranah dan tidak bersyukur kepada suami mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.
8.
Kejutkan suami untuk solat tahajud dan isteri juga turut melakukannya bersama-sama. Ia adalah amalan yang dapat mengharmonikan rumahtangga serta menerangkan kubur.
9.
Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Wanita yang hilang sifat ini adalah mereka yang hilang martabat dan maruah diri.
10.
Bila suami pulang kerja, beri dia rehat 30 minit. Usah terus menerus terjahnya dengan pelbagai soalan. Bawakan air dan beri urutan untuk dirinya tenang dan berehat.
Semoga catatan dan pesan Tok Abah ini, para isteri ambil perhatian dan jalankan tanggungjawab kalian sebaiknya ya.
Selamat malam semua.
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Tak perlu manja, yang penting solehah.

Kisah Rumah Tangga Kami Selepas 11 Tahun Berkahwin.

Ucapan sweet2 dah lama kurang dah. But still, yang basic2 tu of course masih lagi sebut.

i love you.
i miss you.
i need you.
i cannot live without you.

tapi, kami lebih kepada gurau2, ketawa2, buat2 terkejut and biiznillah, lebih saling memahami antara satu sama lain.

semakin boleh kawal amarah. dah tak mudah angin atas sebab benda2 kecil je. dan biiznillah juga, semakin bijak twist keadaan yang akan buat pasangan marah, kepada melawak.

bosan juga nak bersweet2 je sepanjang masa, kan. hihi.

bukanlah tak bersweet2 langsung dah. tapi faham2 lah pasangan yang berkahwin, kita boleh ekspresikan sweet itu dengan banyak cara lain, kan.

tak payah cakap pun kita boleh sweet2. 

dan disebabkan anak2 dah besar jugak lah, tak boleh nak sweet2 sangat. again, kene twist sweet tu kepada gurau2 kasar yang kadang2 budak2 ni pun join ketawa sama. seronok depa kalau tengok papa diorang buli mama diorang. lagi jadi batu api adalah..

dan disebabkan anak2 suka skodeng wasap mama papa jugak lah, mama papa terpaksa pendam rindu diam2 bila berjauhan. nak tulis sweet2 kat wasap pun tak boleh dah, nanti diorang baca. 


jujurnya, zura tak berani nak sebut lebih2 tentang rumah tangga. kami sendiri pun, baru 11 tahun membina masjid kami. banyak sangat yang perlu di hiasi masjid ini. 
apapun, zura bersyukur sangat Allah hadirkan dia menjadi suami zura. kalau nak kira kekurangan dan kelebihan dia, dia lebih banyak kelebihan dari kekurangan. 
dia paling tinggi sabar nya melayan sifat zura. 
terima kasih Allah. terima kasih kerana menganugerahkan dia dalam hidup ku.



❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 
 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Nasihat Buat Yang Dah Berumah Tangga.


Ustaz pesan dalam #tanyalahUstaz , sentiasa perbaharui perkahwinan. Bukan kawin baru.. 😄

Maksudnya, tak kira lah dah berapa tahun kawin, sentiasa la cipta mom...en2 seperti mula2 kawin dulu. 

Teringat pillow talk dengan suami malam tadi, antara kami ada fauzan tengah tidur. 

Suara kami kuat agaknya, fauzan terjaga n rengek2.
Kami sama2 tepuk fauzan. Terbayang saat2 kakak putri baby2. Terasa macam baru ada sorang ada je malam tadi.. Hihi.. 

Masa mula2 tidur berjauhan dengan suami, (definasi jauh tu ada putri kat tengah2), zura nangis sorang2 malam tu.. 🙈🙈
Mengada betul! 😁

Pastu tak heran dah la ada 2-3 anak kat tengah2..hihi.. 

So apa zura nak sampaikan adalah, jagalah diri, jaga kesihatan, jaga penampilan, jaga energy, untuk pasangan kita.. 
Mudah mudahan, dgn kesihatan yang baik, penampilan sentiasa menarik, energy sentiasa muda, perkahwinan kita sentiasa seperti baru saja berkahwin.. 

Nasihat ini untuk peringatan zura sendiri jugak.. 
Semoga bermanfaat untuk teman2 yang sudah berumah tangga... 😊

Kalau mencari suplemen untuk suami isteri sentiasa bertenaga dan awet muda energy serta penampilannya, zura suggest anda ambil Vivix dan pasa isteri boleh gunakan Youth Skincare. Kita ikhtiar, selebihnya urusan Allah.😊


ketahui 8 kebaikan polifenol untuk kesihatan kita di SINI.




❤, 
Baizura Bahar 
 Pengedar Shaklee Chemor.  

Order atau keahlian Shaklee? 
--------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com