10 Rahsia Pikat Hati Suami

Isteri solehah tak perlu manja sepanjang masa,
cukup lakukan 10 Rahsia Pikat Hati Suami:
1.
Temankan suami makan walaupun kamu sudah makan. Ramai suami rasa terbiar dan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama suami sambil kamu sendiri boleh lihat dia menikmati juadah dari air tanganmu sendiri.
2.
Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuh dengan mesra dan peluk dia semasa pergi dan pulang kerja.
3.
Rawat suami dengan penuh kasih sayang semasa dia sakit. Sentuhan dan kata-kata manis mampu bertindak sebagai penawar yang mujarab.
4.
Mengalahlah pada suami bagi perkara yang harus. Suami kadangkala rasa kecewa kalau kamu terlalu lantang atau melawan katanya.
5.
Tutup diri kamu daripada sebarang lelaki lain. Pastikan menutup aurat dengan sempurna dan jaga batas perbualan dengan bijaksana.
6.
Berterima kasihlah dengan suami walaupun hal sekecil-kecilnya.
7.
Ramai penghuni neraka adalah dari wanita yang menyumpah seranah dan tidak bersyukur kepada suami mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.
8.
Kejutkan suami untuk solat tahajud dan isteri juga turut melakukannya bersama-sama. Ia adalah amalan yang dapat mengharmonikan rumahtangga serta menerangkan kubur.
9.
Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Wanita yang hilang sifat ini adalah mereka yang hilang martabat dan maruah diri.
10.
Bila suami pulang kerja, beri dia rehat 30 minit. Usah terus menerus terjahnya dengan pelbagai soalan. Bawakan air dan beri urutan untuk dirinya tenang dan berehat.
Semoga catatan dan pesan Tok Abah ini, para isteri ambil perhatian dan jalankan tanggungjawab kalian sebaiknya ya.
Selamat malam semua.
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Tak perlu manja, yang penting solehah.



Nikmati Teh/Kopi Bersama-Sama
paling simple isteri berkerjaya boleh buat adalah, bancuh air dalam satu cawan besar, pastu balik kerja sama-sama minum dalam cawan yang sama.
Kalau isteri balik kerja dulu, tunggu suami balik kerja. Then ajak minum sama-sama n sembang2 waktu tu.
Kalau suami balik kerja dulu, isteri balik terus buat air then ajak suami duduk minum and sembang2 time tu. Cicah biskut kering pun sedap.
Niat ikut sunnah nabi minum dalam gelas yang sama aisyah dan minum di bekas bibir aisyah minum.
Sekadar buat air, InsyaAllah tak penat mana.. 
Time tu lah kita nak hilangkan penat kerja kita. Ambil masa untuk diri sendiri sebelum terus urus anak2 n rumah.
Kalau ada anak2, buat sekali air untuk anak2 then makan biskut cicah air. Sembang2 dengan anak2. Jgn tengok fon pulak. Bonding time waktu tu.
Saya sekadar memberi cadangan and berkongsi apa yang mak saya ajar. 

kalau nak tunggu suami yang buat air, mungkin tidak... Haha..
Cuma saya teringat pesanan ustaz elyas, 
dalam rumah tangga kene sentiasa niat nak jadi orang yang pertama memberi.
Cth situasi tadi.. Kita balik kerja dah niat nak buatkan air untuk suami. (Nak jadi orang pertama yang memberi). Suami pulak balik kerja dah niat nak jadi orang pertama yang memberi-suami beli pisang goreng.
So.. Sama2 dapat nikmati minum petang tu sama-sama.
Tapi kalau suami tak beli pisang goreng jgn pulak marah n ungkit kita penat buat air..
anggap lah kita buat air untuk diri sendiri... Gitu...

