Cerita Aidilfitri 2023 Bersama Putra Putri

Tahun ini kami berhari raya pertama di Trong, kampung sebelah papa putri. Zura macam biasa lah, excited sokmo bila hari raya. Dah besar-besar ni pun still excited sebabnya time raya ni je lah yang kami boleh balik melaka lama-lama. Since tahun ni akan beraya di Trong dulu, raya kedua baru kami balik ke Melaka, kampung sebelah zura.



Bergambar bersama keluarga papa putri. Papa putri dua beradik je. Anak adik ipar pun seorang je. Kami yang contribute ramai cucu kat opah. hehe.. Baru lah meriah, kan opah kan?!


Kalau beraya kat Trong dulu, macam biasa pagi raya selepas solat raya kami akan beraya di rumah mak long suami. Memang meriah dan menu utama mesti ada Laksa. Emm.. Nyum nyum!

Lepas tu, kerumah mak cik suami pulak. Sebelah je dengan rumah mak long. Hehe.. Adik beradik mak suami tinggal sebelah menyebelah je. Jadinya senang nak beraya.


Lepas tu kami tak beraya kemana-mana sebab opah putri (mak mertua zura) tak berapa sihat raya kali ni. Kami just tunggu tetamu dan family pulak datang berhari raya di rumah. Tak de pulak ambil gambar juadah raya. 

Hari raya kedua, kami dikunjungi pak cik suami sebelah arwah abahnya, zura panggil Mak Su dan Pak Su. Ni pun Pak Su tak datang sebab tak sihat juga. Opah putri hari ni alhamdulillah getting better.


Then malam tu kami balik ke Ipoh. Sebelum kami gerak ke Melaka, biasanya kami akan transit di rumah sendiri dulu. Tukar beg baju, siapkan bekal dan suami akan rehat sekejap. Sebab suami memang 'pilot' sepanjang bermusafir. Zura tak ganti drive kalau suami setakat mengantuk je. Suami berhenti tidur, zura pun tidur sama. Haha.. padahal sepanjang dia drive pun kejap-kejap kita tidur.
Saja nak gerak malam-malam kali ni. So pagi raya ketiga tu dah sampai Melaka. Sampai rumah mak ayah zura, terus breakfast dan siap-siap nak pergi open house pakcik zura yang kami panggil Mak Itam dan Pak Itam kat Johor.

Menarik felda ni. Setiap rumah ada replika moto ni lepas tu ada nama tuan rumah. Menu open house pak itam ada kari kambing. Puas lah suami zura makan sebab dia suka sangat dengan kambing.


Berhari raya di kampung zura kali ni kami tak beraya kemana-mana sangat. Bila pak itam buat open house tu, usually time tu lah dapat jumpa hampir semua pak cik mak cik sebelah ayah. Then lepas tu, adik beradik ayah pulak akan berkunjung balik ke rumah ayah. So, kami just menanti kehadiran tetamu pulak.

Kami kat Melaka sampai raya ke 6. Lepas tu nak balik Ipoh dah. Walaupun tak keluar beraya sangat, dapat spend time dengan parent dan keluarga zura itu lah yang sangat-sangat bermakna. 

Bersama mak dan adik bongsu tersayang. Zura baru perasan, zura tak de 'gambar raya' sangat dengan family zura kali ni. Haih... 

On de way balik ke Ipoh, kami singgah beraya di rumah mak su suami yang kami panggil Chu Dat kat Port Dickson.


Dan kami selamat sampai di rumah sekitar jam 12 malam. Alhamdulillah. Syukur sangat masih diberikan peluang oleh Allah untuk meraikan hari raya bersama keluarga tersayang. Semoga tahun depan kita dapat berkumpul lagi.

Baca Juga:  


Promosi Mei 2023!










❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
 ðŸ’» fb: baizura bahar | vitally vitamin  
 ðŸ“² sms|whatsapp 016-5952771
 ðŸ“§ email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 ðŸ’» visit: www.vitallyvitamin.com

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.