Showing posts with label kisah anak speech delay. Show all posts
Showing posts with label kisah anak speech delay. Show all posts

Check Buku Nota Putra Fauzan.


.
Semalam sebelum tidur fauzan pot pet pot pet pasal buku dia. Mata mama dah separuh dah.. Emm kan aja. πŸ˜†

Sebelum tu dia lepak bilik kakak2. Rasanya kak natrah dia yang banyak lukis n tulis kan untuk dia.

And rasanya ada jugak part2 yang dia tulis sendiri.




Yang pasti, lukisan kat kertas a4 part last sekali tu memang dia yang lukis.

Malam tu sebelum tidur, dia minta nak lukis. Dia bukak lampu meja, dia lukis sambil mulut pot pet pot pet cerita kat mama yang dah baring, tentang apa dia lukis. 
Tak ingat dah lah apa yang dia explain sebab brain mama dah melayang2 di udara dah.. πŸ˜‚

❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! -
 πŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
 πŸ’» fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 
 πŸ“² sms|whatsapp 016-5952771, 
 πŸ“§ email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 πŸ’» visit: www.vitallyvitamin.com

Fauzan Heart Broken? πŸ’”


Mama lepak dapur.
Fauzan datang n cakap..
"Le nak kencing je..."
"Mandi sekali!"
"Tak nak. Le nak kencing je!"
"Mandi sekali!"
Bergaduh anak beranak. πŸ˜„
Sambil dia rengek2 tak mandi, dia bukak jugak baju n mandi.
Keluar bilik air. Muka masam.
"Tapi Le tak nak kencing pastu mandi. Le nak kencing je...." Muka masam
"Haihh... Dah mandi pun. Nak bebel apa lagi?"
Cepat2 pergi bilik pakai baju.
Mama masih kat dapur. Kat breakfast Counter.
Nampak dia datang dari depan dah siap pakai baju.
Dia pegang kertas.

Dia sampai dapur, terus dia letak kertas ada lukisan ni atas breakfast Counter.
Lepas tu terus pergi.
Muka masih masam.
5 minit lepas tu, dia datang
peluk
mama... πŸ₯°
"Tapi Le nak kencing je.. Tak nak mandi..." Cakap dia sambil
peluk
mama.
Tak habis2 lagi. πŸ˜…
Now dah happy semula.
So, kira cancel lah heart broken, kan...πŸ˜†

Kisah Anak Speech Delay disebabkan Tongue Tied

Anak soleh zura, Fauzan di kesan speech delay masa check up 2 tahun. Selalunya, lepas dari 2 tahun, zura tak bawak dah anak2 check up sebab perkembangan diorang normal. Tapi fauzan, kene teruskan check up disebabkan speech delay dia.

Tarikh yang sepatutnya zura bawak dia check up tu, zura tak bawak. Sebab waktu tu kami menginap sementara kat Melaka. Lepas tu, mak dia ni malas nak follow up kat sana. hehe.

Bila balik semula ke Ipoh, buat temujanji lain, dan kene lah follow up ke pakar ENT dan pakar kanak-kanak. Syukur alhamdulillah nurse tetap terima nak teruskan check up dan layan baik walaupun zura tak follow arahan nurse suruh sambung check up kat Melaka. 

Fauzan dah jumpa pakar ENT dan dah buat operation tongue tied lebih kurang sebulan yang lepas. Papa dia yang bawak dia ke hospital sebab zura kene hantar dan ambil kakak2 sekolah. Sedih tengok gambar papa dia hantar kat zura, dia tengah baring dengan pakai baju hospital nya. 

Tengah layan sedih2 tu sambil wasap2 papa dia, papa dia bagitau setel dah operation tu. Aik...kejap nya. Terus tak sedih dah. Hehe.. yela.. kita risau kan dia. First time anak nak kene operate ni. Rupanya sekejap je. Tengah hari tu boleh balik dah.. Alhamdulillah...

Sejak dari tu, Fauzan punya percakapan ada improvement. Zura boleh tangkap dah apa dia nak cakap. Lepas tu, dia pun dah rajin nak belajar cakap. Kalau sebelum ni, bila zura ajar je, dia main2.. Dia sebut tak betul, lepas tu dia ketawa2, lepas tu dah tak nak cakap dah. Sabo je lah.

Tapi sekarang ni, boleh kata setiap malam dia akan ambil buku, dan minta zura ajar dia sebelum tidur. So far, kalau ayat tu ada 2-3 perkataan, dia boleh sebut lah dengan 2 suku kata perkataan. Tapi kalau dia nak bebel panjang, still tak boleh faham lagi.

Then baru ni, 18hb yang lepas, bersamaan hari rabu, dia ada appointment dengan pakar kanak-kanak pulak. Pun papa dia yang bawa dia. Bila balik tu, papa dia cakap, sepatutnya zura yang bawak sebab zura lagi tahu perkembangan dia compare to papa dia kan. Sebelum next check up bulan 2 nanti, 'cikgu' dia suruh ajar dia kira 1- 10, ajar dia perbezaan contoh besar - kecik, lelaki - perempuan dll, dan kenal pasti huruf yang dia tak boleh sebut dengan jelas.

Wah wah.. mama pun kene sama2 struggle ni untuk pastikan fauzan boleh lulus dengan tugasan2 yang cikgu bagi. Semoga fauzan beri kerjasama sebaik-baik nya. Atau, zura boleh delegate tugas ni kat natrah? Sebab diorang kerap main cikgu-cikgu sejak akhir2 ni.. 

Ni video Fauzan nyanyi shark du du beberapa hari selepas dia jumpa pakar kanak2 tu. Actually dia suka menyanyi tau. Sebelum ni memang tak boleh catch up apa dia nyanyi. Tapi lately, alhamdulillah.. okey dah sikit. :)






❤, 
 Baizura Bahar 
 Pengedar Shaklee Chemor, Perak. 
 Order atau keahlian Shaklee? 
--------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com