Showing posts with label covid 19. Show all posts
Showing posts with label covid 19. Show all posts

Putra Fauzan Positif Covid

Anak soleh ku tewas jua.

Bismillah..
Jumaat hari last sekolah, balik tu zura ambil dia, dia mengadu sakit kepala n lenguh kaki.

Zura suruh baring n rehat. Then zura hantar nailah n ambil kakak2 balik sekolah. Dia tak ikut.

Sampai rumah, dia rengek2 dah. Zura check dahi, panas!

Minta dia buat saliva test, tak nak. Dah lewat petang baru buat.

Time tu zura tengok result 1 line je. Esok nya zura tengok sekali lagi, eh lagi satu line samar2 lah.

Okey lah. Memang dah expect sebenarnya. And terima dengan redha.

Dari jumaah tu dah isolate dia kat bilik dia.

So sabtu tu dah kira confirm dia positif, papa set up computer kat bilik dia.

Happy lah dia dapat main game n tengok youtube sampai malam. 😄

Ye.. Siapa kuarantin memang dapat kelebihan itu kat rumah ni..hehe..

Yelah.. Nak bagi happy tak boring.

Demam dah kurang hari ini. Tapi bangun tidur tadi dia mengadu sakit tekak.

Lepas mandi dia kata dah tak sakit. Zura minta dia kumur dengan listerine.

Buat masa ni zura just bagi dia ubat demam n hero kiddo saja.

Herbal blend untuk massage kalau sakit kaki n sakit kepala.

And kumur dengan listerine.

Tengok esok isnin macam mana. Kalau masih demam n batuk, bawak lah pergi kk nanti.

Semoga fauzan n kawan2 cepat sembuhnya.

Elok lah cuti sekolah baru nak kuarantin kan..😄
InsyaAllah sempat sihat nak masuk sekolah 6 tahun nanti. 💪🏼💪🏼💪🏼

Biiznillah...


Dia susun elok2 air, ubat n vitamin dia.


Record dari hari Jumaat.

Seronok lah dapat conquer computer sorang2 dari pagi sampai malam. 



Pengalaman Pakai Gelang 'Pink' Covid-19 - Part 2

2.11.2020. Isnin.

2 hari dah berlalu selepas Nailah buat swab test Sabtu lepas. Menurut cakap-cakap orang, kalau positif, KKM akan contact dalam tempoh 24 jam dan terus bawa ke hospital. Ramai parent yang ternanti-nanti result anak-anak. Ada yang contact sendiri KKM (kami dapat no fon untuk dihubungi) dan dapat result. Ada yang diberitahu tunggu KKM hantar result melalui whatsapp.

Kalau kira, dah lebih 2 hari ni kan KKM tak contact. InsyaAllah lah negatif. But still rasa tak tenang hati ni selagi tak dapat report yang tulis anak kita negatif.

Dalam dok tunggu result ni, kami ni tertunggu-tunggu jugak arahan untuk potong gelang pink esok hari. As mentioned before kan, Nailah kuarantin sampai 3 November je.. Tunggu punya tunggu punya tunggu, sampai malam tak de kabo berita apapun dari KKM. Haihh... sungguh lah penantian itu satu penyeksaan.

Tiba-tiba, pukul 11.28 malam, ticer hantar mesej di group whatsapp, antara pointnya:

1. Pihak kkm mungkin tak sempat keluarkan result by tomorrow dan mungkin lambat sedikit. Ibubapa diminta tidak risau dan bertenang.

2. KKM ingin memanjangkan lagi tarikh kuarentin drp 29/10 hingga 11/11.

3. Bagi mana2 parents yg tidak mengambil swab kali pertama dikehendaki memaklumkan pihak sekolah dengan kadar segera.

4. Satu gelang pink baharu akan digantikan melalui drive through esok. Surat kuarentin yang baru akan diberikan. Tempat akan dimaklumkan.

Ah sudah!. something wrong somewhare ni.. Tarikh kuarantin extend!
okey.. at least terjawab sudah tindakan yang perlu dilakukan seterusnya.