Berehat dan Menonton TV Bersama-sama.
nama je tengok TV. padahal memasing pun pegang handphone kan?
its okey. duduk sebelah2 kat sofa. sama-sama scroll hp masing-masing.
kalau nak lagi manja, baring atas riba dia. atau minta dia baring atas riba kita.
tak perlu pun nak romantik-romantik. cukup ada attachment begitu.

kat mana suami duduk, kat situ lah kita nyendeng kat dia.
dia suami kita, kenapa nak segan nak menyendeng-nyendeng.
lagipun suami ni bukan faham bahasa tubuh atau bahasa berkias kita. 
kalau rasa nak suami peluk, cakap terus terang.. "abang...nak peluk!"
kalau rasa nak cium suami, cakap je "abang.....nak cium!"
confirm kene peluk kene cium.
senang.

Masuk Tidur Bersama-sama.
Waktu ni pun waktu paling efektif untuk bonding dan heart to heart dengan suami.
Tak kisah lah kita tengah buat apapun, 
tengah kerja ke -kot amik order masak2 ke kan, tengah masak-, 
tinggalkan kejap kerja kita dan teman suami tidur.

Time tu pun kita selalu je tengok hp kan. Suami pun sama. Its okey. 
Ambil lengan suami, baring atas lengan dia.
Bila suami dah letak hp dan nak tidur, 
time tu ajak sembang-sembang dulu sebelum dia tidur.
Dapat sembang 2-3 isu pun cukup lah. 
Kalau ada anak, cerita hal anak2 yang melucukan.
Ataupun, sesekali rasa nak ngengada dengan suami, throwback balik zaman bercinta dulu.
"Abang ingat tak masa kita mula-mula jumpa dulu?"
Kalau dia malas layan, jangan ambil hati. Senyum je..Kita throwback je sorang2.
Penting ni untuk jaga emosi kita.
Bila dia dah tidur, kita bangun lah balik sambung kerja kita kalau kita ada kerja nak buat. 

Ikut Kemana Pun Dia Pergi.
Kalau isteri tu surirumah sepenuh masa, dia memang tak de bestfriend apa lagi officemate yang dia boleh keluar sama-sama.
Suami je peneman dia dan pendengar segala keluh kesah dia. So apa kita boleh buat?
Bila nak beli barang dapur, jangan kirim saja kat suami, tapi ikutlah dia pergi kedai tu.
Biasanya kalau suami yang pergi kedai, memang diorang akan beli benda yang diorang nak beli je, tak de top up top up barang lain. 
Beza dengan orang perempuan, kan.
So, nak elak kita bergaduh sebab suami budget bila membeli masa kita keluar sama-sama tu, kita jangan lah minta benda yang lebih dari budget dia.
Tanya dulu boleh ke beli ni, boleh ke beli tu?
Kalau dia kata tak boleh, jangan kecik hati pulak. 
Lain kali kita pergi sendiri kedai, kita beli lah guna duit kita.
Lagi, kalau suami nak pergi servis kereta ke atau nak bawak kereta pergi bengkel, ikut je sekali.
Boring memang boring tapi tak salah pun kita menempel selalu dengan suami kita. 
Pendek kata, ngekor je lah kemana pun suami kita pergi walaupun dia nak jogging keliling taman. 

itulah antara pesanan-pesanan mak zura masa zura baru kahwin dulu. Rahsia pikat hati suami versi mak zura. 
dan sampai hari ini, alhamdulillah zura dapat buat semua ni. 
bila dah ada anak2 ni, penting untuk kita sebagai ibubapa tunjuk contoh yang baik depan anak2 especially role kita sebagai suami dan isteri.
Sebabnya, apa yang diorang tengok masa diorang tengah membesar ni -layanan papa pada mama, layanan mama pada papa-, itu lah yang akan membentuk diorang bila diorang dah berkahwin nanti.

kalau korang ada tips2 yang lain, feel free to share kat komen tau! 

mudah-mudahan, dengan ikhtiar kita untuk menjaga keharmonian rumah tangga kita di redhai Allah dan Allah pelihara rumah tangga kita hingga akhirat nanti. insyaAllah...






❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
 ðŸ’» fb: baizura bahar | vitally vitamin  
 ðŸ“² sms|whatsapp 016-5952771
 ðŸ“§ email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 ðŸ’» visit: www.vitallyvitamin.com

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.