Pengalaman Pakai Gelang 'Pink' Covid-19 - Part 1

29.10.2020. Khamis. Cuti Maulidurrasul.

Tengah zura lepak-lepak dalam bilik, 
satu mesej diterima pada jam 6.12 petang.

Assalamualaikum
Kepada ibubapa yang dihormati,
Pihak tadika ingin memaklumkan bahawa  tadika akan BERCUTI bermula 30hb Oktober 2020 (Jumaat) sehingga tarikh yang akan di maklumkan kemudian (mengikut arahan daripada KKM)
Tindakan cuti  ini terpaksa diambil sebagai langkah awal dan tindakan segera berjaga-jaga  berikutan ada  murid merupakan pesakit positif Covid 19 yang tidak bergejala


Ya Allah! betul ke ni? Jantung berdegup laju. Lepas je baca mesej tu, bertalu-talu mesej masuk dalam group, meminta kepastian. Mesej tak berhenti masuk sampai lah pada jam 11.13 malam, dapat lagi 1 mesej...

Untuk makluman ibu bapa, pihak tadika baru mendapat makluman daripada pihak kkm. 
esok kkm akan filter senarai nama students yang di beri. InsyaAllah pihak kkm akan memanggil untuk swab test pada esok hari. 
Hanya individu yg di swab sahaja akan di minta untuk home kuarentin. mohon ibu bapa bersedia. 


Subhanallah. tak lena tidur malam tu. 

Kes Covid-19 di Klebang Ipoh.

Pagi ni gempar satu klebang dan kawasan kejiranan Tasek dan Chemor, ada murid Sekolah Kebangsaan Klebang Jaya di sahkan covid-19!

Malam sebelum tu, group jiran dah mula viral. Tapi zura baca info tu esok paginya. 

Pengedar Shaklee Chemor COD Shaklee Chemor



Okey. Mula cuak walaupun anak-anak zura tak sekolah kat situ. Diorang pernah sekolah kat situ dan bff kakak putri pun sekolah situ. Kakak baru je jumpa bff kakak dan main kat rumah bff kakak.

Yang mendebarkan zura pagi tu adalah, murid tu sekolah agama dekat mana. Kat kawasan kejiranan zura ni, ada 2 sekolah agama. Bila tanya sana sini, murid tu sekolah agama lain, tak sama anak-anak zura. 
okey.. alhamdulillah lega.

Tapi, sebenarnya ada benda yang merisaukan zura.

Ceritanya macam ni...

Murid yang positif tu sama darjah 4 dengan kakak. Tapi, dia tak sama kelas dengan bff kakak yang sekolah sama dengan murid tu. Okey.. nampak macam tak de close contact pun kan.

Kakak ada lagi kawan yang sekolah sama murid tu dan jadi jiran kami. Sama taman dan selang beberapa buat rumah  je dengan kami. So, tiap kali diorang main, kakak akan main dengan bff kakak (Diana) dan kawan kakak yang jadi jiran kami (Laura) dan adik laura (Jemma). ok semua bukan nama sebenar.

Diana ni duduk area lain tapi dekat je dengan rumah kami. Kadang2 hari sabtu/ahad, Diana akan datang rumah kami, diorang akan main sama2 dengan Laura, Jemma dan adik2 kakak semuanya. Kejap main kat rumah kami, kejap main kat rumah Laura.

Hari ahad tu, kakak, Laura dan Jemma pegi main kat rumah Diana. 
Kakak sekolah lain. Laura, Jemma n Diana satu sekolah. Laura n Diana sama kelas tapi tak sama kelas dengan murid yang positif tu. Jemma darjah 2. Lagi lah tak bertembung sebab sekolah tu ada 2 sessi.

Nak dijadikan cerita, kalau tak silap, mak Laura n Jemma ni sama tempat kerja dengan bapa murid yang positif tu. Dan bapak murid ni positif!

Dan lagi 1, bff kakak kat sekolah sekarang, ada yang sekolah agama dengan murid yang positif tu. Makna kata, depa ni dok pusing-pusing pun tang tu jugak. Ada je yang related.

Arahan Penutupan Sekolah Kerana Pengesahan Kes Jangkitan Covid-19.